Pages

Wednesday, 29 April 2020

manisan diwaktu senja


Bismillahirahmanirahim



Semalam hujung minggu yang bagi saya indah. Kerana hari yang paling saya suka. Satu sebabnya saya dapat berkomunikasi dengan yang tersayang. Mama dan si dia menghubungi saya. Tidak kurang juga beberapa teman yang menghubungi saya. Manusia itu ciptaan yang sentiasa dan suka komunikasi serta bersosial. Bila dapat berhubung dengan baik pasti rembesan endorfin sesiapa sahaja akan bahagia. Saya sendiri berasa sedemikian bila saya berhubung dan dihubungi yang tersayang. 


Oh ye selain itu, semalam saya teringin nak buat cheesecake. Lama juga tak buat the classic cheesecake yang sedari dulu saya sering buat. Teringat saya sewaktu di sekolah menengah saya sering memasak blueberry cheesecake. Sehinggakan pabila datang hari kantin dan hari sukan di sekolah. Rakan kelas juga selalu menantikan waktu saya membawa kek tersebut ke sekolah terutama sewaktu jamuan akhir tahun. Sampai ke pengajian degree pun saya suka baking cumanya mula berkurang bila sibuk. Bila berada di Turki, saya kurang melakukan aktiviti ini kerana saya tinggal di asrama. Cuma terkadang bila ke rumah kawan-kawan yang ada oven barulah saya baking semula. Banyak masanya saya buat carrot cake with cream cheese spread dan juga chocolate moist cake kerana ini adalah kegemaran keluarga saya.

Disini saya sertakan juga resepi cheesecake mudah dan cepat yang saya buat. Terima kasih kepada Google dan juga minda yang masih menyimpan serba sedikit resepi yang saya selalu buat dahulu.

Bahan base
- 1 1/2 cawandigestive biscuit
- 5 sudu makan minyak masak atau butter yang dicairkan
- 2 sudu makan gula perang

Bahan cheesecake
500 gram cream cheese
150 gram labne
1 cawan yogurt
3 sudu butter
1 cawan gula
3 biji telur
lemon zest
1 sudu teh vanilya sekeri/vanilla essence
1 sudu teh jus lemon

Cara- cara untuk melakukannya

Untuk base
Hancurkan digestive biscuit dan kemudian masukkan minyak dan gula perang. Gaul hingga sebati dan letakkan dalam loyang kek. Setelah diratakan simpan base tersebut didalam peti ais selama sejam (lebih lama lebih baik)

Untuk bahan kek
Didalam satu mangkuk masukkan cream cheese, labne, butter, yogurt dan gula. Gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan sebiji demi sebiji telur dan gaul sebati. Akhir sekali masukkan lemon zest, vanilla essence fan jus lemon. Gaul sehingga sebati (jangan terlalu lama). Keluarkan base kek tadi dan masukkan adunan kedalamnya dan sedia untuk dibakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 1 jam dengan cara waterbath.

*Selepas siap dibakar jangan terus keluarkan dari ketuhar tetapi buka sedikit pintu ketuhar dan keluarkan kek tersebut selepas 15 minit dan simpan didalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 ke 4 jam sebelum dihidang.

Senang bukan? Tak susah sebenarnya nak masak atau baking. Cuma perlu rajin dan sabar. Seperti juga impian dan harapan, tidak akan kita dapat mencapainya kalau hanya duduk lenggang dan tiada usaha. Kesabaran adalah lagi satu kunci untuk mencapai sesuatu yang kita mahukan kerana sesuatu yang kita mahukan itu bukanlah boleh diperoleh ekspress. Wallahualam.


nota kaki : kek itu dibuat beberapa hari sebelum saya pulang ke Malaysia dengan penerbangan chartered. Hati ini rindu tingkap ini dan isi rumah disitu. Moga Allah lindungi mereka. 

Tuesday, 7 April 2020

Dumpling rumah kita :)


Bismillahirahmanirahim. 




Sejak COVID 19 membuatkan kita semua duduk di rumah, banyak sekali resepi muncul dikongsi di sosial media. Pasti semua akan mencuba resepi tersebut untuk menghabiskan waktu lapang. Dari Dalgona ke Milo cupcake. Dari roti ke pelbagai lagi. Kami pelajar diluar negara juga tidak terlepas menyertai hype ini. Cumanya kami di Turki ini kebanyakan memilih untuk self kuarantin kerana hanya mereka yang berumur bawah 20 tahun dan atas 65 tahun sahaja yang dilarang keluar dari rumah. Berbalik kepada masak-masak dan resepi, saya dan adik-adik rumah ada juga mencuba beberapa resepi di rumah yang kami teringin nak cuba. Antaranya Dalgona, sedap tapi terlalu manis bagi saya kerana saya tidak berapa gemar minum kopi bersama susu dan gula. 

