Pages

Thursday 24 January 2013

Maulidur Rasul Muhammad SAW

Bismillahirrahmanirrahim... 


Allahumma Solli A'la Saiyidina Muhammad. 

12 Rabiul Awal Tahun Gajah, Lahir seorang pemimpin Ummat. 

Jika disebut sahaja namanya dan kisah beliau, pasti sebak hati. 

Junjungan mulia Muhammad SAW.. 


supplication by Sami Yusuf 


nota kaki: sebak setiap kali mendengar cerita tentang Nabi Muhammad SAW. Jom selawat!



Tuesday 15 January 2013

Total view ke 4444



Bismillahirrahmanirrahim.. 

Buka blog harini, tengok total pageview 4444. 
Uniknya.. 
tak sangka boleh dapat tengok angka ni. 
dan yang pasti saya tak suka nombor tersebut. 

Total Pageviews

4444


Begitu juga dengan kehidupan. Kalau bisa dikira mesti kita akan rasa takut, resah. 
Tapi sedihnya manusia kini lebih risau tidak dapat hidup dan mudah sahaja mengakhirkan hidup. 
Hidup seakan perlu dihabiskan denfan bergembira, berhibur, berkerja semata-mata. 
Bukan tak boleh tapi perlu seimbang. Hidup bertuhan yang paling penting. 
Seandainya, countdown hidup kita sudah berakhir, 
Adakah anda sudah bersedia?


nota kaki: hidup ini sementara

Thursday 10 January 2013

photography skill class submission picture


Bismillahirrahmanirrahim.. 

This semester which had over a few days ago after my final exam, I took up photography as skill subjects. well below are some of my masterpiece ... I'm proud to learn more after I had my first class with my xifu Huzaifah Ahmad @abang epah!... 









nota kaki : practice makes perfect. I will always remember what my xifu teach me. remember ro3!! and story behind every picture :)

Asean Muslim Youth Gathering


Bismillahirrahmanirrahim.. 

Pada 22 – 25 November 2012, ABIM telah menghantar seorang wakil ke Perhimpunan Belia Islam ASEAN bertempat di Depok, Indonesia. Program yang pertama kali diadakan ini merupakan anjuran  SALAM UI( Majlis Dakwah Kampus Universitas Indonesia). Seramai 20 orang belia dari empat buah negara iaitu Malaysia ( ABIM, PKPIM, GAMIS, IKRAM), Indonesia (KAMMI, HMI, SALAM UI, FLSDK INDONESIA), Kemboja dan Filipina telah berjaya dikumpulkan bagi menjayakan program tersebut.

     Hasil daripada program AMYG 12 beberapa agenda telah berlansung antaranya adalah Lawatan rasmi ke Pusat Advokasi dan Hak Asasi Manusia serta Dewan Parwakilan Rakyat. Selain itu, fokus utama program adalah pada sesi pembentangan mengenai tajuk “Challenges on Muslim Youth in Malaysia on the Socio cultural sector” serta perbincangan program yang akan datang. Pada sesi pembentangan setiap Negara telah berkongsi masalah yang dihadapi dan dari situ kami sebulat suara bersetuju antara masalah utama yang dihadapi oleh belia Islam Asean adalah masalah kejatuhan moral dalam komuniti, sistem pendidikan yang bersifat secular, korupsi yang berleluasa dan jurang ekonomi yang tinggi.

Secara keseluruhan, diskusi yang diadakan selepas pembentangan hanya fokus kepada permasalahan yang berlaku dan dari segi perbincangan solusi akan diadakan pada pertemuan akan datang. Di samping itu, wakil ABIM telah mengadakan sesi tidak rasmi antara wakil HEWI yang hadir pada perhimpunan tersebut membincangkan mengenai isu permasalahan keluarga dan wanita.

Hasil dapatan daripada sesi perbincangan adalah perancangan dalam tempoh setahun daripada sekarang yang telah dipersetujui oleh semua perwakilan adalah seperti berikut:

Asean Muslim Youth Gathering @ akan diadakan di Malaysia pada bulan Julai 2013
Tema : Social Justice and Human Right
Program akan membincangan solusi kepada permasalahan sejagat
Sebuah modul akan digubal hasil daripada perbincangan program untuk kegunaan setiap  negara yang terlibat
Secara keseluruhan program ini berperanan sebagai medium perkenalan dan pembinaan jaringan antara keempat-empat negara yang hadir. Sebuah group di facebook telah diwujudkan sebagai medium perhubungan dan perkongsian matlumat sepanjang tempoh menuju AMYG 2013. Harapan saya bagi AMYG 2013 adalah semoga program akan mencapai tujuan dan matlamat sebenar selari dengan penubuhan ASEAN Community 2015.

