Pages

Monday, 20 June 2011

Mimpi ke Turki

Bismillahirahmanirahim ... 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu ... 

Akhir-akhir ini hampir setiap malam saya bermimpi ke tempat yang saya ingin lawati dan telah saya lawati. Tempat yang saya ingin lawati itu ialah Turki dan tempat yang saya ingin lawat semula ialah Maghribi. Nak kata tak basuh kaki, dah terlebih basuh rasanya. Mungkin ada hikmah disebalik mimpi tersebut. Harapnya begitu :)

Hari ini saya nak cerita mengenai impian saya nak ke Turki ....


Turki adalah salah satu tempat yang saya impikan untuk dikunjung sejak dari di bangku sekolah. Saya sangat mengagumi Sejarah negara ini terutama sekali tentang 3 generasi pemimpin yang saya hormati. Pertamanya Sultan Muhammad Al Fatih, Salahuddin Al Ayyubi dan Badiuzaman Syed Nursi. Ketiga-tiga mereka adalah tokoh Islam penting di Turki dan juga didalam sejarah Islam. 


peta kerajaan uthmaniyyah 


Melihat pada peta di atas ternyata zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah sangat besar dan sangat berpengaruh di zaman kegemilangannya. Disini ingin saya selikatkan beberapa fakta sejarah tentang tamadun atau zaman kegemilangan Islam di kawasan ini.Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah ditubuhkan pada kurun ke 13 oleh Sultan Uthmaniyyah. Mencapai zaman kegemilangan pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al Fatih anakanda Sultan Murad. 


Sudah pasti setiap kegemilangan akan ada kejatuhan . Seperti teori yang di cipta oleh Ibn Khaldun bapa Sejarawan dunia . Beliau menyatakan tamadun hanya mempunyai 5 peringkat ; 
1) tempoh penubuhan sebuah negeri 
2) penyatuan kuasa oleh pemerintah
3) zaman kemewahan, kemegahan dan keselesaan 
4) zaman keamanan dan  kegembiraan
5) zaman kejatuhan (tamak, boros)


Selepas berakhirnya peringkat ke 5 mulalah sesebuah tamadun itu mengalami zaman kejatuhan yang terus menguburkannya dan hanya mengukir catatan dalam buku sejarah dunia. Kita sebagai manusia yang punya peluang belajar dari sejarah, perlu mengambil iktibar dari setiap perkara yang berlaku.. Jika kita tidak belajar dari sejarah kita mungkin akan mengulangi semula kesilapan yang pernah dilakukan orang terdahulu. 


Apapun untuk mengapai mimpi atau ingin doa dimakbulkan kita perlu usaha + tawakal+ banyakkan berdoa.. InsyaAllah akan menjadi kenyataan mimpi itu dan sebaiknya tempat untuk memohon adalah kepada Allah SWT. Rasulullah SAW pernah bersabda 


“Dari Abi Hurairah Ra berkata: Rasulullah saw bersabda: Berdoalah kepada Allah dan yakinlah bahawa doa kamu dikabulkan oleh Allah, dan ketahuilah bahawa Allah tidak menerima doa orang yang hatinya lalai dan lupa”


Justeru itu kita sebagai umat Islam perlulah sentiasa mengabdikan diri kepada Allah dan mengharap dan memohon segala perkara pada-Nya . Mungkin apa yang kita impikan tidak akan di makbulkan sekelip mata tetapi sebaiknya jadilah insan yang sabar dan menambahkan usaha dalam doa yang dipohon. Jangan hanya berdoa tanpa berusaha kerana doa tanpa usaha hanyalah sia-sia sahaja. 


nota kaki: Ya Allah, berikanlah hambamu dan sahabat-sahabatnya ini peluang mengejar impian dan 
               berkatilah apa yang kami impikan ..   

No comments:

Post a Comment