Pages

Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Thursday, 29 October 2020

Maulidur Rasul dan Hari Republik Turki 2020

 

Bismillahirahmanirahim 



 

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajah-Mu
'Kan pasti mengalir air mataku
Karena pancaran ketenangan-Mu
يا رسو ل الله يا حبيب الله
Tak pernah kutatap wajah-Mu
يا رسو ل الله يا حبيب الله
Kami rindu pada-Mu


Bait nasyid diatas didendangkan kumpulan nasyid Raihan sentiasa mengusik jiwa tiap kali didengarkan. Sayu rasanya dengan sampaian mereka yang penuh jiwa dan kasih serta sayang kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW. Tahun ini sambutan maulidur rasul di Malaysia tidaklah semeriah selalu. Akan tetapi lebih banyak dicapai dan menyentuh hati terutama yang muda. Kenapa saya kata begitu? Ini disebabkan oleh sebaran dan perkogsian di media sosial terutama instagram dan juga tiktok. Pengguna terbesar kedua-dua misalan socmed ini adalah belia atau remaja. Saya nampak peningkatan dalam perkongsian pabila dibuka ruangan search pada instagram saya. 

Terkadang ada yang mempersoalkan kenapa perlu kita sambut hari lahir? Inikan lagi hari lahir junjungan besar kita? Bukankah kita sepatutnya menyambut dan mengingatinya setiap hari? Soalan ini saya tidak ada jawapan yang khusus tetapi yang saya boleh cakap kita dengan mengingati hari istimewa kan menunjukkan kita sayang dan lebih lagi rasa itu dari hari biasa. Appreciation is another word to it. Sungguh jasa Rasulullah itu tak ternilai banyaknya untuk kita umatnya. Kalau disebut satu persatu tidak kita mampu. Dengan mengingati hari jadinya itu pun sudah membawa kepada satu kebaikan kerana kita mengingatinya.

Tahun ini saya berasa lebih sentimental kerana hari tersebut saya habiskan dengan mendengar nasyid dan selawat di laptop sambil menscroll lembaran buku ebooks di kaca laptop. Almaklumlah kelas masih seperti biasa dan jumlah perlu dibaca meningkat dari hari ke hari. Saya masih lagi memujuk diri untuk belajar dan cuba sehabis baik memahami peri perlu belajar. Sambil mendengar nasyid dan selawat saya terimbau zaman sewaktu di UIAM. Nasyid-nasyid ini adalah peneman saya ketika itu. Sewaktu dalam usaha mencari tuhan. Nauzubillah bukanlah tidak bertuhan ketika itu tetapi mencari damai dengan hampirkan diri pada tuhan. Dah puas lagho agaknya sebelum tu. 

Saya teringat stay up sampai tengah malam di mahallah nusaibah untuk menghabiskan kerja kelas, assignment serta kerja persatuan ditemani bait-bait lagu dari abdessalam alhasani, sami yusuf, maher zein dan lain lain. Allahu. Dengan memujimu ya ALLAH dan Rasulullah hati menjadi tenang. Saya ketika itu dan kini masih seorang hamba yang mencari damai dengan dekatkan hati dan minda pada tuhan. Kita manusia itu selalu lupa. Bila bahagia lari lupakanNYA bila sedih merangkak pulang padaNya. Tapi on top of everything ingatlah ALLAH itu sentiasa ada bersama kita. Diwaktu gembira, susah, nakal, degil, bahagia, sengsara, syukur dan the list goes on. Yang penting itu ingatan pada ALLAH dan Rasullullah itu perlu agar hidup tenang. 




Tahun ini juga hari republik turki jatuh pada hari yang sama dengan maulud nabi. Turki, negara yang sudah masuk tahun ke 6 saya berkelana menjadi tempat saya belajar tentang ilmu dan hidup. Saat saya menaip ini saya masih ada di Malaysia dan pasti sekali merindukan Turki. Bukan apa disitu tempatnya saya merasakan transisi hidup ke arah dewasa. Walaupun tidak mudah dan selalu saya rasa payah, banyak lagi nikmat yang boleh disyukuri dari hidup disitu. Kerana banyak hikmah wal hassanah yang saya dapat dari hidup dinegara pertemuan dua benua. Moga sahaja saya akan pulang ke sana dengan selamat dan pulang semula ke Malaysia bersedia khidmat dan give back to my nation. Apapun selamat hari republik Turki. Moga terus sukses walaupun dihimpit hebat. Kerana pahlawan yang terbaik dan pemimpin terbaik adalah dari situ. Allah Razi Olsun, InshaAllah. 

Tuesday, 12 March 2019

Nota Sihat Rara


Bismillahirahmanirahim

fashion crime setiap kali ke gym


Sejak awal tahun yang lalu, saya telah mulakan sesuatu ke arah gaya hidup sihat dan semestinya untuk lebih cantik. Mungkin bunyinya agak cliche akan tetapi ini adalah hasrat yang saya nak buat dan pernah buat tetapi terkandas di tengah jalan. Sekarang kembali ke landasannya walau terkadang ada terkeluar dari landasan. Seperti tajuk diatas, saya sudah mulakan semula gerakan untuk lebih sihat. Bagi yang mengenali saya mungkin tahu yang saya ini seorang yang berbadan gempal dan comel. Walau bagaimanapun saya mempunyai hati serta jiwa yang besar (estaghfirullah puji diri pula). Saya seorang yang aktif akan tetapi berat badan terkadang menjadi faktor saya berasa kurang keyakinan diri. 

Ya mungkin ada yang kata jangan lihat pada rupa dan badan tetapi disini saya ingin tekankan bukan saya malu dengan bentuk badan sedia ada cumanya alangkah baiknya sekiranya dapat dikurangkan. Dapatlah bergerak lebih aktif dan sihat. Mengikut ruangan forum Utusan Malaysia statistik mereka yang obese di Malaysia pada 2018 mencatatkan kadar 5.5 juta dan saya termasuk dalam jumlah itu. Mengerikan pada hemat saya. Jumlah ini meningkat dari hari ke hari dengan kepelbagaian jenis makanan dan minuman yang terdapat di Malaysia. 

Syurga makanan 

Tidak dapat disangkal lagi Malaysia adalah syurga makanan. Akan tetapi pengambilan makanan perlulah setara dengan aktiviti yang dilaksanakan. Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap ingin mencuba dan bila sahaja ada makanan baru diperkenal atau makan hipster yang viral pasti dengan ramainya pergi mendapatkan makanan tersebut. Kebanyakan makanan ini pada perhatian saya mengandungi kadar gula dan garam yang tinggi. Walaupun saya dahulu juga menyukai aktiviti food hunting saya lebih berhati-hati sekarang kerana gerun dengan after effect makanan tersebut. 

Saya fikir tidak salah sekiranya kita ada cheat day tetapi jangan setiap hari cheat day dan gym day sehari sahaja. Makanan kita kaya dengan rempah dan rasa, memilih makanan yang betul juga serta makan dengan kuantiti yang betul dapat memberi kesan yang baik kepada diri. Win win situation dimana kita dapat rasa dan ikut peredaran serta kekal sihat. 

