Bismillahirahmanirahim
Mungkin kita boleh teruskan mengeluarkan alasan yang berjela panjangnnya sedangkan " dimana ada kemahuan disitu ada jalan". Di zaman teknoloji yang serba maju kehadapan. Dikala 5g mula dicanang. Internet tiada limit. Kita boleh dapatkan segala sesuatu yang kita nak di hujung jari sahaja. Saya beri hint pada si Dia yang hari ini cantik dan ajak si Dia buat sesuatu untuk kita ingat bersama. Si dia dan saya kami terpisah dek larangan rentas daerah. Tambahan pula dia sedang bertugas untuk negara. Hanya internet dapat menghubungkan kami di waktu ini. Juga DOA. Yang membaca doakan untuk kami dipermudahkan urusan Ya!
Oh ye berbalik kepada saya dan si Dia. Saya hanya melontarkan idea tersebut tapi si Dia tidak berkata apa hanyalah oh ye dan minta alamat. Selepas itu diam seribu bahasa. Sayapun tiadalah beria mahu bertanya mahupun bermasam muka kerana kias saya itu jelas. Kalau dia mahu berikan apa-apa saya akan terima walaupun hanya kata-kata puitis dan doa. Tetapi si Dia telah membuatkan saya terharu. Ceritanya begini, ketika saya sedang menghadiri kelas bahasa Parsi tiba-tiba saya dapat panggilan yang bertanya saya ada buat tempahan ke? boleh bagi lokasi tepat. Saya tertanya-tanya bila masa saya beli barang tapi tidak pula terfikir yang si Dia punya kerja. Setelah saya whatsapp runner tersebut saya kembali menyertai kelas.
Petang sikit di saat angin sepoi sepoi bahasa ditambah awan berarak mendung macam nak hujan saya dapat call . Runner yang call tengahari tadi telefon katanya dah sampai. Sayapun berlari ke bilik tukar ambil tudung. Terus saya keluar dengan muka selebet angkat tangan pada runner yang terpingga-pingga cari rumah saya. Saya buka pintu dan terus ke pagar dan nampak runner tadi memegang sejambak bunga. Terus hati saya berbunga-bunga. Masa itu masih terfikir siapa pulak nak bagi bunga dengan harapan sedikit diberi pada si Dia. Tunggu masuk rumah tengok kad yang terselit pada bunga terus saya sengih panjang. Oh si Dia punya kerja. Fabiayyi ala irobbikuma tukaziban. Alhamdulillah ala kulli hal.
Bila saya hantar gambar bunga tersebut dia sengih je tanya suka tak? Mana tak saya suka. Dia berikan sejambak bunga yang didalamnya terdapat bunga kegemaran saya iaitu bunga ros. Yang warnanya kesukaan saya. Keduanya, dia juga memilih jambangan yang ada bunga kegemarannya iaitu lily. Ketiga, bungkusan putih menaikkan seri. Keempat bilik saya berbau wangi sedari semalam kerana wanginya bunga hidup ini. Kelima saya ini suka pada jambangan bunga hidup. Mana ada perempuan tak suka kan? Plus, dalam kad itu tertulis sesuatu yang bermakna. Singkat tapi terus tertanam dihati dan minda saya. Juga ada sekeping gambar terselit dalam tu. Gambar dia la. Sungguh the effort is A+. Moga sentiasa dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dan dan cepat cepat sikit kita level up kan KITA. THANK YOU SAYANG :) <3
Saya pula, dari memberi idea terus-terusan memikirkan apa yang saya mahu berikan si Dia. Saya ini suka beri apa yang dia perlu, atau guna atau manfaatkan. Sebagai seorang bibliophilia, option yang saya paling suka adalah BUKU! Ya saya hadiahkan buku untuk si Dia sebagai kenangan hari yang cantik itu. Buku berjudul disitu langit dijunjung karangan Hana Alkaf itu adalah transliterasi dari buku asal berbahasa inggeris the The Weight of Our Sky. Buku tersebut berlatar belakang peristiwa 16 May 1963 ketika berlaku rusuhan kaum dan pernah disenaraikan sebagai BUKU WAJIB BACA 2019. Saya dan si Dia memang gila buku dan berlumba membaca. Saya sendiri bercita-cita untuk ada perpustakaan dirumah sendiri satu hari nanti inshaAllah. Disebabkan kami tidak boleh berjumpa, saya telah menggunakan khidmat grabmart untuk menghantar hadiah 20.10 saya padanya. Saya rasa lega dapat mengabadikan kenangan hari ini dengan dia.Jadi 20.10.20 adalah hari dimana kami dapat memberi dan menerima sesuatu dari satu sama lain. Dalam perhubungan, kita perlu adakan waktu sedemikian untuk lebih mengenali, menyanyangi dan mengenali pasangan kita. KOMUNIKASI adalah satu lagi perkara penting. Nanti ada rezeki saya tulis. Moga-moga COVID 19 cepat habis dan kita semua boleh hidup seperti dahulu. Atau yang terbaik adalah untuk menerima norma baharu ini dan merancang masa depan yang lebih baik. Bagaimana anda habiskan hari yang indah ini?
nota kaki : Jika bunga boleh berkembang, begitu juga harapan. Terima kasih sayangku MSAH.
No comments:
Post a Comment