Pages

Friday, 26 August 2011

Islam agamaku dunia akhirat



Namaku Lim Thiam Foong . Nama itu hanya tinggal kenangan , aku kini bergelar Muhammad Yusoff bin Muhammad Abdullah . Berumur 21 tahun . Aku adalah anak tunggal kepada sepasang suami isteri berbangsa cina yang menetap di Petaling Jaya . Sewaktu berumur 15 tahun ibu bapaku telah terbuka hati untuk memeluk agama Islam bermaksud akupun secara automatik mesti masuk agama itu kerana masih di bawah umur 18 tahun . Saat itu ku rasakan hidupku telah berakhir , tiada lagi kebebasan melakukan segala perkara tidak mengira waktu , tetapi kini terikat dengan waktu solat 5 kali sehari yang membebankanku ketika itu .


Sejak saat itu aku sering membelakangkan ibubapaku dan selalu mengingkari arahan mereka kerana menganggap keputusan mereka itu adalah salah dan mereka akan menyesal dengan keputusan yang di lakukan . Aku bertambah benci dengan agama ini apabila kawan – kawan yang sering lepak dan keluar bersama mula meminggirkanku setelah mengetahui status ku kini yang bergelar orang islam . Selain itu , aku mula di jadikan bahan ejekan oleh rakan sedarjatku yang berbangsa cina dan sering di katakan pembelot kepada agama buddha di sekolah yang majoriti pelajarnya bukan Islam .


Yang menambahkan pilu di hatiku adalah kekasihku Michelle telah meninggalku dan mula membenciku . Cinta kami yang indah seperti cerita sehinggakan tiada siapa yang boleh memisahkan kami dan janji sehidup semati selamanya hanya tinggal kenangan . Hancur dan musnah segala – galanya bagiku dan dunia seakan sudah berakhir. Saudara - maraku juga meminggirkan keluargaku sehinggakan datuk dan nenekku tidak lagi mengaku yang ibu bapaku adalah anak mereka .


Aku yang dulunya periang dan terkenal di sekolah bertukar menjadi seorang yang dan pemarah . Pada suatu hari , ustazah Siti Aisyah memanggilku dan menyuruhku datang untuk aktiviti Persatuan Islam sekolah kerana persatuan itu wajib di sertai oleh pelajar islam di sekolahku . Pada mulanya aku menolak tetapi tiba – tiba aku terbuka hati untuk menghadiri persatuan itu . Agak janggal rasanya menyertai kelab yang di sertai oleh mereka yang tidak pernah ku sapa sebelum ini . Selepas menghadiri ke persatuan pelajar islam sekolah aku mula meyedari keindahan dan keistimewaan agamaku kini .


Di kelas agama aku lebih menumpukan perhatian daripada sebelum ini . Pada satu hari ustazah memanggilku dan memberi sepucuk surat , aku terus membuka dan membaca isi surat tersebut . Ia adalah surat jemputan ke kem kepimpinan pelajar islam selama 3 hari 2 malam yang akan berlansung hujung minggu itu dan tanpa sempat memberitahu ibubapaku aku bersetuju untuk menyertai kem itu kerana sudah pasti ibubapaku bersetuju untuk aku pergi ke kem itu . Semalaman aku tidak dapat melelapkan mata mengenangkan apa yang akan berlaku di kem .

Hari yang ditunggu muncul tiba , aku tiba di UIA di hantar oleh ibu bapaku selepas solat jumaat . Sesampai di sana , beberapa rakan sekolahku telah sampai dan kami mendaftar diri bersama – sama dan kami dapat menginap di bilik yang sama . Inilah pertama kali aku tinggalkan rumah untuk aktiviti keagamaan dan walaupun keadaan bilik hostel kami itu tidak secantik bilikku di rumah , tetapi ia telah mengajarku erti kehidupan dan rasa syukur dengan apa yang kita ada . Aktiviti bermula selepas solat asar , seperti biasa aktiviti yang biasa di lakukan adalah sesi ice breaking .

