Pages

Friday, 28 December 2018

#nota2018 Bosphorus Summit 2018 (Persidangan Bosphorus 2018) PART 1

Bismillahirahmanirahim. 


Post kali ini adalah satu progam yang memberi impak kepaada diri saya. Ia mengambil masa hampir setahun untuk diungkap dan diluah di ruangan blog ini. Kalau dihitung masa sebulan dari hari ini setahun lepas adalah program tersebut. Bosphorus Summit atau BOSS18 adalah program sulung Persatuan Pelajar Malaysia di Turki. Proses pertama program ini telah dihajatkan sedari tahun 2017 oleh Presiden MASAT dan perbincangan mengenainya berjalanan secara informal antara saya, dia dan Ashiqin. Program ini pada awalnya dibincangkan secara serius sewaktu majlis sambutan hari raya di Yunus Emre Enstitute, KL. Saya masih ingat lagi 13 Julai 2017, sehari selepas hari jadi saya yang ke 26 tahun. Satu lagi yang tidak akan dilupakan adalah apabila saya telah jatuh disebabkan kerusi yang tidak kukuh sewaktu perbincangan program. (petanda perlu kurangkan berat barangkali). 


Permulaan

Sewaktu perbincangan di Yunus Emre, Muhammad (selaku Presiden) bertindak menyerahkan tugas mengepalai Program ini kepada saya. Pada ketika itu tiada  lagi nama rasmi program dan hanya diskusi di tulis atas secebis kertas. Saya kemudiannya memerah otak merangka kertas kerja program tersebut. Sungguh berkarat sudah otak ini tetapi di teruskan juga kerana ini adalah sesuatu yang paling saya sukai. Seterusnya saya masih teringat saya mengemaskini kertas kerja ini bersama Kakteh (Farhah Alwani) di dalam kereta Exora mama di parking DBP, KL.  Ini kerana kami berhasrat menghantar satu set kertas kerja kepada pihak DBP untuk penilaian dan meminta dana. Selain itu, kenangan yang tidak akan dilupakan adalah bila kami menghabiskan masa sehari di Canpark dari 11 pagi hingga 10 malam membaik pulih kertas kerja untuk diberikan kepada Presiden yang ketika itu bakal pulang ke Malaysia. Saya mula merisik satu persatu sahabat-sahabat dan adik-adik untuk menyertai program tersebut kerana ia bukanlah sebarangan program tetapi yang akan memberi pengalaman tak ternilai buat mereka. 

Ahli Jawatankuasa 

Penggerak BOSS18
Ketika membuat pemilihan untuk AJK saya utamakan mereka yang tidak pernah berpartisipasi secara lanjut dengan MASAT. Ini kerana peluang mengajar mereka yang akan datang menjadi keperluan. Mereka adalah yang akan memimpin MASAT pada masa akan datang. Sungguh bukan satu tugas yang mudah untuk menarik mereka memaham kelebihan menyertai program tersebut. Satu persatu saya pinang sendiri sehingga lengkap 28 orang ahli jawatankuasa Bosphorus Summit. Lengkap jenteranya saya dapat menarik nafas lega kerana mereka inilah ahli keluarga yang menggerak program ini sehingga jaya. Kesemua mereka dari latar belakang pengajian berbeza serta negeri yang pelbagai bersatu atas nama MASAT untuk mengangkat nama MASAT ke satu aras yang lebih tinggi di mata masyarakat tempatan dan antarabangsa. Tugas yang susah tetapi mudah kerana kesatuan hati antara kami. 

Mesyuarat pertama

mesyuarat kami ke 2
Masih ingat lagi mesyuarat pertama bersama dengan mereka. Kami laksanakan di Gulhane Kandili Restaurant. Hampir lengkap kehadiran dan sesi berkenal antara satu sama lain. Saya sekiranya mengendalikan mesyuarat sangat gemar memasang alarm untuk tidak lebih masa atau mengambil terlampau lama masa untuk bermesyuarat. Setiap minggu kami pasti akan bertemu untuk update progress persiapan yang saya boleh nyatakan kami hanya mula bergerak untuk program 10 minggu sahaja. Singkat tetapi penuh dengan kesatuan hati dan drama. Satu perkara yang kami semua pegang adalah profesionalisma dalam mengendalikan program dan perhubungan seperti keluarga. Hampir 80 peratus dari AJK kami adalah yang pertama kali dalam hidup mengelola program tetapi mereka ini adalah AJK yang cekap dan cepat belajar. Keterbukaan untuk belajar, mengajar dan diajar membuatkan gerak kerja kami berjalan dengan baik. 


mesyuarat seterusnya

malam sebelum permulaan program


Dua minggu menuju program 

Terus terang saya nyatakan sewaktu ini saya sudah mula merasa stress menuju program. Majoriti komiti pada waktu ini sudah mula menunjukkan rasa sedikit pancit kerana mereka sedang berada dalam musim peperiksaan. Sungguh kuasa yang luar biasa buat kami adalah apabila bersua muka bersama semua sewaktu meeting mingguan. Saat itu juga kami berasa syukur kerana kami telah mula mendapat sasaran tajaan untuk program tersebut. Saya masih ingat kegigihan biro tajaan, bendahari dan ajk utama program bersama berjumpa sponsor dan setiap minggu pasti ada khabar gembira. Kegirangan jelas terasa apabila beberapa syarikat korperat Turki dan Malaysia berbesar hati menaja kami. Tempat program berlansung juga telah ditaja Universiti Waqaf Fatih Sultan Mehmet . Antara penaja yang tidak akan dilupa adalah Pilot Turki, Malaysia Airport holding Berhad (Sabiha Gokcen International Airport), JASA, Dewan Bahasa dan Pustaka, Majlis Belia Malaysia, Koya Istanbul, Istanbul Buyuksehir Belediyesi, TPM dan pelbagai lagi. Kesungguhan komiti kami diteruskan menuju hari program sehingga habis program. 


mesyuarat pertama dengan Setiausaha Pusat Alam Melayu dan Uthmaniyyah  Fatih Sultan Mehmet  Vakif Universitesi

mesyuarat kami


PC perform

biro katering yang baru dapat makan 

cenderehati program dari Malaysia

malam-malam seterusnya memimpin biro PC dan menyelesaikan tugas lain




Sedari minggu ketiga mesyuarat kami sebulat suara memilih Fatih Sultan Mehmet Universiti sebagai venue meeting mingguan kami. Kami sangat bersyukur kerana diberikan kemudahan tempat untuk mengadakan mesyuarat. Maklumlah pelajar dan kampusnya berbagai. 


Bersambung....... 

nota kaki : tidak terhitung rasa syukur saya yang tidak terhingga atas setiap keluarga BOSS2018



No comments:

Post a Comment