Dengan itu di selitkan sekali gambar sepanjang keberadaan saya di sana..

pergi dengan mereka berdua kesana @_@ bukan mudah tapi senior terbaik 
terima kasih temankan abg mu'iz & abg anuar


bergambar kenangan di Pusat Advokasi dan Hak Asasi Manusia

sesampai di Jakarta makan dulu (Japanese food)

bergambar bersama pimpinan PAHAM 

menuju ke dewan utama Parlimen Indonesia bersama dua cewek cantik 

bersama ketua komisi I, DPR Pak Najib


macet yang menstresskan sepanjang berada di sana. pasti penduduk Jakarta semuanya penyabar

bersama Gunawan ketua Umum SALAM UI 

bersama pembuli sejati , wakil Malaysia yang hadir, Alif, Abg Anuar, Eikhwan, Abg Muiz, dan ops lupa nama .. sorry 

bersama ukhti2 yg excited jumpa saya 

buah hati sepanjang program hingga kini yang setia temankan saya through out my stay in Depok (Indah, Darni, Latifah)


*Apupun syukur yang tak terhingga kerana diberikan peluang enggembara ke bumi Indonesia dan duduk semeja bersama belia islam seAsean berbicara masalah ummat setempat.. Moga dapat ketemu dengan anda semua di perjumpaan akan datang. Terima kasih atas layanan yang siip sekali. Kehadiran mahasiswa dan belia yang peduli Ummat itu pasti membanggakan Rasulullah. 

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)


nota kaki : Depok adalah daerah yang terletak di luar kawasan Jakarta. Moga punya peluang lagi ke sana. Banyak pengalaman ditimba untuk dikongsi bersama. terima kasih mama dan baba sebab hantar dan ambil dari airport <3 selalu!

tahun baru, azam recycle

Bismillahirrahmanirrahim.. 


Tahun lalu, 2012 telah memberikan terlampau banyak kisah pahit, manis, sedih, gembira, tawar, masin, kelat semua jenis rasa dalam hidup tapi yang paling penting masa merasa hidup bertuhan. Ya saya percaya sebaik - baik perancangan adalah rancangan yang ditetapkan oleh Allah. kita sebagai manusia perlu merancang dan berusaha melaksanakan selepas itu biar Allah menentukan apa yang terbaik :)



ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”
surah al-Imran : 54


Setelah sekian lama menyepi dari menaip di sini saya kembali. Maaf tak sempat nak menaip dan berkarya disini. banyak sebab musabab yang meminda agenda berblogging ni. Moga lebih rajin diri ini mengupdate akan datang insyaAllah. 

Setiap kali tahun baru menjelma, mesti semua akan mula memasang azam untuk dilunaskan di tahun ini dan yang pasti tak semua azam- azam tersebut terlunas di tahun sebelumnya. Bukan nak menjatuhkan semangat mereka yang memasang hajat, cuma saya fikir tak salah memasang hajat tapi sebaiknya "walk the talk" (ditujukan pada diri sendiri juga). So saya rasa yang terbaik bawa ke depan hajat yang yang tak terlunas dan tambah(jika perlu) hajat baru. 

Bagi saya, hajat yang sudah dilunaskan juga perlu di lakukan semula untuk diperbaiki jika perlu. Hajat dan azam tahun baru saya tak banyak berubah. Masih banyak yang sama (sebab saya punya hajat yang banyak) cuma tahun ini punya penambahan sikit. Ada 5 azam baru yang insyaAllah akan cuba dilunaskan di tahun ini :)

"Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya".
Surah Ali-Imran : Ayat 159



Untuk tahun 2013, azam yang baru masuk carta hajat tahun 2013 saya adalah seperti berikut:

1. terbang ke destinasi yang di impikan (Istanbul 2013)

2. masuk marathon 

3. naikkan pointer lagi supaya tak payah bayar PTPTN 

4. buat perancangan master di Istanbul 

5. boleh memandu dengan cekap 


Kesemua diatas nampak simple tapi memerlukan keazaman dan semangat juang yang tinggi untuk dilaksanakan. Mohon semua kirimkan doa buat saya ye :) saya tidak mahu hanya sekadar di taip sahaja azam-azam ini tapi mahu "walk the taip". Mogakan terlaksana. bagi 5 azam yang di recycle biar saya sahaja yang tahu dan moga akan tercapai dan tergapai.

 Saya ingin sekali mencontohi semangat Sultan Mehmet II Fateh dalam membuka Kota Constantinople (kini Istanbul). Dalam usaha awalnya, kegagalan secara berterusan berlaku dan beliau serta askar hampir berputus asa tetapi setelah mendengar tentang kisah seorang sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayub Al Ansari RA yang  tidak mahu terlepas daripada menyertai kempen jihad fisabillah tersebut. Peperangan tersebut berlaku pada 674M semasa pemerintahan dinasti Umaiyyah. Ketika itu, umur Abu Ayub sangat tua iaitu dalam lingkungan 98 tahun. Miskipun uzur, Abu Ayub tetap berkeras mahu turut ikut serta dalam kempen bersejarah tersebut. Kempen tersebut diketuai oleh anak kepada Muawiyyah bin Abi Sufian, Yazid bin Muawiyyah. Amanat terakhir beliau sebelum meninggal dunia adalah supaya beliau ditanamkan berdekatan dinding konstantinople. Ini kerana dia ingin mendengar bunyi derapan kuda Islam yang akan membuka kota dan melunaskan kata Rasulullah iaitu " sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik askar yang akan berjaya membuka kota tersebut"


Ibrah dari cerita tersebut membawa kepada pembukaan kota tersebut dan jatuhnya kota tersebut ke tangan Islam. Sungguh dengan keazamaan dan cita-cita beserta usaha dan tawakal segala mimpi bisa menjadi realiti. Cuma kita yang membezakan keberlansungan dan kejadian perkara tersebut. Sampai di sini sahaja dahulu. Moga saya akan diberi lebih banyak lagi kelapangan mengemaskini blog ini insyaAllah. 


Nota kaki : doa tidak putus untuk saudara seIslam di Gaza, Syria, Arakan dan seluruh dunia.