Pages

Thursday 30 June 2011

masjid sunan ampel

menarik hatiku.... cerita lanjut. dipos akn dtg
Published with Blogger-droid v1.6.9

Tuesday 28 June 2011

blogging medium baru penulisan kreatif dalam kalangan pelajar UIAM



Bismillahirahmanirahim 


Dalam kajian ketiga kami, kami menggunakan teknik pemerhatian pada medium blogging yang kini menjadi satu fenomena baru di seluruh Negara. Peratusan mereka yang menggunakan medium ini sebagai diari untuk mencatatkan aktiviti yang dilakukan serta sebagai tempat perkongsian ilmu meningkat. Remaja khususnya golongan mahasiswa kini rata-rata menggunakan blogging sebagai tempat untuk mereka mengasah bakat dalam penulisan. Tidak dinafikan ada juga segelintir daripada mereka menggunakan bahasa campur dalam berblogging tetapi itu juga boleh di ambil erti sebagai penulisan kreatif.

             Kepelbagaian cara dan jenis tulisan serta isi tulisan yang kita dapat lihat pada karangan pelajar UIAM. Ada diantara mereka menulis untuk menyebarkan dakwah, memanggil sahabat-sahabat kepada kebaikan.Ada juga yang menggunakan medium blogging untuk menyebarkan maklumat atau memberi pendapat mengenai  isu semasa seperti Isu yang berlaku di dalam atau di luar Negara, sebagai contoh isu pergolakan di Palestin. Selain itu, kita dapat lihat ada diantara mahasiswa yang menjadikan blog mereka tempat mereka mengumpulkan hasil karya-karya mereka seperti  himpunan puisi hasil nukilan diri sendiri serta penulisan cerpen yang menarik untuk bacaan umum. 
            Dari pemerhatian yang kami telah laksanakan sebanyak 8 dari 10 mahasiswa UIAM mempunyai blog. Antara blog yang boleh dijadikan contoh adalah http://elmishkat.blogspot.com/, http://pemudacahaya.blogspot.com/, http://qurss.blogspot.com/, dan  http://nurdalilamelatusamsi.blogspot.com/. Dalam keempat-empat blog di atas terdapat variasi penulisan kreatif. Ada yang mengekspresikan sesuatu keadaan atau perasaan itu dalam bentuk puisi, cerpen, ulasan dan pelbagai lagi. Isi kandungan dalam blog mereka sangat bermanfaat dan dapat menarik golongan remaja khususnya untuk membaca kerana gaya bahasa dan penulisan yang mereka gunakan tidak berat dan mudah untuk difahami.
Kesimpulan yang saya dapat lakukan disini adalah blogging merupakan satu fenomena baru dalam mengasah penulisan kreatif di dalam diri pelajar khususnya mahasiswa UIAM . Medium blogging adalah medium yang paling efisyen dan terbaik pada zaman ini kerana mudah, cepat dan percuma. Seseorang mahasiswa itu boleh berkongsi ilmu dan idea mereka dengan cara ini dan tidak perlu lagi menggunakan cara konvensional iaitu menghantar surat untuk di terbitkan dalam majalah mahupun akhbar.
Diharap dengan fenomena baru ini lebih ramai mahasiswa akan menulis dan memartabatkan semula penulisan kreatif dengan menggunakan medium yang lebih cepat, senang dan murah iaitu blogging. Moga para mahasiswa juga menjadikan medium ini untuk memartabatkan bahasa serta memperbaiki tahap penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang perlu di jaga dan di pelihara. 

