Pages

Monday, 9 October 2017

Oktober 2017/Ekim 2017

Bismillahirahmanirahim. 




Berlalu sudah bulan September dan kini hampir habis minggu pertama bulan Oktober. Bagi diri saya bulan September adalah bulan yang begitu padat dan merangkumi 3 negara saya lewati. Malaysia, Qatar dan Turki. Mungkin kalau dihitung hanya 30 hari yang singkat tetapi kalau disusun setiap satu yang ingin dilaksana ternyata padat. Sungguh sekiranya waktu diguna dengan baik pasti banyak yang boleh dimanfaatkan. 

bergambar bersama Prof Redzuan Othman 

Untuk seorang yang bernama Amirah, jadualnya selalu penuh dengan aktiviti mencari bahan dan bersosial dengan komuniti lokal serta antarabangsa. Kalau dilihat kembali bulan September sesampai di Turki saya menghadapi masalah penginapan dimana saya telah diletakkan di asrama yang terletaknya jauh sekali dari pusat bandar dan Universiti. Saya pada waktu itu agak buntu kerana tidak dapat memikirkan solusi terbaik untuk menghabiskan masa dijalanan. Saya kemudiannnya berbincang dengan mama yang ketika itu berada di Mekkah dan alhamdulillah mama mahu saya terus tinggal di situ. 

Hari bersilih ganti dan saya cuba menghabiskan waktu dengan bacaan untuk penulisan master thesis yang perlu diselesaikan akan tetapi seakan tiada jalan penyelesaian. Saya menjadi sedikit tertekan kerana masa yang ada sudah singkit. Alhamdulillah saya mendapat sokongan dari keluarga, sahabat baik saya Esra, Ashiqin, Amalina dan geng Istanbul Asia (Ain dan Afifi) sedikit sebanyak menaikkan semangat untuk menghabiskan penulisan. Saya juga beberapa waktu yang lalu berjumpa dengan penyelia tesis iaitu Dr Betul Argit. Beliau memberi komentar positif terhadap "draft" yang saya telah lakukan dan menggalakkan saya menulis dengan lebih pantas. 

bergambar bersama Tok Pa

Selain itu, hari yang paling sibuk dalam hari-hari saya di Istanbul adalah pada 27.9.2017. Pada hari tersebut, saya menyertai dua program penting. Pertamanya, seminar Ottoman History di Fatih Sultan Mehmet Vakif University bersama delegasi pejabat menteri besar Perak, Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri Perak serta Universiti Sultan Azlan Shah dan Universiti Selangor. Selepas itu, saya berlari ke majlis makan tengah hari bersama Tok Pa, Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia. Hari yang sangat bermanfaat buat saya. Hari itu juga Allah memberikan peringatan kepada saya supaya lebih berwaspada kerana pada ketika itu saya kehilangan beg kertas yang didalamnya terkandung perkara penting. Di dalam itu, ada buku nota/diari yang saya guna setiap hari untuk catatan perkara penting dan perihal tesis yang sentiasa di bawa kemana sahaja. Sepanjang malam tak tidur tenang dek memikirkan bag tersebut. Alhamdulillah ala kulli hal keesokan harinya saat saya bersama Esra berada di Uskudar kami menghampiri sebuah teksi dan bertanya mana tahu ada terjumpa atau punya khabar mengenai barang yang tertinggal dan SubhanaAllah ada di dalam teksi yang kami sapa itu. Saya dengan automatik menangis kegembiraan. Sungguh Allah itu maha pengasih dan penyayang. 

Seterusnya, hari-hari berlalu seperti biasa dengan perjumpaan mingguan bersama Esra dan panggilan meeting oleh MASAT. Budaya aktivisma dan "volunteerism" seakan tidak boleh dipisahkan dari jasad ini. Sejauh manapun berlari masih ada ikatan kuat untuk membantu. Moga semangat ini tidak berhenti dan seiiring dengan rasa ingin menjadi Sejarawan untuk Pertiwi. 

program bersama Negeri Perak 


Bulan Oktober banyak lagi yang menanti dan lebih  pantas jari dan minta perlu bekerja untuk menyiapkan tesis. Harapku satu, dapat disiapkan master tesis sebelum habis musim salju dan sempat menghasilkan beberapa penulisan artikel dan persiapan Muzakarah di Perak pada bulan Februari. oh ye sebelum terlupa ada satu program yang saya sedang sediakan, Persidangan Bosphorus Pelajar Malaysia 2018. Mohon doa semua ya untuk saya dipermudahkan segala urusan dan buat semua saya doakan kalian dipermudahkan urusan juga! 

asrama yang disayangi


Nuramirah Shahrin 
11.46 malam 
Istanbul 29 Mayis Universitesi Kiz Konukevi 
Umraniye, Istanbul, Turkey 


No comments:

Post a Comment