Pages

Wednesday 28 December 2011

Monday 26 December 2011

-exam week-


Bismillahirahmanirrahim

hari ini telah bermula revision period untuk final examinationku untuk semester 1, 2011/2012..
hati mula berdebar, takkan mula menggeletar disaat memikirkan exam lagi 48 jam akan bermula... 
Moga Allah menolongku dalam menjawab kesemua paper exam yang akan diambil di semester ini 
Sungguh jadual exam kali ini dimulakan dengan kesusahan dan diselangi dengan penantian paper seterusnya dengan kesabaran .... 

Islam in the Malay World(29/12/2011) - 9am 
History of Malaysia 1 (29/12/2011) - 3pm 
Creative Thinking and Problem Solving (30/12/2011) - 3pm
History and Civilization of Medieval Europe (9/1/2012) - 9am
Introduction to Usul Fiqh (14/1/2012) - 9am 

Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah hambamu ini menempuh imtihan didunia ini untuk mendapat keredhaan-Mu ya Allah. Moga imtihan ini menjadi jambatan kepada-Mu di akhirat kelak. 

Kepada semua sahabat dan bakal sahabat di Taman Ilmu dan Budi bitaufiq wan najah fil imtihan. Moga anda dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan kali ini. Kuatkan semangat dan kurangkan stress. 


nota kaki: exam week minggu menguji kefahaman :)

Wednesday 21 December 2011

wordless wednesday #4


Bismillahirahmanirahim..


kalau diterbalikkan gambar ni.. mesti nampak macam map africa
lokasi : cave de hercules (morocco)

Tuesday 20 December 2011

hati resah



Bismillahirahmanirrahim ...

wajah mama tersayang tika menunggu flightku ke Maghribi

Sejak semalam hatiku rasa resah dan tak tenang. Seakan ada sesuatu yang berlaku tetapi tak tahu apa perkara itu. Dari bangun tidur sampai ke kelas sampai ke katil semula.. rasa tak tenang. sehinggakan atuk @ Prof Kopanski dapat membaca rasa hatiku yang serba tak tenang. Serba tak kena segala sesuatu. Ku cuba kuatkan hati dengan zikrullah.. berfikiran positif dan pelbagai lagi ..... Alhamdulillah kurang sedikit kegusaran dijiwa. Sejam kemudian diri ini terima message dari kakak yang menyatakan
" salam adik, just to inform mama kena sengat lebah lagi dan kali ni mama kena sengat kat kaki"

AllahuAllah sehabis sahaja aq habis membaca message yang dikirimkan itu hatiku rasa seakan retak seribu. Sungguh mungkin Allah ingin tunjukkan padaku sepanjang hari adalah kesakitan yang mama alami. Sungguh ingin sekali terus pulang ke rumah berjumpa dengan mama. Petang semalam mama ada telefon dan waktu itu mungkin belum terkena lagi sengatan tetapi sepanjang malam aq tidak tahu.. Mama tidak menelefonku lansung. Ya Allah adakah aq ini anak yang tidak bertanggungjawab?

Risau mash menyelubungi diri. Hari ini kalau berkesempatan aq ingin pulang. Pulang menatap wajah Mama ku yang paling ku sayang. memikirkan yang esok aq punya kuiz terpaksa menangguhkan hasrat itu. InsyaAllah usai kelas history of Malaysia 1 aq akan terus pulang. Walaupun ada 3 ke 4 jemputan dan program untuk dihadiri malam itu, aq akan tetap pulang kerana aq jantung hatiku mama sedang menanti di rumah . Aq ingin pulang! maaf keluarga itu keutamaanku!

Doaku buat mama :

"Ya Allah kau kuatkanlah mamaku dalam menghadapi ujianmu , moga ujian yang kau berikan itu adalah kafarah dosa baginya untuk sentiasa mengingatimu. Moga mama sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan-Mu ya Allah. Ampunilah dosa-Nya dan rahmatilah dia Ya Allah. Sesungguhnya aq sangat menyanyangi-Nya ya Allah"

Ya Allah ampunkan juga daku hambamu yang lalai dan alpa ini. Maafkan aq yang banyak berdosa padamu. Jadikanlah aq anak yang solehah dan sentiasa patuh pada kata-kata mama dan babaku ... ya Allah hanya kau tempat aq memohon dan kau tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang..


nota kaki: Saya sayang mama saya!! 

9 ciri-ciri wanita idaman lelaki



Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Senantiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain

.
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.
Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri



Sumber: http://akuislam.com/
nota kaki : apakah kita sudah cukup ciri2 yang dinyatakan. Sama-sama muhasabah.. sekiranya kita ingin lelaki yang soleh , menjaga, baik akhlaknya, kita perlu ubah diri kita dulu :) wallahu'alam

Sunday 18 December 2011

hidupku untuk Allah bukan manusia

Bismillahirahmanirahim ..


