Bismillahirrahmanirrahim..
Tahun lalu, 2012 telah memberikan terlampau banyak kisah pahit, manis, sedih, gembira, tawar, masin, kelat semua jenis rasa dalam hidup tapi yang paling penting masa merasa hidup bertuhan. Ya saya percaya sebaik - baik perancangan adalah rancangan yang ditetapkan oleh Allah. kita sebagai manusia perlu merancang dan berusaha melaksanakan selepas itu biar Allah menentukan apa yang terbaik :)
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”
surah al-Imran : 54
Setelah sekian lama menyepi dari menaip di sini saya kembali. Maaf tak sempat nak menaip dan berkarya disini. banyak sebab musabab yang meminda agenda berblogging ni. Moga lebih rajin diri ini mengupdate akan datang insyaAllah.
Setiap kali tahun baru menjelma, mesti semua akan mula memasang azam untuk dilunaskan di tahun ini dan yang pasti tak semua azam- azam tersebut terlunas di tahun sebelumnya. Bukan nak menjatuhkan semangat mereka yang memasang hajat, cuma saya fikir tak salah memasang hajat tapi sebaiknya "walk the talk" (ditujukan pada diri sendiri juga). So saya rasa yang terbaik bawa ke depan hajat yang yang tak terlunas dan tambah(jika perlu) hajat baru.
Bagi saya, hajat yang sudah dilunaskan juga perlu di lakukan semula untuk diperbaiki jika perlu. Hajat dan azam tahun baru saya tak banyak berubah. Masih banyak yang sama (sebab saya punya hajat yang banyak) cuma tahun ini punya penambahan sikit. Ada 5 azam baru yang insyaAllah akan cuba dilunaskan di tahun ini :)
"Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya".
Surah Ali-Imran : Ayat 159
Untuk tahun 2013, azam yang baru masuk carta hajat tahun 2013 saya adalah seperti berikut:
1. terbang ke destinasi yang di impikan (Istanbul 2013)
2. masuk marathon
3. naikkan pointer lagi supaya tak payah bayar PTPTN
4. buat perancangan master di Istanbul
5. boleh memandu dengan cekap
Kesemua diatas nampak simple tapi memerlukan keazaman dan semangat juang yang tinggi untuk dilaksanakan. Mohon semua kirimkan doa buat saya ye :) saya tidak mahu hanya sekadar di taip sahaja azam-azam ini tapi mahu "walk the taip". Mogakan terlaksana. bagi 5 azam yang di recycle biar saya sahaja yang tahu dan moga akan tercapai dan tergapai.
Saya ingin sekali mencontohi semangat Sultan Mehmet II Fateh dalam membuka Kota Constantinople (kini Istanbul). Dalam usaha awalnya, kegagalan secara berterusan berlaku dan beliau serta askar hampir berputus asa tetapi setelah mendengar tentang kisah seorang sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayub Al Ansari RA yang tidak mahu terlepas daripada menyertai kempen jihad fisabillah tersebut. Peperangan tersebut berlaku pada 674M semasa pemerintahan dinasti Umaiyyah. Ketika itu, umur Abu Ayub sangat tua iaitu dalam lingkungan 98 tahun. Miskipun uzur, Abu Ayub tetap berkeras mahu turut ikut serta dalam kempen bersejarah tersebut. Kempen tersebut diketuai oleh anak kepada Muawiyyah bin Abi Sufian, Yazid bin Muawiyyah. Amanat terakhir beliau sebelum meninggal dunia adalah supaya beliau ditanamkan berdekatan dinding konstantinople. Ini kerana dia ingin mendengar bunyi derapan kuda Islam yang akan membuka kota dan melunaskan kata Rasulullah iaitu " sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik askar yang akan berjaya membuka kota tersebut"
Ibrah dari cerita tersebut membawa kepada pembukaan kota tersebut dan jatuhnya kota tersebut ke tangan Islam. Sungguh dengan keazamaan dan cita-cita beserta usaha dan tawakal segala mimpi bisa menjadi realiti. Cuma kita yang membezakan keberlansungan dan kejadian perkara tersebut. Sampai di sini sahaja dahulu. Moga saya akan diberi lebih banyak lagi kelapangan mengemaskini blog ini insyaAllah.
Nota kaki : doa tidak putus untuk saudara seIslam di Gaza, Syria, Arakan dan seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment