Bismillahirahmanirahim.
Semua sedia maklum pada hari Jumaat 22/9/2017 kita menyambut awal Muharram 1439 H. Dilihat pada tahun, ribuan tahun telah berlansung kalendar Islam. Sejarah awal pengunaan kalendar Islam ini dikira dari detik hijrah Nabi Muhammad SAW dari kota Mekah ke kota Madinah. Ibrah dari perpindah junjungan mulia ini membawa kepada satu tingkat yang lain sejarah Islam. Sungguh kita dapat lihat pengorbanan Rasulullah bersama masyarakat Islam yang awal dalam memaknai Islam dalam diri untuk disebarluas ke luar dari tanah sendiri.
SEJARAH HIJRAH RASULULLAH SAW
Dalam beberapa riwayat yang sahih disebutkan bahawa setelah Abu Bakar ra melihat kaum Muslim sudah banyak yang berangkat hijrah ke Madinah, ia datang kepada Rasulullah saw meminta izin untuk berhijrah. Tetapi dijawab oleh Rasulullah saw, “Jangan tergesa-gesa, aku ingin memperoleh izin dulu dari Allah.“ Abu Bakar bertanya, “Apakah engkau juga menginginkannya?“ Jawab Nabi saw, “Ya.“Kemudian Abu Bakar ra menangguhkan keberangkatannya untuk menemani Rasulullah saw. Ia lalu membeli dua ekor unta dan dipeliharanya selama empat bulan.
Selama masa tersebut kaum Quraisy mengetahui bahawa Rasulullah saw telah memiliki pengikut dan sahabat dari luar Mekkah. Mereka khawatir Rasulullah saw keluar dari Mekkah kemudian menghimpun kekuatan di sana dan menyerang mereka. Maka diadakanlah pertemuan di Darun-Nadwah (rumah Qushayyi bin Kilab, tempat kaum Quraisy memutuskan segala perkara) utuk membahas apa yang harus dilakukan terhadap Rasulullah saw. Akhirnya diperoleh kata sepakat untuk mengambil seorang pemuda yang kuat dan perkasa dari setiap kabilah Quraisy. Kepada masing-masing pemuda itu diberikan sebilah pedang kemudian secara bersama-sama mereka serentak membunuhnya, agar Bani Manaf tidak berani melancarkan serangan terhadap semua orang Quraisy. Setelah ditentukan hari pelaksanaannya, Jibril as datang kepada Rasulullah saw memerintahkan berhijrah dan melarangnya tidur di tempat tidurnya pada malam itu.
MAKNA HIJRAH DARI KACA MATA DIRI
Dalam diri ini, pemaknaan HIJRAH itu bagi saya ada dua, dalaman dan luaran. Hijrah mengikut dalaman pada hemat saya adalah penghijrahan yang didorong logik akal fikiran dan hati. Ini sering kali berkait dengan perubahan dari sudut mental seseorang dan tingkah laku. Selalunya dari yang kurang baik kepada lebih baik. Kita sering mendengar khabar penghijrahan ini sinonim dalam hidup beragama akan tetapi ia melibatkan kerangka yang lebih besar. Sudah tentu penghijrahan kearah lebih baik dalam konteks keagamaan adalah sesuatu yang baik kerana ia akan mendorong seseorang itu kearah positif dan lebih baik.
Dari sudut luaran, saya melihat ini sebagai perubahan dari segi fizikal dan sekeliling. Perubahan ini didorong oleh faktor perseketikaran seseorang itu. Sebagai contoh sekiranya dia berada di lingkungan jemaah dia akan terdorong melakukan perkara yang terbiasa dilaksanakan oleh pihak jemaah tersebut. Satu lagi contoh, sekiranya dia berada didalam kalangan mereka yang menyokong kumpulan bola sepak Real Madrid dia akan terdorong mengikut perilaku penyokong kelab tersebut.
Perubahan kedua-dua aspek ini membawa kepada perubahan secara total seseorang dan ia boleh membawa tarikan sifat positif mahupun negatif. Dorongan dan pengaruh terutama luaran yang banyak mengalirkan daya ubah dalaman. Justeru, seseorang perlulah bijak dalam memilih persekitaran agar tidak membawa diri kearah yang tidak baik mahupun jauh dari yang asal.
PENGALAMAN HIJRAH DIRI
Ingin sekali saya berkongsi dari pengalaman diri HIJRAH saya. Bagi saya yang paling besar HIJRAH pernah saya lakukan adalah berpindah dari Malaysia ke Turki. Asbabnya adalah tawaran biasiswa dari kerajaan Turki dan pengajarannya saya banyak. Kerana asbab yang satu saya belajar banyak sekali yang impaknya pada diri, keluarga dan sekeliling. Saya berjaya memenuhi cita-cita belajar di Turki (Alhamdulillah). Semua ini berkat doa mama dan baba beserta orang sekeliling dan paling utama Allah yang memberi peluang ini. Akan tetapi dalam mencorak kehidupan di tempat asing banyak sekali perkara yang berlaku dan peristiwa yang mengubah diri. Nak atau tidak diri sendiri yang perlu bangkit kalau jatuh, membumi kalau terlalu ke langit dan sedar kalau sudah lalai. Sampai hari ini, saya akan selalu ingatkan diri untuk faham arti ke sini dan perancangan masa hadapan. Kita hanya mampu merancang dan hanya Allah yang akan menentukan.
AYAT ALQURAN MENGENAI SARANAN DAN MAKNA HIJRAH
وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَّا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman) . Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana. [Al Anfaal (8): 63]
وَإِن كَادُوا لَيَسْتَفِزُّونَكَ مِنَ الْأَرْضِ لِيُخْرِجُوكَ مِنْهَا ۖ وَإِذًا لَّا يَلْبَثُونَ خِلَافَكَ إِلَّا قَلِيلًا
Dan sesungguhnya benar-benar mereka hampir membuatmu gelisah di negeri (Mekah) untuk mengusirmu daripadanya dan kalau terjadi demikian, niscaya sepeninggalmu mereka tidak tinggal, melainkan sebentar saja. [Al Israa’ (17): 76]
Maksudnya: kalau sampai terjadi Nabi Muhammad s.a.w. diusir, oleh penduduk Mekah, niscaya mereka tidak akan lama hidup di dunia, dan Allah segera akan membinasakan mereka. Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah bukan karena pengusiran kaum Quraisy, melainkan semata-mata kerana perintah Allah.
إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنتُمْ ۖ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ ۚ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا ۚ فَأُولَٰئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖوَسَاءَتْ مَصِيرًا
Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : “Dalam keadaan bagaimana kamu ini?.” Mereka menjawab: “Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri (Mekah).” Para malaikat berkata: “Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?.” Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali. [An Nisaa’ (4): 97]
Konklusinya, Hijrah itu perlu kearah kebaikan dan jauhi segala aspek yang memperbaiki diri, meningkatkan daya pemikiran dan memberikan impak kepada sekeliling.
Apa makna hijrah pada diri anda?
Nuramirah Shahrin
Istanbul 29 mayis kiz konukevi,
Umraniye, Istanbul
12.18am
No comments:
Post a Comment