Monday 27 June 2011

Laman Sosial medium Penyatuan Semangat Revolusi


Sejak awal tahun ini, dunia Islam ditiup dengan angin yang menginginkan perubahan. Dari Algeria ke Tunisia, Maghribi ke Libya, Syria ke Yemen hingga ke Dataran Tahrir di Mesir gelombang revolusi bersebaran. Seluruh dunia arab bertukar menjadi medan domino pabila satu per satu Negara jatuh dek penyatuan rakyat yang menuntut kepada perubahan.
Terdapat pelbagai pengantara yang menjadi pencetus sesebuah revolusi itu, kalau kita singkap semula sejarah kebanyakan cara untuk menyemarakkan api perubahan adalah dengan medium penulisan dan media massa. Kedua – dua elemen ini merupakan aspek penting dan cara yang paling cepat untuk digapai manusia tika itu. Bak ungkapan pujangga, pena itu lebih tajam dari mata pisau .
 Di era globalisasi moden ini, penyebaran maklumat bertambah pantas lagi dengan adanya rangkaan internet dan internet tanpa wayar. Segala jenis berita dan maklumat  boleh diperoleh dengan sekelip mata dan segala-galanya berada di hujung jari sahaja. Dalam pada masa yang sama, laman sosial juga muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Pelbagai jenis laman sosial boleh kita sertai seawall Friendster, myspace dan tagged sehinggalah laman yang popular kini iaitu mukabuku atau facebook dan juga twitter.
Secara majoritinya pemilik laman sosial selalunya adalah kaum belia atau remaja. Medium ini digunakan untuk berkongsi minat, bertukar pendapat dan juga mencari kawan baru tetapi awal tahun ini, dunia digemparkan dengan berita mengenai laman sosial menjadi medium penyatuan revolusi di timur tengah dan dunia Arab. Pada zaman ini, cara terbaik untuk mengumpulkan semua penduduk khususnya belia untuk sama-sama bergerak adalah dengan menggunakan laman sosial. Penyebaran maklumat berlaku dalam sekelip mata. Contohnya perkara yang berlaku beberapa minit yang lalu sudah pasti berada di dalam status terkini anda di facebook mahupun di twitter.                                                                                                
Fenomena ini telah memberi nafas baru dalam penyaluran maklumat serta bertindak sebagai agen penyatuan semua manusia secara umum dan menjadi landasan penyatuan rakyat sesuatu Negara secara khususnya. Sebagai contoh peristiwa di Dataran Tahrir, Mesir, di mana salah satu faktor atau penyebab pengumpulan rakyat Mesir khususnya belia di dataran tersebut adalah disebabkan salah seorang aktivis  telah menjadikan facebook dan twitter sebagai medium  mengumpul pendapat dan menyusun strategi.
Aktivis tersebut adalah Wael Ghonim, seorang eksekutif muda di Google muncul sebagai pencetus utama gerakan pembaharuan di Mesir. Beliau yang mempunyai lebih 500,000 orang pengikut di facebook telah ditahan oleh pihak berkuasa Mesir sebelum dilepaskan selepas 12 hari. Penggunaan laman sosial adalah landasan terbaik untuk memupuk semangat kebersamaan dan mungkin revolusi tidak akan berlaku sekiranya laman sosial seperti Facebook , Twitter dan sebagainya tidak wujud.
Bukan sahaja di Mesir, laman sosial juga menjadi faktor pencetus semangat revolusi di Libya dan juga di Syria. Ini telah mengangkat darjat laman sosial dari hanya sebagai tempat berkumpul dan berkongsi minat kepada pusat pembentukan semangat revolusi.
Secara kesimpulannya, laman sosial berjaya menyatukan rakyat di sesebuah Negara. Mungkin dalam lingkungan kita rakyat Malaysia boleh mengadaptasikan penggunaan dan cara mereka( rakyat Mesir) untuk membuat perubahan dalam masyarakat sebagai contoh Himpunan 1juta Belia yang dilaksanakan oleh kerajaan telah berjaya mengumpulkan sejumlah besar bilangan belia bersama-sama di Putrajaya dan kebanyakan promosi dilaksanakan menerusi laman sosial.                                                            
Akhir kalam, peredaran masa telah membawa arus perubahan kepada penyebaran semangat tidak kira semangat penyatuan mahupun semangat kekitaan telah beralih kepada penggunaan medium baru. Zaman revolusi kertas dahulunya kini ditukar dengan revolusi laman sosial. Iktibar perlulah diambil dari peristiwa yang telah berlaku dan jadikanlah ia sebagai rujukan untuk diaplikasikan di kalangan kita.
nota kaki : artikel ini InsyaAllah akan dimuatkan di dalam majalah survival, PKPIM UIAM GOMBAK.. 

Sunday 26 June 2011

Peperiksaan Akhir Sem


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu 


Mulai dari esok sehingga hari rabu saya cuti dari berblogging ... Keputusan ini diambil untuk saya fokus menjawab peperiksaan. Selama itu jugalah saya akan cuba untuk tidak buka FB saya.. Di semester pendek ini saya akan mengambil 3 kertas peperiksaan. Subjek-subjek tersebut adalah :

Tilawah Al Quran 1 (TQS1000S)
Bahasa Melayu Lanjutan (LM 2020)
Bahasa Arab level 4 (LQ2044)

Pada semester kali ini saya berharap saya dapat buat yang terbaik untuk menaikkan lagi pointer saya. Didoakan kepada semua warga UIAM yang bakal menduduki peperiksaan agar dapat menjawab dengan cemerlang soalan peperiksaan nanti. Buat yang terbaik dan niatkan kerana Allah taala... 

nota kaki: baca doa penerang hati dan selawat serta apabila nak buka kertas exam baca
                  Bismillahirahmanirahim... 

Saturday 25 June 2011

Mirwana - Ku Hadir Pada-Mu



Ku Hadir Pada-Mu 
mirwana 




Tuhanku...daku hadir..daku pasrah...
Mengenangkan diri ini yang penuh dosa..
Tuhanku...ku sedari...
Namun kealpaan menyelubungi
Lantas ku sujud menyerah padaMu
Agar disirami cahya kasihMu...

C/O:
Dikaulah harapanku
Dikaulah kekasihku
Dikaulah segalanya
Tempat ku mengadu..ku hadir padaMu...




Tuhanku...Kau pengasih...Kau pemurah...
Mengurniakan daku rahmat dan kasihMu
Sungguh aku tak layak untuk SyurgaMu
Namun tak pula sanggup untuk ke NerakaMu
Kerna itu ku sujud menyerah padaMu
Agar disirami cahya kasih

C/O:

Bridge:

Tuhan selangkah ku rapat kepadaMu
Seribu langkah kau padaku
Ku tahu pengampunanMu melangit tinggi
Engkaulah...engkaulah....ooo...


nota kaki: lirik lagu ini sangat menyentuh hati saya .... Ikatlah Allah di hati setiap masa....