Rara sihat plan

Mungkin agak over tajuk yang saya gunakan. Mana taknya ia bunyi seperti sudah berhasil sedangkan baru lagi saya mulakan misi ini. Tujuan saya menulis ini adalah untuk memberi motivasi pada diri dan sentiasa mengingatkan diri yang saya boleh melakukannya dan mampu. Kalau nanti saya terhilang motivasi untuk sihat post ini dapat memberikan saya semangat semula. Berbalik kepada rara sihat plan, sekarang ini saya masih mengamalkan intermittent fasting, detox dan gym training. 

Perkara paling sukar setakat ini adalah untuk mengawal makan dan istiqomah. Payah tetapi saya pasti keputusan diakhirnya yang paling penting. Mohon semua doakan ye!

Intermittent fasting 


Intermittent fasting atau diet puasa adalah satu metod mengatur pola makan dengan cara berpuasa makan selama beberapa waktu, namun begitu anda masih boleh mengkomsusi minuman. Sama seperti puasa di bulan ramadhan dengan pengecualian boleh minum. Minuman yang dibenarkan hanyalah yang mempunyai 0 kalori seperti air mineral, teh hijau dan kopi hitam tanpa gula.  Durasi diet ini tergantung kepada individu. Untuk permulaan dinasihatkan untuk mencuba selama 12 jam kemudian naikkan kepada 14 jam, 16 jam dan 20 jam. Saya sendiri telah melakukan ini sehingga tahap 16 jam. 


Sekiranya newbies lagi dinasihatkan untuk melaksanakannya secara berselang hari. Semasa waktu berbuka atau feast dinasihatkan mengambil makanan yang penuh serat dan protein. Kurangkan makanan bergula dan berminyak untuk mendapatkan hasil lebih baik dan turun lebih banyak berat. Tujuan diet ini adalah untuk membersihkan sistem penghadaman dan melatih diri untuk mengawal pengambilan makanan secara berlebihan. 


Bersenam 

Untuk tajuk ini saya tidak ada spesifik cadangan kerana saya sendiri mengambil keputusan untuk ke gym. Alhamdulillah saya telah mula ke gym dan syukur juga kerana gym yang saya lawati hari-hari adalah gym untuk wanita. Disitu saya boleh bersukan tanpa rasa malu dan segan. Di gym tersebut saya disediakan personal trainer, akses kepada kelas-kelas dan alatan bersukan yang lengkap dan canggih. Masih ingat lagi hari pertama rasa malu dan semput sebab langsung tidak fit. Melangkah ke hari - hari seterusnya saya lebih happy dan confident kerana bersukan did make me healthy and happy. Rakan-rakan di gym juga sangat positif dan sentiasa memberi dorongan walaupun terkadang macam ayam dan itik kerana batasan bahasa. Saya sarankan bagi mereka yang tidak boleh disiplin ( macam saya) part bersenam untuk mendaftarkan diri ke gym kerana akan dipandu cara bersenam serta dipantau. 

jadual regime di gym saya


 Akhir kata mohon doakan saya terus istiqomah  untuk sihat dan dapat memberi inspirasi kepada yang di luar sana untuk mula menjadi sihat. Bila badan sihat otak kita pun jadi sihat juga dan positif selalu! 


nota kaki : semasa post ini ditulis badan tengah sakit-sakit sebab muscle sedang membentuk. 




Thursday, 7 March 2019

4 TAHUN BERLALU #masihrindu


Bismillahirahmanirrahim 

kucupan dahi buatmu yang dirindu

Tajuk itu mengambarkan bagaimana saban tahun saya pasti akan menghitung hari-hari yang datang dan bulan berganti tahun. Bukan sesuatu yang mudah tetapi takkan pernah di buang dari kota minda saya sampai bila-bila. Tarikh 7 Mac 2015 adalah tarikh dimana baba kesayangan saya telah dijemput Allah pulang kepadaNya. Sungguh tiada siapa pinta untuk perpisahan ini lagi pula saya ketika itu sudah pulang ke Istanbul semula. Boleh dikatakan genap sebulan sedari pulang dari Kuala Lumpur untuk cuti musim sejuk dan kenduri kahwin kakak.  


Jika di putar semula waktu itu, seakan semalam waktunya menerima khabar itu. Sedih dan pedih tidak perlu dinyata kerana saya ini seorang yang tidak mudah merembeskan air mata terutama di depan ahli keluarga. Kalau diulang tayang waktu itu saya ingat saya di dinleme odasi baru usai bertutur telefon bersama Hazwan. Saya melihat message yang masuk menderu ke telefon bimbit melalui whatsapp.  Saat itu tidak terduga apa yang akan dilihat. Terus melihat ruangan keluarga Che Mat Khatan Family. Scroll dari atas ke bawah ditemukan satu message yang membuatkan jantung saya berhenti degup sesaat. Mak Sedara saya yang digelar Mak Itam menulis diruangan itu " Orang cuba contact angah dan along tapi tak dapat. Ateh dah takde. Alfatihah". Nafas terasa sesak sekali dan kaki mula rasa longlai. Orang yang dimaksudkan itu adalah Baba. Saya meluru ke bahagian tengah tempat dimana letaknya kerusi-kerusi di aras dormitory. Kebetulan ada Nadja di situ. Terus saya pergi kepadanya dan rebah di depannya memberi khabar pemergian Baba.

Saat itu juga Nadja berlari ke bilik dan mendapatkan adik-adik yang lain untuk membantu saya. Saya mengambil nafas perlahan-lahan terus menelefon nombor telefon baba dengan harapan Baba akan menjawab tetapi tidak di jawab lansung. Bertalu-talu saya menelefon semula dan akhirnya mama angkat panggilan telefonku. Mama lantas berkata " adik takpe dik Baba pergi  dalam keadaan tidur. Ada di sebelah Mama ni. Adik Baba pergi dengan baik dik. Kita doa banyak-banyak ye. ". Saya seakan tidak percaya perkara ini berlaku. Terus semua kenangan bersama Baba bermain di fikiran. Terasa belum lagi diri ini dapat berbakti kepada Baba. Sama juga disaat itu teringat rindu yang bersarang dihati. Kurang lebih 3 minggu sedari kali terakhir berhubung dengan Baba. Kerana banyak yang berlaku sebelum pemergian Baba yang biarlah menjadi simpanan keluarga kami.

Habis bertutur dengan mama di telefon saya terus meluru balik ke bilik dan terus mengambil wudhu solat dan membaca Yaasin. Tidak tertanggung berat hati ini memikirkan Baba pergi buat selamanya ketika saya tidak disisinya. Sungguh berat rasanya dan itulah perkara yang perlu dihadap oleh mereka yang tinggal di luar negara atau jauh dari keluarga. Saya ingat ketika itu saya ditawarkan peluang balik ke Malaysia oleh abang senior Syahril Azfar yang kebetulan sedang berada di Turki dalam rangka kerja menghantar bantuan kepada rakyat Syria. Beliau dengan bantuan senior yang lain di Malaysia telah membelikan tiket pulang buat saya.

gambar raya 6 tahun lepas

Pengarah asrama bersama warden semua dikhabarkan tentang berita itu. Keesokan paginya mereka datang bergilir-gilir ke bilik saya untuk menyampaikan ucapan takziah. Tidak kurang yang membacakan Yaasin bersama. Pagi jam 10 saya bertolak ke Ataturk Havalimani dengan taksi bersama adik-adik dorm. Masih ingat lagi ketika itu tiada apa yang saya bawa hanyalah al quran, passport, purse dan sedikit biskut bekalan adik adik kerana saya tidak makan dari semalam. Air mata cuba disekat  dan bila terasa ingin jatuh disapu dengan cepat supaya tiada yang sedar.

