Pages

Showing posts with label rarawork. Show all posts
Showing posts with label rarawork. Show all posts

Friday, 12 April 2019

Belajar dari si kecil


Bismillahirahim. 



Apa khabar semua? Kita baru sahaja melangkah masuk ke bulan April 2019. Sebulan menuju ke bulan Ramadhan yang ditunggu. Sungguh waktu itu bergerak dengan pantas. Tatkala matahari terbit disebelah timur rembulan baru melabuhkan sauh di barat. Pergerakan hidup semakin pantas berlalu dan kita sebagai manusia adakah bersama ikut laju atau hanya berpegang alur masa kita yang perlahan? Apapun teruskan mengejar dan berkejar untuk melakukan kebaikan. Dalam pada masa yang sama jangan lupa berehat untuk melepaskan lelah dan perbaiki diri. 

Pada hujung Mac yang lalu saya berkesempatan untuk bekerja separuh masa menjadi tour leader untuk syarikat aku dan Istanbul. Kali ini tugasan saya adalah mengiring sebuah keluarga seramai 9 orang kesemuanya. Dalam 9 orang itu terdapat 5 kanak- kanak dan 4 dewasa. Sungguh saya agak berdebar untuk membawa mereka pada mulanya kerana agak kekok handle kanak-kanak seramai itu. Akan tetapi satu perkataan yang saya boleh katakan. SUBHANALLAH kerana kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut mendidik mereka dengan sebaiknya. Baik akhlak dan budi bahasanya. Tetapi terkadang tu ada sahaja nakal sedikit sebanyak. Iyalah budak - budak kan? :)



Saya bersama keluarga tersebut selama 8 hari dan 7 malam. Kami bersama-sama meneroka kota Istanbul, kemudian terbang ke Cappadocia, Pamukkale dan Bursa sebelum menghabiskan beberapa hari lagi di Istanbul. Sungguh dalam perjalanan ini banyak sekali yang saya pelajari terutama dengan si kecil. Sedari cara mengendalikan mereka, cara didikan ibu bapa mereka dan dari hati mereka yang suci. Seperti hadis ini 

Nabi Muhammad SAW telah bersabda di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dengan mafhumnya:


مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُشَرِّكَانِهِ

"Tidaklah seorang bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah, maka Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Musyrik." (Hadis Riwayat di dalam sahih Muslim)

Pada mulanya mereka agak kekok . Ok bukan mereka sahaja saya juga. Mana taknya dengan anak buah sendiripun boleh kekok ini kan lagi dengan total stranger. Bukan 1 tapi 5. Mereka keseluruhannya berumur diantara 10 ke 3 tahun. Alhamdulillah dari hari ke hari kami mula membina kepercayaan dan rapat. Dari seorang ke semua yang mula rapat denganku. Setiap seorang ada keunikan dan cara tersendiri yang saya fikir menunjukkan trait nombor dalam adik beradik. 

Salah satu sebab kenapa mereka terjaga dan terdidik dengan baik adalah ibu mereka is a stay a home mother who is also a graduate. Saya harap tiada yang terasa. Bukan bermakna ibu yang bekerja itu tidak dapat mendidik anak-anak akan tetapi jika wanita berpendidikan dan kemudian duduk di rumah membesarkan anak-anak pasti anak-anak akan lebih terjaga dan beradab. Saya salute pada wanita yang bekerjaya dan dalam masa yang sama membesarkan anak-anak serta menjaga keluarga. Its a bonus point if they can do their best for family. Untuk wanita yang full time house wife, an option of involving to entrepreneurship will be a good one. Baking for instant. This give a good revenue plus you will for sure enjoy playing with flour.

bergambar kenangan dengan Puan Anisah

Satu perkara yang saya belajar dari Puan Anisah, the mother, adalah untuk biarkan mereka nak buat apa sahaja supaya mereka belajar. Jangan larang apa yang mereka nak buat. Jika nak merajuk biarkan merajuk tetapi setelah bertenang nanti mereka akan kembali ataupun selepas 5 minit salah seorang dari ibu atau bapa akan pergi pujuk. Ajar juga mereka untuk disiplin dan berkongsi. Iyalah kalau ada beradik ramai dan tidak reti beralah susah juga bukan?

