Pages

Tuesday 14 March 2023

Tak Seindah Wajah - Dayang Nur Faizah

 









Ku sangka aur di pingir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Ku sangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir
Ku kira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Ku kira puji seikhlas budi
Ku lupa lidah tidak bertulang
Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban
Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda
Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda


nota kaki : lagu ini telah diulang dengar selama 2 bulan. Dalam serta puitis maksud tersirat dan tersurat. Lagu ini ditujukan buat kamu. Kamu yang menyakitkan hati saya. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas rasa ini.