Friday 24 June 2011

Apabila nampak anjing


Bismillahirahmanirahim 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu 


Kali ini saya ingin berkongsi mengenai pengalaman pulang dari meeting bersama kawan sebentar tadi. Al kisahnya begini, saya, dan 3 orang sahabat berjalan pulang dari Kafe HS yang terletak di center UIAM untuk kembali ke Mahallah Nusaibah yang terletak di bukit tinggi di UIAM dengan berjalan kaki. Selalunya bila berjalan waktu malam ni nyaman je udaranya. Baik kami melalui CELPAD @ pusat bahasa salah seorang dari kami memberhentikan langkah kerana ternampak beberapa ekor anjing sedang berlari di kawasan yang kami perlu lintas untuk meneruskan perjalanan. 

Kelihatan begitu banyak anjing melintasi kawasan tersebut. Kami terpaksa menunggu seketika untuk memastikan anjing-anjing tersebut sudah selesai melintas. Kami meneruskan perjalanan beberapa minit kemudian, tak sampai sepuluh langkah muncul lagi beberapa ekor anjing melalui jalan yang sama. Kali ini saya berkeras tidak mahu menangguhkan perjalanan lagi. Saya nekad mengambil batu digenggam erat di tangan. 

Saya berbuat demikian bukan apa saya pernah mendengar petua yang menyatakan kalau bertemu dengan anjing pegang atau genggam batu, kalau kata dia melihat ke arah kita cuba buat-buat macam nak baling batu tersebut, InsyaAllah anjing akan lari dari kita. Keduanya, bila kita bertentang mata atau berada dekat dengan anjing jangan sesekali lari atau berasa takut ini kerana anjing dapat mengesan sekiranya seseorang itu takut. Kalau dia dapat kesan yang kita takut alamatnya dia ingat kita ni ancaman dia, tu yang selalu orang buka langkah lari lintang pukang. Cuba berani dan jauhkan rasa takut serta kalau boleh kita berzikir dan beristighfar. 

Jauhkan fikiran anda daripada memikirkan anjing tersebut. Fikirkan perkara yang menggembirakan tapi ingat jangan leka pula. Cuba berjalan dengan laju, bukan lari. Kalau kita lari anjing tu ingat kita nak main dengan dia dan dia pun kejar kita. Kalau anda berjalan secara berkumpulan cuba tenangkan kawan anda yang takut dan jangan buat bising. Kalau buat bising lagi anjing tahu anda dekat dengan mereka. 

Apapun banyakkan berdoa pada Allah, Mohon dia lindungi diri kita. Rasa takut itu hanyalah pada-Nya bukan pada ciptaan-Nya.. 

Wallahualam ...

kalau yang mengejar comel macam ni takpe lakan 



sekali tengok macam german shepard ni.. tak ke lintang pukang lari dibuatnya... 


nota kaki : takut itu lumrah tapi takut Allah itu wajib .... 


Thursday 23 June 2011

Gadis berpurdah


Bismillahirahmanirrahim.. 



Wahai gadis berpurdah
saya sangat menggumi anda

disetiap pelusuk dunia 
pasti kamu ada.. 
jangan dianggap gadis berpurdah tak bisa pergi ke mana sahaja
mereka juga wanita yang bisa menggoncang dunia


bukan senang untuk menjadi seperti mereka
perlu kuat dan berpegang teguh dengan prinsip diri.. 
Agar tidak lari dari nawaitu yang tidak akan berubah
walaupun hingga ke akhir hayat.. 

Doa saya buat gadis berpurdah
Semoga anda sentiasa kuat dan tabah 
menghadapi dunia yang mencabar ini 
untuk mendapat kemanisan di akhirat... 


nota kaki: Saya sangat memandang tinggi mereka-mereka ini ..Saya harap saya dapat mengikut jejak langkah mereka yang kuat dan tabah itu dalam menghadapi liku kehidupan.. Apapun saya tetap tabik spring terhadap mereka dan admire mereka.. Purdah itu sunat bukan wajib :) 

wallahuallam 

Tuesday 21 June 2011

Dedikasi dalam Bahasa Arab


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu




Kali ini saya ingin berkongsi mengenai sebuah puisi atau kata-kata dalam bahasa arab yang di tag oleh kakak angkatku di Maghribi. Beliau adalah pelajar di bidang Psychology di University Hassan II, Casablanca, Maghribi. Detik pertemuan kami yang pertama adalah semasa saya ke sana dalam rangka program IYG(International Youth Gathering) kali ke 5 di Maghribi. Beliau adalah diantar insan yang terawal yang saya jumpa sesampai di bumi Andalusia tersebut.