gang Naelofar hijab

Sewaktu kami di lapangan terbang teringat saya salah seorang dari anak kecil itu, Amir, dia datang kepadaku dan berkata; Kak rara janji dengan Amir tau. Saya bertanya janji apa? Dia terus berkata; janji nanti balik Malaysia datang rumah kami. Kedua janji makan semua makanan dalam plastik ni k. :) Cair hati seorang kakak yang macam ganas ni. Sebelum masuk ke dalam untuk perlepasan mereka bergilir-gilir bersalaman dan berpelukan denganku. Nampak hampir semua sedih ingin meninggalkanku mana taknya hampir lebih seminggu kami bergerak bersama ke 4 negeri. Ini adalah moment sedih bagiku akan tetapi sentiasa perlu dihadap setiap kali menghantar tetamu ke lapangan terbang. Buat adik-adik Kak Rara, Alia, Arif, Amir, Adil dan Asim akak doakan agar semua membesar menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat inshaAllah. Ada rezeki nanti akak balik Malaysia akak datang raya rumah :)






Saturday, 29 December 2018

#nota2018 Bosphorus Summit 2018 (Persidangan Bosphorus 2018) PART 2

Persidangan Bosphorus 2018 

sewaktu memberikan ucaptama perasmian program sebagai Pengarah Program


Hari Pertama 


Sewaktu Hari pertama saya berasa sangat berdebar. Mana taknya sebagai Pengarah Program saya perlu untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Delegasi telah mula sampai ke program satu per satu dan liason officer telah memulakan tugasan di bawah cuaca yang dingin mengambil mereka dari lapangan terbang. Persiapan akhir di Dewan Utama, Universiti telah berlansung dengan baik. Saya ketika itu kehilangan suara dan diminta meminimalkan percakapan untuk menjaga peti suara saya yang sakit ketika itu. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu kerana ketidakupayaan untuk menutur disaat akhir program yang perlukan komunikasi semaksima mungkin. Hari program dimulakan dengan lawatan ke beberapa institusi ngo di Istanbul antaranya TUGVA, KADEM dan MUSIAT. Malam perasmian pula menyaksikan majlis makan malam dihadiri oleh anak Presiden Turki, Bilal Erdogan bersama pimpinan MUSIAT, majlis tertinggi FSMVU, CEO MAHB Dato Azmi Murat, Pengarah Tourism Malaysia Istanbul Tuan Haji Zakaria, delegasi serta komiti. Saya malam tersebut dengan suara yang garau telah memberikan ucapan alu - aluan sebagai Pengarah Program. Sungguh itu adalah pengalaman yang tidak ternilai hendaknya. Majlis diteruskan dengan sesi makan malam dan persembahan oleh pelajar Malaysia di Turki. 


Hari Kedua 

Pada hari kedua majlis dipenuhi dengan sesi pembentangan kertas kerja oleh delegasi beserta bengkel bersama Trainer jemputan. Trainer kami jemput khas dari Malaysia seramai 4 orang, Mereka adalah Saudara Jufitri Joha (Presiden Majlis Belia Malaysia), Dr Muhamad Khalid (Penganalisa Ekonomi), Saudara Eddin Khoo (Pengarah PUSTAKA), En Muin Abadi (Penganalisa politik), Cik Ivy Leong Fan Hui (Women Entrepenuer). Mereka kesemuanya adalah pakar dalam bidang masing-masing yang membimbing para delegasi untuk memberi kefahaman tema program serta gerak kerja tindakan pasca perbincangan. Selain itu, Delegasi yang hadir ke program ini adalah seramai 36 delegasi yang juga terdiri daripada pimpinan pelajar Malaysia dari 24 buah negara seluruh dunia. Menariknya persidangan ini mengumpulkan ketua pelajar Malaysia dari setiap benua di dunia untuk membincangkan solusi kepada isu semasa Malaysia. Resolusi dari program ini diserahkan kepada pimpinan utama negara dari dua pihak, Kerajaan dan Pembangkang. 