Di saat dataran Tahrir dipenuhi manusia penuh dengan semangat kebebasan dan inginkan perubahan, Nur Husna Sakinah duduk terdiam di meja belajarnya. Terkesima melihat semangat orang-orang arab dalam berjuang untuk perkara yang benar. Selama ini dunia hanya menganggap dunia arab tiada guna dan tidak mampu melakukan perubahan tetapi ternyata anggapan itu salah. Husna adalah pelajar tahun ketiga Universiti Kaherah dalam jurusan perubatan dan kini sedang cuti pertukaran semester. Kali ini dia tidak pulang ke kampung halaman atas sebab sudah mula busy dengan praktikal. 

Sedang asyik membaca surat khabar mengenai revolusi yang sedang berlansung Husna didatangi sahabat serumahnya Sumayyah dan perbualan merekapun bermula; 

Sumayyah : Siti anti tengah buat apa tu?

Husna : Ana tengah baca surat khabar hari ni pasal riots kat tahrir square tu .. 

Sumayyah: Owh yeke... Apa je yang disebut dalam tu anti?

Husna: jumlah yang terkorban dah mencecah 80 orang.. 

Sumayyah: Innalillah.. Owh ye .. Anti ingat tak Nurruddin dan Iman? mereka dah dapat anak .. Anak perempuan lagi tu .. Comel sangat ana tengok. Anti tak nak pergi tengok ke anak mereka?

Husna: Alhamdulillah dah selamat bersalin dah Iman.. Kalau ada kelapangan InsyaAllah ana akan pergi melawat. 

Suara dari dapur kedengaran, 

Aishah : Sumayyah mari sini tolong ana potongkan sayur ... 

Sumayyah: Baik.. Husna nanti kita sambung cerita ye... Ana ke dapur dulu.. 
Sumayyah: 

Perbualan mereka terhenti disitu, Sumayyah terus berlalu ke dapur. Secara tiba-tiba Husna yang tadi khusyuk membaca surat khabar mula sebak dan mengalirkan airmata. Menyedari itu, Husna terus ke katilnya untuk tidak di syaki oleh mana-mana sahabatnya. Apabila kedua nama itu disebut pasti Husna akan mula teringat peristiwa yang berlaku 2 tahun sebelum itu.

Saat itu Husna masih di tahun pertama di kulliyah... Freshie lagi..Masih cuba menyesuaikan diri dengan keadaan pembelajaran, cuaca , masyarakat dan banyak lagi.. Azam dan tekad memasuki kuliyyah dan mahu pulang ke tanah air untuk berbakti pada masyarakat membakar diri dan semangat untuk kuat menghadapi hari2 yang baru.. Jauh di sudut hatinya rasa rindu pada tanah air tercinta.. ibu , ayah dan adik beradik yang ditinggalkan disana. Mungkin sahaja tidak terungkap dek kata-kata..

Hari-hari berlalu bagai daunan layu ditiup angin . Masuk sahaja semester kedua, Husna mula active dengan persatuan bulan sabit merah di Mesir. Mungkin sahaja itu cara yang terbaik untuk melakukan praktikal jurusan yang sedang dibelajarnya. Disitu juga dia ketemu dengan Nurruddin. Nurruddin merupakan senior tahun kedua yang dikenali tika mula menyertai persatuan mahasiswa malaysia mesir. Dipendekkan cerita, Nurruddin insan yang berjaya menawan hati Husna yang kuat dengan prinsip.Sampai satu ketika Nuruddin menyatakan hasrat untuk melamar Husna. Husna amat gembira tetapi kegembiraan itu bertukar duka apabila Nuruddin berkata yang dia tersilap kata dan menyatakan tidak pernah sama sekali menyukai Husna bahkan sebenarnya dia ingin melamar rakan sebilik Husna.

Tika mendengar kata-kata Nurruddin hati Husna sedih dan hancur. Seakan kaca yang jatuh ke tanah. Selama seminggu Husna tidak keluar dari bilik sampai satu tahap tidak ke kulliyyah. Yang lebih memeritkan adalah apabila Husna diminta teman biliknya Iman untuk menjadi peneman sewaktu majlis pernikahannya dengan Nurruddin. Sepanjang hari Husna kuatkan hatinya dengan mengingat Allah. terkadang bergenang air mata saat  duduk disebelah Iman yang sedang bergembira kerana bakal menjadi isteri kepada Nurrudin. Husna terus kuat dan selepas saat itu dia menyatakan pada Nurruddin yang mulai saat itu dia tidak mahu ketemu dengan dia lagi.

Tika sedang mengenangkan perkara lalu,  secara tidak sengaja Naqibah Husna datang ke biliknya untuk ketemu dengan Husna. Kak Sayyidah adalah naqibah yang paling Husna sayang. Mereka selalu dijumpai bersama tak pernah jumpa mereka berasingan sampai satu tahap tu kalau nak cari Husna cari je Kak Sayyidah pasti ketemu. Kak Sayyidah terus mendapatkan Husna. 

