Pages

Thursday 13 May 2021

Eid Mubarak 1442H - mensyukuri nikmat dan menyambut kemenangan


Bismillahirahmanirahim 


                                                                                SALAM AIDILFITRI

1 Syawal 1442H 


،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ 

،صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ

َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ 

مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ



Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. 


Kalplerde Sevgi Olsun Gözlerimiz Işık Dolsun Ramazan Bayramınız Kutlu Olsun! 


May your sincere prayers be answered, and may you be blessed with Allah's choicest blessings. Eid Mubarak to everyone! 


Tulus ikhlas 

Nuramirah Shahrin


#eid2021 #syukurselalu #stayathome #rayapkp #salamkosongkosong






 

Friday 7 May 2021

#notaramadhan Hari ke 25

 

Bismillahirahmanirahim 




Alhamdulillah wa syukurilah. Hari ini adalah hari ke 25 berpuasa dan disebelah malamnya masuk hari ke 26. SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar, hari berlalu dengan pantas dan tinggal beberapa hari sahaja lagi sehingga ramadhan pergi meninggalkan kita. Tajuk post pada kali ini adalah Andai ini Ramadhan terakhirku. Pernah tak kita fikir dan cuba renungkan, apakah mungkin kita diberi peluang dan ruang untuk menghadapi ramadhan akan datang? Jika ya, alhamdulillah. Jika tidak, alhamdulillah. Kerana perancangan Allah itu yang terbaik. Saya fikir dari kita berfikir perkara dihadapan yang tiada kepastian dan bukan kita yang menentukan sebaiknya kita laksanakan dan hidup di masa ini seakan ini adalah yang terakhir yang kita akan lakukan atau hadapi. Tipulah kalau saya kata saya tak nervous bila menulis perihal topik ini. Saya lebih tenang untuk menulis bilamana saya serahkan segala takdir dan redha dengan apa yang Allah telah rancangkan untuk saya dan saya berazam BIIZNILLAH untuk menggunakan masa yang diberikan (life right now) to live to the fullest, to utilize my time, energy and heart for things I like and love. 


COVID 19 ada hikmah. Walaupun setahun berlalu dan dihitung tahun ini lagi hampir ke akhir Ramadhan lagi Allah uji kita semua dipisahkan ada dengan jarak, masa , tempat dan ada juga nyawa. Apapun ALHAMDULILLAH ALA KULLI HAL. Allah menguji kita kerana kita mampu dan kerana mahu menaikkan martabat kita. Saya kembali refleksikan hikmah dalam COVID 19 ini. Setahun sudah saya berada di Malaysia bersama insan yang saya sayangi MAMA dan kesayangan saya yang lain. Walaupun saya perlu berada di Turki tetapi ALLAH jawab doa saya yang saya mahu berada disisi mama. Banyak kenangan, aktiviti dan perkara yang saya telah lakukan dengan mama dan mahu teruskan lakukan. Ini juga hikmah dan kelebihan bila saya belum berkahwin. ALLAH beri ruang dan peluang berbakti dan bersama mama. Wanita kalau sudah berkahwin tanggungjawab dan fokus perlu diberi utama pada suami dan anak-anak. Bukan saya tidak mahu berkahwin tetapi saya percaya ALLAH akan hadirkan masa dan waktu yang ditetapkan. Tak cepat tak lambat tepat. Dalam masa yang sama saya masih boleh belajar ilmu untuk menjadi isteri dan ibu yang baik dari mama. (p/s: doakan saya ye semua, agar jodoh saya dan si Dia dipermudahkan dan dicepatkan).


Oh ye saya ingin kongsikan salah satu kenangan manis saya bersama mama dibulan yang mulia ini. Awal pagi tadi saya dapat pergi beriktikaf di masjid dan sertai qiamulail bersama mama. Seakan check list saya penuh kerana mendapat peluang itu. Bersama mama pula tu. Pada mulanya saya tidur agak lewat kurang lebih jam 2300 malam. 0000 chiko yang saya telah pesan untuk kejut jam 0245 pagi terkejutkan awal. Terus saya sambung tidur semula. Jam loceng bimbit saya kemudian berbunyi di jam 0247 am terus saya bangun dan menuju ke bilik air untuk mandi dan bersiap untuk ke masjid. Selepas siap solat tahajjud saya terus ke dapur siapkan secawan nescafe untuk mama dan secawan greentea untuk saya. Sambil-sambil menunggu air panas penuh dicawan saya siapkan bekalan sahur yang telah saya dan mama siapkan malam sebelumnya. Mama masak nasi goreng bersama telur mata sebiji. Saya pula sebiji tomato yang dipotong dan wrap tuna dengan setaman sayur. Juga disediakan air bayam dan lemon. Beg mengkuang purple diisi dengan bekalan kami dan selepas mama siap kami minum dan terus keluar menuju ke masjid. Di kedinginan pagi saya menyelusuri jalan ke masjid al Sultan Abdullah. Damai dan tenang sekali. 