Group Gelora Bosphorus Summit 2018
Hari Ketiga

Lawatan ke Ankara. Seawal jam 3 pagi kami AJK telah bersiap siaga ke tempat yang dijanjikan untuk mengambil delegasi menuju ke Sabiha Gokcen International Airport. Dengan tiupan angin winter yang sejuk kesemua AJK komited menjalankan tugas masing-masing. Paling perform pada ketika ini biro Lojistik dan Makanan. Flight kami pagi tersebut adalah pada jam 8 pagi pagi dan kami diterbangkan ke Ankara dengan menaiki pesawat Turkish Airlines. Seusai tiba di Ankara kami terus dibawa ke pejabat utama AK Party bertemu dengan cabang pemuda parti tersebut. Habis disitu kami melakukan courtesy call ke kedutaan besar Malaysia di Turki. Kami disajikan dengan makanan melayu dan berdialog bersama wakil Duta besar disitu. Habis di kedutaan kami bergerak menuju ke Haji Bayram, destinasi yang perlu dilawati jika berkunjung ke Ankara. Di situ letaknya tinggalan greeko roman iaitu palace of Apollo dan juga bertentangan dari tempat itu adalah tinggalan Peradaban Hittit. Dati situ kami bergerak terus ke lapangan terbang untuk mengejar penerbangan pulang ke Istanbul. Sesampai di Istanbul kami mendapati beberapa orang delegasi menghadapi masalah sakit perut dan ia berlarutan sepanjang malam. Walaupun sesampai kami di Sabiha Gokcen kami ada airport tour tetapi di singkatkan atas sebab semua delegasi sakit dan penat.  Kami habiskan sesi malam itu awal. Kami kembali semua ke FSMVU untuk persiapan hari seterusnya walaupun penat tidak tidur. Saya pecah rekod pada haritu kerana hanya tidur selama 4 jam dan terasa badan sudah mula menunjukkan simptom mamai.



Hari Keempat


Pagi ini program bermula lambat atas sebab kebanyakan delegasi dan komiti mengalami sakit perut. Rupanya majoriti mengalami food poisoning selepas pulang dari Ankara. Alhamdulillah saya okay cumanya kesian kepada delegasi yang tidak dapat bersama untuk program tersebut. Terus terang saya nyatakan yang saya risau kerana ini adalah perkara yang kami tidak terfikir akan berlaku tetapi kun faya kun. Kalau Allah nak takdirkan untuk jadi ia akan terjadi. Seterusnya, kami teruskan dengan sesi pagi tersebut sehingga jam 12 dan bergegas gerak ke Kocaeli untuk perjumpaan belia AK Parti disana. Dalam perjalanan biro kebajikan program bersama beberapa doktor telah melaksanakan rawatan kepada setiap delegasi dan komiti untuk memastikan tahap kesihatan mereka di kadar yang baik. Sesampai kami disitu kami dikejutkan dengan sambutan kehadiran kami dan ia adalah diatas jemputan pimpinan belia AK Parti di Ankara yang ingin mempertemukan kami dengan Presiden Turki Reccep Tayyip Erdogan. Kenangan yang tidak saya akan lupakan apabila Presiden sendiri bertutur dengan saya memberi peringatan 4 perkara iaitu kesatuan semua dalam satu daulah. Tak tidur malam dibuatnya. Kerana cita-cita untuk bertemu dengan Presiden tercapai. Sewaktu sesi fotografi saya berada di bahu Presiden. Sungguh syukur yang tidak terhingga hendaknya kepada Presiden.

bergambar kenangan bersama Presiden Turki, Sayin Cumhurbaskan Reccep Tayyip Erdogan
Cumhurbaskanimiz




Hari Kelima


Hari ini adalah hari terakhir program. Saya berasa cepat sekali waktu berlalu. Pada hari terakhir ini adalah sesi paling penting. Hari untuk menggubal resolusi untuk solusi masalah umum dan penambahbaikan untuk negara. Setiap wakil delegasi memberikan usul kepada mengikut tema. Tepat jam 5 petang kami menghabiskan sesi tersebut dan sepakat dengan resolusi yang dicapai. Kemudiannya salinan resolusi tersebut dihantar kepada Presiden pakatan rakyat dan Timbalan Perdana Menteri untuk diangkat sebagai resolusi yang digubal oleh para pelajar Malaysia luar negara. Malam terakhir itu kami selesaikan dengan makan malam di atas kapal bersama semua delegasi dan buat kenang-kenangan terakhir di Turki.



