Pages

Showing posts with label phdlifemira. Show all posts
Showing posts with label phdlifemira. Show all posts

Wednesday, 11 November 2020

Tahun ini tahun aku sendiri

 




Tahun ini ku rasa seperti singkat

Atau mungkin tidak lansung ada apa apa

Atau juga aku yang terleka

Kerana berlalunya ia seperti kerdipan mata

Yang pergi tapi tidak diletak erti 


Tahun ini ku rasa selalu emosi 

Mungkin kerana tidak gerak ke sana sini 

Atau hanya terperangkap dalam alam mimpi 

Juga fantasi yang terkongkong dalam diri 


Tahun ini ku rasa berjiwa 

Kerana dekat dengan keluarga 

Dekat juga dengan sayang dimata 

Tidak seperti tahun tahun lalu 

Berlalunya ditempat asing 


Tahun ini ku rasa hilang diri 

Kerana apa yang mahu tidak dapat 

Jadi aku mula bentak 

Kerana hasratku tunggi 

Tapi yang dapat hanya debu pasir yang hilang bertebaran 

Ditiup angin kencang 


Tahun ini sudah meniti hujungnya 

Apa mungkin ada tahun baru yang baru 

Atau masih seperti lama 

Adakah akan terus aku menunggu 

Seperti pungguk rindukan bulan 


Tahun ini tahun aku cipta sendiri 

Dibiar pergi hari hari duniawi 

Dikejar ukhrawi yang kadang berlari 

Penat dan lelah terus hilang arah 

Kemudian bertatih pulang 

Menuju reda ilahi


Tahun ini 

Aku mahu habiskan dengan erti 

Tidak lagi mengeluh dusta pada diri 

Tapi dengan azam serta tekad yang tinggi 

Kerana selagi esok masih ada mentari 

Selagi itu aku perlu kuatkan diri 

Menggapai impian dan cita yang tinggi 

Bukan untuk siapa 

Untuk diri

Tuesday, 20 October 2020

20.10.20

 

Bismillahirahmanirahim




20.10.20, seperti pada tajuk kali ini. Cantikkan tarikh ini. Selalunya tarikh seperti ini mesti ada yang memilih untuk diabadikan saat indah, manis, romantis, gembira dan disambung sendiri ye. Tidak kurang yang memilih untuk berkahwin pada tarikh secantik ini. Akan tetapi tarikh yang saya tujukkan itu jatuh pada hari selasa. Dikala minggu baru bermula. Ditambah pula dengan arahan kekal dirumah. Sungguh bagaimana agaknya cara untuk kita dapat manfaatkan hari itu dengan baik? Nak pergi date, PKP. Nak keluar bersuka ria, risau kes COVID19 melonjak dan kini kawasan di zon merah. Nak beria keluarpun tak boleh sebab saya ada kelas bahasa Parsi. 

Mungkin kita boleh teruskan mengeluarkan alasan yang berjela panjangnnya sedangkan " dimana ada kemahuan disitu ada jalan". Di zaman teknoloji yang serba maju kehadapan. Dikala 5g mula dicanang. Internet tiada limit. Kita boleh dapatkan segala sesuatu yang kita nak di hujung jari sahaja. Saya beri hint pada si Dia yang hari ini cantik dan ajak si Dia buat sesuatu untuk kita ingat bersama. Si dia dan saya kami terpisah dek larangan rentas daerah. Tambahan pula dia sedang bertugas untuk negara. Hanya internet dapat menghubungkan kami di waktu ini. Juga DOA. Yang membaca doakan untuk kami dipermudahkan urusan Ya! 

Oh ye berbalik kepada saya dan si Dia. Saya hanya melontarkan idea tersebut tapi si Dia tidak berkata apa hanyalah oh ye dan minta alamat. Selepas itu diam seribu bahasa. Sayapun tiadalah beria mahu bertanya mahupun bermasam muka kerana kias saya itu jelas. Kalau dia mahu berikan apa-apa saya akan terima walaupun hanya kata-kata puitis dan doa. Tetapi si Dia telah membuatkan saya terharu. Ceritanya begini, ketika saya sedang menghadiri kelas bahasa Parsi tiba-tiba saya dapat panggilan yang bertanya saya ada buat tempahan ke? boleh bagi lokasi tepat. Saya tertanya-tanya bila masa saya beli barang tapi tidak pula terfikir yang si Dia punya kerja. Setelah saya whatsapp runner tersebut saya kembali menyertai kelas. 