Walaupun saya belajar bahasa Arab di Universiti tetapi saya masih lagi tidak memahami secara penuh apa yang ditulis oleh Kak Iman Fehdi. Lalu saya meminta pertolongan dari sahabat saya yang sedang menuntut di Maghribi dalam jurusan Bahasa Arab untuk menterjemahkannya. Maksud dari kata-kata kat Iman adalah seperti di bawah :

إلى روح رحلت، ولا تزال تسكن نبضي
Kepada ruh yg telah pergi,dan masih kekal berdenyut
جدّتي رحمة الله تغشى انفاسها الى نهر  العطاء الذي لا تجف منابعه،
Petanda  rahmat Allah menutupi pernafasannya ke sungai pemberian yg tidak kering puncanya
إلى قدر الله في حياتي من حملتني حبا على حب...
Kepada kekuasaan Allah yg telah membawa aku cinta atas cinta
أمي جنة الله في قلبي إلى أبي
Ibuku syurga Allah di hatiku dan kepada bapaku
وأنا الفخورة لأني ابنتك ومن جمعتني بهم اصرة الحب الممتد بامتداد السماء
Dan aku berbangga kerana aku anak perempuanmu dan dengannya(kekuasaan Allah) yg telah menghimpunkan ku bersama mereka  dengan  untaian kasih yg luasnye seluas langit
أخوني اسامة وصهيب و  أنس و يحي
Saudara2ku usamah sohaib anas dan yahya
وإلى هذا الوطن الذي تسكنه أحلام زهرية بلون الأمل،
Dan kepada Negara ini yg tinggal bersamanya mimpi2 cerah(bright) dengan warna pengharapan
 وبحجم الفرح أهدي هذا العمل المتواضع
Dan dengan sebesar kegembiraan didedikasikan kerja ini dengan rasa rendah diri

Sungguh setelah membaca kata-kata yang diungkap beliau mengalir airmataku kerana sungguh indah sekali . ayat- ayat tersebut lebih indah jikalau dikekalkan dalam bahasa yang ditulis oleh beliau. Sungguh Bahasa Arab itu indah sekali . Puisi-pusi dan syair--syair terhebat dan terbaik adalah dalam bahasa arab kerana bahasanya sungguh berbunga dan punya maksud tersirat dan tersurat seperti bahasa Malaysia. Saya berharap satu hari nanti saypun bisa berkarya dalam bahasa Arab serta bisa untuk bercakap dengan fasih dalam bahasa tersebut. 

Dengan mempelajari bahasa Arab kita juga bisa memahami dengan sebaiknya Al-Quran kerana Al-Quran itu karya agung yang Allah cipta untuk manusia dan ciptaan-Nya untuk dihayati dan diikuti. Apabila kita mamahami dengan lebih jelas kita akan rasa lebih rapat kepada Allah dan sentiasa meletakkan Allah dalam hati setiap saat dalam hidup kita selagi kita bernyawa. 

Allah ada berfirman :

          وَمِنْ قَبْلِهِ كِتَابُ مُوسَى إِمَامًا وَرَحْمَةً وَهَذَا كِتَابٌ مُصَدِّقٌ لِسَانًا عَرَبِيًّا لِيُنْذِرَ الَّذِينَ ظَلَمُوا وَبُشْرَى لِلْمُحْسِنِين 
(Bagaimana mereka tergamak mengatakan Al-Quran ini rekaan dusta yang telah lama?) Pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya); dan Al-Quran pula sebuah Kitab – yang mengesahkan kebenaran (kitab-kitab yang telah lalu), – diturunkan dalam bahasa arab untuk memberi amaran kepada orang-orang yang zalim, dan berita gembira bagi orang-orang yang berbuat kebaikan. (Surah Al-Ahqaf:12)

Akhir kalam dari saya, Bahasa Arab bahasa Al-Quran dan bahasa yang unik dengan caranya tersendiri. Sebaik-baiknya kita sebagai seorang Islam wajib untuk mempelajari bahasa tersebut agar kita dapat memahami dengan lebih agama kita dan membantu orang lain untuk memahaminya bersama.


nota kaki : Ingin melakukan yang terbaik untuk mendalami dan mempelajari bahasa Arab.


kak iman adalah wanita yang di belah kiri sekali yang memakai baju sejuk berwarna ungu.
disebelah Beliau ilah Nora, saya dan Karimah :)

Monday 20 June 2011

Mimpi ke Turki

Bismillahirahmanirahim ... 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu ... 

Akhir-akhir ini hampir setiap malam saya bermimpi ke tempat yang saya ingin lawati dan telah saya lawati. Tempat yang saya ingin lawati itu ialah Turki dan tempat yang saya ingin lawat semula ialah Maghribi. Nak kata tak basuh kaki, dah terlebih basuh rasanya. Mungkin ada hikmah disebalik mimpi tersebut. Harapnya begitu :)

Hari ini saya nak cerita mengenai impian saya nak ke Turki ....


Turki adalah salah satu tempat yang saya impikan untuk dikunjung sejak dari di bangku sekolah. Saya sangat mengagumi Sejarah negara ini terutama sekali tentang 3 generasi pemimpin yang saya hormati. Pertamanya Sultan Muhammad Al Fatih, Salahuddin Al Ayyubi dan Badiuzaman Syed Nursi. Ketiga-tiga mereka adalah tokoh Islam penting di Turki dan juga didalam sejarah Islam. 


peta kerajaan uthmaniyyah 


Melihat pada peta di atas ternyata zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah sangat besar dan sangat berpengaruh di zaman kegemilangannya. Disini ingin saya selikatkan beberapa fakta sejarah tentang tamadun atau zaman kegemilangan Islam di kawasan ini.Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah ditubuhkan pada kurun ke 13 oleh Sultan Uthmaniyyah. Mencapai zaman kegemilangan pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al Fatih anakanda Sultan Murad. 


Sudah pasti setiap kegemilangan akan ada kejatuhan . Seperti teori yang di cipta oleh Ibn Khaldun bapa Sejarawan dunia . Beliau menyatakan tamadun hanya mempunyai 5 peringkat ; 
1) tempoh penubuhan sebuah negeri 
2) penyatuan kuasa oleh pemerintah
3) zaman kemewahan, kemegahan dan keselesaan 
4) zaman keamanan dan  kegembiraan
5) zaman kejatuhan (tamak, boros)


Selepas berakhirnya peringkat ke 5 mulalah sesebuah tamadun itu mengalami zaman kejatuhan yang terus menguburkannya dan hanya mengukir catatan dalam buku sejarah dunia. Kita sebagai manusia yang punya peluang belajar dari sejarah, perlu mengambil iktibar dari setiap perkara yang berlaku.. Jika kita tidak belajar dari sejarah kita mungkin akan mengulangi semula kesilapan yang pernah dilakukan orang terdahulu. 


Apapun untuk mengapai mimpi atau ingin doa dimakbulkan kita perlu usaha + tawakal+ banyakkan berdoa.. InsyaAllah akan menjadi kenyataan mimpi itu dan sebaiknya tempat untuk memohon adalah kepada Allah SWT. Rasulullah SAW pernah bersabda 


“Dari Abi Hurairah Ra berkata: Rasulullah saw bersabda: Berdoalah kepada Allah dan yakinlah bahawa doa kamu dikabulkan oleh Allah, dan ketahuilah bahawa Allah tidak menerima doa orang yang hatinya lalai dan lupa”


Justeru itu kita sebagai umat Islam perlulah sentiasa mengabdikan diri kepada Allah dan mengharap dan memohon segala perkara pada-Nya . Mungkin apa yang kita impikan tidak akan di makbulkan sekelip mata tetapi sebaiknya jadilah insan yang sabar dan menambahkan usaha dalam doa yang dipohon. Jangan hanya berdoa tanpa berusaha kerana doa tanpa usaha hanyalah sia-sia sahaja. 


nota kaki: Ya Allah, berikanlah hambamu dan sahabat-sahabatnya ini peluang mengejar impian dan 
               berkatilah apa yang kami impikan ..   

Customer day 2011


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu 



dijemput seluruh warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk menyerang booth2 berdekatan kuliyah dan tempat tumpuan umum di UIAM esok.. Pihak majlis perwakilan pelajar UIAM akan mengadakan satu hari khas bertemu pelajar UIAM . Jika anda nak berjumpa secara live dengan wakil pelajar anda sila berada di tempat - tempat yang telah dinyatakan di atas pada pukul 1 tengah hari sehingga 2 petang... 

Kedatangan dan kerjasama anda semua pelajar UIAM amat-amat kami hargai. Sila luahkan segala kemusykilan, ketidakpuasan hati, comment membangun kepada kami . Borang cadangan dan aduan ada disediakan di booth berhampiran anda .. 

Jangan lepaskan peluang ini kerana anda ada hak untuk mendapat yang terbaik di Universiti ini dan kerjasama anda membolehkan kami melaksanakan tugas kami dengan lebih baik dan di doakan supaya keadaan di  UIAM akan sentiasa aman dan makmur .. 


~c.a.r.e unit~


p/s: dari pelajar kepada pelajar untuk pelajar




Wednesday 15 June 2011

kafarah dosa


Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatu 


 

Hari ni masuk hari ketiga diri ini kurang sihat... Hari ni baru ambil keputusan nak jumpa Dr. Tadi masa jumpa Dr, dia kata saya kena jangkitan pada tekak yang mengakibatkan kawasan tersebut merah dan bengkak. Bukan hanya sakit tekak, saya juga menghadapi masalah hidung tersumbat sebabnya tak dapat dikenal pasti. Dr kata mungkin ada kena mengena dgn sakit tekak. Lagipun semua ini adalah petanda awal nak kena demam. Sungguh saya ni jenis yang susah nak demam tapi kalau sekali demam teruk. Boleh membawa ke hospital tahap suhu kepanasan.

Seperti biasa bila anda ke klinik confirm dr bagi ubat. Ubatnya dah la sekian tapi saya ni bukanlah suka nak makan ubat. Harap - harap semua ini hanyalah kafarah dosa yang Allah nak berikan kepadaku. Ya Allah ampunkan segala dosaku dan berikanlah aku kekuatan untuk menempuh kafarahmu ini.

Kesimpulannya, jangan hanya di waktu sakit sahaja baru nak ingat Allah... Sematkan cinta pada Allah setiap masa, begitu juga cinta pada Rasul-Nya serta kedua ibu bapa kita :) 


nota kaki: sabar itu penting diwaktu kesakitan ...







Tuesday 14 June 2011

Perjalanan mengajar erti kehidupan - bahagian 1



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu ...

