Bismillahirrahmanirrahim..
Hasil daripada program AMYG 12 beberapa agenda telah berlansung antaranya adalah Lawatan rasmi ke Pusat Advokasi dan Hak Asasi Manusia serta Dewan Parwakilan Rakyat. Selain itu, fokus utama program adalah pada sesi pembentangan mengenai tajuk “Challenges on Muslim Youth in Malaysia on the Socio cultural sector” serta perbincangan program yang akan datang. Pada sesi pembentangan setiap Negara telah berkongsi masalah yang dihadapi dan dari situ kami sebulat suara bersetuju antara masalah utama yang dihadapi oleh belia Islam Asean adalah masalah kejatuhan moral dalam komuniti, sistem pendidikan yang bersifat secular, korupsi yang berleluasa dan jurang ekonomi yang tinggi.
Secara keseluruhan, diskusi yang diadakan selepas pembentangan hanya fokus kepada permasalahan yang berlaku dan dari segi perbincangan solusi akan diadakan pada pertemuan akan datang. Di samping itu, wakil ABIM telah mengadakan sesi tidak rasmi antara wakil HEWI yang hadir pada perhimpunan tersebut membincangkan mengenai isu permasalahan keluarga dan wanita.
Hasil dapatan daripada sesi perbincangan adalah perancangan dalam tempoh setahun daripada sekarang yang telah dipersetujui oleh semua perwakilan adalah seperti berikut:
Asean Muslim Youth Gathering @ akan diadakan di Malaysia pada bulan Julai 2013
Tema : Social Justice and Human Right
Program akan membincangan solusi kepada permasalahan sejagat
Sebuah modul akan digubal hasil daripada perbincangan program untuk kegunaan setiap negara yang terlibat
Secara keseluruhan program ini berperanan sebagai medium perkenalan dan pembinaan jaringan antara keempat-empat negara yang hadir. Sebuah group di facebook telah diwujudkan sebagai medium perhubungan dan perkongsian matlumat sepanjang tempoh menuju AMYG 2013. Harapan saya bagi AMYG 2013 adalah semoga program akan mencapai tujuan dan matlamat sebenar selari dengan penubuhan ASEAN Community 2015.
Dengan itu di selitkan sekali gambar sepanjang keberadaan saya di sana..
pergi dengan mereka berdua kesana @_@ bukan mudah tapi senior terbaik
terima kasih temankan abg mu'iz & abg anuar
bergambar kenangan di Pusat Advokasi dan Hak Asasi Manusia
sesampai di Jakarta makan dulu (Japanese food)
bergambar bersama pimpinan PAHAM
menuju ke dewan utama Parlimen Indonesia bersama dua cewek cantik
bersama ketua komisi I, DPR Pak Najib
macet yang menstresskan sepanjang berada di sana. pasti penduduk Jakarta semuanya penyabar
bersama Gunawan ketua Umum SALAM UI
bersama pembuli sejati , wakil Malaysia yang hadir, Alif, Abg Anuar, Eikhwan, Abg Muiz, dan ops lupa nama .. sorry
bersama ukhti2 yg excited jumpa saya
buah hati sepanjang program hingga kini yang setia temankan saya through out my stay in Depok (Indah, Darni, Latifah)
*Apupun syukur yang tak terhingga kerana diberikan peluang enggembara ke bumi Indonesia dan duduk semeja bersama belia islam seAsean berbicara masalah ummat setempat.. Moga dapat ketemu dengan anda semua di perjumpaan akan datang. Terima kasih atas layanan yang siip sekali. Kehadiran mahasiswa dan belia yang peduli Ummat itu pasti membanggakan Rasulullah.
"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)
nota kaki : Depok adalah daerah yang terletak di luar kawasan Jakarta. Moga punya peluang lagi ke sana. Banyak pengalaman ditimba untuk dikongsi bersama. terima kasih mama dan baba sebab hantar dan ambil dari airport <3 selalu!
No comments:
Post a Comment