Pages

Friday, 12 April 2019

Belajar dari si kecil


Bismillahirahim. 



Apa khabar semua? Kita baru sahaja melangkah masuk ke bulan April 2019. Sebulan menuju ke bulan Ramadhan yang ditunggu. Sungguh waktu itu bergerak dengan pantas. Tatkala matahari terbit disebelah timur rembulan baru melabuhkan sauh di barat. Pergerakan hidup semakin pantas berlalu dan kita sebagai manusia adakah bersama ikut laju atau hanya berpegang alur masa kita yang perlahan? Apapun teruskan mengejar dan berkejar untuk melakukan kebaikan. Dalam pada masa yang sama jangan lupa berehat untuk melepaskan lelah dan perbaiki diri. 

Pada hujung Mac yang lalu saya berkesempatan untuk bekerja separuh masa menjadi tour leader untuk syarikat aku dan Istanbul. Kali ini tugasan saya adalah mengiring sebuah keluarga seramai 9 orang kesemuanya. Dalam 9 orang itu terdapat 5 kanak- kanak dan 4 dewasa. Sungguh saya agak berdebar untuk membawa mereka pada mulanya kerana agak kekok handle kanak-kanak seramai itu. Akan tetapi satu perkataan yang saya boleh katakan. SUBHANALLAH kerana kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut mendidik mereka dengan sebaiknya. Baik akhlak dan budi bahasanya. Tetapi terkadang tu ada sahaja nakal sedikit sebanyak. Iyalah budak - budak kan? :)



Saya bersama keluarga tersebut selama 8 hari dan 7 malam. Kami bersama-sama meneroka kota Istanbul, kemudian terbang ke Cappadocia, Pamukkale dan Bursa sebelum menghabiskan beberapa hari lagi di Istanbul. Sungguh dalam perjalanan ini banyak sekali yang saya pelajari terutama dengan si kecil. Sedari cara mengendalikan mereka, cara didikan ibu bapa mereka dan dari hati mereka yang suci. Seperti hadis ini 

Nabi Muhammad SAW telah bersabda di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dengan mafhumnya:


مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُشَرِّكَانِهِ

"Tidaklah seorang bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah, maka Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Musyrik." (Hadis Riwayat di dalam sahih Muslim)

Pada mulanya mereka agak kekok . Ok bukan mereka sahaja saya juga. Mana taknya dengan anak buah sendiripun boleh kekok ini kan lagi dengan total stranger. Bukan 1 tapi 5. Mereka keseluruhannya berumur diantara 10 ke 3 tahun. Alhamdulillah dari hari ke hari kami mula membina kepercayaan dan rapat. Dari seorang ke semua yang mula rapat denganku. Setiap seorang ada keunikan dan cara tersendiri yang saya fikir menunjukkan trait nombor dalam adik beradik. 

Salah satu sebab kenapa mereka terjaga dan terdidik dengan baik adalah ibu mereka is a stay a home mother who is also a graduate. Saya harap tiada yang terasa. Bukan bermakna ibu yang bekerja itu tidak dapat mendidik anak-anak akan tetapi jika wanita berpendidikan dan kemudian duduk di rumah membesarkan anak-anak pasti anak-anak akan lebih terjaga dan beradab. Saya salute pada wanita yang bekerjaya dan dalam masa yang sama membesarkan anak-anak serta menjaga keluarga. Its a bonus point if they can do their best for family. Untuk wanita yang full time house wife, an option of involving to entrepreneurship will be a good one. Baking for instant. This give a good revenue plus you will for sure enjoy playing with flour.

bergambar kenangan dengan Puan Anisah

Satu perkara yang saya belajar dari Puan Anisah, the mother, adalah untuk biarkan mereka nak buat apa sahaja supaya mereka belajar. Jangan larang apa yang mereka nak buat. Jika nak merajuk biarkan merajuk tetapi setelah bertenang nanti mereka akan kembali ataupun selepas 5 minit salah seorang dari ibu atau bapa akan pergi pujuk. Ajar juga mereka untuk disiplin dan berkongsi. Iyalah kalau ada beradik ramai dan tidak reti beralah susah juga bukan?

gang Naelofar hijab

Sewaktu kami di lapangan terbang teringat saya salah seorang dari anak kecil itu, Amir, dia datang kepadaku dan berkata; Kak rara janji dengan Amir tau. Saya bertanya janji apa? Dia terus berkata; janji nanti balik Malaysia datang rumah kami. Kedua janji makan semua makanan dalam plastik ni k. :) Cair hati seorang kakak yang macam ganas ni. Sebelum masuk ke dalam untuk perlepasan mereka bergilir-gilir bersalaman dan berpelukan denganku. Nampak hampir semua sedih ingin meninggalkanku mana taknya hampir lebih seminggu kami bergerak bersama ke 4 negeri. Ini adalah moment sedih bagiku akan tetapi sentiasa perlu dihadap setiap kali menghantar tetamu ke lapangan terbang. Buat adik-adik Kak Rara, Alia, Arif, Amir, Adil dan Asim akak doakan agar semua membesar menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat inshaAllah. Ada rezeki nanti akak balik Malaysia akak datang raya rumah :)






No comments:

Post a Comment