Bismillahirahmanirahim
S-E-N-D-I-R-I- adalah satu perkataan yang menunjukkan rasa. Selalu kita dengar manusia minta untuk dibiar sendiri atau memilih untuk sendiri. satu frasa yang kadang rasa lebih negatif dari positif. Sendiri itu kadang kala membosankan tetapi juga menenangkan. Terkadang manusia perlu memaksa diri untuk menyendiri kerana dunia ini sangat sibuk sehingga kita tidak ada rasa tenang yang hakiki. Cuma satu sahaja yang perlu diingati, kita manusia adalah ciptaan yang perlu berhubung/bersosial. Jangan terlalu lama sendiri kerana jika kita terlalu asyik sendiri akan hilang makna manusiawi.
Sendirilah, jika itu membuatmu nyaman. Sendirilah, jika itu membuatmu jadi lebih baik. Sendirilah, jika itu membuatmu lebih bahagia.
nota kaki : waktu bersendiri yang paling indah ialah sendiri bersama ilahi.
No comments:
Post a Comment