Saya dan mama sampai di masjid kurang lebih jam 0350 pagi, rumah dan masjid dekat dan dikhabarkan qiyamulail yang dianjurkan hanya di malam ganjil bermula jam 0400 pagi. Alhamdulillah masih ada ruang untuk kami. SubhanaAllah saya rasa sebak sesampai di masjid kerana ini kali pertama Ramadhan ini saya solat di masjid. Dengan COVID19 meningkat, kelas selepas maghrib telah membataskan saya untuk ke masjid. Alhamdulillah thumma alhamdulillah dengan izin Allah saya dapat pergi. Turutan qiamulail pada pagi tadi adalah solat wudhu' --> solat tahajjud --> solat taubat --> solat hajat --> solat tasbih. Selepas itu kami bersahur di foyer masjid sebelum masuk semula ke dalam masjid untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah. Kali ini masjid kelihatan sangat penuh dengan kehadiran lebih rama lagi orang untuk solah subuh berjemaah. SubhanaAllah betapa bertuahnya saya fikir mereka-mereka yang Allah gerakkan hati untuk hadir ke rumahNya seawal itu. Seusai solat saya dan mama berlalu keluar dari masjid dan mama kata lihat bulan dik dan mashaAllah CANTIK sekali ciptaan Allah. Telah hampir sempurna bentuk sabitnya menandakan berakhir bulan ramadhan akan tiba. 




Setelah masuk ke dalam isi kereta exora kesayangan mama. Saya terus bertekad untuk ke pantai. Hajatnya nak tengok matahari terbit tapi tulah awal lagi. Selain dari tidak mahu balik dan tidur itu tujuannya membawa kereta ke sana. Saya bersyukur sekali lagi dapat saya di pagi hari selepas subuh bersama mama ke tepi laut. Menghirup udara segar embun pagi. Sambil-sambil itu dapat juga melihat hiruk pikuk kehidupan di pagi hari. Manusia kelihatan sibuk memulakan hari baru. Pelajar bergerak jalan ke sekolah, ada juga yang ibu bapa hantar. Pekerja melangkah ke tempat kerja, ada juga yang memandu dan saya pemerhati yang buat sekian kalinya keluar dipagi hari melihat semua ini. Ini rezeki saya belajar untuk kehidupan. InshaAllah satu hari nanti saya juga akan melewati waktu-waktu seperti itu. Cuma buat masa ini saya gembira kerana diberi peluang dan ruang untuk memerhati, belajar dan ambil iktibar. 


Balik dari mengambil angin pagi saya habiskan sebentar masa bersama pokok-pokok saya. Hampir seminggu juga saya banyak terperap di dalam rumah dan tidak ke luar. Cuma dengan kadar tergesa selalunya untuk menyiram pokok atau sidai baju. Itupun banyak mama yang cover minggu lepas. Sungguh pagi ini saya mendamaikan. Terdetik sedari saya tidur malam tadi adakah mungkin semalam itu laylatul qadr? Wallahualam bisawab. Hanya Allah sahaja yang tahu dan saya doakan yang terbaik agar saya dipertemukan dengan malam laylatul qadr. Sungguh bagi saya menghampiri umur 30 tahun ini, ramadhan ini adalah ramadhan yang teristimewa buat saya. Ia seakan sapaan untuk memulakan umur 30 dengan baik, dengan lebih matang, dengan lebih rapat dengan Allah SWT. Hidup berTuhan. Saya harapkan ramadhan ini yang menjadi medan tarbiah diri ini menjadi landasan kepada kehidupan yang lebih diberkati dan lebih diredhai selepas ia berlalu pergi. Moga di ramadhan yang depan boleh dilakukan dengan lebih baik. Proses islah dan tarbiah diri ini saya harapkan berterusan sehingga nafas saya yang terakhir. Saya mohon doa semua untuk saya terus istiqomah dan inshaAllah saya doakan semua juga :) 


Akhir kalam, tinggal kurang lebih 4 malam lagi sebelum berakhirnya ramadhan. Saya harap kita semua dapat melakukan sehabis baik dalam usaha rapat dan berlari ke arah Allah. Meminta, berdoa, berbicara, bersyukur, berubah ke arah yang lebih baik. Doa saya semoga semua orang dipertemukan dengan malam laylatul qadr dan juga semoga kita diberikan syafaat dari Allah dan diberikan keampunan serta ganjaran syurga :) Moga kita menjadi lebih baik dan mendorong orang lain ke arah kebaikan. 


ALLAH MAHA MENDENGAR, JIKA KITA LELAH BERTUTUR GETUSKAN DALAM HATI ALLAH TETAP AKAN MENDENGARNYA NANTI. 


Wallahualam.