Kapal terbang Malaysia Airlines di naiki mengambil masa 10 jam untuk sampai ke Kuala Lumpur. Sewaktu dalam penerbangan teringat saya nangis teresak dalam mimpi dan kemudiannya ternampak Baba senyum berpakaian ihram sambil melambai padaku. Bila tersedar rupanya kapal terbang tersebut sedang melalui tanah haram. Seterusnya saya kembali tidur. Tidak lama kemudian kembali bermimpikan Baba kali ini baba datang dekat denganku dan mencium dahiku. Seraya itu saya terbangun dan mendapati air mata mengalir dipipi. Rupanya sudah nak sampai ke Malaysia. Sesampai di Kuala Lumpur saya tersenyum sinis kerana sudah pasti tiada dari ahli keluarga yang akan hadir mengambil airport. Alhamdulillah Kak Naheed isteri Abg Syah datang mengambilku bersama Kak Paan dan Kak Kina. Merekalah sahabatku dunia akhirat.

Sesampai dirumah saya terus masuk ke rumah. Dari pintu pagar sudah terlihat wajah saudara mara yang sugul dan mula sebak melihat saya sampai dari jauh. Saya sebelum itu telahpun berniat untuk tidak menangis terutama di depan keluarga kerana itu sahaja yang boleh dilakukan untuk semua. Untuk kuat demi mereka. Terus saya salam pak long yang ada diluar rumah. Kemudiannya dengan debar masuk ke rumah mencari mama yang ketika itu didapur. Sungguh tidak ku sangka saudara mara yang berada di dapur ke semuanya mula menangis teresak-esak ketika melihat saya. Kakak yang nampak tubuhku disamping mama mula menangis dengan kuatnya. Hanya saya sahaja yang tidak nangis kerana telah berjanji pada diri tidak akan mengalirkan air mata lagi di depan mereka.

Sesudah itu, mama membawaku masuk ke dalam biliknya dan menunjukkan baju terakhir Baba pakai dan meninggalkan saya keseorang di dalam bilik itu. Saat itu ketika sendiri barulah air mata jatuh membasahi pipi. Sungguh rindu dan sedih tidak dapat menatap dan mengucup pipi baba serta memohon kemaafan buat kali terakhir. Hanya Allah sahaja yang tahu rasa dalam hati ini. Sehingga kini rasa itu ada dan doa sahaja penghubung buat saya dan Baba. Kerana saya percaya Husnul Khatimah pengakhiran buat Baba. Petang itu saya ke kuburan Baba dengan suggul rasa dihati membacakan Yaasin buat Baba di kuburannya.

Ketika di gerakkan jemari menaip kisah ini, esoknya genap 4 tahun Baba pergi bertemu Sang Pencipta. Pejam celik pejam celik dah selama itu Baba pergi. Dalam masa yang sama kakak telah pun selamat melahirkan 3 orang anak. Menjadi penyeri keluarga setelah Baba pergi. Anak angkat Baba yang Korea Esther pun telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. In total dah 4 cucu Baba. Dari adik je belum lagi kerana jodoh belum sampai lagi.

Baba walaupun kita tidak dapat bersua untuk kali terakhir tetapi adik pasti Allah itu punya perancangan yang terbaik dan syurga inshaAllah tempat kita akan bersua. Semoga adik menjadi anak solehah yang sentiasa tidak lupa untuk mendoakan Baba di sana. Adik akan lakukan sehabis baik untuk menjadi anak yang memberi gembira buat Mama dan Baba serta keluarga kita. Moga kita semua disatukan disyurga nanti. Sehingga itu doalah yang menghubungkan kita. Terima kasih Baba atas didikan dan dorangan buat adik sedari kecil hingga dewasa. Adik sentiasa merindui Baba. Sayang adik tidak akan kurang buat Baba. Cinta pertamaku.

SJNN family photo


Adik yang merinduimu
Istanbul, Turki
1717pm
06032019


nota kaki : Mohon doakan Alfatihah buat arwah Baba saya Shahrin bin Che Mat. Terima Kasih. 


Tuesday, 5 March 2019

Saluran Air


Bismillahirahmanirahim


Pada ahad pagi hari minggu lalu saya telah bangun seawal jam 0430 pagi untuk menyiapkan tempahan makanan untuk kumpulan pelancong Malaysia yang mahu ke Bursa. Selepas 2 jam berperang di dapur alhamdulillah selesai menyediakan 20 set makanan nasi goreng bersama ayam goreng berempah dan sambal belacan diulamkan timun. Jam 0745 pagi keluar ke rumah di kedinginan pagi transisi musim sejuk ke musim bunga mengangkut 3 beg berisi makanan dan air tempahan. Alhamdulillah ala kulli hal atas rezeki yang diterima. Pulang dari menghantar makanan satu perang lagi muncul iaitu mengemas dapur pasca perang pertama. Sungguh bahagian ini yang paling tidak semua orang suka tetapi saya suka kerana sedari kecil memang suka bermain air. Mama pernah sekali cerita yang saya sehingga dibawa mimpi bermain air tatkala penat seharian membantu membasuh pinggan mangkuk di kenduri rumah nenek. 

Semua periuk belanga, sudu dan bekas dikumpul berdekatan singki dengan harapan boleh dibasuh one shot tapi baru dua tiga perkakas dibasuh air sudah memenuhi ruangan singki dapur. Mulanya saya fikir mungkin sampah dilantai singki menyukarkan air lalu tetapi jangkaanku meleset. Saya mula mengeluarkan semua barang yang perlu dicuci dari dalam singki dan memeriksa. Sejurus itu terdengar bunyi titisan air. Dicari punca rupanya dari bawah singki. Air mula menitik petanda ada yang sumbat. Melihat pada lelohong aluran air ternyata kosong. Maksudnya benar sangkaanku yang air tersumbat mungkin kerana kotoran atau sisa makanan yang berlebihan pada bukaan mulut lorong air. 

Mulalah saya menjadi seperti kelasi kapal yang sedang gigih mengeluarkan air dari kapal yang bocor. Besen demi besen dikeluarkan air. Ditatang bekas air yang penuh ke tandas dan dibuang ke singki tandas. Sehingga tinggal searas satu garis jari. Mulalah pula kerja yang agak renyah iaitu menggunakan mangkuk kecil diletakkan dibawah singki dan bersama kain untuk menyerap air yang tinggal. Sehingga tiada lagi air saya terus mengambil screwdriver dan membuka saluran air tersebut. Nah kotol sekali. Sisa makanan dan kotoran yang sudah menjadi lendiran campuran habuk dan benda asing menjadi asbab ia tersumbat. Saya tuntas cabut saluran tersebut dan membawa ke tandas untuk dibersihkan. 


