Pages

Showing posts with label raramasak. Show all posts
Showing posts with label raramasak. Show all posts

Monday, 25 May 2020

Raya 2020


Bismillahirahmanirahim

baju raya rona deep chocolate bersama tudung sophie nealofar


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.. La ilaha ilallahu wa Allahuakbar, Allahuakbar wa lillahilhamd. 

gambar bersama syurga saya MAMA
Syukur dan takbir kepada Allah yang maha esa dapat kita semua meraikan raya atau hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Sebulan berpuasa rasa seperti seminggu. Singkat tetapi penuh dengan hikmah. Bagi seluruh ummat Islam di dunia secara umum dan Malaysia secara khusus, ramadan dan syawal tahun ini adalah yang paling unik kerana disambut dengan norma baharu @ the new norm . Seperti yang sedia maklum, vaccine untuk COVID19 masih belum dijumpai dan jumlah kes walaupun berkurang di Malaysia, masih lagi dipantau dengan ketat agar tidak melonjak semula kes baharu atau barangkali wujud kluster baru dipanggil kluster hari raya. Saat saya menulis blog ini, siang tadi sewaktu sidang media KKM dimaklumkan jumlah positif melonjak ke 172 orang. Satu kejutan yang tidak mengejutkan barangkali. Ini kerana ada kluster baru wujud iaitu kluster depo tahanan. Saya risau dalam tempoh seminggu dua ini akan ada pula tambahan kes kerana hari raya. Masih ada lagi berdegil meneruskan tradisi rumah terbuka sedangkan kita dibenarkan pada hari pertama sahaja. Silalah ingat yang frontliner dah penat menjaga dan mengawal, janganlah bebal sangat. 

Walaubagaimanapun, ada yang menarik di raya kali ini. Banyak istilah kali pertama yang berlaku. Kali pertama banyak yang beraya diperantauan (dirumah masing-masing di negeri bekerja kerana tidak boleh lintas negeri). Pertama kali jadi imam solat sunat aidilfitri di rumah kerana tidak dibenarkan ke masjid. Pertama kali, tidak berjabat tangan mahupun berpeluk bila berjumpa. Juga pertama kali rumah terbuka diganti dengan sesi zoom terbuka @ virtual rumah terbuka. Semua ini menunjukkan uniknya manusia dalam mereka cipta cara untuk berhubung antara satu sama lain serta menyesuaikan diri dengan norma baharu. Sedari PKP yang pertama sudah mula dikeluarkan skill baru ini akan tetapi lebih seronok ketika di hari raya. 

menu pagi raya tradisi SJNN



abang ipar (abg Faiz), kakak, saya dan MAMA
dengan 2 orang anak buah mama ya, Ammar dan Fariha
MIA dalam gambar Hanan
Bagi saya dan keluarga pula, Alhamdulillah setelah hampir 3 tahun tidak menyambut ramadan dan beraya di rumah saya diberi kesempatan untuk melakukannya. Di tahun ini juga mama paling riang kerana rumah rasa meriah dengan hilai tawa dan tangisan anak buah yang tiga. Pulang nun jauh dari Shah Alam nak beraya dengan kami. Juga riang mama bila anak-anaknya yang take charge memasak untuk raya. Pelbagai lauk saya dan kakak beraksi menyiapkan. Satu kenyataan yang pasti, kakak dah pandai masak. Saya selaku yang jadi tukang masak kat rumah rasa bangga sebab akak bila dah kahwin dan beranak tiga ni dah mula pandai masak. Kalau dulu teringat sampai bergaduh dengan baba pasal masak sambal sotong. Menu kami yang pelbagai itu pula adalah makanan tradisi kami sekeluarga. Sering dinanti oleh sanak saudara bila berkunjung ke rumah. Antaranya, sup tulang, lodeh, kuah kacang, dendeng daging, rendang daging, ayam masak merah, ketupat dan lemang. Sedap macam dulu-dulu. Yela sendiri masak dan sendiri makan ye dak? 
mama dan anak -anaknya

PKP juga telah menyebabkan ada diantara sepupu saya yang tidak dapat pulang beraya dan mama sebagai mak sedara yang tua menjadi tempat dikunjungi sepupu dan saudara yang tidak dapat pulang. Ramai juga datang ke rumah kami sewaktu raya pertama tetapi tidaklah sampai 20 orang pada satu masa. Saya selaku anak dara rumah perlu menyiapkan segala serba serbinya menyambut tetamu yang datang. Menunggu juga yang sorang itu berkunjung tetapi kerana tugas tak dapat beliau beraya. Tambahan pula katanya malu nak datang ke rumah kalau seorang. Apapun mohon doa untuk kami ye sidang pembaca! 