Banyak aktiviti yang dijalankan sewaktu kem itu menyedar dan menginsafkanku serta membuatkanku menyesal atas segala yang aku lakukan semenjak menjadi seorang muslim . Pada hari kedua di kem itu , seorang penceramah telah memberi ceramah yang mengubah diriku dan memberi impak dalam diriku sehingga kini . Segala yang dikatakannya telah membuka mata dan hatiku untuk menjadi seorang muslim yang sejati. Aku juga tidak lagi berasa keseorangan kerana kini aku mempunyai ramai kawan dalam erti kata yang lain kawan sejati yang boleh menolongku dalam apa jua keadaanpun .

Setelah pulang dari kem itu aku membuat ikrar untuk menjadi seorang yang berani seperti sahabat rasulullah , Saidina Umar bin Al Khattab yang berani dan tegas dalam menegakkan agama Islam dan memerintah kerajaan khulafa’ ar – rasyidin pada suatu masa dahulu . Tiada lagi rasa gentar untuk bertemu kawan yang meminggir dan membuliku . Aku bukanlah Lim tetapi Yusoff dan Yusoff ini bukan yang sering di perkotak – katikkan oleh rakan bukan islam .

Semua itu adalah kisahku di sekolah menengah dan hanya menjadi kenangan buatku sepanjang hayat . Kini aku sedang melanjutkan pelajaran di UIAM dalam bidang pyschology supaya boleh memahami seseorang manusia itu dengan lebih mendalam . Ibu bapaku akan berangkat ke tanah suci mekah pada tahun ini untuk menunaikan haji . Mereka sangat gembira dengan perubahanku sejak pulang dari kem itu . Aku di maklumkan rakanku bahawa michelle sekeluarga telah memeluk islam , syukurlah mereka telah terbuka hati dan berada di jalan yang benar . Aku percaya segala yang baik datang dari ALLAH . fii emanillah .


p/s: Allah sayangkan setiap hamba-Nya .. 

Tuesday, 23 August 2011

babaku yang kuat


Bismillahirrahmanirahim.. 

gambar raya lepas 

post kali ini buat babaku yang sayang yang sedang berperang dengan ujian Allah .. 
Baba adik tau baba kuat ! Adik, Mama dan Kakak akan sentiasa ada untuk baba dan takkan putus doa untuk baba.. 
Baba kuat .. Hari tu adik nampak airmata dah berlinang dimata baba, tapi baba tetap kuat tak titiskan pun airmata tu .. 
Adik nak jadi setabah baba, sekuat baba dan setenang baba.. 
Maafkan adik kalau adik ada buat salah dengan baba.. 
adik sentiasa sayang baba dan sayang tu takkan terhenti ... 
Moga Allah akan sentiasa kuatkan baba dan adik harap baba jangan sesekali putus asa!!

 sayang baba selalu 


bergaya di pagi raya 



baba dan saya banyak berkongsi minat.. kami sama-sama gilakan kamera, gadget.. 
selalu berbicara tentang teknologi dan designing.. 
suka mencuba resipi baru dan masak bersama walaupun kekadang gaduh2 la jugak..
suka tengok bola, badminton, f1 sampai terpekik pekik..
suka tengok rancgn realiti dan jadi pengkritik setia... 
suka window shopping dan shopping..  
suka berdebat isu politik.. 
dan banyak lagi yang kami suka lakukan bersama.. 
gaduh pun suka jugak tapi itu lumrah bukan.. 
kalau kena marah atau cam nak gaduh dengan baba mesti saya yang nangis takut Allah marah.. 

tapi yang penting saya sayang BABA saya ..En Shahrin bin Che Mat.. 

p/s: kawan baik saya di rumah :) baba saya .. mungkin ada yang kata dia garang tapi bagi saya dia garang sebab dia sayang... Love u baba..
Ya  Allah Robb sekalian manusia, hilangkanlah kesengsaraan ini dan sembuhkanlah ia. Karena sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tidak ada kesembuhan melainkan hanya dari-Mu yaitu kesembuhan yang tidak  mennggalkan penyakit lagi.)

Sunday, 21 August 2011

Laylatul Qadr - Night of Power


Bismillahirahmanirahim




Malam laylatul qadar.... malam yang lebih baik dari 1000 malam.. Ya Allah moga diri ini dipertemukan dengan malam itu ya Allah.. Ampunkan dosa kami semua di bumi ini ya Allah.. Rahmatilah saudara-saudara kami yang dalam kesusahan.. Kuatkanlah hati -hati kami.. 