Kak Sayyidah : Kenapa kamu sayang? kenapa menangis.. Ada perkara yang mengundahkan hatimu ke sayang?

Husna: Kak saya sebak dan rasa hilang semangat kak. tadi Sumayyah datang beritahu Nurruddin dan Iman dah dapat anak. Saya sama sekali tidak mahu mendengar nama mereka lagi. Hidup saya dah aman sejak mereka di ijab kabul dan berlalu pergi dari hidup . Tapi bila terdengar nama mereka tadi saya rasa marah pada diri saya kak. Sedih. 

Kak Sayyidah: Apa lagi yang mengacau fikiranmu?


Husna: bila semua yang berlaku dua tahun lepas kembali di fikiran, saya rasa lemah kak ... Mungkin sahaja Allah mahu menguji diri ini. Mungkin .. mungkin.. 


Kak Sayyidah : Apa lagi yang mahu dimungkinkan sayang? sayang Allah tidak akan menguji hambanya kalau dia rasa hambanya itu tidak mampu diuji... Sayang Allah sentiasa mendengar kesedihan hamba-Nya dan sentiasa bersama hamba-Nya cuma kita ni yang selalu alpa dan lupa bila sedih baru mahu kembali pada-Nya.. Cuba fikirkan bagaimana cara kamu kembali tenang setelah diduga dulu.. Ujian hati paling berat sayangku.. Bukan mudah untuk menerima apa yang berlaku tetapi mudah kalau hati itu rasa cinta dan kasihnya kerana Allah dan bukan kerana nafsu. Apa yang berlaku itu mematangkan diri bukan? Jadi apa yang kamu perlu lakukan adalah kembali padanya.. Kuatkan hati akan ada yang lain buatmu dan cinta dan kasih Allah itu lagi penting dari segalanya. 


Husna: InsyaAllah kak.. 


Kak Sayyidah: apa kata kamu lakukan seperti yang pernah kamu lakukan dulu sayang. Moga Allah memberi pertolongan kepada-Mu .. mungkin dia rindu pada-Mu .. Kembalilah sujud padanya sayang.  


Kak Sayyidah pun berlalu pergi. Hari berganti hari, bulan berganti bulan Husna tidak lagi beruzlah dari segala aktiviti yang  disertainya. menyendiri dan mencari kekuatan dalam dirinya. Malu pada Allah kerana selama ini cuba menyamakan cinta manusia dan cinta pada Sang Pencipta. Tiap malam dia duduk di hamparan sejadah bertahajjud dan bertaubat pada Allah serta berhajat ditenangkan hati. Lama kelamaan, kekuatannya kembali dan alhamdulillah dia kembali seperti biasa kerana percaya dengan cinta dari Sang Pencipta.

-Bersambung-

*mungkin pendek ceritanya, tetapi ada maksud disebaliknya. faham dan hayati mukadimah cerita ini*



Monday 12 December 2011

mahu menembak semula

Bismillahirahmanirahim

Sudah lama kiranya diri ini tidak menembak-nembak.. nak ke kelas photographypun tak lepas.. Penuh hujung minggu dengan aktiviti-aktiviti lain yang lebih awlawiyatnya. Harapnya akan kembali ke bidang seni photography yang menjadi hobiku sejak kecil.. rasa xseronok pula kalau perkara yang sudah menjadi minat ditolak ke tepi dan skill yang ada akan karat bak besi yang kena air dan terbiar. Moga-moga akan datang waktu yang dinanti supaya bolehlah kiranya dapat mengambil kelas fotografi di serambimaya atau mungkin dengan abang epah.. Moga-moga juga tak berkaratlah skill yang aq ada..

Dibawah adalah koleksi-koleksi gambar yang aq mula-mula tangkap dan yang ku suka!

antara gambar pertama di tangkap sesudah membeli d60

indah :)

gambar anak sepupu yg paling comel!


pejabat pos perak!


nota kaki: perlukan waktu untuk sesuatu yang disukai! insyaAllah soon selepas siap menunaikan tanggungjawab dan juga cuti! 




Wednesday 7 December 2011

wordless wednesday


mengimpikan ketenangan saat ini
hanya bergantung pada Allah sang Pemberi Ketenangan :)

Tuesday 6 December 2011

14 perkara yang disunatkan dilakukan pada Hari Asyura


14 Perkara yang disunatkan dilakukan Pada Hari Asyura  (10 Muharram, bersamaan Selasa, 6hb Disember 2011)

 1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat
- Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat
- Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat
- Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat
- Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat
- Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat
- Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat
- Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat
- Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat
- tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat
- Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat
- Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat
- Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah

fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

*sumber dari pemudacahaya.blogspot.com*


nota kaki: mari kita kumpul ganjaran dari ALLAH swt*

Friday 2 December 2011

penghijrahan ke tahun baru 1433

Bismillahirahmanirahim.. 