Dalam saluran itu hitam dan kotor sekali. Air dialirkan dan setiap kali itu juga kotoran hitam yang keluar. Dimasukkan sabun beberapa kali sehingga kotoran tersebut hilang. Tuntas itu juga saya terbayangkan saluran paip itu seperti perut manusia. Kita sering sekali makan pelbagai benda dan kurang rasanya menghadkan pengambilan sesuatu itu. Baik dan buruk diselang seli. Terkadang perut kita menjadi sakit kerana penghadaman tidak baik mungkin faktor utamanya adalah makanan yang diambil. Justeru itulah datangnya logik untuk puasa supaya sistem penghadaman kita dapat berehat dan membaiki dari kerosakan yang berlaku. Seperti mana sistem saluran air perlu di rawat/dibersihkan sama juga buat perut kita. Selain dari puasa, makanan yang dipilih juga penting untuk memastikan kekuatan serta ketahanan perut kita. Bukanlah ia ingin diguna sehari dua tetapi selamanya. 

Antara langkah yang terbaik untuk menjaga perut kita adalah ; 
  1. Lakukan lebih senaman
  2. Kekalkan diet yang sihat
  3. Minum air secukupnya
  4. Ambil pro- dan prebiotik secukupnya
  5. Hadkan pengambilan lemak, garam, dan gula


Dengan memastikan kesihatan perut terjaga kita akan menjalani hidup yang lebih sihat dan selesa. Bukan apa perut itu boleh diumpamakan seperti central/pusat utama badan yang mana kalau sistemnya lumpuh maka lumpuh lah secara keseluruhan badan serta mencacatkan urusan harian kita. 


nota kaki : dahulu saya selalu sakit perut sehinggakan beberapa kali ke hospital. Rupanya kerana tidak makan dengan betul dan tidak menjaga kesihatan perut. Sekarang saya lebih berhati-hati dan sayangkan diri serta perut saya lebih!




Friday, 15 February 2019

Ada apa dengan CINTA?


Bismilllahirahmanirahim



Tajuk kali ini agak cliche akan tetapi realiti bersempena semalam Hari Kekasih aka Valentine Day. Saya sendiri sepanjang hidup tak pernah menyambut hari sedemikian kerana memang tiada niat mahupun orang untuk menyambutnya dengan. Banyak sekali fatwa yang dikeluarkan berkenaan larangan atau hukum menyambut sambutan tersebut. Berbagai cerita disebaliknya juga yang timbul. Misalnya, Valentine day adalah hari memperingati St. Valentine yang dibunuh kerana mempertahankan agama Catholic. Kalau sahaja mereka di luar sana faham erti ini sebaiknya tidak meraikan bukan apa ini bukanlah sesuatu yang perlu kita ikuti. 

Berbalik kepada tajuk, C-I-N-T-A adalah satu perkataan yang sering sekali diungkap dan dirasa oleh manusia. Ia tidaklah hanya terlimit pada antara lelaki dan perempuan tetapi membawa maksud yang lebih Universal. Yang paling utama adalah Cinta pada Allah, Cinta pada Rasul, Cinta pada Agama,  Cinta pada ibu dan bapa, Cinta pada keluarga, Cinta pada masyarakat, Cinta pada Negara, Cinta pada semua. Bagaimana kita boleh definisikan cinta? Kalau yang saya nyatakan tadi hanyalah sebahagian dari kerangka besar makna cinta. 

Apa definisi sebenar tentang cinta pada pandangan anda? Kalau dari hemat saya maksud cinta itu adalah apabila kita mencintai seseorang itu keranaNya. Pemegang hati yang utama seseorang manusia itu perlulah Allah sahaja dan dengan izinNya kita boleh mencintai makhluknya. Mungkin dalam derapan keyboard mudah untuk diungkap tetapi zahirnya tidak mudah. Ya saya sendiri mengaku terkadang terlebih sedih untuk makhluknya sampai lupa yang memegang hati itu adalah Allah. Jadi pulang kepadaNya dan memohon dariNya adalah yang terbaik. 

Bagaimana cara terbaik untuk kembali kepadaNya? Kembali dekat dan sujud padanya. 

Saya menemui salah satu blog yang saya fikir menarik untuk di lawati 

Pada satu artikel post mereka ada menggariskan 4 perkara untuk kembali kepada Allah,

1. Bersyukur kepada Allah

 Dr Aid Al-Qarni dalam bukunya La Tahzan mengingatkan, “Ingatlah setiap nikmat yang Allah anugerahkan kepada Anda. Karena Dia telah melipatkan nikmat-Nya dari ujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki.”

Pesan tersebut memang patut kita renungkan. Karena di dalam Al-Qur’an Allah juga menegaskan bahwa nikmat Allah terhadap diri kita tak bisa dihitung jumlahnya.
وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ الإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” (QS:  Ibrahim [14]: 34).


2. Berprasangka baik kepada Allah 

“Jauhilah oleh kalian berprasangka (kecurigaan), karena sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dustanya pembicaraan.” (HR. Bukhari).
Kemudian di dalam Al-Qur’an, Allah menegaskan;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan pra-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari pra-sangka itu adalah dosa.” (QS: Al-Hujurat [49]: 12).


3. Sabar dalam ikhtiar  

Allah akan sentiasa menyertai dan mencintai kita kerana kesabaran kita. Umar bin Khattab berkata, " Dengan kesabaran, kita tahu makna hidup yang baik."


 4. Tawakkal kepada Allah

Ibnu Hajar Al Asqolani berkata, " Tawakkal iaitu memalingkan pandangan dari berbagai sebab setelah sebab disiapkan." Eritnya, sebab bukanlah penentu, tetapi Allah Yang Maha Menentukan.


Konklusinya, kalau ada sekelumit rasa yang menghalang kita dari mencintai yang lebih patut dicintai beristighfar. Kalau kita benar-benar sayangkan manusia atau makhluk ciptaanNya, sandarkan rasa itu pada Allah SWT kerana dia pencipta, maha pengasih lagi penyayang serta pemegang hati-hati mereka. Kalau dikejar cinta ilahi kita tidak ada kecewa dan berduka kerana itu yang hakiki.

nota kaki: Alhamdulillah ala kulli hal. Selamat bercinta dengan Ilahi :) Salam Jumaat. 

Thursday, 27 December 2018

#nota2018 Tamat Tugas MASAT (Exco Perhubungan, Komunikasi dan Data)


                                                                  Bismillahirahmanirahim. 