Akhir kata, raya 2020 adalah tahun untuk kita rasa syukur dan masa untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Selalunya kita ambil lewa sahaja kemudahan dan nikmat yang diberi untuk bersama meraikan raya. Kali ini bila ditarik nikmat itu ada yang stress dan sedih tak dapat beraya tetapi dengan adanya teknoloji terubat rindu semua. Tambahan pula seperti saya yang pernah beraya diperantauan, masa yang ada untuk diluangkan bersama keluarga raya tahun ini saya manfaatkan sehabis baik untuk sama-sama kami raikan.Kita tidak tahu apa yang akan berlaku dihadapan mahupun tahun depan yang penting kita hidup diwaktu ini dan saat ini. Bahagiakan diri, bahagiakan keluarga, bahagiakan hati. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin. 


satu gambar bersama si DIA yang bertugas dihari raya <3

nota kaki : raya sehabis baik tapi jangan balun semua makanan. Nanti terkejut pula perut tu. Syukur dengan nikmat dan moga kita sentiasa dibawah lembayung Allah SWT. 










Tuesday, 7 April 2020

Dumpling rumah kita :)


Bismillahirahmanirahim. 




Sejak COVID 19 membuatkan kita semua duduk di rumah, banyak sekali resepi muncul dikongsi di sosial media. Pasti semua akan mencuba resepi tersebut untuk menghabiskan waktu lapang. Dari Dalgona ke Milo cupcake. Dari roti ke pelbagai lagi. Kami pelajar diluar negara juga tidak terlepas menyertai hype ini. Cumanya kami di Turki ini kebanyakan memilih untuk self kuarantin kerana hanya mereka yang berumur bawah 20 tahun dan atas 65 tahun sahaja yang dilarang keluar dari rumah. Berbalik kepada masak-masak dan resepi, saya dan adik-adik rumah ada juga mencuba beberapa resepi di rumah yang kami teringin nak cuba. Antaranya Dalgona, sedap tapi terlalu manis bagi saya kerana saya tidak berapa gemar minum kopi bersama susu dan gula. 

Bila berada dirumah dan tidak keluar ini banyak sungguh mengidam nak itu dan ini, tambahan pula kedai yang selalu kami pergi tutup dan kami perlu menyediakan makanan tersebut sendiri. Yes, the afford put to make it surreal but the time and taste is amazing (masuk bakul angkat sendiri). Jadinya setelah 2 minggu mengidam saya mengajukan cadangan kepada adik2 rumah untuk membuat dumpling. Disebabkan tiada dijual kulit dumpling di market kami mengambil keputusan untuk melakukannya dari zero. Bahan - bahan untuk buat dumpling sangat asas dan mudah diperoleh cuma afford dia fuh. Saya faham kalau kita ke kedai dan harga dumpling tu mahal walaupun hanya beberapa ketul. Alang-alang tu saya kongsikan resepi dumpling kami di bawah :


Resepi dumpling rumah kita :) 
Kulit dumpling 

2 cawan tepung 
3/4 cawan air separa panas (boleh tambah air atau agak-agak kalau masih kering)

Isi dumpling 

700 gram daging kisar
1 bawang holland 
7 ulas bawang putih 
5/7 biji cendawan butang segar
1 batang carrot 
garam 
gula 
serbuk lada hitam 
1/2 sudu sos tiram 
secukup rasa 

dan sebanyak mungkin kasih sayang :) 


Langkah-langkah 

Kulit dumpling

1. Satukan tepung dan air dalam satu bekas besar.
2. Uli adunan sehingga sebati dan rehatkan selama 10-15 minit didalam plastik. 
3. Ulang uli dua kali selama 5 minit dan rehatkan 
4. Setelah itu golekkan dan potong mengikut size yang diinginkan 
tangan salah seorang housemate saya. Dia incharge uli tepung

5. Cara untuk membentuk pastikan guna roller untuk bulatkan dan pastikan tengah tebal dan luar nipis

potong ikut size yang dikehendaki, bentukkan itu suka hati 

berapa kali saya rol bentuknya jadi begini. Ini barulah dikatakan dibuat dengan cinta

Inti 
1. Potong kesemua bahan untuk inti dan gaul di dalam satu bekas (gaul sebati bersama kasih sayang ye)


potong sebegini dan kemudia masukkanlah daging kisar, garam, gula,sos tiram, lada hitam dan secukup rasa.
 