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih diberikan nikmat hidup di bumi-Nya dan menempuh tahun baru hijrah 1433. Tahun baru Islam di sambut saban tahun tetapi tidak oleh semua kerana kita sudah terbiasa dengan tahun baru masihi yang diajar dan didik pada manusia sejak lahir lagi. Mungkin mereka berjaya menakluk mentaliti kita tetapi tak mungkin mereka akan dapat memadamkan Islam dari jiwa kita.

Berkesempatan dengan ini saya ingin mengucapkan selamat menempuh tahun baru hijrah pada semua dan berharap kita semua dapat menjadi umat yang lebih baik, hamba yang lebih patuh pada Tuhan-Nya. Selain itu, diharapkan agar semua menyelami dan menghayati kisah penghijrahan Rasulullah SAW daripada Mekah ke Madinah. Kisah persaudaraan Ansar dan Muhajirin dan yang pasti kisah bermulanya agama kita dan perjuangan untuk menyebar dan memasuki hati-hati manusia tika itu yang kita boleh implimentasikan pada zaman ini.

Selalunya bila dengar tahun baru mesti kita akan pasang niat nak berazam baru bukan? Apa kata kali ni kita tukar waktu untuk buat azam baru. Berhijrah dari meletakkan azam baru di tahun masihi ke tahun hijrah . Mungkin sukar tapi kalau kita mulakan dari sekarang mungkin akan jadi kebiasaan di masa hadapan? Tahun in saya mulakan! sebab saya mahu membiasakan diri dengan tahun hijrah dan bulan-bulan di dalamnya.

Dan seperti biasa saya suka berazam setiap kali masuk tahun baru . Antara Azam saya pada tahun ini adalah :
- menjadi anak,wanita,sahabat solehah
-berbakti pada Mama, Baba dan Kakak
-dapat naikkan pointer
-dapat berkhidmat dan beri komitmen pada setiap badan yang saya sertai
-teruskan buat orang gembira
-melawat ke luar negara lagi
-terus belajar dan menimba pengalaman sebanyak mungkin
-dan yang pasti mencari redha Allah, menjadi hambanya yang sentiasa sujud dan patuh padanya dan menjadi ummat yang bisa membuatkan Rasulullah SAW tersenyum di atas sana

Sebenarnya banyak je lagi list azam tapi tak semua boleh di beritahu disini bukan takut-takut kalau tak terlaksana. Tapi apapun saya berharap dengan azam baru, semangat baru saya dapat terus berjaya dalam hidup beserta dengan rahmat Allah. Saya akan buat yang terbaik untuk memastikan kesemua azam saya terlaksana InsyaAllah :)

nota kaki: Pasang niat dan laksanakan niat adalah sebaik-baik perkara dan niatlah kerana Allah taala :)

Thursday 24 November 2011

Kisah Semut

Bismillahirahmanirahim ..

Kebelakangan ini diri ini semakin sibuk dengan kelas, tugasan dari pensyarah serta program terdekat. Tetapi setiap kali terasa sibuk, tentu ada sahaja perkara yang berlaku yang memberi makna dan pengajaran. Semalam diri ini ke booth SRC di centre ketika sedang asyik membaca laporan-laporan program mereka serta artikel yang terdapat di dinding booth tersebut saya dipertemukan dengan sesuatu yang membawa keinsafan pada diri ini sebagai manusia.



Semasa membaca artikel diri ini terasa seperti ada benda atau makhluk sedang meniti di cermin mata, lantas diri ini mengeluarkan cermin mata yang terlekat di telinga.. Ternyata haiwan tersebut adalah semut. Pada mulanya diri ini ingat hanya seekor sahaja semut itu tetapi apabila di letakkan di atas banner supaya dia boleh bergerak mungkin pulang ke sarang terlihat seperti semut tersebut mengangkat sesuatu.. Aq amati dengan baik semut itu rupa-rupanya ia sedang mengangkat sahabatnya yang sedang tinggal nyawa-nyawa ikan...

Sungguh di situ, hatiku terus rasa tersentuh. Betapa sahabatnya sanggup membawanya pulang tidak membiarkannya mati sendirian. Sahabat tersebut juga sanggup mengangkat sahabatnya itu, tidak diseret kerana sayangnya semut itu pada sahabatnya. Sungguh haiwan yang kecil itu mampu menyentuh hati manusia yang jauh lagi besar darinya.