Thursday, 18 August 2011

mereka menanti dengan harapan

Bismillahirahmanirrahim .. 

Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana memberi peluang diri ini bernafas dan berpuasa di bumi penuh pancaroba.. Wahai hamba Allah sekalian, pada post kali ini yang ku nukilkan dengan air mata, mengharap akan ada sinar buat mereka -mereka yang saya fikir suara mereka kian sayup-sayup kedengaran... 

 AIR MATA HARAPAN SOMALIA 

Di saat ini  
tanahmu gersang dan kontang 
sumber makanan dan minuman berkurangan 
manusia bertempiaran di jalanan 
anak-anak kecil kesakitan 


hari demi hari 
kau menanti bantuan dan sinar harapan 
agar bisa mendapat sesuap makanan dan seteguk minuman 
kau tidak pernah mengeluh dan 
menyalahkan tuhan atas segala yang berlaku 


ada berduka dan ada yang tersenyum 
disaat menunggu kematian 
dan disaat melihat yang lain pergi meninggalkan dirimu


dalam usahamu mencari 
ada yang tersungkur jatuh
rebah di tengah jalan 
mengharap akan ada esok untuk diri 
meneruskan hidup di muka bumi 


ibu-ibu menangis 
mengenang anak yang sakit 
anak yang lapar 
diri yang tidak punya apa-apa 
hanya doa sebagai bekalan 



wahai manusia 
tidakkah kau berasa kasihan?
melihat mereka begini 
tangisan mereka hanya tinggal debu 
hati mereka tidak mampu berasa sayu lagi 
sudah cukup kuat di duga Tuhan 


mereka yang sedang menarik nafas-nafas akhir kehidupan 
memohon diberi belas kasihan 
bukan untuk diri sendiri tapi pada semua yang memerlukan
bantulah mereka seikhlasnya 
tanpa meminta balasan 

moga Allah sentiasa menjadikan mereka cekal di bumi gersang 





nota kaki: setiap dari kamu itu bersaudara..... bantulah mereka ... doaku buatmu somalia takkan berhenti .. 

Monday, 15 August 2011

balik kampung dan kuih ros

bismillahirahmanirahim. ..

alhamdulillah minggu ini dapat pulang ke melaka setelah sekian lama tidak pulang.... rancangan awalnya adalah untuk tinggal di melaka sampai hari isnin tetapi disebabkan keseronokan nak balik terlupa membawa pulang ubat baba (physio10,nifidipin,omesec,metropolol) dan paling penting insulin... nasib baik salah seorang pak cikku ada menggunakan insulin... dipinjam ubat dan jarum baru darinya...

kembali ke cerita utama.. hari sabtu pulang ke kampung yg terletak di masjid tanah melaka. .. perjalanan mengambil masa 2jam dari damansara... seperti biasa saya menjadi co pilot kakak sepanjang perjalanan.. mama dari rumah di damansara telah menyatakan hasrat untuk membuat kuih ros dan rempeyek sepanjang berada di melaka....

untuk pengetahuan semua mam saya adalah tukang masak yang terhebat. .. sentiasa memasak dan mengajar saya dan kakak memasak dengan penuh kasih sayang... sepenat mana sekalipun mama, akan tetap buat sehabis baik untuk keluarga terutama sekali untuk baba...

sampai di melaka, kami hanya bersedia untuk buka puasa dan solat... da tidur awal supaya boleh bangun segar keesokan harinya...

keesokan paginya.. mama mengajar saya dan kakak cara membuat kuih ros atau nama lainnya kuih goyang... nampak saja mudah untuk membuat kuih ini tetapi ternyata memerlukan teknik tertentu kalau tidak bunga ros akan layu ataupun kembang dan tiada rupa bunga ros...

mama mula mula kamir tepung untuk buat kuihnya dan kemudiannya menunjukkan cara menggoreng kuih... ternyata kuih ini juga memerlukan tahap kesabaran yang tinggi...saya dan kakak berebut untuk buat kuih tersebut dan akhirnya kami bergilir gilir melakukannya... bukankah bergaduh atas satu benda itu tidak baik? Apapun air dicincang takkan putus..


