Pages

Wednesday 30 September 2020

Wake me up when September Ends 2020





 Bismillahirahmanirahim

Pejam celik pejam celik, tinggal lagi 3 bulan sahaja tahun 2020 akan melabuhkan tirai. Cepat rasanya walaupun 2020 boleh dikategorikan sebagai wasted year disebabkan pandemik COVID 19. Bagi saya 2020 adalah tahun rehat dan reconnecting untuk diri saya bersama keluarga. Mana taknya buat kali pertama dalam 6 tahun ini saya berada di Malaysia lebih dari 3 bulan. Paling lama saya berada di Malaysia sebelum ini hanya 3 bulan dan sekejap 6 hari. Apapun alhamdulillah ala kulli hal. Banyak wishlist saya dapat disempurnakan disamping berjela panjang wishlist tak terbuat. Saya optimis akan saya selesaikan sebelum habis tahun.


Tajuk post kali ini sering kali menjadi ingatan. Mana taknya itu tajuk lagu greenday, sebuah kumpulan punk rock band yang terkenal dengan lagu unsur punk, emo dan rock sewaktu saya disekolah menengah. Band seangkatan lain seperti My chemical romance, blink 182 antara menjadi halwa telinga saya waktu itu. Sampai satu tahap tu nak tidur kena dengar dulu lagu-lagu dari band mereka. Hahaha. Oh ye ada satu ketika tu saya ada beli kaset kompilasi band - band ini tapi akhirnya mama ambil dan hilangkan kaset itu dari radar. Sedih saya kerana saya kumpul duit belanja sekolah untuk beli kaset tersebut. 


Kebelakangan ini saya dan mama banyak menghabiskan masa ulang alik dari Damansara ke Melaka. Almaklumlah mama sudah pencen dan rencana menyiapkan rumah pencennya perlu dilaksanakan. Maka saya dengan sukahatinya menjadi driver rasmi mama untuk settlekan urusan ini. Dari membeli barang di Ikea, diusung ke van, dipandu terus ke Melaka dan pulang semula ke Damansara. Dari menjadi tukang hingga ke susun saya buat untuk mama. Kerana sayang dan tidak mahu mama semput saya usahakan untuk membantu mama. Dalam masa yang sama mama juga yang kurang sihat disebabkan athsma dan vertigo membuatkan saya risau untuk mama melakukan apa sahaja, kecuali bersenam bersama. Aktiviti seterusnya adalah menjaga anak buah. SubhanaAllah, anak buah saya ketiga-tiga mereka sangat aktif. Tak cukup nafas nak menjaga mereka. Akan tetapi saya digelar mama ya yang garang. Yela kalau dah buat perangai siapa tahan tapi saya tidak marah cuma buat mimik muka sahaja dah cukup untuk mereka takut. Kalau tak pun saya tegas dengan mereka supaya mendengar arahan. Dalam pada masa yang sama, saya akan reward mereka bila mereka mendengar dan berkelakuan baik. SAYANG juga adalah kalimah yang tak lekang dari bibir saya kerana saya ingat kelas Psychology saya dulu ada diajar reward and punishment system untuk mendidik. 


Oh ye, berita baik adalah saya tak jadi balik ke Istanbul tahun ini dan akan kembali ke sana pada tahun hadapan. Rindu kepada kota dua benua itu sentiasa ada. Tetapi syukur kerana dapat berada di Malaysia untuk tempoh yang panjang. Kelas yang dijalankan secara online akan bermula tidak lama lagi. Saya tak sabar rasanya nak sertai. Harapnya internet tidak mencemburui saya kali ini. Buat mereka yang perlu online class, GOOD LUCK. Untuk Istanbul yang tersayang, tunggu saya pulang ye :) 


Harapan saya untuk 3 bulan akhir tahun 2020 ini adalah supaya saya boleh lunaskan 3 perkara utama misi 2020. 

1. Mama pindah ke Melaka beserta aktiviti 

2. Ikatan sah dengan si Dia

3. Turun berat badan 


Moga yang membaca blog saya juga diberi ruang dan peluang untuk mendapat apa yang dihajati, di cita-citakan dan didoakan. Moga semua aura positif dan sikap optimis bersama kalian. Ingat Allah sentiasa bersama kalian. Setiap kali rasa susah atau payah dan senang serta gembira, bertasbihlah dengan Alhamdulillah ala kulli hal.! 






nota kaki : akhir-akhir ini kerap sekali hujan dimalam hari. Terus pastikan doa ye semua kerana salah satu waktu mustajab doa adalah kita hujan. Moga Allah kabulkan doa kita semua.