Selepas kulit siap masukkan inti kedalam kulit dan siap untuk di rebus, steam atau goreng. Kami tempoh hari rebus dan steam di makan bersama cili cicah cara cina yang dibuat khas oleh adik rumah saya Salsabila. Saya juga buah sup ayam menggunakan rangka ayam untuk hirup-hirup. Oh ye kalau ada nak cuba buat cili cicah tu resepi dia saya kepilkan sekali di bawah. 

Resepi cili cicah/minyak cili 

1. panaskan 6 sudu minyak di dalam kuali ke, periuk ke 
2. bila minyak dah  masak masukkan chilli flakes dan sedikit garam 
3. Dah siap mudahkan 

Paling best dan indah adalah moment kami buat masakan itu bersama. Yela walaupun duduk serumah tak selalu kami dapat habiskan waktu memasak bersama. Waktu inilah kami makan bersama, berborak, tengok movie dan memikirkan resepi apa lagi yang kami nak buat. Hehehe. Waktu tu pulak cuaca sejuk yang amat dan dapat makan sup panas bersama dumpling dan minyak cili ditabur pula daun ketumbar. Fuhhh. Nikmat tuhanmu yang mana kau dustakan. Harapnya kami dapat istiqomah buat perkara ini sama-sama. Sebab inilah indahnya duduk bersama diluar negara. Bila masak sama-sama, makan sama-sama, gaduh sama-sama dan on top of everything, sayang antara satu sama lain. Ok whats next for this week :) 

versi sup 


versi steam


nota kaki : jangan tanya kalau kami naik berat sama-sama lepas tempoh pandemik ni. Haha 

Tuesday, 25 December 2018

Burned Cheesecake - Hadiah untuk Amalina

Bismillahirahmanirahim

Asam pedas untuk Amal



Hari ini adalah hari natal. Hari Natal adalah sambutan menyambut kelahiran nabi Isa atau Jesus dalam kepercayaan Christian. Kepada sahabat yang menyambutya, Merry Christmas and A happy new year. Hari ini juga adalah sambutan ulang tahun sahabat saya Nur Amalina Sharapudin. Saya dan Ain Balkis terfikir untuk memberi kejutan kepada Amal dengan cara mengajaknya datang ke rumah saya atas sebab saya mempunyai masalah dan memerlukan mereka hadir ke rumah. Walaupun dalam keadaan suhu yang diparas rendah dan hujan bercampur salji mereka hadir ke rumah membuatkan saya terharu sedangkan tujuan utama adalah untuk meyambut hari jadi Amal.

Saya tak teringatpun untuk tangkap gambar penuh kek. Ini sahaja yang ada.
p/s : don't judge the book by its cover. rasa kek alhamdulillah sedap!

 Saya tahu akan kegemaran Amal iaitu Cheesecake dan dia lebih suka new york style cheesecake. Kebanyakan Cheesecake di Turki tidak kena dengan tekaknya kerana selalu aja dicampur bahan lain seperti lemon, raspberry, strawberry dan macam-macam lagi. Oleh itu saya bertukang di dapur sedari jam 1030 pagi untuk menyiapkan kek tersebut. Saya mulakan dengan mencari di dalam laman web resepi yang paling mudah dan cepat serta boleh menggunakan periuk nasi untuk memasaknya. Oh ya saya buat cheesecake tersebut menggunakan periuk nasi kerana SANGGAR RASA tiada oven. Resepi untuk cheesecake tersebut saya ambil dari laman web ini https://whattocooktoday.com/how-make-easy-rice-cooker-cheesecake.html

menu sambutan kelahiran Amal

Selain kek saya telah menyediakan merarau kami iaitu asam pedas ikan cupra, telur dadar dan ulam sayur (timun dan salad). Sebenarnya saya teringin makan asam pedas sudah berminggu dan alhamdulillah hari ini saya dapat memasaknya. Tekak orang Melaka kalau tak dapat asam pedas tak sah. Hari ini saya buat asam pedas versi pekat sedikit direncahkan terung dan tomato. Melihat mereka makan juadah yang disediakan membuatkan hati saya gembira kerana mereka adalah sahabat yang Allah kirimkan buat saya. 

Akhir kata, sekali lagi selamat hari lahir ke 26 tahun Nur Amalina! Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditemukan jodoh cepat. Moga sukses dalam setiap sesuatu yang dilakukan. Terima kasih kerana menjadi sahabat untuk diri ini. Suka sekali saya kepada kata - kata ini; 



“Penemuan yang paling indah dari para teman sejati adalah bahwa mereka bisa tumbuh terpisah tanpa tumbuh menjauh.” — Elizabeth Foley

selepas kenyang perut kami bermain Jengga 


nota kaki  : Dogum gunu kutlu olsun Amalina!