Alhamdulillah akhirnya diri ini akan bercerita mengenai pengembaraan diri ini bersama 10 senior ke bumi Andalusia, Maghribi. Pengalaman yang tak ternilai di ambil sebanyak mungkin untuk simpanan kegunaan di masa depan. Syukur ke hadrat ilahi pada tanggal 22 Januari 2011 sehingga 6 Februari 2011 saya telah diberi peluang ke luar negara. Kali pertama dalam hidup saya ke kawasan luar dari lingkungan Asia dan takdir meletakkan Maghribi sebagai permulaan bagi pengalaman itu. Pada mulanya, hajat di hati ingin ke Turki tetapi rezeki ke Maghribi dah sampai apa lagi ambil jela peluang yang diberikan. InsyaALLAH post kali ni nak cerita mengenai negara pertama yang kami lawati iaitu Qatar. Kami di arahkan pihak kapal terbang untuk transit di Doha International Airport, Qatar selama 12 jam ... Cuba anda bayangkan bagaimana rasanya nak transit 12 jam. 

Kami berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain setiap 2 jam. 4 jam dirasakan bagai 10 jam inikan pula 12 jam. Puas kami menunggu. Siap buat video lagi selepas 4 jam menunggu kat airport. Dah la bosan .. Nasib baiklah ada buku atok Kopanski bagi pinjam takde lah bazir masa golek2 kat lantai airport.  Pada mulanya kami ingatkan makanan tak disediakan, kamipun mula menghabiskan bekalan beg makan pertama kami yang di pikul kak Naheed Azhari. Lepas tu baru tau pihak penerbangan sediakan makanan dan makanan tu kt kafe kt belakang kami. Punyala fikir nak ikat perut sebab tak berani nak beli makanan. Al maklumkah kata airport confirm mahal punya makanan yang dijual. 

Lepas solat maghrib kami terus menyerbu kafe untuk makan dan masa kami tengah makan, kami dipertemukan dengan rakyat Malaysia yang dalam perjalanan ke Johannesburg, South Afrika... Punyalah dia gembira dapat jumpa orang Malaysia kat Airport Doha. Kamipun menghabiskan waktu bersama sementara menunggu penerbangan kami seterusnya ke Casablanca pada pukul 1 pagi waktu Doha. Kami memilih spot yang terbaik dalam airport iaitu bertentangan dengan tempat untuk lihat kapal terbang take off :) Kami dengan selambanya menjadikan lantai airport sebagai tempat kami berbaring sampai tertidur.. 

Bangun je dari tidur masing-masing menggeletar yang amat disebabkan sejuk. tu la orang tua - tua dah pesan kalau nak tidur atas lantai jangan lupa alas. Ni terus redah je.. tak pasal2 bangun kaki kram. Lepas tu basuh muka gosok gigi bersiap untuk naik flight... 

Berikut adalah beberapa aksi yang sempat dirakam sepanjang 12 jam di Qatar : 


gambar kambing gurun mascot rasmi Qatar. 

Kamil di money changer


halim zain tgh fikir tajuk album baru.

kak naheed dgn assignment 

letak je kat mana-mana kalau dah time untuk tidur kak lina senang tidur

adli dengan buku birunya

Ketua kontinjen yang menahan nafas untuk pakai baju sejuk Adli 

Saya dan Kak Fiza wakil WADAH ...


Gambar kami :)


nota kaki : jauh perjalanan luas pengalaman. Timbalah ilmu sebanyak mungkin dan timbalah sampai ke negara lain :) 

Ibn Arabi - عرفت الهوى


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.. 




Pagi ini setelah terjaga dari tidur saya terus ke laptop untuk menyiapkan beberapa kerja yang belum siap dengan harapan akan selesai semuanya sebelum saya memulakan hari saya pada hari ini. 

Seperti biasa pabila kita buka laptop tipu kalau tak buka fb.. So saya buka .. Selalunya saya online pagi - pagi sebab nak chat dengan sahabat-sahabat saya di Maghribi. Al maklumlah GMT 8. Bila KL dah pagi kat sana baru tgh malam. 

Saya terserempak dgn video di atas :) Video tersebut di post oleh kakak angkat saya yang bernama Iman Fehdi daripada Maghribi. Beliau kini penuntut di Hassan II Universiti dalam jurusan Psychology..Didoakan Moga Iman habibati sentiasa dipermudahkan urusan dan sentiasa gembira...  

Seperti biasa music andalusia berjaya memikat hati saya dengan makna yang tersendiri. Saya sangat sukakan cara musik diolah serta cara liriknya ditulis....:) 

Ayuh kita dengar dan amati lirik lagu di atas .

p/s: sedang khusyuk mencari terjemahan... hanya sedikit sahaja yang difahami...

Monday 13 June 2011

Majlis minum petang Friendship Group for Inter Religous Service

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu 

Alhamdulillah hari ini, saya masih lagi diberikan ruang dan peluang oleh Allah untuk hidup dan terus memetik keredhaan serta keampunan dari-Nya. sekiranya tidak, saya tak tahu dimana tempatku apakah di syurga ataupun sebaliknya. Saya punya 3 jemputan hari ini, pertama untuk menghadiri induksi muktamar PKPIM di Taman Cemerlang, ABIM Pusat di sebelah pagi bersama retreat PPIWP dan Hi tea antara agama di belah tengahari. Saya memilih untuk ke majlis Hi tea. 