kuih ros best sangat... kuih traditional yang semakin dilupa. .. generasi muda zaman kini jangan asyik nak buat kuih tunjuk je... cuba hidupkan kembali kuih trasitional... sekali makan mesti jatuh cinta....

habis saja buat kuih mama dan saya menghabiskn masa berehat.. penat kot... lepas buka terus pulang ke damansara... memang penat itu lumrah bukan...

akhir kata selamat menjalanman ibadah puasa. .... rebut peluang sebaik mungkin...

nota kaki: saat bersama mama takkan dilupa... sayang selalu


Published with Blogger-droid v1.6.9

Thursday, 11 August 2011

Didik anak-anak tentang Islam dari kecil


nota kaki : Subhanallah .. melentur buluh biarlah dari rebungnya :)

bila mama gantung kuali - asam pedas melaka


Bismillahirahmanirahim... 

Alhamdulillahirabil alamin wasollatu wasala muala ashrafil ambiya iwal mursalin wa ala alihi wa sohbihi ajmain..


hasil tangkapan dari handphoneku.. tak sharp sangat gmbr ni.. 


Setiap kali cuti semester, mama akan gantung kuali @ cuti daripada memasak kerana anak-anaknya akan berada di rumah.. Jadinya saya dan kakak yang akan ambil alih tugas memasak makanan hari-hari.. dari sini kami dapat belajar ilmu rumah supaya senang kata mama bila dah kahwin nanti.. Selalunya kalau di rumah saya yang akan masak dan kakak mengemas dan kadang-kadang kami akan tukar saya kemas akak masak.. 

Mencuba masakan baru adalah perkara yang paling saya suka :) Mula-mula memang agak tidak seperti yang dijangkakan rasanya tapi yang penting kita teruskan mencuba "practise make perfect" ...Apapun wahai sahabat-sahabat wanita ku sekalian cubalah sehabis baik untuk masuk ke dapur dan belajar ilmu basic sebagai seorang wanita.. tak salah untuk belajar tinggi tapi kalau yang asas tak mahir tak berguna bukan?  

Kembali ke tajuk kita.. Asam Pedas Melaka.. Mungkin dari nama lauk bunyi macam sukar untuk masak tetapi sebenarnya mudah lagi-lagi kalau jenis asam pedas yang biasa @ asam pedas ada banyak jenis
ada asam pedas berempah, asam pedas biasa dan beberapa lagi yang saya dah lupa namanya..cara memasak dan bahan adalah seperti dibawah:

~bahan tumis~
1 ulas bawang besar 
3 ulas bawang kecil 
2ulas bawang putih 
cili giling 5 ke 6 sudu (kalau nak pedas tambah cili lagi)
belacan melaka (wajib!)
halia 2cm
serai (dititik)

ikan tenggiri 
air asam jawa 
lada hitam 
bendi 
tomato
garam  

cara memasak:
bahan tumis di blend kesemuanya untuk dijadikan paste kecuali serai.
panaskan periuk dengan meletakkan 3sudu minyak 
apabila dah panas masukkan bahan tumis yang telah dikisar bersama dengan serai yang telah dititik
goreng bahan tumisan hingga wangi..
selepas itu masukkan air asam jawa secukupnya *jangan pekat sangat* dan tambahkan sedikit air 
masukkan garam dan lada hitam secukup rasa  
bila agak-agak dah mendidih sedikit masukkan ikan tenggiri 
3minit selepas ikan dimasukkan, masukkan pula tomato dan bendi 
tunggu untuk beberapa minit 
Siaplah masakan anda :)

Boleh gunakan variasi ikan.. Selamat mencuba 

nota kaki: mencuba dan belajar itu tidak salah bukan.. 

Wednesday, 10 August 2011

wordless wednesday - cubaan pertama-


Bismillahirahmanirahim.. 

mahu kembali ke masjid di atas ... 
moga waktu itu akan tiba :)
insyaAllah..

Monday, 8 August 2011

seminggu telah berlalu

Bismillahirahmanirahim.. 


