Pages

Sunday, 18 December 2011

hidupku untuk Allah bukan manusia

Bismillahirahmanirahim ..


Di saat dataran Tahrir dipenuhi manusia penuh dengan semangat kebebasan dan inginkan perubahan, Nur Husna Sakinah duduk terdiam di meja belajarnya. Terkesima melihat semangat orang-orang arab dalam berjuang untuk perkara yang benar. Selama ini dunia hanya menganggap dunia arab tiada guna dan tidak mampu melakukan perubahan tetapi ternyata anggapan itu salah. Husna adalah pelajar tahun ketiga Universiti Kaherah dalam jurusan perubatan dan kini sedang cuti pertukaran semester. Kali ini dia tidak pulang ke kampung halaman atas sebab sudah mula busy dengan praktikal. 

Sedang asyik membaca surat khabar mengenai revolusi yang sedang berlansung Husna didatangi sahabat serumahnya Sumayyah dan perbualan merekapun bermula; 

Sumayyah : Siti anti tengah buat apa tu?

Husna : Ana tengah baca surat khabar hari ni pasal riots kat tahrir square tu .. 

Sumayyah: Owh yeke... Apa je yang disebut dalam tu anti?

Husna: jumlah yang terkorban dah mencecah 80 orang.. 

Sumayyah: Innalillah.. Owh ye .. Anti ingat tak Nurruddin dan Iman? mereka dah dapat anak .. Anak perempuan lagi tu .. Comel sangat ana tengok. Anti tak nak pergi tengok ke anak mereka?

Husna: Alhamdulillah dah selamat bersalin dah Iman.. Kalau ada kelapangan InsyaAllah ana akan pergi melawat. 

Suara dari dapur kedengaran, 

Aishah : Sumayyah mari sini tolong ana potongkan sayur ... 

Sumayyah: Baik.. Husna nanti kita sambung cerita ye... Ana ke dapur dulu.. 
Sumayyah: 

Perbualan mereka terhenti disitu, Sumayyah terus berlalu ke dapur. Secara tiba-tiba Husna yang tadi khusyuk membaca surat khabar mula sebak dan mengalirkan airmata. Menyedari itu, Husna terus ke katilnya untuk tidak di syaki oleh mana-mana sahabatnya. Apabila kedua nama itu disebut pasti Husna akan mula teringat peristiwa yang berlaku 2 tahun sebelum itu.

Saat itu Husna masih di tahun pertama di kulliyah... Freshie lagi..Masih cuba menyesuaikan diri dengan keadaan pembelajaran, cuaca , masyarakat dan banyak lagi.. Azam dan tekad memasuki kuliyyah dan mahu pulang ke tanah air untuk berbakti pada masyarakat membakar diri dan semangat untuk kuat menghadapi hari2 yang baru.. Jauh di sudut hatinya rasa rindu pada tanah air tercinta.. ibu , ayah dan adik beradik yang ditinggalkan disana. Mungkin sahaja tidak terungkap dek kata-kata..

Hari-hari berlalu bagai daunan layu ditiup angin . Masuk sahaja semester kedua, Husna mula active dengan persatuan bulan sabit merah di Mesir. Mungkin sahaja itu cara yang terbaik untuk melakukan praktikal jurusan yang sedang dibelajarnya. Disitu juga dia ketemu dengan Nurruddin. Nurruddin merupakan senior tahun kedua yang dikenali tika mula menyertai persatuan mahasiswa malaysia mesir. Dipendekkan cerita, Nurruddin insan yang berjaya menawan hati Husna yang kuat dengan prinsip.Sampai satu ketika Nuruddin menyatakan hasrat untuk melamar Husna. Husna amat gembira tetapi kegembiraan itu bertukar duka apabila Nuruddin berkata yang dia tersilap kata dan menyatakan tidak pernah sama sekali menyukai Husna bahkan sebenarnya dia ingin melamar rakan sebilik Husna.

