Selamat Hari Raya Eid Al Fitri
اللّهُ أكبر، اللّهُ أكبر، اللّهُ أكبر
لا إلَهَ الا اللّه، اللّهُ أكبر
اللّهُ أكبر ولِلّه الحمدَ
Segala puji bagi Allah tuhan yang menciptakan kita
Dari tiada kepada ada
Raya kali ini adalah erti untuk bersama keluarga
Keluarga semata-mata dan kurniaan terindah dari Allah apabila keluarga ini jugalah berada bersama disisi. Mama yang tidak sihat sedari beberapa hari sebelum raya telah membuatku gusar. Apa mungkin Allah mahu mengambil yang paling aku sayangi setelah diambil satu lagi dariku. Pulang awal dua hari menjelang raya. Dengan hadir anak-anak buah terasa ada sinar syukur walaupun tiada sedikit rasa ingin beraya. Cuma ramadhan sedih berlalu hiba.
Dalam keadaan yang risau masih dipersoal tentang diri, juga tidak mampu untuk keluar beraya kerana malu dengan gelar diri, mama yang paling rapat disisi. Kakak dan keluarga juga adalah penyebab senyum terukir dibibir walaupun datang dan pergi rasa gembira itu. Tidak dilupa Jebat, Sultan dan Chicko. Tanpa keluarga ini siapalah saya pada hari ini. Tanpa keluarga juga masih akan mampukah saya menghadap hari esok. Tanpa mama terutamanya apakah akan saya kat menghadapi hari-hari hidup ini. Yang paling utama tanpa Allah disisi masakan mampu untuk saya menghadapi hidup ini kedepan lagi.
Terima kasih Allah untuk setiap kurniamu yang tidak terhingga untuk hambaMu yang sentiasa diuji.
|
pada saat dan ketika ini hanya mama sahaja yang tahu apa yang berada dalam hati |
|
Anak buah tersayang, tempat menumpang kasih dan sayang bersama dua wanita yang paling adik sayang |
nota kaki : Ya Allah kalau nanti kalau diberi peluang untuk masuk ke syurgamu, tidak ada yang aku ingin pinta selain dari dikumpulkan daku bersama ahli keluargaku ini dan baba di Jannahmu. Moga baba dan mama kau letakkan di syurgamu yang tertinggi.