Petang sikit di saat angin sepoi sepoi bahasa ditambah awan berarak mendung macam nak hujan saya dapat call . Runner yang call tengahari tadi telefon katanya dah sampai. Sayapun berlari ke bilik tukar ambil tudung. Terus saya keluar dengan muka selebet angkat tangan pada runner yang terpingga-pingga cari rumah saya. Saya buka pintu dan terus ke pagar dan nampak runner tadi memegang sejambak bunga. Terus hati saya berbunga-bunga. Masa itu masih terfikir siapa pulak nak bagi bunga dengan harapan sedikit diberi pada si Dia. Tunggu masuk rumah tengok kad yang terselit pada bunga terus saya sengih panjang. Oh si Dia punya kerja. Fabiayyi ala irobbikuma tukaziban. Alhamdulillah ala kulli hal. 

Bila saya hantar gambar bunga tersebut dia sengih je tanya suka tak? Mana tak saya suka. Dia berikan sejambak bunga yang didalamnya terdapat bunga kegemaran saya iaitu bunga ros. Yang warnanya kesukaan saya. Keduanya, dia juga memilih jambangan yang ada bunga kegemarannya iaitu lily. Ketiga, bungkusan putih menaikkan seri. Keempat bilik saya berbau wangi sedari semalam kerana wanginya bunga hidup ini. Kelima saya ini suka pada jambangan bunga hidup. Mana ada perempuan tak suka kan? Plus, dalam kad itu tertulis sesuatu yang bermakna. Singkat tapi terus tertanam dihati dan minda saya. Juga ada sekeping gambar terselit dalam tu. Gambar dia la. Sungguh the effort is A+. Moga sentiasa dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dan dan cepat cepat sikit kita level up kan KITA. THANK YOU SAYANG :) <3 

Saya pula, dari memberi idea terus-terusan memikirkan apa yang saya mahu berikan si Dia. Saya ini suka beri apa yang dia perlu, atau guna atau manfaatkan. Sebagai seorang bibliophilia, option yang saya paling suka adalah BUKU! Ya saya hadiahkan buku untuk si Dia sebagai kenangan hari yang cantik itu. Buku berjudul disitu langit dijunjung karangan Hana Alkaf itu adalah transliterasi dari buku asal berbahasa inggeris the The Weight of Our Sky. Buku tersebut berlatar belakang peristiwa 16 May 1963 ketika berlaku rusuhan kaum dan pernah disenaraikan sebagai BUKU WAJIB BACA 2019. Saya dan si Dia memang gila buku dan berlumba membaca. Saya sendiri bercita-cita untuk ada perpustakaan dirumah sendiri satu hari nanti inshaAllah. Disebabkan kami tidak boleh berjumpa, saya telah menggunakan khidmat grabmart untuk menghantar hadiah 20.10 saya padanya. Saya rasa lega dapat mengabadikan kenangan hari ini dengan dia. 

Jadi 20.10.20 adalah hari dimana kami dapat memberi dan menerima sesuatu dari satu sama lain. Dalam perhubungan, kita perlu adakan waktu sedemikian untuk lebih mengenali, menyanyangi dan mengenali pasangan kita. KOMUNIKASI adalah satu lagi perkara penting. Nanti ada rezeki saya tulis. Moga-moga COVID 19 cepat habis dan kita semua boleh hidup seperti dahulu. Atau yang terbaik adalah untuk menerima norma baharu ini dan merancang masa depan yang lebih baik. Bagaimana anda habiskan hari yang indah ini? 


nota kaki : Jika bunga boleh berkembang, begitu juga harapan. Terima kasih sayangku MSAH. 





Thursday, 8 October 2020

Semester baru, norma baru

 

Bismillahirahmanirahim 



Pernah tak sepanjang pengajian di sekolah atau di Universiti anda terfikir akan belajar secara online? Pernah tak terfikir yang duduk di rumah pun boleh grad? Ya zaman moden apapun boleh berlaku dan ia berlaku cumanya sebab terpaksa demi keselamatan dan kesihatan. Itulah kehidupan bukan? Tapi bila kini kita dikeadaan ini kita pula pasti akan terfikir, what if keadaan ini tak berlaku. Saya tidak terkecuali dari fikir sebegitu. Saya terbayang kalau tiada COVID19 pasti saya sudah pulang ke Istanbul. Pasti saya sudah merasa kampus baru Universiti kami. Pasti saya sedang lari ke sana sini menguruskan kelas, rumah, ikamet dan pelbagai lagi. List yang banyak sekali. 


