Pages

Showing posts with label mira2023. Show all posts
Showing posts with label mira2023. Show all posts

Friday, 12 May 2023

Sendiri


Bismillahirahmanirahim



    S-E-N-D-I-R-I- adalah satu perkataan yang menunjukkan rasa. Selalu kita dengar manusia minta untuk dibiar sendiri atau memilih untuk sendiri. satu frasa yang kadang rasa lebih negatif dari positif. Sendiri itu kadang kala membosankan tetapi juga menenangkan. Terkadang manusia perlu memaksa diri untuk menyendiri kerana dunia ini sangat sibuk sehingga kita tidak ada rasa tenang yang hakiki. Cuma satu sahaja yang perlu diingati, kita manusia adalah ciptaan yang perlu berhubung/bersosial. Jangan terlalu lama sendiri kerana jika kita terlalu asyik sendiri akan hilang makna manusiawi. 

Sendirilah, jika itu membuatmu nyaman. Sendirilah, jika itu membuatmu jadi lebih baik. Sendirilah, jika itu membuatmu lebih bahagia. 


nota kaki : waktu bersendiri yang paling indah ialah sendiri bersama ilahi. 







Wednesday, 3 May 2023

Terjanji - Mikha Angelo


 




Dari satu kejadianKepada dua manusiaLahir sebuah impianAda angan yang terpendamDari hati yang terdalamMasa depan yang sempurna

Itulah aku dan kamuBiar dunia berkata apaCintaku terus bertahan lamaSelamanya..Selamanya..

Perlahan kita melangkahDiiringi tangis dan tawaTapi aku bahagia selama kamu adaWalau tak selalu mudah

Itulah aku dan kamuBiar dunia berkata apaCintaku terus bertahan lamaSelamanya..

Itulah aku dan kamuTerikat menjadi satuAbadi lewati batas waktuSelamanya..Selamanya..

Oh aku tak tahuHarus bagaimanaSemua akan berubah bila ku tanpamuBagai berlari tanpa kakiKu takkan bisa pergiKu butuh kamuDan semakin ku coba pegang kendaliAku kembali ke tempat yang samaApa aku harus matiTuk temukan mu lagiDi hidup yang lain

Inilah aku dan kamuBiar dunia berkata apaCintaku terus bertahan lamaSelamanya

Itulah aku dan kamuBiar dunia berkata apaCintaku terus bertahan lamaSelamanya..

Itulah aku dan kamuTerjanji menjadi satuAbadi lewati batas waktuSelamanya..Selamanya..Selamanya..




nota kaki : Moga akan ada kamu untuk aku. Jika tidak disini moga di syurga nanti. 

Saturday, 22 April 2023

Eid Al fitri 1444H

 

Selamat Hari Raya Eid Al Fitri 



اللّهُ أكبر، اللّهُ أكبر، اللّهُ أكبر لا إلَهَ الا اللّه، اللّهُ أكبر اللّهُ أكبر ولِلّه الحمدَ 
Segala puji bagi Allah tuhan yang menciptakan kita 
Dari tiada kepada ada 
Raya kali ini adalah erti untuk bersama keluarga 
Keluarga semata-mata dan kurniaan terindah dari Allah apabila keluarga ini jugalah berada bersama disisi. Mama yang tidak sihat sedari beberapa hari sebelum raya telah membuatku gusar. Apa mungkin Allah mahu mengambil yang paling aku sayangi setelah diambil satu lagi dariku. Pulang awal dua hari menjelang raya. Dengan hadir anak-anak buah terasa ada sinar syukur walaupun tiada sedikit rasa ingin beraya. Cuma ramadhan sedih berlalu hiba. 
Dalam keadaan yang risau masih dipersoal tentang diri, juga tidak mampu untuk keluar beraya kerana malu dengan gelar diri, mama yang paling rapat disisi. Kakak dan keluarga juga adalah penyebab senyum terukir dibibir walaupun datang dan pergi rasa gembira itu. Tidak dilupa Jebat, Sultan dan Chicko. Tanpa keluarga ini siapalah saya pada hari ini. Tanpa keluarga juga masih akan mampukah saya menghadap hari esok. Tanpa mama terutamanya apakah akan saya kat menghadapi hari-hari hidup ini. Yang paling utama tanpa Allah disisi masakan mampu untuk saya menghadapi hidup ini kedepan lagi. 
Terima kasih Allah untuk setiap kurniamu yang tidak terhingga untuk hambaMu yang sentiasa diuji. 


pada saat dan ketika ini hanya mama sahaja yang tahu apa yang berada dalam hati 

Anak buah tersayang, tempat menumpang kasih dan sayang bersama dua wanita yang paling adik sayang





nota kaki : Ya Allah kalau nanti kalau diberi peluang untuk masuk ke syurgamu, tidak ada yang aku ingin pinta selain dari dikumpulkan daku bersama ahli keluargaku ini dan baba di Jannahmu. Moga baba dan mama kau letakkan di syurgamu yang tertinggi.