Bismillahirahmanirahim.
Hari ini langit Istanbul masih lagi redup. Sudah masuk jam 0900 pagi dan langit masih kelihatan seperti jam 7 pagi. Matahari mungkin malu untuk keluar menyinari hari ini. Cuaca sebegini adalah normal menandakan musim sejuk. Pagi selalunya lewat bercahaya dan barang kali snow bakal turun tanpa duga. Begitu juga dengan kehidupan. Kehidupan kita merancang sedari buka mata sehingga tutup untuk rehat seketika. Akan tetapi yang dirancang tatkala berubah sedikit atau semua dan semua itu BIIZNILLAH (dengan izin Allah). Atas sebab itu kita perlu merancang dan berusaha untuk memenuhi perancangan yang dilakukan kerana Allah maha mendengar segala sesuatu. Oh ye " plan and execute" selepas itu bertawakallah kepada Allah. Sama seperti bulan November 2018 untuk saya.
Saya masih ingat sedari 2016 saya telah dimaklumkan GPTD (Grup Pengkaji Tamadun Dunia) akan perancangan mereka untuk melaksanakan Konvensyen Ketamadunan Dunia (KKD) bertemakan Turki dan Alam Melayu. Sedari itu juga berkobar rasanya semangat untuk menyiapkan tesis dengan harapan dapat dibentangkan dapatannya pada program tersebut. Sungguh kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan. Program tersebut telah beberapa kali dipinda sehinggalah pada tahun 2018 Allah memberi izin untuk program itu berlansung. Saya pada mulanya agak teragak-agak untuk menyertai program ini atas sebab rendahnya diri melihat kepada ilmu yang tak seberapa ini.
Surat jemputan masuk sebulan sebelum program dan saya dimaklumkan yang saya perlu pulang ke Malaysia untuk menyertai program tersebut. Saya berasa bertuah kerana jemputan ke program tersebut adalah seakan langkah kaki pertama saya ke alam akademia secara lebih serius dan pengenalan diri sebagai orang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan kajian Kesultanan Johor dan Uthmaniyyah dari Turki. Saya juga berasa itu adalah titik pertama dalam siri untuk memberi kegembiraan pada keluarga. Syukur itu yang sentiasa diungkap kerana tiada yang lebih dari itu. Tajuk pembentangan saya adalah Hubungan Kesultanan Johor dan Daulah Uthmaniyyah pada lewat kurun ke 19.
pembentang wanita tunggal Konvensyen |
Konvensyen Ketamadunan Dunia anjuran GPTD adalah satu program berkala dilaksanakan setiap tahun ataupun 2 tahun sekali yang mengetengahkan konsep seperti TED TALK untuk pengkaji tamadun atau sejarah. Bila berbicara isu sejarah dan tamadun pasti majoriti menggangap ia adalah satu disiplin yang membosankan sedangkan ada juga yang meminatinya sehingga menjadikannnya sebagai karier. Pada kali ini mereka mengangkat tema Turki dan Alam Melayu. Tajuk ini adalah sesuatu yang menjadi tumpuan atas sebab Turki moden sedang meningkat naik sebagai jaguh dunia Islam. Dalam pada masa yang sama menyelusuri peradaban atau sejarah lepas itu boleh menjadi kayu ukur kepada kejayaan masa kini. Hubungan Turki dan Alam Melayu mengikut penulis silam seperti Tun Sri Lanang telah bermula sedari kurun ke 16 dan ia berterusan sehingga Turki Uthmaniyyah jatuh dan pada zaman moden hubungan tersebut masih lagi utuh dengan kerangka politik semasa dunia.
Dalam menuju ke program tersebut saya banyak berhubung dengan penggerak program Saudari Atiqah dan Che Din (Presiden) untuk bertanyakan perihal program. Diberikan maklumat dan disediakan kertas kerja beserta slide presentation. Beberapa tips yang saya boleh kongsikan dalam membuat presentation adalah limitkan penulisan dan words, banyakkan gambar dan perkongsian secara spontan. Kurangkan membaca dan lebihkan interaksi dengan audience. Persiapan diawal waktu tidak dinafikan ada baiknya supaya kita lebih bersedia akan tetapi kita sering kali menerapkan sikap "last minute" yang saya sendiri mengaku mempunyainya. Saya sedang berusaha mengubah sikap ini supaya lebih bersedia dan bukan bersikap acuh tak acuh. Kata-kata bersedia untuk tidak bersedia itu adalah ungkapan bagi mereka yang telah bersedia dan perlu bersiap siaga untuk sebarang perkara bukan tak buat apa-apa lepas itu nak bersikap sebegitu. A big NO!
edited by kakak. so cute :) |
Bertuah diri ini alhamdulillah apabila pengangkutan pulang ke Kuala Lumpur untuk konvensyen telah di sponsor oleh Turkish Airlines. Ini adalah pengalaman yang tak terhingga. Boleh saja bilang dengan jari berapa kali menaiki pesawat milik penuh kerajaan Turki. Jujur saya nyatakan pesawat mereka adalah terbaik selepas Malaysia Airlines yang pernah saya naiki. Layanannya bagus dan makanannya sedap! Monitor entertainmentnya luas, kerusi selesa, headphone dan aminities tip top. Patutla ia terkenal sebagai pengangkutan terbaik seluruh dunia. Saya terbang dari Ataturk Havalimani ke Kuala Lumpur International Airport direct flight selama 10 jam 45 minit. Sewaktu penerbangan saya berasa sedikit fobia kerana pada penerbangan sebelum itu dari Saudi ke Istanbul saya menghadapi Air Turbulence dan beberapa kali pesawat kami masuk ke dalam air poket. Sepanjang perjalanan saya berdebar dan terkadang merasa cemas tetapi Alhamdulillah perjalanan berlalu dengan baik.