Tapi perancangan Allah itu yang terbaik. Disaat ini saya masih lagi dirumah. Masih lagi diberi peluang untuk duduk dirumah dan belajar dengan keluarga disisi. Setiap sesuatu perkara itu ada pros dan cons juga. Bagi saya rumah adalah ruang atau zon selesa saya, maka agak mencabar untuk saya fokus untuk pengajian saya. Duduk di meja study sambil pandang katil di hadapan dan chicko ( kucing saya yang malas) bermalasan di meja sisi sungguh menduga. Seperkara lagi adalah perbezaan waktu dimana Turki lewat 5 jam dari Malaysia. Ada diantara kelas saya yang habis tengah malam tapi untungnya tiada yang mula awal pagi. Jadinya hari saya sangat panjang kerana dari jam Malaysia distretch ke waktu Turkey. Ini belum lagi konsultasi bersama supervisor. InshaAllah "fainna maal usri yusra". 


Semester ini subjek yang saya ambil agak menarik dan menguji diri. Iyelah mana ada orang belajar ilmunya akan kekal stagnant tapi meningkat. Lagi tinggi lagi banyak dipelajari dan lagi susah. Kerana susah itu akan memberi martabat ilmu yang lebih tinggi untuk manfaat dikemudian hari inshaAllah. Senarai di bawah adalah subjek yang saya ambil semester ini :

1. Basic Persian I 

2. World Historiography I 

3. Modernization and Reform in the Ottoman empire 

4. Research Seminar for Ottoman History 1600-1800

5. The Three Gunpowder Empire 

Seperti biasa saya akan pilih lecturer ulung untuk belajar dengan tambahan subjek mereka bukan calang-calang hebatnya. Akan tetapi pilihan ini datang bersama cabaran juga kerana lecturer ulung selalunya punya expectation yang tinggi. Diantaranya kualiti penulisan dan topik untuk kertas akhir semester. Saya suka melihat pada sisi optimis dimana belajar dengan mereka ini adalah peluang keemasan. Kerana mereka ini ada ilmu yang mendalam dan umur jangkauan 80 tahun dapat memberi input pembelajaran dijajar masa yang panjang. Sungguh saya sentiasa doakan mereka sihat dan Allah panjangkan umur mereka supaya saya boleh belajar dari mereka. Saya ini jauh lagi nak sampai seperti mereka dan mungkin tidak mampu akan tetapi ada juga pasang niat nak jadi macam mereka. Doakan ye kawan-kawan. 

Guru atau hoca saya semuanya walaupun sudah berumur tetapi cara mengajar mereka itu yang saya suka. Mereka ini ingin mendidik dan mengajar dengan sepenuh hati. Berlainan dengan Dr baru graduate. iyelah satu hari nanti pasti mereka akan ke tahap itu bukan? Ameen saya doakan . Doa buat saya juga satu hari nanti menjadi guru dan pendidik Sejarah serta penerus mereka ini. Ingin saya tekankan mata pelajaran Sejarah itu tidak mudah sama sekali malahan payah. Macam belajar Law tetapi tak perlulah berdebat di court, cukup di ruang seminar. Yang menarik adalah bila nak cari fakta atau pembuktian kajian. Kekadang boleh jadi Tom rider mahupun National Treasure team. Juga seperti dalam Angel dan Demon. Hehehe. 


Harap saya satu, boleh pulang ke negeri dua benua kerana rindu bayu bosforus. Tapi apapun alhamdulillah ala kulli hal. Kerana peluang dan ruang untuk berbakti di rumah sambil belajar. Moga saya terus istiqomah dalam belajar dan bersemangat. Doakan saya ye semua. Moga cita yang saya belajar untuk diri, keluarga dan negara berjalan lancar. Doa saya buat semua agar sukses dalam apa sekalipun. 


nota kaki : Jaga diri dan stay at home. Kes COVID19 meningkat secara mendadak di Malaysia. Moga Malaysia kan selamat inshaAllah