Pages

Tuesday, 1 January 2019

1.1.2019 dan Selamat Ulang Tahun Afifi

Bismillahirahmanirahim 


Happy New Year 

Tahun 2018 telahpun melabuhkan tirai semalam. Saya tidur awal 10 minit sebelum masa menginjak ke tahun 2019. Seperti yang dinyatakan dalam post sebelum ini saya mengalami sakit kepala yang agak kuat dan membatalkan niat untuk menyambut tahun baru diluar sambil menonton bunga api di selat bosphorus. Hari ini saya bangun pagi dengan rasa kelegaan setelah mengambil ubat sebelum tidur semalam. Cahaya matahari memancar ke dalam bilik seakan mengalu-alukan perubahan tahun. Begitu juga rasanya dengan kehidupan, sekiranya kita hidup hanya melihat yang lepas dan tidak mempelajari darinya nescaya kita tidak akan dapat hidup ke depan. Saya teringat kata - kata mother theresa ; “Yesterday is gone. Tomorrow has not yet come. We have only today. Let us begin.” . 

Hari ini saya habiskan masa siang dengan sahabat-sahabat post graduate. Salah seorang dari kami meraikan hari jadi yang ke 30. Teman rapat #teamistanbulasia Afifi Nordin. Beliau adalah pelajar PHD dalam pengajian European Union Politics and International Relation dari Marmara University. Resam hidup diluar negara jauh dari norma ini adalah untuk meraikan sahabat kerana kita adalah keluarga yang terdekat dengan mereka. Kalau kita duduk di luar negara dan menghidari dari bersahabat betapa rugilah kita tidak membina hubungan yang akan kekal sampai ke tua. Dari kumpulan kecil ini saya belajar erti bersahabat, berkongsi pengajian dan ilmu dari pelbagai latar disiplin. Ada diantara kami yang buat PHD dalam Matematik, Sains Kesihatan, Ekonomi, Pengajian Islam, Sejarah Islam, Engineering, Tasawwuf dan pelbagai. Setiap satunya punya cerita dan cita kenapa ke sini melanjutkan pengajian termasuk saya. Diantara mereka ini saya yang paling tua bertapak di Turki dan kebanyakan masa lebih gemar memerhati dari berkata-kata. 

Tarhan Uyghur Lokantasi

Kami mengambil keputusan untuk memberi kejutan kepada Afifi dengan makan tengahari di Kedai Uyghur bernama Tarhan yang terletak di Molla Gurani Caddesi, Fatih. Pada mulanya Afifi dikhabarkan hanya Amalins dan Ain sahaja yang ada tetapi yang lain muncul untuk bersama meraikan hari jadi beliau. Nampak diriak wajahnya bahagia. Kami pula dapat membahagiakan perut masing-masing kerana makan makanan yang berasa cara masaknya. Ikan, ayam dan sayur dipesan. Oh ye juga lagmen (mee goreng). Selepas makan kami teruskan dengan acara potong kek. Kek buah dan coklat sangat enak dan menariknya tak manis lansung. Saya cuba berhati-hati dalam memakan kek tersebut kerana counting on calories ^.^ 

postgraduate in Istanbul

Usai di kedai Uyghur #teamistanbulasia beralih pula ke kedai kopi wajibku di Capa iaitu Dopamine. Disitu kami lebih banyak menghabiskan waktu bersama kerana bukan mudah untuk berkumpul akhir-akhir ini. Sejak saya berpindah ke bahagian Eropah, jarang sekali kami dapat berkumpul. Sedih ada juga kerana dah selalu suka lepak dengan mereka ini sekali berubah tempat membuatkan saya rasa janggal jauh dari mereka. Kalau tidak hampir setiap hari berjumpa dan minum kopi bersama serta berdiskusi tentang semua perkara. Secawan orta Americano tanpa  gula dihirup dikedinginan petang musim sejuk. Afifi membuka kata tak rasa diri ini seperti 30 tahun. Terdetik juga dihati saya perkara yang sama pada diri. Tidak terasa seperti umur sekarang. 

Age is just a number 

Bersama kek ceklat

Sewaktu di Dopamine Afifi menyatakan ini : "Weyh aku tak rasa macam umuq 30 tahun." Saya pun terasa yang sama. Ini membuatkan saya terfikir sejenak apakah mungkin kerana kami tinggal di luar negara yang membuatkan kami tidak merasa seperti telah tambah umur atau mungkin tidak mengindahkan pertambahan umur itu membuatkan kami merasa muda? Atau mungkin aras kematangan yang perlu dilihat bukan tambah pada angka. Mungkin dengan sentiasa menghitung kita akan merasa hidup ini pendek. Dari hemat saya kita perlu sedar pertambahan umur dan dalam masa yang sama perlu merancang dan melaksanakan perkara ingin dicapai dalam hidup supaya kelak tidak merasa masa yang diberikan itu disia-siakan. 


firman Allah SWT dalam Q.S Luqman: 22

۞وَمَن يُسۡلِمۡٱلۡأُمُورِ ٢٢  وَجۡهَهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٞ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰۗ وَإِلَى ٱللَّهِ عَٰقِبَةُ 

Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kokoh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan. 
Akhir kalam, Selamat Hari Lahir yang ke 30 sahabat! Moga dengan pertambahan umur menjadikan anda lebih matang dan diberikan kebahagian dunia dan akhirat. Moga satu hari nanti bolehlah dilihat kembali kenangan yang ada pabila kita semua bersahabat. Moga juga sukses selalu dan optimis kerana di pilih Allah untuk berada di Turki. 

bergambar bersama gang, housemate dan kawan karib Afifi dari Kosovo Riad Beta






don't say brother no umbrella :P

#teamistanbulasia since 2016


nota kaki : bersahabat biar seribu! 

No comments:

Post a Comment