Persidangan Bosphorus 2018
Pada hari kedua majlis dipenuhi dengan sesi pembentangan kertas kerja oleh delegasi beserta bengkel bersama Trainer jemputan. Trainer kami jemput khas dari Malaysia seramai 4 orang, Mereka adalah Saudara Jufitri Joha (Presiden Majlis Belia Malaysia), Dr Muhamad Khalid (Penganalisa Ekonomi), Saudara Eddin Khoo (Pengarah PUSTAKA), En Muin Abadi (Penganalisa politik), Cik Ivy Leong Fan Hui (Women Entrepenuer). Mereka kesemuanya adalah pakar dalam bidang masing-masing yang membimbing para delegasi untuk memberi kefahaman tema program serta gerak kerja tindakan pasca perbincangan. Selain itu, Delegasi yang hadir ke program ini adalah seramai 36 delegasi yang juga terdiri daripada pimpinan pelajar Malaysia dari 24 buah negara seluruh dunia. Menariknya persidangan ini mengumpulkan ketua pelajar Malaysia dari setiap benua di dunia untuk membincangkan solusi kepada isu semasa Malaysia. Resolusi dari program ini diserahkan kepada pimpinan utama negara dari dua pihak, Kerajaan dan Pembangkang.
Lawatan ke Ankara. Seawal jam 3 pagi kami AJK telah bersiap siaga ke tempat yang dijanjikan untuk mengambil delegasi menuju ke Sabiha Gokcen International Airport. Dengan tiupan angin winter yang sejuk kesemua AJK komited menjalankan tugas masing-masing. Paling perform pada ketika ini biro Lojistik dan Makanan. Flight kami pagi tersebut adalah pada jam 8 pagi pagi dan kami diterbangkan ke Ankara dengan menaiki pesawat Turkish Airlines. Seusai tiba di Ankara kami terus dibawa ke pejabat utama AK Party bertemu dengan cabang pemuda parti tersebut. Habis disitu kami melakukan courtesy call ke kedutaan besar Malaysia di Turki. Kami disajikan dengan makanan melayu dan berdialog bersama wakil Duta besar disitu. Habis di kedutaan kami bergerak menuju ke Haji Bayram, destinasi yang perlu dilawati jika berkunjung ke Ankara. Di situ letaknya tinggalan greeko roman iaitu palace of Apollo dan juga bertentangan dari tempat itu adalah tinggalan Peradaban Hittit. Dati situ kami bergerak terus ke lapangan terbang untuk mengejar penerbangan pulang ke Istanbul. Sesampai di Istanbul kami mendapati beberapa orang delegasi menghadapi masalah sakit perut dan ia berlarutan sepanjang malam. Walaupun sesampai kami di Sabiha Gokcen kami ada airport tour tetapi di singkatkan atas sebab semua delegasi sakit dan penat. Kami habiskan sesi malam itu awal. Kami kembali semua ke FSMVU untuk persiapan hari seterusnya walaupun penat tidak tidur. Saya pecah rekod pada haritu kerana hanya tidur selama 4 jam dan terasa badan sudah mula menunjukkan simptom mamai.
Hari Keempat
Pagi ini program bermula lambat atas sebab kebanyakan delegasi dan komiti mengalami sakit perut. Rupanya majoriti mengalami food poisoning selepas pulang dari Ankara. Alhamdulillah saya okay cumanya kesian kepada delegasi yang tidak dapat bersama untuk program tersebut. Terus terang saya nyatakan yang saya risau kerana ini adalah perkara yang kami tidak terfikir akan berlaku tetapi kun faya kun. Kalau Allah nak takdirkan untuk jadi ia akan terjadi. Seterusnya, kami teruskan dengan sesi pagi tersebut sehingga jam 12 dan bergegas gerak ke Kocaeli untuk perjumpaan belia AK Parti disana. Dalam perjalanan biro kebajikan program bersama beberapa doktor telah melaksanakan rawatan kepada setiap delegasi dan komiti untuk memastikan tahap kesihatan mereka di kadar yang baik. Sesampai kami disitu kami dikejutkan dengan sambutan kehadiran kami dan ia adalah diatas jemputan pimpinan belia AK Parti di Ankara yang ingin mempertemukan kami dengan Presiden Turki Reccep Tayyip Erdogan. Kenangan yang tidak saya akan lupakan apabila Presiden sendiri bertutur dengan saya memberi peringatan 4 perkara iaitu kesatuan semua dalam satu daulah. Tak tidur malam dibuatnya. Kerana cita-cita untuk bertemu dengan Presiden tercapai. Sewaktu sesi fotografi saya berada di bahu Presiden. Sungguh syukur yang tidak terhingga hendaknya kepada Presiden.
Hari Kelima
Hari ini adalah hari terakhir program. Saya berasa cepat sekali waktu berlalu. Pada hari terakhir ini adalah sesi paling penting. Hari untuk menggubal resolusi untuk solusi masalah umum dan penambahbaikan untuk negara. Setiap wakil delegasi memberikan usul kepada mengikut tema. Tepat jam 5 petang kami menghabiskan sesi tersebut dan sepakat dengan resolusi yang dicapai. Kemudiannya salinan resolusi tersebut dihantar kepada Presiden pakatan rakyat dan Timbalan Perdana Menteri untuk diangkat sebagai resolusi yang digubal oleh para pelajar Malaysia luar negara. Malam terakhir itu kami selesaikan dengan makan malam di atas kapal bersama semua delegasi dan buat kenang-kenangan terakhir di Turki.