Son Sozu

Kesimpulan ringkas saya boleh buat adalah terima kasih Allah kerana saya diberi peluang memimpin program sedemikian. Bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang berskala antarabangsa serta memberi impak yang besar kepada hidup saya. Disini saya membina jaringan baru, kawan baru dan belajar sebanyaknya. Walaupun dari sudut diri sendiri saya nampak banyak lompong dan kekurangan yang saya buat dalam memimpin tetapi saya percaya sekiranya tidak ada team yang kuat tidak mungkin menjadi yang terbaik. Inilah makna sebenar kerjasama dalam berkumpulan. Setiap satu dari ahli jawatankuasa dan delegasi serta pihak yang memberi sokongan material mahupun kewangan adalah tunjang kepada kejayaan program ini. Moga ini bukanlah program yang terakhir yang saya akan pimpin dan menjadi batu loncatan kepada yang lebih baik pada masa akan datang. Banyak yang perlu kita lakukan untuk negara dan mulanya perlu dari sekarang tanpa tangguhan. Kerana belia itu datangnya sekali dan tidak akan berulang kembali. Baik dimanfaatkan masa belia dengan baik kerana nanti kita akan disoal apa yang kita buat semasa muda dan saya ingin rekod itu yang terbaik memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara. Moga cita itu bergerak seiring kata dan anggota. Terima kasih Allah.  Alhamdulillah ala kulli hal.

Kami di malam akhir program 



Kami setelah tamat final post mortem 




nota kaki : Thank You, Next. Looking for more adventures in life. 

Friday, 28 December 2018

#nota2018 Bosphorus Summit 2018 (Persidangan Bosphorus 2018) PART 1

Bismillahirahmanirahim. 


Post kali ini adalah satu progam yang memberi impak kepaada diri saya. Ia mengambil masa hampir setahun untuk diungkap dan diluah di ruangan blog ini. Kalau dihitung masa sebulan dari hari ini setahun lepas adalah program tersebut. Bosphorus Summit atau BOSS18 adalah program sulung Persatuan Pelajar Malaysia di Turki. Proses pertama program ini telah dihajatkan sedari tahun 2017 oleh Presiden MASAT dan perbincangan mengenainya berjalanan secara informal antara saya, dia dan Ashiqin. Program ini pada awalnya dibincangkan secara serius sewaktu majlis sambutan hari raya di Yunus Emre Enstitute, KL. Saya masih ingat lagi 13 Julai 2017, sehari selepas hari jadi saya yang ke 26 tahun. Satu lagi yang tidak akan dilupakan adalah apabila saya telah jatuh disebabkan kerusi yang tidak kukuh sewaktu perbincangan program. (petanda perlu kurangkan berat barangkali). 


Permulaan

Sewaktu perbincangan di Yunus Emre, Muhammad (selaku Presiden) bertindak menyerahkan tugas mengepalai Program ini kepada saya. Pada ketika itu tiada  lagi nama rasmi program dan hanya diskusi di tulis atas secebis kertas. Saya kemudiannya memerah otak merangka kertas kerja program tersebut. Sungguh berkarat sudah otak ini tetapi di teruskan juga kerana ini adalah sesuatu yang paling saya sukai. Seterusnya saya masih teringat saya mengemaskini kertas kerja ini bersama Kakteh (Farhah Alwani) di dalam kereta Exora mama di parking DBP, KL.  Ini kerana kami berhasrat menghantar satu set kertas kerja kepada pihak DBP untuk penilaian dan meminta dana. Selain itu, kenangan yang tidak akan dilupakan adalah bila kami menghabiskan masa sehari di Canpark dari 11 pagi hingga 10 malam membaik pulih kertas kerja untuk diberikan kepada Presiden yang ketika itu bakal pulang ke Malaysia. Saya mula merisik satu persatu sahabat-sahabat dan adik-adik untuk menyertai program tersebut kerana ia bukanlah sebarangan program tetapi yang akan memberi pengalaman tak ternilai buat mereka. 

