Pages

Saturday, 2 March 2019

Bila Mac menjelma


Bismillahirahmanirahim

Serefiye Sarnici

Pejam celik pejam celik sudah masuk bulan Mac. Sungguh waktu seakan berlalu pantas sekali. Siang berganti malam, hari berganti bulan. Lalu terfikir saya seketika apa yang telah dikecapi dan apa lagi yang akan diganti. Bulan Mac adalah bulan yang paling tidak dinanti sebenarnya. Kalau dulu bulan Mac sangat significant dengan bulan kelahiran baba, 20 Mac to be exact tetapi sejak 4 tahun lepas ia telah berganti kepada bulan memperingati hari perginya baba bertemu ilahi iaitu 7 Mac 2015. Sungguh Allah itu ada perancangan yang terbaik untuk setiap hambaNya. Oh ye tidak dilupa si Dia yang mencuri hati saya pun dilahirkan pada bulan Mac, 14 Mac 1989. 


hadiah dari Allah buat diri ini 
Sayangnya saya sekali lagi bulan ini bulan duka. Pada mulanya saya agak gembira untuk buat pertama kalinya menyambut hari jadi bersama si Dia tetapi Allah punya perancangan yang lebih baik untuk saya. Kasih yang disulam 5 bulan tidak panjang atau mungkin ada hikmah disebaliknya. Atau mungkin Allah memberi tempoh untuk kami bertenang dan berfikir sedalamnya sebelum melangkah ke satu level yang lain. Sungguh mulanya pilu tetapi jika dilihat dari sudut yang positif ada baiknya kerana ini membuktikan pernah saya merasa bercinta dan di tinggalkan. 

Allah akan hadirkan seseorang yang baik untuk orang yang baik. Itu janji Allah yang saya pegang dengan kukuh. InshaAllah kalau jodoh kami panjang, harapku hanya satu supaya jadi yang Halal buatnya. Buat masa sekarang saya sedang mengejar cinta Ilahi. Kerana Allah itu cintaNya sentiasa dan kita perlu lebih dari itu kerana rahmat Allah itu tak terhitung nilainya. 

Kemi Sogunle says, “Being in love with someone can stem from infatuation, possessiveness, and obsession. Loving someone, on the other hand, goes beyond the physical presence. You desire to see them grow, you see past their flaws, you see opportunities of building into each other and together; you motivate, encourage and inspire one another."

newly addicted to book :)
Berbalik kepada bulan Mac, saya kali ini tidaklah ada terlalu banyak rencana. Cuma perlu menolak diri dan motivasi lebih tinggi supaya dapat memberi manfaat dan memanfaatkan diri. Bukan apa umur diri semakin menambah dan belum rasa lagi memberi pada yang lain. Sedangkan hidup kita diatas muka bumi ini untuk memberi pada yang lain. Antaranya justice pada diri.! Saya bakal kembali ke gym. Untuk menjadi lebih sihat dan cantik. Mohon doa semua ye. Selain itu, saya dalam perancangan menulis rencana dan artikel pendek untuk beberapa syarikat. Kalau dah ada saya akan kongsikan dengan semua. Tambahan saya akan membawa orang untuk mencari duit poket sampingan. Iyelah takkan hanya nak menunggu duit dari mama sahaja. Perlu juga memberi semula kepada keluarga. 

Semoga hari-hari yang mendatang dapat memberi manfaat. Satu hari satu manfaat. Seperkara lagi, apa kata kita sebarkan senyuman dan juga positive vibes. Sharing positive quotes, motivational quotes at least. Who knows you help save someone life or perhaps motivate those who needed help. Giving doesn't make you get less :) 




nota kaki  : Mohon sedekahkan Alfatihah buat baba saya, Shahrin bin Che Mat. 


 Di bawah ini adalah hadiah untuk diri ;









No comments:

Post a Comment