Pages

Showing posts with label nota2020. Show all posts
Showing posts with label nota2020. Show all posts

Wednesday, 9 December 2020

Hello December 2020

 

Bismillahirahmanirahim 





Hari ini dah masuk hari ke sembilan di bulan terakhir untuk tahun 2020. Cepat bukan waktu berlalu? Rasanya macam baru semalam saya pulang ke Malaysia tapi ternyata sudah 8 bulan saya disini. Teringat saya pada tulisan Paulo Coelho dalam buku beliau the alchemist, "mektub". Dalam buku tersebut pengembara itu dipesan segala sesuatu itu telah ditentukan atau ditakdirkan. Sama juga dengan kita ini, kita sering diingatkan didalam alQuran setiap sesuatu telah Allah tetapkan dalam kehidupan kita sedari di luh mahfuz sehingga ke pengakhirannya. Saya sendiri sampai ke hari ini merasakan susunan Allah itu cantik sekali cumanya terkadang sebagai manusia pasti ada naik turunnya. Sama seperti iman kita. Kalau naik iman kita maka cantiklah jalannya, kalau turun atau hanyut maka tersimpanglah kita dari landasan kepadaNya. 

Jadi, selalunya kan kalau saudara saudari diluar sana apa yang akan dilakukan? Adakah azam-azam yang disetkan sepanjang tahun dilunaskan atau ini masanya untuk mengumpul semula atau re-strategise kehidupan. Atau mungkin ia akan berlalu sahaja seperti hari-hari biasa. Tiada yang baru? Saya sendiri lebih suka untuk pertamanya reflect terhadap azam saya dan apa yang telah saya lakukan sepanjang tahun ini. Kedua, saya akan mula memasang azam baru untuk tahun seterusnya. Cuma selalunya saya recycle azam lama kerana ada yang saya belum penuhi. Saya sering ingatkan pada diri, we have our own timeline to run not others to run for or to be run to. Kita sebagai manusia terkadang terlupa yang matlamat hidup kita itu adalah untuk diri kita. Bunyi agak selfishkan? Tidak bagi saya. Ini adalah normal. Akan tetapi muamalah bersama yang lain terutama dengan keluarga dan tersayang serta kawan-kawan tidaklah dilupakan. 

Kita ambil misalan bila kita menaiki kapal terbang. Sewaktu peringatan keselamatan tentang sekiranya berlaku kekurangan oksigen didalam kabin, topeng oksigen akan dijatuhkan. Arahan seterusnya yang penting "SILA PASTIKAN ANDA MEMAKAINYA DAHULU SEBELUM MEMBANTU ORANG DISEBELAH ANDA ATAU ANAK ANDA". Ini adalah untuk memastikan kita sendiri selamat untuk diri kita sebelum kita membantu orang lain. Sama juga dengan konsep bila mahukan kejayaan. Kita mahukan kejayaan, kita usaha untuk itu bukan orang lain usahakan. Rasanya lain kalau kita terus terusan bergantung pada orang untuk mengukir kejayaan. Ok mungkin ada yang berfikir, habis tu yang jadi wakil rakyat atau perdana menteri? Itu kita usahakan untuk membantu orang tersebut untuk mewakilkan kita. Dan saya pasit orang yang menjadi wakil ini pertama diwakilkan diri dia dan kemudian mewakilkan orang lain bila dia rasa mampu. 


Walaupun Disember baru sembilan hari berlalu, banyak juga saya dah belajar dan lalui. Antaranya berjalan ke tempat baru iaitu kawasan seksyen 5 Shah Alam, kembali ke taman tasik kelana jaya dan central park bandar utama juga menyertai virtual run anjuran nutritionist society Malaysia. Bulan ini juga adalah bulan terakhir saya tinggal di Damansara. Rumah yang saya membesar sedari lahir hingga ke hari ini. Banyak memori terukir disini dan saya akan habiskan 30 hari akhir ini dengan banyak lagi memori serta mengingati memori lepas. Oh ye, tidak dilupa saya dapat jumpa MSAH selepas 22 hari tidak berjumpa. My energy, vibes, positive neuron macam difeul up. Thank you Allah for it. Saya juga sedang dalam proses menyertai sesuatu. Sesuatu yang payah tapi saya akan cuba sehabis baik untuk lakukan. Buat kebaikan DIRI. Doakan saya ye semua. Juga buat semua saya doakan yang terbaik. 