Pejam celik pejam celik dah seminggu kita berada di bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan.. Tiba waktu untuk kita refleksi diri.. Sejauh mana kita menggunakan waktu seminggu yang lepas... Tepuk dada tanya diri.. Sungguh pantas sekali waktu berlalu dan saya risau masa itu tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya... Apapun Alhamdulillah Allah memberikan waktu untuk diri ini berada di seminggu itu yang mungkin ada insan lain tak dapat menempuh mahupun melaksanakannya... Syukur ya Allah... Syukran ya Allah..

Dimana letaknya hati kita sekarang? Apakah niat kita di waktu ini? Sejauh mana kita meletakkan hati kita di bulan yang mulia dan Apakah kita hanya meletakkan tekad tapi tiada usaha? persoalan ini sering bermain difikiran bukan? Seperti yang saya katakan di awal post ini, tepuk dada tanya hati dan tanya diri.. Kerana diri dan hati sahaja yang tahu. mungkin di lidah boleh berkata lain dari apa yang ada dalam hati.. 

Harapanku di ramadhan ini agar sentiasa diberikan peluang untuk memanfaatkan sehabis baik masa untuk rapat dengan sang Pencipta Allah SWT.. serta sentiasa dapat menghadam sirah nabawiyah dan juga menghabiskan pembacaan buku ilmiah terutama mengenai isu palestin.. Diri ini juga berharap dapat memanfaatkan waktu yang bergerak semakin pantas ini bersama keluarga tersayang. Sebarang program di luar tidak akan disertai kecuali mama dan baba benar-benar ikhlas melepaskan saya pergi. Lagipun ini sahaja waktu yang ada untuk diri ini bersama mereka sepenuh masa. Mungkin di waktu kuliah diri ini sibuk dengan belajar dan juga berkhidmat pada masyarakat, cuti panjang ini dimanfaatkan pula untuk keluarga terutama sekali mama Pn Jariah bt Md Jidin dan baba En Shahrin bin Che Mat... 

Akhir kata , Dari Abu Hurairah r.a reported the Messenger Rasulullah SAW saying : "The one who is fasting is happy at two times: when he breaks his fast he is happy with it, and when he meets his Lord he will be happy that he has fasted."

semoga 3 minggu berbaki ini dapat dimanfaatkan sehabis baik ... Persiapkan persediaan raya 2 minggu sebelum ray aye semoga 10 hari terakhir boleh dimanfaatkan sehabis baik untuk Allah SWT ... Salam ramadhan semua :) 

nota kaki: alhamdulillah wa syukurillah masih dapat peluang berpuasa dan berada di bulan penuh keberkatan ini .. Terima kasih Ya Allah.. 

Saturday, 6 August 2011

hanya kerana sebiji telur



Bismillahirahmanirrahim.. 



Pada petang ramadhan di satu hari, Amir disuruh ibunya merebus telur untuk dimakan bersama mee rebus untuk juadah berbuka keluarganya pada hari tersebut. Tanpa sebarang bantahan Amir terus ke dapur merebus telur.. Setelah seketika dia kembali semula ke dapur untuk mengangkat telur yang telah dia rebus beberapa ketika tadi.. Lalu di tegur Abangnya Amran " Amir kenapa cepat sangat awak angkat telur tu, confirm tak masak kat dalam tu".. Lalu Amir menjawab" Biar la.. amir suka makan telur tu yang lembik isinya.. walaupun luar nampak keras dalam lembik.. " Ibu cuba menenangkan keadaan yang mula agak tegang "Sudahlah tu.. Amir dah lama ke telur yang kamu masak tu? kalau tidak tinggalkn sebijik dan kemudian rebus yang lain semula.. nanti kalau nak belah dua tak boleh kalau lembik sangat".. Amir terus berlalu ke ruang tamu.. 


