Bismillahirahmanirahim
gambar hasil kiriman Sepupuku Akmal sewaktu beliau ke Masjidil Haram untuk mengerjakan ibadah haji |
Tahun 2018, dalam kurang lebih 15 hari akan melabuhkan tirainya. Sungguh saya rasa pantas sekali waktu berlalu dan segala terasa seakan sekelip mata. Sedangkan pada hakikat tahun ini banyak "roller coaster ride" yang saya hadap. Mukadimmah adalah satu mula untuk segala. Mula untuk cerita, sinopsis untuk segenap perkara. Ibn Haldun yang cukup terkenal dengan karya agung mukaddimah menjadi karya yang saya angkat semangatnya dalam segala permulaan bicara dan kerja. Kembali kepada tajuk posting ini. Saya terpanggil untuk membasahkan pena ruang kongsi ini dengan pengalaman yang kenangan buat ingatan sepanjang tahun ini. Ini adalah tahun paling menarik. Pada awalnya dimula dengan kegelapan, kemudian ada sinar, gelap gelita dan kembali dengan sinar kerdipan yang memberi harap. Itu secara ringkas yang akan dihuraikan secara berperingkat (harapnya ada semangat menulis). Sungguh setiap sesuatu yang berlaku pada diri adalah aturan yang indah dari Allah untuk hambanya ini. Gerak hati kita itu Tuhan getuskan. Pilih betul salah itu yang diri buat dan pengalaman dan dugaan itu untuk uji kebergantungan kita padanya. Kalau dipasak hati dengan betul bersulam nawaitu yang jitu inshaAllah ada yang hikmah dan jika sebaliknyapun ada hikmah. Yang paling perlu diingat adalah sentiasa ingat ALHAMDULILLAH ALA KULLI HAL. Kerana Allah memberi rahmat dalam setiap cara dan perkara.
Sungguh tidak sabar hendaknya berkongsi. Buat masa ini minggu yang mendatang akan menjadi minggu yang mendebarkan kerana permohonan "resident permit" untuk dilanjutkan akan dibuat. Mohon doa buat yang membaca blog ini agar dipermudahkan urusan ini. Ini adalah antara perkara yang paling didebarkan oleh pelajar asing. Ini juga mungkin satu pengajaran untuk diri dan semua. Sehingga di posting yang akan datang.
nota kaki : Setiap satu itu ada makna. Faham dan syukur serta belajar untuk mendepaninya. Hadapi dengan senyuman. :)
2333
sanggar rasa,
capa sehremini, istanbul
16/12/2018
No comments:
Post a Comment