Bismillahirahmanirahim.
Hari ini, saya mulakan hari dengan teringat kenangan tahun lepas. Sudah mahu masuk 2019 tetapi kenangan lepas seperti baru sahaja berlaku. Sungguh waktu kini pantas sekali berlalu. Pada tahun 2017 sewaktu cuti musim sejuk, saya bersama 4 lagi kawan (Aja, Az, Naa dan Intan) telah mengembara ke 4 negara di eropah. Idea ini berlaku sewaktu kami terperangkap sewaktu salji tebal di Istanbul. Salah seorang dari kami, intan namanya perlu keluar dan masuk semula ke Turki untuk memperbaharui ikametnya cumanya dia perlukan teman pergi. Naa teman baiknya ingin setuju untuk menemaninya cumanya satu masalah mereka. Mereka tidak pernah "travel" ke luar sendiri. Mereka mengajak saya untuk menemani mereka dan terus saya ajak adik beradik Aja dan Az. 2 hari kami habiskan untuk merancang ittenari perjalanan dan seminggu selepas itu kami terbang. Kami namakan trip kami sebagai #misimenyelamatkanintan sempena nak teman selamatkan intan keluar dan masuk balik. Oh ye kami akhirnya mengambil keputusan kembara 4 negara. Greece, Italy (Rome), Vatican City dan Romania.
tiket masuk ke Temple of Zeus p/s: student price 3 Euro |
ahli team #misimenyelamatkanintan |
Temple of Zeus |
Kami terbang dari lapangan terbang Sabiha Gokcen yang terletak di bahagian asia Istanbul. Satu yang menarik mengenai lapangan terbang ini adalah ia dikelola dan hak milik 100% Malaysia Airport Holding berhad. Setiap kali saya masuk lapangan terbang ini saya pasti akan berasa bahagia seakan masuk Malaysia. Cuma harapnya lepas ini ada restoran makanan Malaysia atau booth promosi Malaysia di airport tersebut. Saya sangat bertuah kerana tiket saya ke greece hanya berharga 60 tl. Destinasi pertama adalah Athens! Ciao Istanbul.
Kami tiba lewat petang di Athens. Berjalan kurang lebih 1 jam mencari lokasi air bnb kami. Dari satu ceruk ke ceruk yang lain. Yang menariknya selepas letak bagasi kami terus keluar untuk mencari makan malam sebab kelaparan. Dari tempat tinggal kami menemui satu kawasan yang mempunyai makanan halal. Disitu terasa seakan seperti di Malaysia kerana dipenuhi oleh warga Bangladesh. We can also call it a Bangladeshi street. Saya tidak kekok dengan warga Bangladesh kerana baba pernah mempunyai beberapa pekerja warga Bangladesh yang masih rapat dengan keluarga kami dan juga ramai kawan dari bangsa tersebut. Satu perkara yang amazing adalah apabila kami dapat makan putu piring berharga 1 Euro sebesar tapak tangan! Ops maaf gambar tak jumpa tapi puas selepas setahun tak rasa! Kami mengambil keputusan untuk membeli bahan untuk memasak kerana menjumpai barang halal.
Pada keesokan harinya kami menghabiskan masa meneroka bandar Athens. Destinasi pertama Temple of Zeus. Seterusnya Acropolis of Athens (letaknya Parthenon) dan Muzium Acropolis. Untungnya menjadi pelajar adalah bila ditunjukkan kad pelajar semua tiket masuk menjadi murah! Tiket masuk ke Acropolis adalah 10 Euro (harga biasa 20 Euro) dan Muzium hanya 2 Euro dari 10 Euro.
bandar Athens dari Acropolis |
Rancang buat album cover tapi tak jadi |
antara temple yang terdapat di kawasan Acropolis |
the gate to Parthenon |
Satu yang menguji ketahanan fizikal adalah untuk memanjat ke Acropolis. Itu adalah kriteria normal untuk sesebuah negara atau empayar. Untuk kedudukan bandar di tempat tinggi supaya susah ditawan dan mudah untuk melihat musuh. Kalau lihat dari gambar saya letak di Temple of Zeus boleh lihat Acropolis letaknya di atas puncak. Satu lagi perkara yang menarik adalah sewaktu Uthmaniyyah menawan Greece pernah wujud masjid di tengah-tengah kota tersebut cuma sayangnya setelah tentera Itali mengambil semula Acropolis mereka telah mengebom masjid dan memusnahkan segala tinggalan Uthmaniyyah dan Islam di kawasan tersebut. Sewaktu kami disitu juga kami sangat bertuah kerana dapat melihat Presiden Greece mengiringi Presiden Itali melawat kawasan kota tersebut. Presiden Itali sedang dalam lawatan kerja ke Greece pada waktu itu.
Selepas ke Acropolis kami ke muzium Acropolis dan kemudian berjalan-jalan di market. Kami sempat merasa Kopi Greek yang saya sebagai peminat tegar kopi menyarankan anda untuk mencubanya jika ke sana! Harga secawan dalam 1 Euro. Selain itu, jangan lupa ke tengah bandar Greece untuk menyaksikan perbarisan keluar askar di hadapan bangunan parlimen Greece ye! Kami lewat petang itu ke airport dan menuju ke destinasi seterusnya. Kota Rome :)
bersambung......
nota kaki : Athens adalah negara yang menarik. Walaupun brankrupt, banyak vandalisma tetapi orangnya baik dan ramah.
RINDUNYA NAK TRAVEL.
No comments:
Post a Comment