Masuk waktu berbuka si Ibu memanggil kedua-dua anaknya untuk berbuka... Amir sangat gembira kerana mengenangkan ingin makan telur rebusannya tadi.. Saat menyediakan mee rebus, Amir pantas mencari telurnya itu tetapi ternyata disembunyikan dibawah daun bawang yang sudah pasti menjadi daun yang paling beliau alergic.. lantas beliau berkata " Ibu mana telur Amir tadi? ni kan yang dibawah daun bawang itukan?" Lalu ibu menjawab " bukanlah yang ini awak punya, yang itu Amran punya dia dah asingkan.. Dia nak makan nanti... Amrpun menjawab" tadi tegur saya rebus telur tu tak cukup masak, sekarang dia pulak ambil telur yang saya nak makan, sedih, kecewa tau hati ni" 

Sungguh Amir sangat sedih dan riak wajahnya moyok sedari buka puasa..Selepas usai berbuka Amran menegur adiknya tetapi Amir seakan membuat protes kerana hatinya masih sedih. Amir sendiri berasa perlu mengasingkan diri sementara dari Amran... Amir membuat halnya sendiri sebelum kembali berbaik dengan Amran. Nasib baik, Amir seorang yang senang sejuk hati selepas panas hati.. 

Esok paginya tika makan sahur, Amir masih terlihat telur rebus yang dia idamkan.. Masih di pinggan Mee rebus.. Lantas Ayah berkata " kamu tau tak Amir, Amran tu tak boleh ditegur .. tengok dia tak makan lansung telur tu semalam." Amir kembali terasa dan menyuruh Ibu menyuruh Amran makan telur itu.. 

Diwaktu berbuka petang itu, telur itu masih lagi ada di dalam piring di atas meja makan.. Lantas Amir bertanya pada Ibu" bu, kenapa Abang tak makan telur tu? membazir tau!" Ibu berkata," Dia tinggalkan supaya awak boleh makan" Amir menjawab " kenapa tak bagitau kalau tidak Amir dah makan dah , membazir tau! suruh dia makan!" tiba-tiba Amir bersuara "Abang tak makan sebab nak mengalah dengan kamu tahu.. Abang tak nak telur tu" .. Amir terkedu sendiri.. Sampai begitu sekali sikap dia.. 

Amir kemudiannya duduk sendiri dan berfikir semula, sayang betul abang aku kat aku. tapi sepatutnya dia cakap terus jangan membisu.. Kalau tak aku dah habiskan telur tu... rezeki itu nampaknya bukan milik kami berdua.. sedih.. sedih.. membazir tahu... tapi yang penting di sini aku lihat sebenarnya mereka sayang padaku cuma tidak diungkap dengan kata-kata.. Abang saya Sayang Abang ... 


 nota kaki: air yang dicincang takkan putus, perbalahan dan gaduh adik beradik itu lumrah... Ya Allah saya sayangkan keluarga saya dan saya sayang kakak saya :) 



Friday, 5 August 2011

مقدمة برنامج لو كان بيننا



Bismillahirahmanirrahim ..

Hari ini masuk ramadhan ke 4 buat diriku untuk tahun ini.. Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk berpuasa oleh Allah SWT... Video di atas Law Kana binana adalah video mukadimmah untuk rancangan tv mengenai sekiranya Rasullullah bersama kita.. Apa perasaan Rasulullah jika melihat umatnya di zaman ini dan apa pula yang kita akan lakukan sekiranya diberi peluang menemui baginda.. Rancangan ini cuba melihat sama ada masih wujud atau tidak sikap, akhlak dan adab Islam dalam diri masyarakat moden. Apakah mereka masih mengikut contoh amalan Rasulullah atau tidak..

Pagi ini usai sahur saya dan keluarga menonton rancangan ini.. walaupun waktu rancangan berbaki 10 minit kami tetap menonton.. Mama yang baru pertama kali menonton rancangan ini menitiskan airmata.. Saya harap rancangan ini akan kami tonton sentiasa tidak kira pada bulan ramadhan mahupun bulan-bulan biasa.. Rancangan ini juga bisa dijadikan sebagai medium muhasabah supaya kita sedar siapa diri kita yang sebenarnya...