Sebab pemilihan saya adalah saya telahpun meletakkan majlis ini terdahulu dalam jadual saya dan seperkara lagi adalah keran asaya mewakili ABIM. Ternyata bukan mudah untuk mengendalikan dan menghadiri majlis ini. Apabila kita telah terbiasa dengan ruang selesa kita disamping agama kita, kita perlu membuka ruang untuk kita bekerja bersama agama lain serta membuka ruang untuk perbincangan dan rancangan untuk kita dapat bersama-sama menjadikan bumi dan tanah yang kita cintai ini lebih selamat dan aman. 

Jangan sesekali menimbulkan sentimen membenci antara satu sama lain mahupun bermegah dengan agama kita sendiri. Sesungguhnya kita yang mewakili agama kita Islam tercinta perlu bertindak sebagai seorang daei' apabila menghadiri program sedemikian. Pabila berkata perlulah berhikmah, pabila bergaul perlu fikirkan batasnya. Medan seperti ini sebenarnya boleh menjadi pengkalan untuk melaksanakan pembelajaran tentang cara menjadi daei yang baik. Mungkin selama ini hanya mengetahui secara teori tetapi dengan menghadiri program sedemikian kita dapat mempraktikkan apa yang kita telah sekian lama pelajari. 

Bagi perjumpaan tadi,Dr Jega seperti biasa menerangkan agendanya seperti yang telah di terangkan semasa kem antara agama anjuran Kementerian Perpaduan di Shah Alam. Agenda HOPE yang dibawanya adalah akronim yang berbunyi HONOUR OUR PARENTS EVERYDAY. Agenda ini bertujuan untuk melahirkan golongan remaja yang lebih menghormati ibu dan bapa mereka serta memupuk para remaja menjadi anak yang bertanggungjawab, soleh dan solehah selain mengajar mereka erti sayang yang sebenarnya.

Agenda yang lebih penting dari yang atas adalah gerak kerja yang akan dilaksanakan oleh 5 agama iaitu Community service di Kampung Melayu di kawasan Sentul dan juga teater bertajuk inheritance. InsyaAllah didoakan moga kedua - dua aktiviti yang dirancang bersama akan dapat membawa kepada perpaduan dan persefahaman antara agama. Mungkin kita berbeza agama, tetapi hati kita akan dapat bersatu untuk membantu masyarakat.  

Walaupun penat tetapi berbaloi ....

p/s: mencuba yang terbaik untuk belajar, jangan hanya berfikir untuk diri sendiri... Moga Sentiasa gerakkan hati dengan zikrullah dan perbanyakkan ibadah merapatkan diri kepada Allah supaya dikuatkan iman dan dimudahkan proses penerimaan ilmu.

Wallahualam.  

Tuesday 7 June 2011

saya, mereka dan maghribi


Sejak dari niat pertama,
saya pasti mereka ini insan yang akan saya bermusafir bersama, 
berkongsi suka dan duka,
tatkala berjauhan dengan keluarga. 

Insan - insan diatas yang ku panggil abang dan kakak,
banyak memberi tunjuk ajar kepadaku untuk berdikari,
walaupun tempohnya pendek,
tetapi pengalaman dan pelajaran yang diperoleh melangit tinggi.

Setiap saat bersama mereka amat bernilai, 
perjalanan yang panjang terasa pendek,
pabila hati rindu pada keluarga dihiburkan dengan lawak jenaka
dan paling tidak dapat dilupakan teka - teki ikan paus!
bisa membuat sesiapa sahaja yang mendengarnya tersenyum. 

Kalau diberi peluang bermusafir lagi, 
ingin saya pilih kumpulan ini untuk bersama,
mengali pengalaman di dunia luar. 

Walaupun majoriti insan - insan ini sudah tamat pengajian 
dan punya aras hidup masing-masing
ku harapkan kenangan yang diukir tidak dilupa 
terpahat diminda dan hati selamanya. 

istimewa buat insan-insan yang bermusafir denganku ke negara orang 
dari kiri atas : Syed Kamil , Abg Wasif, Abg Fahmi,Adli Zakuan, Abg Halim
dari kiri bawah : Kak Hafizah, Kak Lina, Kak Naheed, Kak Balqis,Zara dan diriku Amirah Shahrin

tulus ikhlas dari adikmu,
Nuramirah Shahrin


*nota kaki : betul kata Rasulullah SAW untuk kenal sahabat kita, kita perlu bermusafir bersama dan alhamdulillah Allah temukan saya dengan orang yang baik untuk bermusafir dengan. Moga kakak2 dan abang2 berjaya dalam hidup insyaAllah ... Ameen thumma amin...  Kenangan Morocco 2011 takkan dilupa :) 



Syukur dengan dugaan Allah





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu

Pernahkah anda rasa sedih, hampa, kecewa dan putus asa ? Apa yang selalu anda lakukan apabila berhadapan dengan masalah sedemikian? Adakah anda lari dari masalah? Mempersalahkan orang lain atas masalah yang dihadapi atau bersyukur dengan masalah yang diberikan kepada anda? Sesungguhnya hanya Allah sahaja tahu apa yang tertulis di hati anda. Disini saya ingin berkongsi sedikit mengenai syukur dengan dugaan yang diberikan kepada diri.