Dari peristiwa itu banyak yang daku pelajari. Erti Persahabatan sebenar. Sungguh mungkinkah kita manusia itu bisa mencontohi semut itu. yang sangat setia pada persahabatan, sentiasa bersama susah dan senang? Moga Allah jadikan aq hambanya yang sentiasa bersyukur dengan nikmat persahabatan dan tidak melupakan sahabat di waktu susah dan sentiasa bersama hingga akhir waktu saat Kau memanggilku pulang. Semut makhluk Allah juga boleh lakukan kebaikkan sesama sendiri. Kita hamba Allah yang diangkat sebagai Khalifah di muka bumi bila agaknya kita akan dapat menjadi tauladan seperti semut yang memberi pengajaran pada diri ini ?


nota kaki: sahabat selamanya . 

Wednesday 16 November 2011

senyap seketika

Bismillahirahmanirahim... 

Maaf kepada pengunjung blog saya yang biasa- biasa ini .. Saya tidak dapat mengupdate @ mengemaskini blog saya atas sebab kesibukan dan amanah yang perlu dilaksanakan dan diawlakan... 

Harapanku agar saya akan dapat update selalu di masa akan datang dan juga sebelum final menjelang...

Doakan saya dipermudahkan urusan ye sahabat-sahabat .. 


Assalamualaikum .. 

Amirah Shahrin 
mahallah Nusaibah, IIUM, Malaysia

Monday 7 November 2011

si pengangkut barang


Bismillahirahmanirrahim


Keldai itu penuh pengorbanan.. 
mengangkut barang untuk tuannya.. 
setia dengan tuannya.. 

Andai sahaja kita menggantikan tempatnya 
pasti tidak akan terdaya menjadi sekuat keldai itu.. 
Moga terus kuat ke akhir hayatmu :)







Wednesday 2 November 2011

tawaran hebat - asah bakat menulis anda


Bismillahirahmanirrahim ..



Menulis adalah salah satu medium penyaluran idea, maklumat, pandangan dan berbagai lagi .. Kali ini Kelab Pemikir Muda menganjurkan pertandingan menghasilkan esei mengenai sumbangan Imam Al Ghazali pada dunia ... Kelab Intelek Muda akan melaksanakan program seminggu memperingati 900 tahun permergian imam Al Gahzali... Banyak karya yang telah dihasilkan ilmu yang melimpah ruah menaikkan nama Islam.. Antara karya yang terkenal yang dihasilkan beliau adalah ihya' ulumuddin.

Mari sertai kami dan untuk pertanyaan dan pendaftaran boleh hubungi nombor yang tertera di poster di atas .


nota kaki : kalau berkesempatan ingin sekali sertai, kalau tak dihantar sekalipun insyaAllah akan di post dalam blog ini . 

Tuesday 1 November 2011

Usul Fiqh (mode:mid sem)



Bismillahirahmanirahim 

Syukur pada Allah kerana masih memberiku peluang bernafas di muka buminya yang penuh barakah dan pancaroba. Alhamdulillah akhirnya berakhir ujian tengah penggal untuk kertas Usul Fiqh . Susah itu memang lumrah dalam kertas subjek elektif ilmu wahyuku... Hanya Allah sahaja yang tahu perasan hati ini tika menjawab kertas tersebut. Dalam rasa stress menjawab dan selepas menjawab diri ini berhenti berstressan dan berfikir sebenarnya baik juga diri ini mempelajari subjek tersebut kerana sebelum ini tak terlintas difikiran yang suatu hari akan pelajari ilmu-ilmu yang berlandaskan syariat Islam. 

Usul fiqh is a body of principles of interpretation by the help of which the mujtahid is able to derive the law from the detailed evidences in the Quran, the Sunnah, ijma' and qiyas. It covers variety topics under it such as hukm@islamic law, types of islamic law, sources of islamic law and others. 

Syukur pada Allah kerana Kau tunjukkan jalan pada hambamu ke arah-Mu. Walaupun payah tapi diri ini percaya setiap sesuatu punya hikmah dan setiap ujian punya kemanisan dan ia terpulang pada kita untuk berhadapan dengan masalah dinukilkan bersama senyuman atau menghadapinya dengan stress yang tinggi. Apapun segala sesuatu itu akan berlaku kalau kita niatkan dalam hati untuk melakukan sedemikian. 

Sekadar perkongsian, soalan yang keluar semasa exam tadi ada 2. The origin and development of Usul Fiqh dan Describe Hukm Al Shari'ah and the elements.. Setelah melakukan yang terbaik aq hanya mampu tawakal kepada Allah... dan sudah pasti perjuangan tidak berhenti disini.. Pasti aq akan buat yang terbaik untuk final exam dan assignment. Mahu terus belajar dan belajar tanpa henti ilmu agama moga boleh di imbangi dengan duniawi yang secular.. 

nota kaki : Mahu terus belajar dengan senyuman dan miatkan ikhlas dalam menimba ilmu.. Moga diberkati :)

Wednesday 26 October 2011

Bengkel Pengucapan Awam

Bismillahirahmanirrahim 


   

Pada hujung minggu ini InsyaAllah saya akan menyertai bengkel yang dianjurkan oleh PKPIM UIAM GOMBAK bersama Mahallah Bilal.. Trainernya Cikgu Fizi dan tak sabar kiranya nak menyertai program ini kerana mahu sekali mengasah semula keberanian untuk berpidato semula setelah setahun menyepi sejak berakhirnya Pidato Piala AKSA. Moga program ini berjalan dengan lancar insyaAllah ..


nota kaki : teringat tajuk pidatoku pada pertandingan Pidato Piala AKSA (Siswi : Selangkah ke Hadapan)

Art As Theraphy 2






lets learn ways to manage stress ! its fun!

taubat-opick


Bismillahirahmanirahim .. 