Nota kali ini sangat bermakna buat diriku. Ini adalah kisah saya dan sebuah persatuan. Persatuan yang itu adalah Persatuan Pelajar Malaysia di Turki. Saya adalah seorang yang tidak boleh duduk diam bila sahaja berada di satu tempat dan kalau saya duduk diam saya akan stress serta kejung membatu. Sudah berkali-kali dikata dalam hati tidak mahu berpartisipasi dalam persatuan apabila berada di tahap sarjana dan hanya mahu memberi perkongsian pengalaman tetapi saya gagal untuk mengatakan TIDAK. Sejurus dilamar masuk MASAT, sejak itu terus hati terpaut memberikan seribu daya bagi menggerakkan Persatuan. Teringat lagi sebelum masuk AJK MASAT, saya hanyalah seorang senior yang masuk ke dalam kerangka persatuan memberi pendapat mahupun kritikan tetapi setelah berada sebagai AJK saya memberi dan melaksanakan apa yang pernah diperkatakan serta menerima kritikan untuk meningkatkan prestasi kerja dan persatuan. 

kunjungan rasmi ke Parlimen 2017 bertemu Presiden Pakatan Rakyat dan  Timbalan Speaker Dewan Rakyat

MASAT adalah satu platform bagiku bukan sebagai medium mengasah bakat diri tetapi lebih kepada perkongsian dan penambahan ilmu. Disini kami menerapkan budaya mengajar, belajar dan diajar. Di awal tenure kami agak kekok kerana baru di fasa pengenalan. Ada sahaja yang tak kena dan tidak faham lagi sesama sendiri. Setelah satengah penggal berlalu kami makin rapat dan bergerak semakin laju. Dengan kepimpinan dibawah Muhammad bin Ahmad Zahid, kami bergerak dengan dinamik sehingga tak terkejar dibuatnya. Pemimpin majlis tertinggi kami kalau boleh ingin mengejar sehabis baik ruang dan peluang untuk memperkenalkan MASAT di Malaysia dan Turki. Beliaulah yang banyak berjasa dalam menghubungkan kami dengan kepakaran diplomasi dan jaringan kenalan beliau. Satu perkara sahaja yang kurang pada Presiden kami, kebolehan memahami orang. Beliau seorang yang telah dididik dengan baik dan kalau dalam masyarakat itu duduknya di paras lebih tinggi. Terkadang mereka yang baru dan tidak punya pengalaman akan merasa susah untuk mengejar rentak kerja beliau. Akan tetapi itu bukanlah satu halangan tetapi satu dorongan untuk bergerak seiringan dengan beliau dan mungkin lagi lebih dari beliau. 


AJK MASAT 2016/2018 terbahagi kepada 2; Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif. MASAT telah melalui transisi pertukaran AJK banyak kali dan yang kekal dari awal hingga akhir adalah Presiden, VP II (Alia), Bendahari (Iqmal kemudian beliau dilantik sebagai VP I), Setiausaha I (Ashiqin), Exco Komunikasi (saya), Exco Sukan (Kak Teh), Exco Kesihatan dan Kebajikan (Zikri dan Amira). Biro yang lain mengalami transisi pertukaran kepimpinan setiap penggal. Sama juga buat saya yang berganti teman exco berkali-kali. 


Majlis makan malam bersama TPM

Sepanjang menjadi Exco Perhubungan, Komunikasi dan Maklumat MASAT, saya banyak belajar pertama ialah sabar. Kesabaran adalah perkara paling utama kerana berdepan dengan variasi sikap manusia. Keduanya, komunikasi dengan pelbagai aras masyarakat. Dari ahli politik, ahli akademik, sukan, kanak-kanak, orang tua, pelajar, wakil universiti dan macam-macam lagi. Ketiga, belajar untuk bersedia untuk tidak bersedia. Ini khususnya merujuk kepada program last minute dan kejadian yang tidak disangka seperti letupan dan bencana alam. Saya masih teringat ada satu ketika dalam tahun 2016, apabila Turki dikejutkan dengan serangan bom hampir setiap minggu. Saya sebagai exco komunikasi di berikan tugasan yang berat untuk memeriksa keadaan pelajar dan melaporkan semula kepada pihak kedutaan dalam tempoh satu jam. Sungguh bukan perkara yang mudah tapi pengalaman yang tak dapat dilupakan. Keempat, berjiwa besar dan berhati terbuka. Saya menyatakan ini adalah kerana dalam berorganisasi kita akan selalu diletakkan di keadaan dimana akan berlaku salah faham antara ahli. Dari sini sikap optimis dan berjiwa besar perlu supaya gerak kerja tidak terganggu. Kelima, saya diamanahkan sebagai Pengarah Program Persidangan Bosphorus 2018 (Saya akan menulis artikel khas untuk bahagian ini). Bagi saya banyak lagi perkara yang ingin disenaraikan tetapi ini yang ringkas dari semua yang berlalu sepanjang 2 tahun perkhidmatan. 
#BOSS18

Siapa sangka dengan partisipasi berpersatuan kita akan diberikan peluang dan ruang menyampaikan hasrat serta pendapat kepada pemimpin negara mahupun mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa. Antara program yang saya pernah diberi ruang berpartisipasi atas perwakilan MASAT adalah the 4th Model OIC berlangsung di Mashad, Iran. The 1st OIC Youth Leaders Summit, An Evening with Minister of Sports and Youth Malaysia, MSGA Summit dan banyak lagi program di dalam dan luar negara. Dari sini saya dapat membina jaringan belia antarabangsa serta tempatan. Selain itu, saya berpeluang mewakili MASAT sebagai speaker di beberapa program antaranya ASEAN Youth Talk, Program Meja Bulat Pelajar Malaysia Antarabangsa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu, saya juga diberi ruang mengasah bakat mengacarakan majlis yang dahulunya menjadi perkara yang lazim di waktu sarjana muda. Antara yang tidak akan dilupakan adalah diminta menjadi Pengacara Majlis 10 minit sebelum majlis makan malam bersama Timbalan Perdana Menteri yang ketika itu Datuk Seri Zahid Hamidi. Dengan tiada skripnya saya bergegas membuat separuh dari skrip dalam masa 5 minit dan dengan tiada rehearsal saya terus mulakan majlis. Bayangkan mengacarakan majlis pada saat akhir bukannya mudah lagi-lagi bila tetamunya TPM. Selain dari TPM, Menteri Luar Negeri, Delegasi Pelancongan Negeri Pahang serta beberapa dif kehormat turut hadir pada malam tersebut. Alhamdulillah saya dapat mengendalikan dengan baik tetapi sayangnya saya tidak dapat makan dengan tenang makanan yang dihidangkan di Shangrila Bosphorus. 

wakil MASAT dan Malaysia ke 4th MODEL MOIC, Mashhad, Iran 2016

Malaysian representative at 4th MOIC, 2016 

Sepanjang dua tahun berkhidmat banyak sekali pasang surut dalam perkhidmatan. Terkadang saya ada juga rasa nak berhenti tetapi ditolak permohonan atas sebab keberadaan saya diperlukan dalam persatuan. Dah rasa nak give up waktu tu tapi mengenangkan sikit sahaja lagi perjalanan akan berakhir saya teruskan walaupun dengan hati berat. Saya merasionalkan kembali pemikiran dengan sebab saya menyertai persatuan iaitu untuk memberi bukan untuk menerima. Dalam sesuatu perkara yang kita lakukan janganlah berharap kepada pujian mahupun habuan tetapi tetapkanlah pada hati ikhlas dalam memberi. Saya selalu tekankan pada diri, memberi tidak bermakna awak mendapat kurang. Kerana dengan memberi kita akan membuka hati orang lain untuk melakukan sedemikian. Jika ia tidak berlaku seperti yang dirancang mahupun yang mahu senyum kerana Allah ada perancangan yang baik untuk perkara itu. Nawaitu adalah satu lagi yang penting, sekiranya kita niatkan yang baik pasti yang baik akan berlaku dan sekiranya yang sebaliknya, sebalikya yang akan berlaku. Itu adalah hukum hidup diatas bumi ini. Dan saya berpegang kepada satu kata-kata "what goes around comes around". Ini adalah norma hidup, kehidupan itu ibarat roda terkadang kita diatas dan ada masanya kita dibawah. Kita menentukan apa yang kita mahukan dan keperluan untuk digerakkan. 