Pulang untuk konvensyen tersebut hanya untuk 6 hari. Sungguh tak pernah dalam sejarah hidup pulang ke Malaysia sesingkat itu. Sebelum ini paling sekejap pulang adalah pada tahun 2015 sewaktu baba meninggal dunia. Saya pulang ke Malaysia selama 8 hari kalau tak silap. Berbalik kepada 6 hari di Malaysia. Singkat sekali tetapi alhamdulillah dimanfaatkan dengan sehabis baik. Sesampai saya di Malaysia kami sekeluarga makan malam di rumah bersama mama. Kemudian esoknya saya ke airport untuk menghantar mak long yang berangkat ke tanah suci untuk urusan Umrah. Seusai itu pulang ke rumah berehat seketika sebelum makan malam menyambut hari kelahiran kakak dan Ammar . Keesokan harinya saya ke UIAM untuk menghantar barang yang telah diamanahkan Enes Abi kepada Persatuan Pelajar Turki di IIUM, bertemu juga team Malaysia Still CARE, Short chat with Zaki dan kemudian pulang. Keesokan harinya majlis perasmian program di Perpustakaan Negara dan Makan tengahari bersama Hanisah Hamzah, makan malam dengan Ayu dan persiapan akhir untuk konvensyen. Seterusnya hari diteruskan dengan seharian penuh di Konvensyen. Ahad berjanji temu dengan beberapa rakan dan Isnin bertemu Umi Salsabila dan Arja Lee. Petangnya terus ke airport dan terbang pulang. Sungguh singkat tapi bermakna.
Pada hari konvensyen saya telah berasa debarnya sedari bangkit dari tidur. Saya cuba sedaya upaya untuk berfikiran positif untuk tidak berasa takut memberikan yang terbaik untuk pembentangan saya. Negatif thinking is all over me. Overthinking too but Alhamdulillah dengan bibir tidak berhenti membaca surah Al Inshirah menjadikan semua yang tadi tu hilang. Sewaktu nama disebut untuk naik ke pentas hati saya berdegup pantas. Yang hanya mampu saya lakukan adalah melihat ke skrin laptop yang terletak didepan untuk mengurangkan gugup. Butang laptop ditekan satu demi satu dan penerangan dilaksanakan semampu boleh. Air peluh mula membasahi muka dan dewan yang sejuk beku itu terasa seperti padang pasar hangatnya. Sehingga ke muka surat yang terakhir saya berasa gugup tetapi cuba mengurangkan perasaan tersebut dengan memandang pada mama, ayu dan kakak yang bersama hadir didalam dewan. Sungguh debar itu pasti tapi dengan adanya keluarga disisi semangat diganti. Sesi soal jawab menjadi pentas debaran terakhir. Saya menjawab semampu boleh dan mengaku ketidak upayaan bila tidak mampu menjawab bersulamkan senyuman.
Kesayangan hamba :) |
Turun sahaja dari pentas saya terus berasa sangat kecewa kerana berasa boleh buat lebih baik. Di hantar pesanan kepada keluarga menyatakan kesedihan kerana tidak perform tetapi mereka mengatakan saya buat yang terbaik, mereka bangga, penganjur juga suka dengan presentation yang dilakukan sama juga penonton. Si dia juga telah setia menantikan saya di luar pintu utama dewan untuk berada bersama. Dia berkata cukup dengan apa yang ada dan bergembiralah dengan apa yang telah dilaksanakan. Benda dah lepas biarkan ia berlalu. Saya mengikuti program tersebut sepanjang hari sehingga malam ditemani si dia. Mama, kakak dan ayu pulang ke rumah setelah selesai sesi saya.
Thank You |
Sepanjang pasca pembentangan satu yang saya pelajari. Pemberi itu tidak akan pernah rasa cukup dan dalam belajar kita tidak akan pernah berasa pandai. Ini kerana itu adalah lumrah. Sekiranya kita rasa cukup dalam memberi dan rasa pandai serta betul menunjukkan kita sedang menayangkan ego kita. Kalau memberi biarlah dari hati dengan rasa. Jika dilihat hanya pada ego nescaya kita akan sentiasa kecewa. Berbanggalah dengan diri dengan seadanya dan zahirkan pada diri bukan didepan orang. Percaya kebolehan diri itu seperkara lagi kerana kita adalah diri kita dan hanya kita boleh menggembirakan diri kita. Giving doesn't make you get less.
Akhir kata, pengalaman pertama memberi pembentangan hasil dapatan kajian ini adalah satu langkah kepada banyak lagi ruang dan peluang untuk memperbaiki diri dan mengasah bakat. Ini bukanlah yang terakhir yang pasti! Saya berterima kasih kepada GPTD kerana percaya pada saya, keluarga kerana memberi semangat kepada saya, Si Dia kerana sentiasa disamping saya dan Allah kerana hadir disetiap ketika serta memberi kekuatan untuk saya. PERCAYA adalah satu kalimah yang penting untuk diri. Itu yang perlu ada dan pasti memberikan kerdipan dalam hidup semua. Terbang tinggi dan gapai impi tapi jangan lupa pasakkan kaki pada tanah supaya tidak hanyut nanti.
bergambar kenangan bersama wakil pejabat pelancongan Turki di Kuala Lumpur |
nota kaki : pada konvensyen tersebut saya memakai baju berona biru diraja dibuat cara Johor dan memakai tudung bercorak tulip sebagai simbol penyatuan Turki Uthmaniyyah dan Johor :)
No comments:
Post a Comment