Ahli Jawatankuasa 

Penggerak BOSS18
Ketika membuat pemilihan untuk AJK saya utamakan mereka yang tidak pernah berpartisipasi secara lanjut dengan MASAT. Ini kerana peluang mengajar mereka yang akan datang menjadi keperluan. Mereka adalah yang akan memimpin MASAT pada masa akan datang. Sungguh bukan satu tugas yang mudah untuk menarik mereka memaham kelebihan menyertai program tersebut. Satu persatu saya pinang sendiri sehingga lengkap 28 orang ahli jawatankuasa Bosphorus Summit. Lengkap jenteranya saya dapat menarik nafas lega kerana mereka inilah ahli keluarga yang menggerak program ini sehingga jaya. Kesemua mereka dari latar belakang pengajian berbeza serta negeri yang pelbagai bersatu atas nama MASAT untuk mengangkat nama MASAT ke satu aras yang lebih tinggi di mata masyarakat tempatan dan antarabangsa. Tugas yang susah tetapi mudah kerana kesatuan hati antara kami. 

Mesyuarat pertama

mesyuarat kami ke 2
Masih ingat lagi mesyuarat pertama bersama dengan mereka. Kami laksanakan di Gulhane Kandili Restaurant. Hampir lengkap kehadiran dan sesi berkenal antara satu sama lain. Saya sekiranya mengendalikan mesyuarat sangat gemar memasang alarm untuk tidak lebih masa atau mengambil terlampau lama masa untuk bermesyuarat. Setiap minggu kami pasti akan bertemu untuk update progress persiapan yang saya boleh nyatakan kami hanya mula bergerak untuk program 10 minggu sahaja. Singkat tetapi penuh dengan kesatuan hati dan drama. Satu perkara yang kami semua pegang adalah profesionalisma dalam mengendalikan program dan perhubungan seperti keluarga. Hampir 80 peratus dari AJK kami adalah yang pertama kali dalam hidup mengelola program tetapi mereka ini adalah AJK yang cekap dan cepat belajar. Keterbukaan untuk belajar, mengajar dan diajar membuatkan gerak kerja kami berjalan dengan baik. 


mesyuarat seterusnya

malam sebelum permulaan program


Dua minggu menuju program 

Terus terang saya nyatakan sewaktu ini saya sudah mula merasa stress menuju program. Majoriti komiti pada waktu ini sudah mula menunjukkan rasa sedikit pancit kerana mereka sedang berada dalam musim peperiksaan. Sungguh kuasa yang luar biasa buat kami adalah apabila bersua muka bersama semua sewaktu meeting mingguan. Saat itu juga kami berasa syukur kerana kami telah mula mendapat sasaran tajaan untuk program tersebut. Saya masih ingat kegigihan biro tajaan, bendahari dan ajk utama program bersama berjumpa sponsor dan setiap minggu pasti ada khabar gembira. Kegirangan jelas terasa apabila beberapa syarikat korperat Turki dan Malaysia berbesar hati menaja kami. Tempat program berlansung juga telah ditaja Universiti Waqaf Fatih Sultan Mehmet . Antara penaja yang tidak akan dilupa adalah Pilot Turki, Malaysia Airport holding Berhad (Sabiha Gokcen International Airport), JASA, Dewan Bahasa dan Pustaka, Majlis Belia Malaysia, Koya Istanbul, Istanbul Buyuksehir Belediyesi, TPM dan pelbagai lagi. Kesungguhan komiti kami diteruskan menuju hari program sehingga habis program. 


mesyuarat pertama dengan Setiausaha Pusat Alam Melayu dan Uthmaniyyah  Fatih Sultan Mehmet  Vakif Universitesi

mesyuarat kami


PC perform

biro katering yang baru dapat makan 

cenderehati program dari Malaysia

malam-malam seterusnya memimpin biro PC dan menyelesaikan tugas lain




Sedari minggu ketiga mesyuarat kami sebulat suara memilih Fatih Sultan Mehmet Universiti sebagai venue meeting mingguan kami. Kami sangat bersyukur kerana diberikan kemudahan tempat untuk mengadakan mesyuarat. Maklumlah pelajar dan kampusnya berbagai. 


Bersambung....... 

nota kaki : tidak terhitung rasa syukur saya yang tidak terhingga atas setiap keluarga BOSS2018