Hari Sukan Negara peringkat Turki 2017

Diakhir perkhidmatan satu saya nyatakan pada kesemua AJK saya syukur. Syukur yang teramat kerana Allah memberikan ruang dan peluang untuk berbakti untuk pelajar Malaysia bersama insan-insan terpilih. Bukan mudah menggerakkan sebuah organisasi yang baru yang baru bertatih umurnya yang sekarang seantero Malaysia dan Turki serta dunia berbicara mengenainya. Dari sini saya belajar tentang erti persahabatan, pergaduhan, meraikan pendapat, berlapang dada, bermuram durja, berkomunikasi, berfikiran terbuka serta berbagi rasa dan masa. Setiap perkara yang dirasa dengan hati , dirungkai dengan minda adalah rancangan Allah yang terindah. Saya pasti pengalaman bersama MASAT adalah kenangan yang tidak akan saya lupakan dan boleh dikatakan yang akan saya banggakan untuk diceritakan pada anak cucu di masa hadapan. Kerana dari sini saya belajar erti rasa dan sayang terhadap negara. Terima kasih buat setiap satu dari mereka yang bersama dalam suka dan duka selama dua tahun tempoh menabur jasa di dalam MASAT sesi 2016-2018. 

gambar akhir sebelum AGM 2018
gambar akhir kami bersama 


nota kaki : MASAT adalah medan menguji kematangan diri. Thank You, Next. 




Tuesday, 18 December 2018

#nota2018 Konvensyen Ketamadunan Dunia 3.0


Bismillahirahmanirahim.




Hari ini langit Istanbul masih lagi redup. Sudah masuk jam 0900 pagi dan langit masih kelihatan seperti jam 7 pagi. Matahari mungkin malu untuk keluar menyinari hari ini. Cuaca sebegini adalah normal menandakan musim sejuk. Pagi selalunya lewat bercahaya dan barang kali snow bakal turun tanpa duga. Begitu juga dengan kehidupan. Kehidupan kita merancang sedari buka mata sehingga tutup untuk rehat seketika. Akan tetapi yang dirancang tatkala berubah sedikit atau semua dan semua itu BIIZNILLAH (dengan izin Allah). Atas sebab itu kita perlu merancang dan berusaha untuk memenuhi perancangan yang dilakukan kerana Allah maha mendengar segala sesuatu. Oh ye " plan and execute" selepas itu bertawakallah kepada Allah. Sama seperti bulan November 2018 untuk saya. 

Saya masih ingat sedari 2016 saya telah dimaklumkan GPTD (Grup Pengkaji Tamadun Dunia) akan perancangan mereka untuk melaksanakan Konvensyen Ketamadunan Dunia (KKD) bertemakan Turki dan Alam Melayu. Sedari itu juga berkobar rasanya semangat untuk menyiapkan tesis dengan harapan dapat dibentangkan dapatannya pada program tersebut. Sungguh kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan. Program tersebut telah beberapa kali dipinda sehinggalah pada tahun 2018 Allah memberi izin untuk program itu berlansung. Saya pada mulanya agak teragak-agak untuk menyertai program ini atas sebab rendahnya diri melihat kepada ilmu yang tak seberapa ini. 

Surat jemputan masuk sebulan sebelum program dan saya dimaklumkan yang saya perlu pulang ke Malaysia untuk menyertai program tersebut. Saya berasa bertuah kerana jemputan ke program tersebut adalah seakan langkah kaki pertama saya ke alam akademia secara lebih serius dan pengenalan diri sebagai orang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan kajian Kesultanan Johor dan Uthmaniyyah dari Turki. Saya juga berasa itu adalah titik pertama dalam siri untuk memberi kegembiraan pada keluarga. Syukur itu yang sentiasa diungkap kerana tiada yang lebih dari itu. Tajuk pembentangan saya adalah Hubungan Kesultanan Johor dan Daulah Uthmaniyyah pada lewat kurun ke 19. 

pembentang wanita tunggal Konvensyen
Konvensyen Ketamadunan Dunia anjuran GPTD adalah satu program berkala dilaksanakan setiap tahun ataupun 2 tahun sekali yang mengetengahkan konsep seperti TED TALK untuk pengkaji tamadun atau sejarah. Bila berbicara isu sejarah dan tamadun pasti majoriti menggangap ia adalah satu disiplin yang membosankan sedangkan ada juga yang meminatinya sehingga menjadikannnya sebagai karier. Pada kali ini mereka mengangkat tema Turki dan Alam Melayu. Tajuk ini adalah sesuatu yang menjadi tumpuan atas sebab Turki moden sedang meningkat naik sebagai jaguh dunia Islam. Dalam pada masa yang sama menyelusuri peradaban atau sejarah lepas itu boleh menjadi kayu ukur kepada kejayaan masa kini. Hubungan Turki dan Alam Melayu mengikut penulis silam seperti Tun Sri Lanang telah bermula sedari kurun ke 16 dan ia berterusan sehingga Turki Uthmaniyyah jatuh dan pada zaman moden hubungan tersebut masih lagi utuh dengan kerangka politik semasa dunia. 

Dalam menuju ke program tersebut saya banyak berhubung dengan penggerak program Saudari Atiqah dan Che Din (Presiden) untuk bertanyakan perihal program. Diberikan maklumat dan disediakan kertas kerja beserta slide presentation. Beberapa tips yang saya boleh kongsikan dalam membuat presentation adalah limitkan penulisan dan words, banyakkan gambar dan perkongsian secara spontan. Kurangkan membaca dan lebihkan interaksi dengan audience. Persiapan diawal waktu tidak dinafikan ada baiknya supaya kita lebih bersedia akan tetapi kita sering kali menerapkan sikap "last minute" yang saya sendiri mengaku mempunyainya. Saya sedang berusaha mengubah sikap ini supaya lebih bersedia dan bukan bersikap acuh tak acuh. Kata-kata bersedia untuk tidak bersedia itu adalah ungkapan bagi mereka yang telah bersedia dan perlu bersiap siaga untuk sebarang perkara bukan tak buat apa-apa lepas itu nak bersikap sebegitu. A big NO! 
edited by kakak. so cute :)

Bertuah diri ini alhamdulillah apabila pengangkutan pulang ke Kuala Lumpur untuk konvensyen telah di sponsor oleh Turkish Airlines. Ini adalah pengalaman yang tak terhingga. Boleh saja  bilang dengan jari berapa kali menaiki pesawat milik penuh kerajaan Turki. Jujur saya nyatakan pesawat mereka adalah terbaik selepas Malaysia Airlines yang pernah saya naiki. Layanannya bagus dan makanannya sedap! Monitor entertainmentnya luas, kerusi selesa, headphone dan aminities tip top. Patutla ia terkenal sebagai pengangkutan terbaik seluruh dunia. Saya terbang dari Ataturk Havalimani ke Kuala Lumpur International Airport direct flight selama 10 jam 45 minit. Sewaktu penerbangan saya berasa sedikit fobia kerana pada penerbangan sebelum itu dari Saudi ke Istanbul saya menghadapi Air Turbulence dan beberapa kali pesawat kami masuk ke dalam air poket. Sepanjang perjalanan saya berdebar dan terkadang merasa cemas tetapi Alhamdulillah perjalanan berlalu dengan baik. 