Tidak pernah seorang dari hamba Allah yang tidak diberikan dugaan dan tidak ada dugaan yang ditimpakan itu membebankan hambanya . Allah berfirman :

" Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11

Di sini menunjukkan betapa Allah sayangkan kita dan dugaan yang diturunkan adalah untuk menguji hambanya dan mengingatkan hambanya supaya sentiasa mengingatinya di masa susah dan senang. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang.

Cuba kita renung kembali, bagaimana cara kita menghadapi dugaan? Adakah kita menangisi, meratapi atau mensyukuri kerana kita menjadi insan terpilih untuk diberikan dugaan. Tak semua sanggup untuk mewujudkan suasana gembira dikala duka dan tak semua boleh mengawal emosi tatkala waktu gundah gulana serta emosi mengawal segala-galanya TETAPI kita boleh mencuba bukan? tak salah mencuba . "Never say never".

terdapat banyak ayat di dalam Kitab Allah yang berbicara tentang perlunya bersyukur.. Antaranya;

Firman Allah :
Hai orang-orang yang beriman! Makanlah di antara rezeki yang baik yang kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika memang hanya dia saja yang kamu sembah. (Al-Baqarah: 172)

Bersyukurlah sahabat-sahabatku sesungguhnya dengan bersyukur akan terhapus segala kesedihan yang mengongkong jiwa. Dengan bersyukur dugaan yang datang rasa seakan madu manisnya. Kegembiraan itu akan menyambut mereka yang gembira dengan dugaan Allah dan percaya Allahkan sentiasa bersamanya.

Firman Allah :

Dan ingat pulalah ketika Tuhanmu memberikan pernyataan: "Jika kamu bersyukur pasti Kutambah nikmatKu kepadamu; sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu, tentu siksaanku lebih dahsyat. (Ibrahim: 7)

Sahabat- sahabatku sekalian, Setiap kali terasa diri terbeban dengan dugaan, berwudhuklah dan terus sujud pada Allah. Minta pertolongan dan syafaat darinya. Banyakkan mendekatkan diri dengan berzikir kepada-Nya dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan juga menggembirakan ibu bapa dan orang di sekeliling kita.

Hadapilah segala dugaan dengan senyuman kerana senyuman bisa memberi kebahagiaan kepada diri dan orang disekeliling. Hadirkan diri ke majlis ilmu untuk memberi makan kepada jiwa kita dan sentiasalah berfikiran positif.

Akhir Kalam, syukur itu penting! Syukur itu memberi kebahagiaan pada diri kita dan syukur itu pengikat hati kita dengan Allah. Moga hati - hati sahabat dan diri saya sendiri sentiasa bersyukur dengan segala yang dikurniakan.


*nota kaki : Ya Allah jadikanlah aku sang pencintamu yang sentiasa bersyukur dengan dugaan dan nikmatmu

Monday 6 June 2011

Saya sayang baba


Baba kesayanganku 
En Shahrin bin Che Mat 
semoga kuat selalu 
dan tabah menghadapi dugaan Allah.. 

Adikkan sentiasa doakan Baba .. 
Adik harap baba tak putus asa .. 
mungkin dugaan yang Allah berikan 
akan membuahkan kemanisan syurga . 

Mama dan kakakpun sayang baba.
doa kami tak putus baba. 

Adik ingin sekali senyuman sentiasa terukir di wajah baba. 
setiap kali baba tidur adik risau 
tapi apapun adik bersyukur adik masih ada baba . 

Kalau adik buat salah tegurlah adik , 
Kalau adik tak dengar kata marahlah adik,
Kata- kata baba akan sentiasa dik ingat 
nasihat baba akan sentiasa adik dengar 

Baba doakan adik jadi anak yang solehah ye 
yang dengar cakap mama dan baba
yang menjaga maruahnya 
anak yang tak lupa jasa 
dan sentiasa ada disaat memerlukan 


nota kaki : Ya, Allah aku sayangkan Babaku .... Kurangkanlah rasa sakitnya, sihatkan dia, kuatkan dan tabahkanlah hatinya. Berilah aku dapat melihat senyuman terukir diwajahnya setiap masa. * sayang saya baba saya, dan baba kaulah raja dihatiku*

Sunday 5 June 2011

hujan rahmat







Assalamualaikum...
Malam semalam tak dapat tidur dengan nyenyak... 
Mungkin disebabkan musim panas tika ini . 
Lantas daku terfikir air-cond di rumah... 
bestnya kalau berada dirumah tika ini ..

Pagi ini bangun dari tidur ... 
saya harapkan hujan turun ...
sedang asyik makan pagi hujanpun turun.. 
Subhanallah sungguh saya gembira tatkala hujan turun membasahi bumi ..
Kuanggap hujan itu sebagai hujan rahmat.. 
setelah beberapa hari bumi ini tidak dibasahi hujan .. 


Walaupun hujan turun seketika ia sudah cukup untuk menyejukkan bumi 
matahari terus memancarkan sinarnya selepas hujan 
Subhanallah cantik sungguh ciptaan Allah.. 

اللهم صَيِّبًا نَافِعًا، مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلاَثًا.
"Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat," sebanyak dua atau tiga kali.

Kali ini kuharap petang ini akan turun semula hujan 
Hujan rahmat untuk sekalian hambamu 
yang sentiasa ingin mu Ya Allah dekat setiap masa 

Mahallah nusaibah 
2:54 pm