Akhir kata, tidak salah kita utamakan diri kita. Kalau kita ada ruang dan peluang untuk bantu orang lain barulah buat ye. Till then. take care! 


Monday, 30 November 2020

Hari akhir November 2020

Rindu pada ruang ini 
 

Bismillahirahmanirrahim 


Hari ini hari akhir bulan ini 

Sungguh bulan ini banyak yang berlaku 

Banyak emosi yang saya akur 

Banyak juga yang keluar dari terbuku 


Hari ini saya keliru 

Fikir dan emosi diganggu

Tidur tak menentu, sedih tak berair mata seperti selalu 


Hari ini saya ingin bermimpi 

Agar esok semua yang diimpi jadi realiti 

Menghadap hari yang tidak pasti 


Esok bulan baru 

Bulan akhir di tahun ini 

Sungguh 2020 itu lain 

Tahun aneh sebelum hidup bertukar 30 


Bulan akhir saya ingin guna sehabis baik 

Supaya boleh ubah 

Ubah kepada kebaikan 

Ubah kepada ketaatan 

Ubah kepada fokus 

Ubah untuk 2021 


Banyak lagi yang mahu dicapai 

Walaupun nampak seperti sukar tergapai 

Tuhan jangan kau tinggal saya 

Atau saya jauh darimu

Kerana hanya kau yang saya perlu dan ada 

Untuk meniti hari yang tidak diduga

Kerana hidup didunia yang seketika ini 

Terasa lama bila tidak buat apa-apa. 


p/s:

Moga saya istiqomah dengan jalan yang dipilih 

Moga dimurahkan rezeki untuk menggembirakan keluarga dan orang lain 

Moga impi dan cita jadi realiti 

Moga boleh memberi dan terus lupa 



Monday, 25 May 2020

Raya 2020


Bismillahirahmanirahim

baju raya rona deep chocolate bersama tudung sophie nealofar


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.. La ilaha ilallahu wa Allahuakbar, Allahuakbar wa lillahilhamd. 

gambar bersama syurga saya MAMA
Syukur dan takbir kepada Allah yang maha esa dapat kita semua meraikan raya atau hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Sebulan berpuasa rasa seperti seminggu. Singkat tetapi penuh dengan hikmah. Bagi seluruh ummat Islam di dunia secara umum dan Malaysia secara khusus, ramadan dan syawal tahun ini adalah yang paling unik kerana disambut dengan norma baharu @ the new norm . Seperti yang sedia maklum, vaccine untuk COVID19 masih belum dijumpai dan jumlah kes walaupun berkurang di Malaysia, masih lagi dipantau dengan ketat agar tidak melonjak semula kes baharu atau barangkali wujud kluster baru dipanggil kluster hari raya. Saat saya menulis blog ini, siang tadi sewaktu sidang media KKM dimaklumkan jumlah positif melonjak ke 172 orang. Satu kejutan yang tidak mengejutkan barangkali. Ini kerana ada kluster baru wujud iaitu kluster depo tahanan. Saya risau dalam tempoh seminggu dua ini akan ada pula tambahan kes kerana hari raya. Masih ada lagi berdegil meneruskan tradisi rumah terbuka sedangkan kita dibenarkan pada hari pertama sahaja. Silalah ingat yang frontliner dah penat menjaga dan mengawal, janganlah bebal sangat. 