Pulang untuk konvensyen tersebut hanya untuk 6 hari. Sungguh tak pernah dalam sejarah hidup pulang ke Malaysia sesingkat itu. Sebelum ini paling sekejap pulang adalah pada tahun 2015  sewaktu baba meninggal dunia. Saya pulang ke Malaysia selama 8 hari kalau tak silap. Berbalik kepada 6 hari di Malaysia. Singkat sekali tetapi alhamdulillah dimanfaatkan dengan sehabis baik. Sesampai saya di Malaysia kami sekeluarga makan malam di rumah bersama mama. Kemudian esoknya saya ke airport untuk menghantar mak long yang berangkat ke tanah suci untuk urusan Umrah. Seusai itu pulang ke rumah berehat seketika sebelum makan malam menyambut hari kelahiran kakak dan Ammar . Keesokan harinya saya ke UIAM untuk menghantar barang yang telah diamanahkan Enes Abi kepada Persatuan Pelajar Turki di IIUM, bertemu juga team Malaysia Still CARE, Short chat with Zaki dan kemudian pulang. Keesokan harinya majlis perasmian program di Perpustakaan Negara dan Makan tengahari bersama Hanisah Hamzah, makan malam dengan Ayu dan persiapan akhir untuk konvensyen. Seterusnya hari diteruskan dengan seharian penuh di Konvensyen.  Ahad berjanji temu dengan beberapa rakan dan Isnin bertemu Umi Salsabila dan Arja Lee. Petangnya terus ke airport dan terbang pulang. Sungguh singkat tapi bermakna. 


Pada hari konvensyen saya telah berasa debarnya sedari bangkit dari tidur. Saya cuba sedaya upaya untuk berfikiran positif untuk tidak berasa takut memberikan yang terbaik untuk pembentangan saya. Negatif thinking is all over me. Overthinking too but Alhamdulillah dengan bibir tidak berhenti membaca surah Al Inshirah menjadikan semua yang tadi tu hilang. Sewaktu nama disebut untuk naik ke pentas hati saya berdegup pantas. Yang hanya mampu saya lakukan adalah melihat ke skrin laptop yang terletak didepan untuk mengurangkan gugup. Butang laptop ditekan satu demi satu dan penerangan dilaksanakan semampu boleh. Air peluh mula membasahi muka dan dewan yang sejuk beku itu terasa seperti padang pasar hangatnya. Sehingga ke muka surat yang terakhir saya berasa gugup tetapi cuba mengurangkan perasaan tersebut dengan memandang pada mama, ayu dan kakak yang bersama hadir didalam dewan. Sungguh debar itu pasti tapi dengan adanya keluarga disisi semangat diganti. Sesi soal jawab menjadi pentas debaran terakhir. Saya menjawab semampu boleh dan mengaku ketidak upayaan bila tidak mampu menjawab bersulamkan senyuman.

Kesayangan hamba :)


Turun sahaja dari pentas saya terus berasa sangat kecewa kerana berasa boleh buat lebih baik. Di hantar pesanan kepada keluarga menyatakan kesedihan kerana tidak perform tetapi mereka mengatakan saya buat yang terbaik, mereka bangga, penganjur juga suka dengan presentation yang dilakukan sama juga penonton. Si dia juga telah setia menantikan saya di luar pintu utama dewan untuk berada bersama. Dia berkata cukup dengan apa yang ada dan bergembiralah dengan apa yang telah dilaksanakan. Benda dah lepas biarkan ia berlalu. Saya mengikuti program tersebut sepanjang hari sehingga malam ditemani si dia. Mama, kakak dan ayu pulang ke rumah setelah selesai sesi saya.   


Thank You
Sepanjang pasca pembentangan satu yang saya pelajari. Pemberi itu tidak akan pernah rasa cukup dan dalam belajar kita tidak akan pernah berasa pandai. Ini kerana itu adalah lumrah. Sekiranya kita rasa cukup dalam memberi dan rasa pandai serta betul menunjukkan kita sedang menayangkan ego kita. Kalau memberi biarlah dari hati dengan rasa. Jika dilihat hanya pada ego nescaya kita akan sentiasa kecewa. Berbanggalah dengan diri dengan seadanya dan zahirkan pada diri bukan didepan orang. Percaya kebolehan diri itu seperkara lagi kerana kita adalah diri kita dan hanya kita boleh menggembirakan diri kita. Giving doesn't make you get less. 

Akhir kata, pengalaman pertama memberi pembentangan hasil dapatan kajian ini adalah satu langkah kepada banyak lagi ruang dan peluang untuk memperbaiki diri dan mengasah bakat. Ini bukanlah yang terakhir yang pasti! Saya berterima kasih kepada GPTD kerana percaya pada saya, keluarga kerana memberi semangat kepada saya, Si Dia kerana sentiasa disamping saya dan Allah kerana hadir disetiap ketika serta memberi kekuatan untuk saya. PERCAYA adalah satu kalimah yang penting untuk diri. Itu yang perlu ada dan pasti memberikan kerdipan dalam hidup semua. Terbang tinggi dan gapai impi tapi jangan lupa pasakkan kaki pada tanah supaya tidak hanyut nanti. 


bergambar kenangan bersama wakil pejabat pelancongan Turki di Kuala Lumpur 


nota kaki : pada konvensyen tersebut saya memakai baju berona biru diraja dibuat cara Johor dan memakai tudung bercorak tulip sebagai simbol penyatuan Turki Uthmaniyyah dan Johor :)


Thursday, 10 July 2014

kehidupan (part 2) Tangisan Syurga Gaza dan Syria

Bismillahirrahmanirrahim 

      Dingin pagi sahur ramadhan, meniti masuk ke minggu kedua di bulan yang penuh barakah dan nikmah, kita perlu bersyukur bumi yang indah ini aman. Tiada bunyi tembakan, tiada teriak tangisan dan ketakutan, tiada gegar gempita serta percikan api dimerata tempat. Kalau mereka disana berpeluang bersahur di dunia dan berbuka diakhirat. Trauma itu tidak terkata tetapi iman dihati melenyapkan perasaan itu.  Hari ini mungkin mereka menangis sepuas hati, esok mereka kembali berjihad mempertahankan tanah suci. 

      Atas dasar kedamaian dan hak, di musnahkan kehidupan, dirobohkan tempat berlindung dan dihanncurkan masa hadapan. Apakah ini makna kedamaian yang diagung-agungkan. Kalau benar ini damai kenapa tidak mulakan dengan kemaafan dari dilontar kemarahan dan kemusnahan. Ini sama sekali bukan cara untuk memaafi atau melindungi, ini hanya cara melafazkan kebencian dan keegoan dihati. Andai sahaja bukan begitu hati mereka ini yang tidak berhati dan  hanya hidup dengan aliran darah kekejaman pasti makna kemanusiaan sebenar akan dikecapi. 