Tika mendengar kata-kata Nurruddin hati Husna sedih dan hancur. Seakan kaca yang jatuh ke tanah. Selama seminggu Husna tidak keluar dari bilik sampai satu tahap tidak ke kulliyyah. Yang lebih memeritkan adalah apabila Husna diminta teman biliknya Iman untuk menjadi peneman sewaktu majlis pernikahannya dengan Nurruddin. Sepanjang hari Husna kuatkan hatinya dengan mengingat Allah. terkadang bergenang air mata saat  duduk disebelah Iman yang sedang bergembira kerana bakal menjadi isteri kepada Nurrudin. Husna terus kuat dan selepas saat itu dia menyatakan pada Nurruddin yang mulai saat itu dia tidak mahu ketemu dengan dia lagi.

Tika sedang mengenangkan perkara lalu,  secara tidak sengaja Naqibah Husna datang ke biliknya untuk ketemu dengan Husna. Kak Sayyidah adalah naqibah yang paling Husna sayang. Mereka selalu dijumpai bersama tak pernah jumpa mereka berasingan sampai satu tahap tu kalau nak cari Husna cari je Kak Sayyidah pasti ketemu. Kak Sayyidah terus mendapatkan Husna. 

Kak Sayyidah : Kenapa kamu sayang? kenapa menangis.. Ada perkara yang mengundahkan hatimu ke sayang?

Husna: Kak saya sebak dan rasa hilang semangat kak. tadi Sumayyah datang beritahu Nurruddin dan Iman dah dapat anak. Saya sama sekali tidak mahu mendengar nama mereka lagi. Hidup saya dah aman sejak mereka di ijab kabul dan berlalu pergi dari hidup . Tapi bila terdengar nama mereka tadi saya rasa marah pada diri saya kak. Sedih. 

Kak Sayyidah: Apa lagi yang mengacau fikiranmu?


Husna: bila semua yang berlaku dua tahun lepas kembali di fikiran, saya rasa lemah kak ... Mungkin sahaja Allah mahu menguji diri ini. Mungkin .. mungkin.. 


Kak Sayyidah : Apa lagi yang mahu dimungkinkan sayang? sayang Allah tidak akan menguji hambanya kalau dia rasa hambanya itu tidak mampu diuji... Sayang Allah sentiasa mendengar kesedihan hamba-Nya dan sentiasa bersama hamba-Nya cuma kita ni yang selalu alpa dan lupa bila sedih baru mahu kembali pada-Nya.. Cuba fikirkan bagaimana cara kamu kembali tenang setelah diduga dulu.. Ujian hati paling berat sayangku.. Bukan mudah untuk menerima apa yang berlaku tetapi mudah kalau hati itu rasa cinta dan kasihnya kerana Allah dan bukan kerana nafsu. Apa yang berlaku itu mematangkan diri bukan? Jadi apa yang kamu perlu lakukan adalah kembali padanya.. Kuatkan hati akan ada yang lain buatmu dan cinta dan kasih Allah itu lagi penting dari segalanya. 


Husna: InsyaAllah kak.. 


Kak Sayyidah: apa kata kamu lakukan seperti yang pernah kamu lakukan dulu sayang. Moga Allah memberi pertolongan kepada-Mu .. mungkin dia rindu pada-Mu .. Kembalilah sujud padanya sayang.  


Kak Sayyidah pun berlalu pergi. Hari berganti hari, bulan berganti bulan Husna tidak lagi beruzlah dari segala aktiviti yang  disertainya. menyendiri dan mencari kekuatan dalam dirinya. Malu pada Allah kerana selama ini cuba menyamakan cinta manusia dan cinta pada Sang Pencipta. Tiap malam dia duduk di hamparan sejadah bertahajjud dan bertaubat pada Allah serta berhajat ditenangkan hati. Lama kelamaan, kekuatannya kembali dan alhamdulillah dia kembali seperti biasa kerana percaya dengan cinta dari Sang Pencipta.

-Bersambung-

*mungkin pendek ceritanya, tetapi ada maksud disebaliknya. faham dan hayati mukadimah cerita ini*



No comments:

Post a Comment