Pages

Wednesday, 29 April 2020

manisan diwaktu senja


Bismillahirahmanirahim



Semalam hujung minggu yang bagi saya indah. Kerana hari yang paling saya suka. Satu sebabnya saya dapat berkomunikasi dengan yang tersayang. Mama dan si dia menghubungi saya. Tidak kurang juga beberapa teman yang menghubungi saya. Manusia itu ciptaan yang sentiasa dan suka komunikasi serta bersosial. Bila dapat berhubung dengan baik pasti rembesan endorfin sesiapa sahaja akan bahagia. Saya sendiri berasa sedemikian bila saya berhubung dan dihubungi yang tersayang. 


Oh ye selain itu, semalam saya teringin nak buat cheesecake. Lama juga tak buat the classic cheesecake yang sedari dulu saya sering buat. Teringat saya sewaktu di sekolah menengah saya sering memasak blueberry cheesecake. Sehinggakan pabila datang hari kantin dan hari sukan di sekolah. Rakan kelas juga selalu menantikan waktu saya membawa kek tersebut ke sekolah terutama sewaktu jamuan akhir tahun. Sampai ke pengajian degree pun saya suka baking cumanya mula berkurang bila sibuk. Bila berada di Turki, saya kurang melakukan aktiviti ini kerana saya tinggal di asrama. Cuma terkadang bila ke rumah kawan-kawan yang ada oven barulah saya baking semula. Banyak masanya saya buat carrot cake with cream cheese spread dan juga chocolate moist cake kerana ini adalah kegemaran keluarga saya.

Disini saya sertakan juga resepi cheesecake mudah dan cepat yang saya buat. Terima kasih kepada Google dan juga minda yang masih menyimpan serba sedikit resepi yang saya selalu buat dahulu.

Bahan base
- 1 1/2 cawandigestive biscuit
- 5 sudu makan minyak masak atau butter yang dicairkan
- 2 sudu makan gula perang

Bahan cheesecake
500 gram cream cheese
150 gram labne
1 cawan yogurt
3 sudu butter
1 cawan gula
3 biji telur
lemon zest
1 sudu teh vanilya sekeri/vanilla essence
1 sudu teh jus lemon

Cara- cara untuk melakukannya

Untuk base
Hancurkan digestive biscuit dan kemudian masukkan minyak dan gula perang. Gaul hingga sebati dan letakkan dalam loyang kek. Setelah diratakan simpan base tersebut didalam peti ais selama sejam (lebih lama lebih baik)

Untuk bahan kek
Didalam satu mangkuk masukkan cream cheese, labne, butter, yogurt dan gula. Gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan sebiji demi sebiji telur dan gaul sebati. Akhir sekali masukkan lemon zest, vanilla essence fan jus lemon. Gaul sehingga sebati (jangan terlalu lama). Keluarkan base kek tadi dan masukkan adunan kedalamnya dan sedia untuk dibakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 1 jam dengan cara waterbath.

*Selepas siap dibakar jangan terus keluarkan dari ketuhar tetapi buka sedikit pintu ketuhar dan keluarkan kek tersebut selepas 15 minit dan simpan didalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 ke 4 jam sebelum dihidang.

Senang bukan? Tak susah sebenarnya nak masak atau baking. Cuma perlu rajin dan sabar. Seperti juga impian dan harapan, tidak akan kita dapat mencapainya kalau hanya duduk lenggang dan tiada usaha. Kesabaran adalah lagi satu kunci untuk mencapai sesuatu yang kita mahukan kerana sesuatu yang kita mahukan itu bukanlah boleh diperoleh ekspress. Wallahualam.


nota kaki : kek itu dibuat beberapa hari sebelum saya pulang ke Malaysia dengan penerbangan chartered. Hati ini rindu tingkap ini dan isi rumah disitu. Moga Allah lindungi mereka. 

No comments:

Post a Comment