Pages

Monday, 31 December 2018

31 Disember 2018

Bismillahirahmanirahim 

Pada saat ini jam menunjukkan 22:16 pm waktu di Istanbul, Turki. Mulanya saya ingin sekali keluar untuk meraikan tahun baru di selat bosphorus kerana dikhabarkan akan ada pertunjukkan bunga api dari jambatan 15 temmuz sehitleri koprusu. Malang sekali sepanjang hari saya mengalami sakit kepala dan menjelang tengahari ke petang sakit tersebut lebih kuat sampai nak buka matapun susah. Jadinya saya putuskan untuk tidak ke mana-mana. Saya habiskan hari siang yang singkat dengan berhubung dengan si dia dan mama. Itu adalah jadual harian saya imbangkan antara kedua mereka. Kemudian teringin pula nak makan pedal dan hati ayam goreng bersama halia dan kicap. Terus gagahkan diri untuk masak dalam sakit kepala. Setelah itu saya meninjau laman web, social media dan akhirnya mengambil keputusan menulis entri ini. 


Tahun baru 2019. azam yang baru mungkin tidak banyak kerana saya memilih untuk melakukan apa yang diazamkan pada tahun yang lepas. Cuma kali ini saya ada satu azam yang baru. Untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan. Saya belum lagi mahu berkongsi yang ini dan inshaAllah doakan ye. Setelah selesai nanti akan saya buat entri khas untuk itu. Buat masa ini azam utama  saya adalah untuk menjadi sihat, bahagia, membantu orang lain dan belajar. mengajar dan diajar. 


Sering kali dirini ini tertanya mengapa seseorang itu memasang azam? Adakah boleh dicapai sekiranya dibuat senarai yang terkadang berjela - jela? Apakah yang akan jadi setelah tercapai azam tersebut? Dalam mempersoalkan diri mengenai perkara tersebut saya melawat laman google dan mula mencari artikel megenai mengapa perlunya matlamat dan menemui satu artikel yang singkat dan mudah. Artikel berjudul "On the Importance of Goal Setting: 6 Reason Why You Need To Set Goal" penulisan Quincy Seal dari laman sesawang keepinspiringme.com. Penulis menggariskan 6 sebab kenapa perlu ada aim/goal (matlamat). 6 sebab tersebut adalah seperti berikut :

1. Goals Propel You Forward 
    (Matlamat menolak kita ke depan)

2. Goals Transform Insurmountable Mountains Into Walkable Hills 
    (Matlamat boleh mengubah gunung yang tidak boleh ditawan kepada bukit yang mudah untuk   dijalan)

3. Goals Have Us Believe On Ourselves 
    (Matlamat membuatkan kita percaya kepada diri kita sendiri)

4. Goals Hold You Accountable For Failures
    (Matlamat memberikan kita keupayaan untuk menghadapi kegagalan)

5. Goals Tell You What You Trully Wants
    (Matlamat membuat kita tahu apa yang kita betul - betul mahukan)

6. Goals Help Us Live Life To The Fullest
    (Matlamat membantu kita hidup sepenuhnya)

Dengan semua 6 sebab dapat dirangkumkan bahawasanya penulis berasa yang setiap dari kita ini mampu untuk kehadapan dan hidup dengan adanya goals(matlamat). Penulis juga berpendapat setiap dari kita perlu untuk adanya matlamat dalam hidup supaya hidup ini lebih bermakna untuk diri dan orang lain. 

Bagi saya pula matlamat adalah hala tuju dalam membawa kehidupan dari satu aras ke aras yang lain. Misalnya, kalau tahun ini saya dapat hafal 1 juzu' tahun depan mungkin boleh hafal 3 juzu'. Satu contoh lain kalau tahun ini saya biasa berjalan seorang atau melakukan aktiviti sendiri serta berdikari, tahun depan saya nak buat segalanya bersama teman/teman hidup. Ini bukanlah perubahan yang membawa ke bawah tetapi evolution dalam kehidupan seharian. Saya pasti setiap dari kita punya azam dan matlamat yang hendak dicapai dan memikirkan juga cara terbaik untuk melaksanakannya bukan? Saya nasihatkan sekiranya ingin mencapai sesebuah matlamat kita perlulah:

1.menulisnya besar dan tampal ditempat senang untuk nampak 

2. tidak membuat senarai berjela (setkan 7 maksimum) 

3. Sentiasa semak semula matlamat tersebut setiap 3 bulan 

4. Buat matlamat yang realistin 5. Sentiasa positif yang anda boleh melakukannya

Yang paling penting adalah TIDAK PUTUS ASA. Kerana apa setiap yang dirancang atau disematkan dalam dada itu adalah perancangan kita. Perancang lebih utama dan penentu adalah Allah SWT. Setelah memasangkan hajat,azam,matmalat beserta usaha, tawakallah kepada Allah. Kalau yang ingin dicapai itu tak dapat serta merta ada dua sahaja possibility; pertamanya belum waktunya untuk diterima atau keduanya ada yang lebih baik dari itu. Ingatlah ayat alquran surah albaqarah: 


 و عسى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وهُوَ خَيْرٌ لكَمْ وَعَسى أَنْ تُحِبُّوْا شَيْئا وهو شرٌّ لكم واللهُ يعلمُ وأَنْتُمْ لا تَعْلمُوْنَ
“Bisa jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan bisa jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”(QS. Al Baqarah: 216)

Kesimpulannya,  kita perlulah menetapkan hati, berlapang hati dalam setiap sesuatu yang dilakukan serta yang dilaksanakan. Sesungguhnya semua itu adalah kurniaan Allah kerana telah ditetapkan setiap sesuatu perkara untuk kita sedari di luh mahfuz. Matlamat hidup adalah seperti cahaya menunjukkan kita ke arah kehidupan yang telah ditetapkan untuk kita. Teruskan merancang dan hidup dengan apa yang diimpikan kerana dari situ ada pengajaran dan setiap yang tidak seperti yang diinginkan itu ada hikmah yang indah. Hiduplah dengan memberi kepada yang lain dan bersabarlah dengan setiap sesuatu yang dihadapi. Hidup tanpa matlamat/azam dan hala tuju adalah seperti sebuah kapal yang tiada hala tuju dilautan luas. Moga 2019 menjadi tahun yang penuh dengan harapan, kejutan, usaha dan kenangan buat diri dan anda di luar sana. Apapun sentiasa ucapkan Alhamdulillah ala kulli hal. 





Nota kaki : Lepas post entri ni saya nak tidur supaya esok saya bangun di tahun yang baru. Selamat Tahun Baru 2019!

Meja putih, 
22:56pm
Sanggar Rasa, 
Istanbul, 
Turki

No comments:

Post a Comment