Tadi tika saya sedang mencari video-video di youtube tergerak hati untuk mendengar nasyid ini.. Sungguh liriknya menusuk hati :( Dengar, Amati dan Rasai lirik lagu ini :) Sungguh Allah itu Maha Pendengar .. 

nota kaki : nasyid-nasyid Opick liriknya semua SubhanaAllah indah.. 

wordless wednesday -ikan sardin celup tepung


Bismillahirahmanirahim.. 


Ikan sardin celup tepung Maghribi:) rindu dan pasti akan ke sana untuk menikmatinya sekali lagi tapi kali itu mungkin bersama keluarga tersayang :)


Wednesday 19 October 2011

wordless wednesday

Bismillahirahmanirahim


Ketawa bersama, menangis bersama , stress bersama ...
ukhwah sampai ke syurga :)

Sunday 16 October 2011

lagu khas untuk mereka yang diri ini sayang


Bismillahirahmanirahim.. 



Dalam Mihrab Cinta - by Afgan
demi cinta ku pergi
tinggalkanmu relakanmu
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
reff:
suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga
suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya
karena cinta ku ikhlaskan
segalanya kepadanya
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati
repeat reff [2x]
suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga
suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya semoga semoga

p/s: lagu ini dalam maksudnya.. ditujukan khas untuk mama, baba, kakak dan juga keluarga convest11.. moga kasih sayang kita kekal hingga ke syurga :')



Tuesday 11 October 2011

cupcake


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.. 


Bismillahirahmanirahim... Alhamdulillah di beri kesempatan mengupdate blog ini :) dalam kesibukan kelas, assignment dan convest 2011 saya bisa meluangkan masa menarikan jari di keyboard untuk mengemaskini blog yang hampir bersawang ini. Syukur ke hadrat ilahi kerana sudah 3 program convest berlalu dengan berjaya dan tinggal tiga sahaja lagi untuk berakhir convest 2011.. 

pada hari ahad yang lalu tiba-tiba terfood craving.. ternampak chocolate cupcakes yang mengiurkan menunggu untuk dimakan. Pada mulanya saya teragak-agak untuk membelinya tetapi tiba-tiba lalu seorang senior dan dengan spontan diri ini berkata belanja saya boleh??? saya menyatakan sedemikian secara sengaja untuk melihat apakah reaksi beliau.. Tiba-tiba dia suruhku memilih satu ... Sungguh baik hati seniorku yang membelikan untukku itu.. Moga Allah sentiasa murahkan rezeki beliau. Susah untuk diriku meminta orang belanja dan sekali buat jadi.. Barangkali rezeki saya tika itu.. Syukran senior SRC :) Chocolate itu keperluan dalam hidupku :)

Di saat ini diri ini terus teringat kata-kata kak izzah senior dari kelas CT dan PS... Makanan mahupun minuman itu bukanlah yang mengeyangkan kita tetapi iman kepada Allah yang membuatkan kita kenyang. Oleh itu cara-cara untuk sentiasa kenyang adalah dengan memulakan makan dengan bismillah dan doa makan dan akhiri dengan Alhamdulillah dan doa selepas makan :)

" Orang yang berbudi dia adalah orang yang paling bahagia di dunia dan sentiasa gembira dengan hidup. Dia akan menggembirakan hati mereka yang susah. Mereka insyaAllah di doakan sentiasa dirahmati Allah dan di beri rezeki yang melimpah ruah dan dikongsi bersama :)

nota kaki: tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima... renung-renungkan dan selamat beramal :)

Monday 10 October 2011

wordless tuesday #1


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatu .. 


artis adalah manusia juga.. punya hidup seperti manusia biasa so jangan excited sangat bila jumpa mereka.. jadi diri anda jangan jadi orang lain :)

nota kaki : kak heliza kita jumpa hujung minggu ni k :)

Tuesday 4 October 2011

Saturday 1 October 2011

jalan lurus itu

jalan luruh itu
dimana penghujungnya?
Apakah mungkin jalan itu tujunya kearah kebahagiaan
atau kearah kesuraman
jalan lurus itu
apakah mungkin membawa ke kehidupan yang kekal
atau yang sementara
apakah kita kan memilih jalan itu?

moga -moga jalan itu membawa kepada keredhaan dan cinta yang maha esa...
Published with Blogger-droid v1.6.9

Thursday 29 September 2011

hijrah - bahagian 1-


Bismillahirahmanirahim... 