Bila berada dirumah dan tidak keluar ini banyak sungguh mengidam nak itu dan ini, tambahan pula kedai yang selalu kami pergi tutup dan kami perlu menyediakan makanan tersebut sendiri. Yes, the afford put to make it surreal but the time and taste is amazing (masuk bakul angkat sendiri). Jadinya setelah 2 minggu mengidam saya mengajukan cadangan kepada adik2 rumah untuk membuat dumpling. Disebabkan tiada dijual kulit dumpling di market kami mengambil keputusan untuk melakukannya dari zero. Bahan - bahan untuk buat dumpling sangat asas dan mudah diperoleh cuma afford dia fuh. Saya faham kalau kita ke kedai dan harga dumpling tu mahal walaupun hanya beberapa ketul. Alang-alang tu saya kongsikan resepi dumpling kami di bawah :


Resepi dumpling rumah kita :) 
Kulit dumpling 

2 cawan tepung 
3/4 cawan air separa panas (boleh tambah air atau agak-agak kalau masih kering)

Isi dumpling 

700 gram daging kisar
1 bawang holland 
7 ulas bawang putih 
5/7 biji cendawan butang segar
1 batang carrot 
garam 
gula 
serbuk lada hitam 
1/2 sudu sos tiram 
secukup rasa 

dan sebanyak mungkin kasih sayang :) 


Langkah-langkah 

Kulit dumpling

1. Satukan tepung dan air dalam satu bekas besar.
2. Uli adunan sehingga sebati dan rehatkan selama 10-15 minit didalam plastik. 
3. Ulang uli dua kali selama 5 minit dan rehatkan 
4. Setelah itu golekkan dan potong mengikut size yang diinginkan 
tangan salah seorang housemate saya. Dia incharge uli tepung

5. Cara untuk membentuk pastikan guna roller untuk bulatkan dan pastikan tengah tebal dan luar nipis

potong ikut size yang dikehendaki, bentukkan itu suka hati 

berapa kali saya rol bentuknya jadi begini. Ini barulah dikatakan dibuat dengan cinta

Inti 
1. Potong kesemua bahan untuk inti dan gaul di dalam satu bekas (gaul sebati bersama kasih sayang ye)


potong sebegini dan kemudia masukkanlah daging kisar, garam, gula,sos tiram, lada hitam dan secukup rasa.
 

Selepas kulit siap masukkan inti kedalam kulit dan siap untuk di rebus, steam atau goreng. Kami tempoh hari rebus dan steam di makan bersama cili cicah cara cina yang dibuat khas oleh adik rumah saya Salsabila. Saya juga buah sup ayam menggunakan rangka ayam untuk hirup-hirup. Oh ye kalau ada nak cuba buat cili cicah tu resepi dia saya kepilkan sekali di bawah. 

Resepi cili cicah/minyak cili 

1. panaskan 6 sudu minyak di dalam kuali ke, periuk ke 
2. bila minyak dah  masak masukkan chilli flakes dan sedikit garam 
3. Dah siap mudahkan 

Paling best dan indah adalah moment kami buat masakan itu bersama. Yela walaupun duduk serumah tak selalu kami dapat habiskan waktu memasak bersama. Waktu inilah kami makan bersama, berborak, tengok movie dan memikirkan resepi apa lagi yang kami nak buat. Hehehe. Waktu tu pulak cuaca sejuk yang amat dan dapat makan sup panas bersama dumpling dan minyak cili ditabur pula daun ketumbar. Fuhhh. Nikmat tuhanmu yang mana kau dustakan. Harapnya kami dapat istiqomah buat perkara ini sama-sama. Sebab inilah indahnya duduk bersama diluar negara. Bila masak sama-sama, makan sama-sama, gaduh sama-sama dan on top of everything, sayang antara satu sama lain. Ok whats next for this week :) 

versi sup 


versi steam


nota kaki : jangan tanya kalau kami naik berat sama-sama lepas tempoh pandemik ni. Haha 

Monday, 6 April 2020

Jangan menangis - Aizat Amdan






Percaya padaku

Tak akan ku lupakanmu
Walaupun ku jauh
Ku sentiasa milikmu
Andainya kau rasa perlu ku
Luah saja sedia ku mendengar
Jangan menangis

Ini semua
Ketentuannya
Jangan berduka
Ku kan selalu
Ada untukmu
Hanya satu ku pinta

Percaya pada diriku
Hatiku hatimu
Serahkan pada yang satu
Andai bersalah maafkanku
Sesungguhnya tiada yang sempurna
Jangan menangis

Ini semua
Ketentuannya
Jangan berduka
Ku kan selalu
Ada untukmu
Bertahan walau apa

Tak kira apa saja
Bertahan walau apa
Bersama selamanya
Wo hu

Percaya padaku

Tak akan ku lupakanmu
Walaupun ku jauh
Ku sentiasa milikmu
Andainya kau rasa perlu ku
Luah saja sedia ku mendengar
Jangan menangis

Ini semua
Ketentuannya
Jangan berduka
Ku kan selalu
Ada untukmu

nota kaki : saya takkan menangis. Kamu juga jangan menangis :)