Bismillahirahmanirahim
Pernah tak sepanjang pengajian di sekolah atau di Universiti anda terfikir akan belajar secara online? Pernah tak terfikir yang duduk di rumah pun boleh grad? Ya zaman moden apapun boleh berlaku dan ia berlaku cumanya sebab terpaksa demi keselamatan dan kesihatan. Itulah kehidupan bukan? Tapi bila kini kita dikeadaan ini kita pula pasti akan terfikir, what if keadaan ini tak berlaku. Saya tidak terkecuali dari fikir sebegitu. Saya terbayang kalau tiada COVID19 pasti saya sudah pulang ke Istanbul. Pasti saya sudah merasa kampus baru Universiti kami. Pasti saya sedang lari ke sana sini menguruskan kelas, rumah, ikamet dan pelbagai lagi. List yang banyak sekali.
Tapi perancangan Allah itu yang terbaik. Disaat ini saya masih lagi dirumah. Masih lagi diberi peluang untuk duduk dirumah dan belajar dengan keluarga disisi. Setiap sesuatu perkara itu ada pros dan cons juga. Bagi saya rumah adalah ruang atau zon selesa saya, maka agak mencabar untuk saya fokus untuk pengajian saya. Duduk di meja study sambil pandang katil di hadapan dan chicko ( kucing saya yang malas) bermalasan di meja sisi sungguh menduga. Seperkara lagi adalah perbezaan waktu dimana Turki lewat 5 jam dari Malaysia. Ada diantara kelas saya yang habis tengah malam tapi untungnya tiada yang mula awal pagi. Jadinya hari saya sangat panjang kerana dari jam Malaysia distretch ke waktu Turkey. Ini belum lagi konsultasi bersama supervisor. InshaAllah "fainna maal usri yusra".
Semester ini subjek yang saya ambil agak menarik dan menguji diri. Iyelah mana ada orang belajar ilmunya akan kekal stagnant tapi meningkat. Lagi tinggi lagi banyak dipelajari dan lagi susah. Kerana susah itu akan memberi martabat ilmu yang lebih tinggi untuk manfaat dikemudian hari inshaAllah. Senarai di bawah adalah subjek yang saya ambil semester ini :
1. Basic Persian I
2. World Historiography I
3. Modernization and Reform in the Ottoman empire
4. Research Seminar for Ottoman History 1600-1800
5. The Three Gunpowder Empire
Seperti biasa saya akan pilih lecturer ulung untuk belajar dengan tambahan subjek mereka bukan calang-calang hebatnya. Akan tetapi pilihan ini datang bersama cabaran juga kerana lecturer ulung selalunya punya expectation yang tinggi. Diantaranya kualiti penulisan dan topik untuk kertas akhir semester. Saya suka melihat pada sisi optimis dimana belajar dengan mereka ini adalah peluang keemasan. Kerana mereka ini ada ilmu yang mendalam dan umur jangkauan 80 tahun dapat memberi input pembelajaran dijajar masa yang panjang. Sungguh saya sentiasa doakan mereka sihat dan Allah panjangkan umur mereka supaya saya boleh belajar dari mereka. Saya ini jauh lagi nak sampai seperti mereka dan mungkin tidak mampu akan tetapi ada juga pasang niat nak jadi macam mereka. Doakan ye kawan-kawan.
Guru atau hoca saya semuanya walaupun sudah berumur tetapi cara mengajar mereka itu yang saya suka. Mereka ini ingin mendidik dan mengajar dengan sepenuh hati. Berlainan dengan Dr baru graduate. iyelah satu hari nanti pasti mereka akan ke tahap itu bukan? Ameen saya doakan . Doa buat saya juga satu hari nanti menjadi guru dan pendidik Sejarah serta penerus mereka ini. Ingin saya tekankan mata pelajaran Sejarah itu tidak mudah sama sekali malahan payah. Macam belajar Law tetapi tak perlulah berdebat di court, cukup di ruang seminar. Yang menarik adalah bila nak cari fakta atau pembuktian kajian. Kekadang boleh jadi Tom rider mahupun National Treasure team. Juga seperti dalam Angel dan Demon. Hehehe.
Harap saya satu, boleh pulang ke negeri dua benua kerana rindu bayu bosforus. Tapi apapun alhamdulillah ala kulli hal. Kerana peluang dan ruang untuk berbakti di rumah sambil belajar. Moga saya terus istiqomah dalam belajar dan bersemangat. Doakan saya ye semua. Moga cita yang saya belajar untuk diri, keluarga dan negara berjalan lancar. Doa saya buat semua agar sukses dalam apa sekalipun.
nota kaki : Jaga diri dan stay at home. Kes COVID19 meningkat secara mendadak di Malaysia. Moga Malaysia kan selamat inshaAllah
No comments:
Post a Comment