Pages

Friday, 24 June 2011

Apabila nampak anjing


Bismillahirahmanirahim 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu 


Kali ini saya ingin berkongsi mengenai pengalaman pulang dari meeting bersama kawan sebentar tadi. Al kisahnya begini, saya, dan 3 orang sahabat berjalan pulang dari Kafe HS yang terletak di center UIAM untuk kembali ke Mahallah Nusaibah yang terletak di bukit tinggi di UIAM dengan berjalan kaki. Selalunya bila berjalan waktu malam ni nyaman je udaranya. Baik kami melalui CELPAD @ pusat bahasa salah seorang dari kami memberhentikan langkah kerana ternampak beberapa ekor anjing sedang berlari di kawasan yang kami perlu lintas untuk meneruskan perjalanan. 

Kelihatan begitu banyak anjing melintasi kawasan tersebut. Kami terpaksa menunggu seketika untuk memastikan anjing-anjing tersebut sudah selesai melintas. Kami meneruskan perjalanan beberapa minit kemudian, tak sampai sepuluh langkah muncul lagi beberapa ekor anjing melalui jalan yang sama. Kali ini saya berkeras tidak mahu menangguhkan perjalanan lagi. Saya nekad mengambil batu digenggam erat di tangan. 

Saya berbuat demikian bukan apa saya pernah mendengar petua yang menyatakan kalau bertemu dengan anjing pegang atau genggam batu, kalau kata dia melihat ke arah kita cuba buat-buat macam nak baling batu tersebut, InsyaAllah anjing akan lari dari kita. Keduanya, bila kita bertentang mata atau berada dekat dengan anjing jangan sesekali lari atau berasa takut ini kerana anjing dapat mengesan sekiranya seseorang itu takut. Kalau dia dapat kesan yang kita takut alamatnya dia ingat kita ni ancaman dia, tu yang selalu orang buka langkah lari lintang pukang. Cuba berani dan jauhkan rasa takut serta kalau boleh kita berzikir dan beristighfar. 

Jauhkan fikiran anda daripada memikirkan anjing tersebut. Fikirkan perkara yang menggembirakan tapi ingat jangan leka pula. Cuba berjalan dengan laju, bukan lari. Kalau kita lari anjing tu ingat kita nak main dengan dia dan dia pun kejar kita. Kalau anda berjalan secara berkumpulan cuba tenangkan kawan anda yang takut dan jangan buat bising. Kalau buat bising lagi anjing tahu anda dekat dengan mereka. 

Apapun banyakkan berdoa pada Allah, Mohon dia lindungi diri kita. Rasa takut itu hanyalah pada-Nya bukan pada ciptaan-Nya.. 

Wallahualam ...

kalau yang mengejar comel macam ni takpe lakan 



sekali tengok macam german shepard ni.. tak ke lintang pukang lari dibuatnya... 


nota kaki : takut itu lumrah tapi takut Allah itu wajib .... 


No comments:

Post a Comment