Bismillahirahmanirahim
Asam pedas untuk Amal |
Hari ini adalah hari natal. Hari Natal adalah sambutan menyambut kelahiran nabi Isa atau Jesus dalam kepercayaan Christian. Kepada sahabat yang menyambutya, Merry Christmas and A happy new year. Hari ini juga adalah sambutan ulang tahun sahabat saya Nur Amalina Sharapudin. Saya dan Ain Balkis terfikir untuk memberi kejutan kepada Amal dengan cara mengajaknya datang ke rumah saya atas sebab saya mempunyai masalah dan memerlukan mereka hadir ke rumah. Walaupun dalam keadaan suhu yang diparas rendah dan hujan bercampur salji mereka hadir ke rumah membuatkan saya terharu sedangkan tujuan utama adalah untuk meyambut hari jadi Amal.
Saya tak teringatpun untuk tangkap gambar penuh kek. Ini sahaja yang ada. p/s : don't judge the book by its cover. rasa kek alhamdulillah sedap! |
Saya tahu akan kegemaran Amal iaitu Cheesecake dan dia lebih suka new york style cheesecake. Kebanyakan Cheesecake di Turki tidak kena dengan tekaknya kerana selalu aja dicampur bahan lain seperti lemon, raspberry, strawberry dan macam-macam lagi. Oleh itu saya bertukang di dapur sedari jam 1030 pagi untuk menyiapkan kek tersebut. Saya mulakan dengan mencari di dalam laman web resepi yang paling mudah dan cepat serta boleh menggunakan periuk nasi untuk memasaknya. Oh ya saya buat cheesecake tersebut menggunakan periuk nasi kerana SANGGAR RASA tiada oven. Resepi untuk cheesecake tersebut saya ambil dari laman web ini https://whattocooktoday.com/how-make-easy-rice-cooker-cheesecake.html
menu sambutan kelahiran Amal |
Selain kek saya telah menyediakan merarau kami iaitu asam pedas ikan cupra, telur dadar dan ulam sayur (timun dan salad). Sebenarnya saya teringin makan asam pedas sudah berminggu dan alhamdulillah hari ini saya dapat memasaknya. Tekak orang Melaka kalau tak dapat asam pedas tak sah. Hari ini saya buat asam pedas versi pekat sedikit direncahkan terung dan tomato. Melihat mereka makan juadah yang disediakan membuatkan hati saya gembira kerana mereka adalah sahabat yang Allah kirimkan buat saya.
Akhir kata, sekali lagi selamat hari lahir ke 26 tahun Nur Amalina! Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditemukan jodoh cepat. Moga sukses dalam setiap sesuatu yang dilakukan. Terima kasih kerana menjadi sahabat untuk diri ini. Suka sekali saya kepada kata - kata ini;
“Penemuan yang paling indah dari para teman sejati adalah bahwa mereka bisa tumbuh terpisah tanpa tumbuh menjauh.” — Elizabeth Foley
selepas kenyang perut kami bermain Jengga |
nota kaki : Dogum gunu kutlu olsun Amalina!
No comments:
Post a Comment