Son Sozu
Kesimpulan ringkas saya boleh buat adalah terima kasih Allah kerana saya diberi peluang memimpin program sedemikian. Bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang berskala antarabangsa serta memberi impak yang besar kepada hidup saya. Disini saya membina jaringan baru, kawan baru dan belajar sebanyaknya. Walaupun dari sudut diri sendiri saya nampak banyak lompong dan kekurangan yang saya buat dalam memimpin tetapi saya percaya sekiranya tidak ada team yang kuat tidak mungkin menjadi yang terbaik. Inilah makna sebenar kerjasama dalam berkumpulan. Setiap satu dari ahli jawatankuasa dan delegasi serta pihak yang memberi sokongan material mahupun kewangan adalah tunjang kepada kejayaan program ini. Moga ini bukanlah program yang terakhir yang saya akan pimpin dan menjadi batu loncatan kepada yang lebih baik pada masa akan datang. Banyak yang perlu kita lakukan untuk negara dan mulanya perlu dari sekarang tanpa tangguhan. Kerana belia itu datangnya sekali dan tidak akan berulang kembali. Baik dimanfaatkan masa belia dengan baik kerana nanti kita akan disoal apa yang kita buat semasa muda dan saya ingin rekod itu yang terbaik memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara. Moga cita itu bergerak seiring kata dan anggota. Terima kasih Allah. Alhamdulillah ala kulli hal.
nota kaki : Thank You, Next. Looking for more adventures in life.
Hari Keempat
Pagi ini program bermula lambat atas sebab kebanyakan delegasi dan komiti mengalami sakit perut. Rupanya majoriti mengalami food poisoning selepas pulang dari Ankara. Alhamdulillah saya okay cumanya kesian kepada delegasi yang tidak dapat bersama untuk program tersebut. Terus terang saya nyatakan yang saya risau kerana ini adalah perkara yang kami tidak terfikir akan berlaku tetapi kun faya kun. Kalau Allah nak takdirkan untuk jadi ia akan terjadi. Seterusnya, kami teruskan dengan sesi pagi tersebut sehingga jam 12 dan bergegas gerak ke Kocaeli untuk perjumpaan belia AK Parti disana. Dalam perjalanan biro kebajikan program bersama beberapa doktor telah melaksanakan rawatan kepada setiap delegasi dan komiti untuk memastikan tahap kesihatan mereka di kadar yang baik. Sesampai kami disitu kami dikejutkan dengan sambutan kehadiran kami dan ia adalah diatas jemputan pimpinan belia AK Parti di Ankara yang ingin mempertemukan kami dengan Presiden Turki Reccep Tayyip Erdogan. Kenangan yang tidak saya akan lupakan apabila Presiden sendiri bertutur dengan saya memberi peringatan 4 perkara iaitu kesatuan semua dalam satu daulah. Tak tidur malam dibuatnya. Kerana cita-cita untuk bertemu dengan Presiden tercapai. Sewaktu sesi fotografi saya berada di bahu Presiden. Sungguh syukur yang tidak terhingga hendaknya kepada Presiden.
bergambar kenangan bersama Presiden Turki, Sayin Cumhurbaskan Reccep Tayyip Erdogan |
Cumhurbaskanimiz |
Hari Kelima
Son Sozu
Kesimpulan ringkas saya boleh buat adalah terima kasih Allah kerana saya diberi peluang memimpin program sedemikian. Bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang berskala antarabangsa serta memberi impak yang besar kepada hidup saya. Disini saya membina jaringan baru, kawan baru dan belajar sebanyaknya. Walaupun dari sudut diri sendiri saya nampak banyak lompong dan kekurangan yang saya buat dalam memimpin tetapi saya percaya sekiranya tidak ada team yang kuat tidak mungkin menjadi yang terbaik. Inilah makna sebenar kerjasama dalam berkumpulan. Setiap satu dari ahli jawatankuasa dan delegasi serta pihak yang memberi sokongan material mahupun kewangan adalah tunjang kepada kejayaan program ini. Moga ini bukanlah program yang terakhir yang saya akan pimpin dan menjadi batu loncatan kepada yang lebih baik pada masa akan datang. Banyak yang perlu kita lakukan untuk negara dan mulanya perlu dari sekarang tanpa tangguhan. Kerana belia itu datangnya sekali dan tidak akan berulang kembali. Baik dimanfaatkan masa belia dengan baik kerana nanti kita akan disoal apa yang kita buat semasa muda dan saya ingin rekod itu yang terbaik memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara. Moga cita itu bergerak seiring kata dan anggota. Terima kasih Allah. Alhamdulillah ala kulli hal.
Kami di malam akhir program |
Kami setelah tamat final post mortem |
nota kaki : Thank You, Next. Looking for more adventures in life.
No comments:
Post a Comment