Agak lama juga jari jemari ini tidak menekan keyboard untuk dicurahkan karya yang masih dalam proses percubaan.. Harapan yang baru dan azam yang baru sering kali di pahat dalam hati tika blog ini di 'update'. Alhamdulillah masih bernyawa dan di beri peluang ilahi untuk bernafas dan berbakti di buminya yang luas. 

Di saat diri ini sedang meng'update' mungkin sahabat-sahabat sedang lena di buai mimpi di katil masing-masing. Terkadang terfikir di mana letaknya kekuatan yang di cari di saat memerlukannya. Saat hati ingin bersedih pasti kegembiraan menghampiri. Itu semua kuasa tuhan bukan?



Tadi diri ini terlibat dengan penganjuran forum intelektual berjudul "tinta emas dan layar perak" . Panel yang dijemput sudah pasti menjadi tokoh yang memberi impak besar pada negara khususnya belia. Setiap gadis pasti ingin menjadi seperti beliau yang berhijrah dari satu kehidupan ke kehidupan yang mengubah hidupnya selamanya. Setiap penghijrahan itu ada cabaran dan setiap cabaran itu ada kegembiraan. 

Wardina Safiyyah adalah wanita yang saya nukilkan di atas. Mungkin permulaan hidup di mulakan dengan berkecimpung dalam bidang seni atau lebih dikenali layar perak. tidak semua bisa fahami di mana agaknya atau bila hijrah itu akan berlaku kerna semua itu ditakdir tuhan. Sungguh saya tabik pada sis Wardina kerna kekuatan beliau mengatasi segalanya. Bukan mudah untuk berubah tetapi kesungguhan dan keberanian untuk melakukan perubahan. Kalau kita mahu melangkah kepada kebaikan pasti penuh dugaan bukan, tetapi kalau kita ingin melakukan kejahatan(nauzubillah) mesti mudah.. Jadinya didalam kesusahan pasti ada kegembiraan.
InsyaAllah saya akan sambung menarikan jari di papan kunci di lain hari. Harap-harap agar kehidupan kita semua sentiasa diberkati yang maha Esa, Allah SWT .. InsyaAllah . ...

Wednesday 14 September 2011

Thursday 1 September 2011

raya 2011

bismillahirahmanirahim....

alhamdulillah diri ini diberi peluang menikmati bulan yag penuh barakah ramadhan... kini setelah sebulan berada di madrasah ramadhan, kini tiba syawal sebagai ganjaran dari ilahi.... syawal kali ini adalah syawal untuk disyukuri... mungkin sebelum ini terlalu mengikut apa yang dikehendaki tetapi kali ini cuba untuk mengurangkn sick up itu...

raya tahun ini persiapannya ala kadar sahaja tapi yang penting adalah kebersamaan semua... berkumpul keluarga dan penyatuan hati smua dan menyucikan hati setiap seorang. waktuini kita akan bisa melihat ego direndahkn, kesalahan yg dibuat diampunkan serta senyuman teeukir i bibir...

bagi menu tahun ini kami berjaya menyiapkan ketupat yang dianyam, rendang daging, ayam masak merah,kuah kacang dan masak lodeh... tahun ni tiada rendang itik tetapi alhamdulillah mkanan yg disediakan mencukupi :)

disaat makanan habis sy diarah nana memasak sambal ikan bilis bera telur... walaupun makanan tersebut simple, ia tetap mengukir senyuman bagi yang menjamahnya...

pesan saya buat semua ukirkan seenyman sentiasa, syukuri nikmatnya dan bermaafan tanpa henti... salam aidilfitri :) maaf zahir dan batin
Published with Blogger-droid v1.6.9

Friday 26 August 2011

Islam agamaku dunia akhirat



Namaku Lim Thiam Foong . Nama itu hanya tinggal kenangan , aku kini bergelar Muhammad Yusoff bin Muhammad Abdullah . Berumur 21 tahun . Aku adalah anak tunggal kepada sepasang suami isteri berbangsa cina yang menetap di Petaling Jaya . Sewaktu berumur 15 tahun ibu bapaku telah terbuka hati untuk memeluk agama Islam bermaksud akupun secara automatik mesti masuk agama itu kerana masih di bawah umur 18 tahun . Saat itu ku rasakan hidupku telah berakhir , tiada lagi kebebasan melakukan segala perkara tidak mengira waktu , tetapi kini terikat dengan waktu solat 5 kali sehari yang membebankanku ketika itu .