      Kalau benar ingin menakluk kota suci demi menyempurnakan agama yang sudah pesong dan kotor, hentikan sahaja hasratmu itu. Tanah suci ini adalah milik yang berhak bukan exclusif untuk kamu dan puak kamu sahaja. Ini telah memberi gambaran betapa kejinya sikapmu. Berdirilah dengan kakimu sendiri, lawan dengan kami menggunakan cara sendiri, alat sendiri dan tidak menyorok di belakang raja dunia. Hanya dengan menggunakan peralatan dan bersikap duniawi pasti kau menang tapi hanya di sini sahaja, jalanmu selepas ini sudah pasti di satu tempat yang kau sendiri sudah ketahui. 

      Rasulullah SAW bersabda:“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.(Riwayat Bukhari)

     
     Dalam meniti hari ini, di pinggir tanah suci, tempat bermulanya arah kiblat sebelum di arah ke masjidil haram dibasahi dengan darah para syuhadak yang berjuang memelihara kesucian tanah ini. Andai sahaja diberi peluang untuk keluar pasti tidak dilakukan atas rasa tanggungjawab dan kecintaan pada agama dan negara. Bulan yang mulia ini dimulakan dengan pesta berdarah dan bunga api bertalu - talu ke arah tanah Palestin. Gaza terutamanya menjadi sasaran rejim Zionis yang senantiasa laparkan darah dan tanah. Apakah mungkin dilakukan perkara ini kerana takut, bersatunya rakyat Palestin dari dua aliran berbeza Fatah dan Hamas maka berakhirlah sudah riwayat mereka. Mereka menganggap dalam bulan ini pasti akan dikerah lebih lagi semangat dan bantuan untuk menjatuhkan mereka lantas disiapkan alatan bantuan untuk melawan keimanan. 

    Perkara yang sama dialami mereka yang berada di Syria. Saban hari jumlah pelarian dan mangsa terkorban meningkat. Hanya kerana dek kuasa untuk menjadi raja di dunia, seorang insan sanggup membunuh orang lain untuk mengekalkan kuasa yang hanya sementara. Anak - anak kecil yang dahulunya bermimpi untuk hidup yang indah bersama keluarga kini hanya mengimpikan kedamaian dan makanan. Dibunuh cita-cita dan makna sebenar kehidupan. Sehari-harian untuk makan adalah satu rahmat dan kita disini mati kekenyangan. Apalah rasa dalam hati membaca dan mendengar kisah mereka? adakah dilekatkan rasa kasihan? Apakah hanya bermusim ? atau Sentiasa ada ruang di hati dan minda setiap umat Islam di tempat lain? 


      Usaha murni telah dilakukan oleh segelintir rakyat yang peduli dan menjadi penggerak fardhu kifayah untuk kita yang selalu mengatakan kekurangan waktu untuk membantu. Kini segalanya dihujung jari, apalah salahnya sekiranya disumbang sedikit untuk mengurangkan beban mereka. Mahu ke sana dan perang bukanlah adat kita dari sini. Doa dan usaha adalah yang terbaik. Keterbatasan berada di baris utama bukan alasan untuk memberi dan mengurangkan beban mereka. Kerana janji Allah itu pasti. 






Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan." (An Nisaa':84)


p/s: doa jangan henti kerana itulah senjata manusia paling berkesan. 


  

Tuesday, 8 July 2014

diari ramadhan 1

Bismillahirrahmanirahim. 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


“Hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang2 sebelum kamu. Mudah2an kamu bertakwa” (Al -Baqarah:183)

Alhamdulillah thumma alhamdulillah hari ini telah masuk ramadhan 11. Sesungguhnya setiap kali dipertemukan setiap manusia dengan bulan suci ini pasti akan terdetik rasa syukur atas pertemuan. Bulan ini bukan hanya untuk menahan lapar dan dahaga tetapi pelbagai lagi perkara yang boleh dipelajari dan dilaksanakan. 

Sungguh orang yang berpuasa bukan hanya dengan lapar dan dahaga adalah orang yang paling beruntung sekali. 

Puasa bermaksud menahan diri daripada makan danminum dan perkara - perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat. Kita sering kali beranggapan hanya cukup dengan pemahaman secara literal terhadap penerangan pendek mengenai puasa sudah cukup memadai dalam menentukan penerimaan dan pelaksanaan puasa sepanjang tahun. 


Saban tahun apabila tiba bulan yang penuh rahmat dan barakah ini pelbagai aktiviti berbentuk islami diperbanyak disetiap lapisan dan ruang hidup seharian. Dari rancangan tv, radio, artikel berkaitan bulan ini di akhbar, majalah serta pembawakan manusia. Hati menjadi tenang dan syukur dengan perubahan yang berlaku disepanjang berlansung bulan ini. Masjid kelihatan cerah dilimpahi cahaya nur menyambut kedatangan penghuni bumi untuk sujud pada Allah tuhan sekalian alam. Sungguh perubahan dari sudut pengisian rohani merancakkan lagi hari hari dalam bulan ini. Sebagai contoh, radio-radio dan tv mula mengalunkan bacaan al quran dan zikrullah memuji kebesaran Allah. Jikalau dapat diteruskan di bulan-bulan yang lain alangkah indahnya hidup di bumi bertuah ini. 


Dalam bulan ini, pelbagai aktiviti yang bersifat sedekah amal jariah dilakukan terutama sekali meraikan golongan anak yatim dan asnaf @ fakir miskin. Aktiviti ini adalah amalan yang mulia dan digalakkan cuma sesekali terasa seperti program sebegini hanya di esklusifkan semasa bulan ramadhan semata- mata. Apakah ada dianjurkan dan dinyatakan membantu mereka yang memerlukan ini hanya tertakluk di masa - masa tertentu sahaja? Apakah tiket melakukan kebaikan itu ada tamat tempoh dan had masa waktunya? tepu dada tanya iman. Sesungguhnya apabila ini melakukan kebaikan, laksanakanlah dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan. Dengan itu diharap apa yang dilaksanakan itu diredhai dan di nilai oleh Tuhan bukan manusia semata-mata. Kalau dikejar puji-pujian maka segala yang dilaksana adalah sia-sia. 

PUASA KALI INI

Alhamdulillah kali ini saya berpeluang berpuasa dan berbuka disamping keluarga tercinta. Beberapa tahun lepas kehadiran berbuka dan bersahur bersama keluarga tidak mencapai keputusan yang baik kerana berada di kampus. Kali ini tertunai hajat dihati untuk makan dan minum serta berpuasa bersama mama, baba dan kakak. Juadah dirumah sudah pasti yang terbaik dan berkhasiat. Bukan apa kalau dikampus sudah pasti terbiasa membeli juadah berbuka di kantin mahupun dibazaar. Syukur juga kali ini sepanjang 10 hari pertama saya tidak berkunjung ke mana-mana bazaar ramadhan untuk membeli juadah berbuka, semuanya di masak sendiri di rumah. Dari lauk sahur, makanan berbuka disediakan dengan penuh kasih sayang. 

Tahun ini juga saya mengikuti satu program tadarus yang sangat bermanfaat. ODOJ ( One day One Juzuk). Program ini sangat bagus dan ini adalah salah satu langkah terbaik untuk terus istiqomah khatam 30 juzk Al Quran dalam bulan ramadhan. Moga dengan usaha ini dapat meningkatkan lagi pemahaman dengan bahasa syurga selain dapat menambahkan pahala bulan ramadhan.