Walaubagaimanapun, ada yang menarik di raya kali ini. Banyak istilah kali pertama yang berlaku. Kali pertama banyak yang beraya diperantauan (dirumah masing-masing di negeri bekerja kerana tidak boleh lintas negeri). Pertama kali jadi imam solat sunat aidilfitri di rumah kerana tidak dibenarkan ke masjid. Pertama kali, tidak berjabat tangan mahupun berpeluk bila berjumpa. Juga pertama kali rumah terbuka diganti dengan sesi zoom terbuka @ virtual rumah terbuka. Semua ini menunjukkan uniknya manusia dalam mereka cipta cara untuk berhubung antara satu sama lain serta menyesuaikan diri dengan norma baharu. Sedari PKP yang pertama sudah mula dikeluarkan skill baru ini akan tetapi lebih seronok ketika di hari raya. 

menu pagi raya tradisi SJNN



abang ipar (abg Faiz), kakak, saya dan MAMA
dengan 2 orang anak buah mama ya, Ammar dan Fariha
MIA dalam gambar Hanan
Bagi saya dan keluarga pula, Alhamdulillah setelah hampir 3 tahun tidak menyambut ramadan dan beraya di rumah saya diberi kesempatan untuk melakukannya. Di tahun ini juga mama paling riang kerana rumah rasa meriah dengan hilai tawa dan tangisan anak buah yang tiga. Pulang nun jauh dari Shah Alam nak beraya dengan kami. Juga riang mama bila anak-anaknya yang take charge memasak untuk raya. Pelbagai lauk saya dan kakak beraksi menyiapkan. Satu kenyataan yang pasti, kakak dah pandai masak. Saya selaku yang jadi tukang masak kat rumah rasa bangga sebab akak bila dah kahwin dan beranak tiga ni dah mula pandai masak. Kalau dulu teringat sampai bergaduh dengan baba pasal masak sambal sotong. Menu kami yang pelbagai itu pula adalah makanan tradisi kami sekeluarga. Sering dinanti oleh sanak saudara bila berkunjung ke rumah. Antaranya, sup tulang, lodeh, kuah kacang, dendeng daging, rendang daging, ayam masak merah, ketupat dan lemang. Sedap macam dulu-dulu. Yela sendiri masak dan sendiri makan ye dak? 
mama dan anak -anaknya

PKP juga telah menyebabkan ada diantara sepupu saya yang tidak dapat pulang beraya dan mama sebagai mak sedara yang tua menjadi tempat dikunjungi sepupu dan saudara yang tidak dapat pulang. Ramai juga datang ke rumah kami sewaktu raya pertama tetapi tidaklah sampai 20 orang pada satu masa. Saya selaku anak dara rumah perlu menyiapkan segala serba serbinya menyambut tetamu yang datang. Menunggu juga yang sorang itu berkunjung tetapi kerana tugas tak dapat beliau beraya. Tambahan pula katanya malu nak datang ke rumah kalau seorang. Apapun mohon doa untuk kami ye sidang pembaca! 

Akhir kata, raya 2020 adalah tahun untuk kita rasa syukur dan masa untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Selalunya kita ambil lewa sahaja kemudahan dan nikmat yang diberi untuk bersama meraikan raya. Kali ini bila ditarik nikmat itu ada yang stress dan sedih tak dapat beraya tetapi dengan adanya teknoloji terubat rindu semua. Tambahan pula seperti saya yang pernah beraya diperantauan, masa yang ada untuk diluangkan bersama keluarga raya tahun ini saya manfaatkan sehabis baik untuk sama-sama kami raikan.Kita tidak tahu apa yang akan berlaku dihadapan mahupun tahun depan yang penting kita hidup diwaktu ini dan saat ini. Bahagiakan diri, bahagiakan keluarga, bahagiakan hati. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin. 


satu gambar bersama si DIA yang bertugas dihari raya <3

nota kaki : raya sehabis baik tapi jangan balun semua makanan. Nanti terkejut pula perut tu. Syukur dengan nikmat dan moga kita sentiasa dibawah lembayung Allah SWT.