Sejak saat itu aku sering membelakangkan ibubapaku dan selalu mengingkari arahan mereka kerana menganggap keputusan mereka itu adalah salah dan mereka akan menyesal dengan keputusan yang di lakukan . Aku bertambah benci dengan agama ini apabila kawan – kawan yang sering lepak dan keluar bersama mula meminggirkanku setelah mengetahui status ku kini yang bergelar orang islam . Selain itu , aku mula di jadikan bahan ejekan oleh rakan sedarjatku yang berbangsa cina dan sering di katakan pembelot kepada agama buddha di sekolah yang majoriti pelajarnya bukan Islam .


Yang menambahkan pilu di hatiku adalah kekasihku Michelle telah meninggalku dan mula membenciku . Cinta kami yang indah seperti cerita sehinggakan tiada siapa yang boleh memisahkan kami dan janji sehidup semati selamanya hanya tinggal kenangan . Hancur dan musnah segala – galanya bagiku dan dunia seakan sudah berakhir. Saudara - maraku juga meminggirkan keluargaku sehinggakan datuk dan nenekku tidak lagi mengaku yang ibu bapaku adalah anak mereka .


Aku yang dulunya periang dan terkenal di sekolah bertukar menjadi seorang yang dan pemarah . Pada suatu hari , ustazah Siti Aisyah memanggilku dan menyuruhku datang untuk aktiviti Persatuan Islam sekolah kerana persatuan itu wajib di sertai oleh pelajar islam di sekolahku . Pada mulanya aku menolak tetapi tiba – tiba aku terbuka hati untuk menghadiri persatuan itu . Agak janggal rasanya menyertai kelab yang di sertai oleh mereka yang tidak pernah ku sapa sebelum ini . Selepas menghadiri ke persatuan pelajar islam sekolah aku mula meyedari keindahan dan keistimewaan agamaku kini .


Di kelas agama aku lebih menumpukan perhatian daripada sebelum ini . Pada satu hari ustazah memanggilku dan memberi sepucuk surat , aku terus membuka dan membaca isi surat tersebut . Ia adalah surat jemputan ke kem kepimpinan pelajar islam selama 3 hari 2 malam yang akan berlansung hujung minggu itu dan tanpa sempat memberitahu ibubapaku aku bersetuju untuk menyertai kem itu kerana sudah pasti ibubapaku bersetuju untuk aku pergi ke kem itu . Semalaman aku tidak dapat melelapkan mata mengenangkan apa yang akan berlaku di kem .

Hari yang ditunggu muncul tiba , aku tiba di UIA di hantar oleh ibu bapaku selepas solat jumaat . Sesampai di sana , beberapa rakan sekolahku telah sampai dan kami mendaftar diri bersama – sama dan kami dapat menginap di bilik yang sama . Inilah pertama kali aku tinggalkan rumah untuk aktiviti keagamaan dan walaupun keadaan bilik hostel kami itu tidak secantik bilikku di rumah , tetapi ia telah mengajarku erti kehidupan dan rasa syukur dengan apa yang kita ada . Aktiviti bermula selepas solat asar , seperti biasa aktiviti yang biasa di lakukan adalah sesi ice breaking .

Banyak aktiviti yang dijalankan sewaktu kem itu menyedar dan menginsafkanku serta membuatkanku menyesal atas segala yang aku lakukan semenjak menjadi seorang muslim . Pada hari kedua di kem itu , seorang penceramah telah memberi ceramah yang mengubah diriku dan memberi impak dalam diriku sehingga kini . Segala yang dikatakannya telah membuka mata dan hatiku untuk menjadi seorang muslim yang sejati. Aku juga tidak lagi berasa keseorangan kerana kini aku mempunyai ramai kawan dalam erti kata yang lain kawan sejati yang boleh menolongku dalam apa jua keadaanpun .

Setelah pulang dari kem itu aku membuat ikrar untuk menjadi seorang yang berani seperti sahabat rasulullah , Saidina Umar bin Al Khattab yang berani dan tegas dalam menegakkan agama Islam dan memerintah kerajaan khulafa’ ar – rasyidin pada suatu masa dahulu . Tiada lagi rasa gentar untuk bertemu kawan yang meminggir dan membuliku . Aku bukanlah Lim tetapi Yusoff dan Yusoff ini bukan yang sering di perkotak – katikkan oleh rakan bukan islam .

Semua itu adalah kisahku di sekolah menengah dan hanya menjadi kenangan buatku sepanjang hayat . Kini aku sedang melanjutkan pelajaran di UIAM dalam bidang pyschology supaya boleh memahami seseorang manusia itu dengan lebih mendalam . Ibu bapaku akan berangkat ke tanah suci mekah pada tahun ini untuk menunaikan haji . Mereka sangat gembira dengan perubahanku sejak pulang dari kem itu . Aku di maklumkan rakanku bahawa michelle sekeluarga telah memeluk islam , syukurlah mereka telah terbuka hati dan berada di jalan yang benar . Aku percaya segala yang baik datang dari ALLAH . fii emanillah .


p/s: Allah sayangkan setiap hamba-Nya ..