Sejak kali pertama melihat rancangan ini 2 tahun lepas hati saya sayu.. Adakah kehidupan saya ini mengikut perbuatan dan sifat Rasulullah dan adakah Rasulullah kini sedang menangis melihat perangai umatnya kini.. Ya Allah dan Ya Rasulullah maafkanlah hamba dan umatmu ini.. Ya Rasulullah saya akan lakukan yang terbaik untuk menyenangkan hatimu di Syurga sana dan Ya Rasulullah doakanlah saya disini agar dapat saya temuimu di syurga... Ya Allah kau temukanlah daku dengan Rasulku Ya Allah ...


nota kaki: Allahumma solli ala saidina Muhammad wa ala alihi wa sohbihi wassalam..

wallahualam..

Thursday, 4 August 2011

pengubat duka




 Di saat berduka
Di saat kecewa 
Di saat hampa 
ingat Allah masih ada 
bersama setiap masa 


tatkala berduka ingatlah dia 
tatkala kecewa mohon padanya 
agar kurang kesedihan yang dialami 

manusia tak mungkin mengubat 
kerana tanpa izin-Nya tak mungkin 
hamba-Nya yang lain dapat membantu 

di hamparan sejadah 
mahupun di selubungi selimut
berzikirlah 
mengingat Allah yang esa . 

Zikir itu tidak perlu dipaksa 
kerana ia akan datang dengan sendiri 
dengan berusaha 

amalkan selalu 
insyaAllah disaat berduka tiada rasa peritnya 
kerana anda percaya Allah sentiasa ada... 


p/s: percayalah Allah sentiasa ada bersama kita..  





SEKAR II


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu 
Bismillahirahmanirrahim


   Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan diberikan peluang menjadi hamba Allah di bumi penuh cabaran ini. Ya Allah sungguh diri ini tidak akan sia-siakan waktu yang Kau berikan padaku untuk berada di dunia ini. Pada hujung minggu yang lalu saya menghadiri kem anjuran sekolah menengahku.... SEKAR - selangkah ke alam remaja anjuran PPMPJ dan PPIWP ... program ini telah masuk siri kedua setelah dengan jayanya dilaksanakan tahun lepas di sekolah.. Tahun ini pendekatannya berbeza lebih kepada back to nature. Kem dilaksanakan di Kem Sri Raudhah, Gombak ... Tempat yang memberi kenangan pahit dan manis kepada kita semua terutama sekali fa,amirah2,fara,halmie, azree, Abg Dat, Abg Wafi dan lain-lain...

   Sungguh sebaik melihat adik-adik teringat zaman persekolahan dulu... Kalau lihat mereka ternyata mereka adalah cerminan diriku yang dulu.. Sungguh saya rindu saat dulu tapi saya tidak mahu kembali ke zaman itu. Biarkan yang lalu menjadi kenangan hidup yang bisa dibawa ke akhirnya.. Saat pertama menerima pelawaan fa untuk ke kem saya sedikit teragak-agak kerana mendapat pelawaan ke program Perhimpunan Agung Mahasiswa di Hilton Hotel,KL.. antara kepentingan peribadi yang akan hanya membawa diri dan benefit kepada diri dengan ke program yang menjadi kepentingan masyarakat dan ummat ku pilih yang program sekolah.. Saya percaya walaupun ilmu yang saya berikan itu tak semua dapat adik-adik ambil atau faham sekurang-kurangnya kalau ada sedikit sekalipun perubahan di diri mereka alhamdulillah ....


  Pengalaman 3hari 2 malam bersama mereka mengajar erti sabar dan sebenarnya banyak perkara yang saya belajar dari adik-adik.. Mungkin bukan dari yang mereka ungkapkan tetapi dari perlakuan mereka.... Mungkin ada yang mengatakan adik-adik sekolah saya kurang di ajar sedikit tetapi bagi saya, kelakuan itu bukan mereka yang cambah tetapi ada faktor lain penyebab berlakunya perkara itu dan kita yang bertanggungjawab menolong mereka untuk berubah dan mereka pula bertanggungjawab atas diri sendiri untuk berubah..

  Satu hari nanti mereka juga akan membesar dan jadi macam kita semua... tapi kita kena fikir apakah mereka  akan kekal dengan diri mereka sendiri atau menjadi sang pencari tuhan atau mereka akan terus terlena dalam hedonisme atau mereka akan menjadi daei penyelamat agama? Mungkin usaha yang kita laksanakan dengan hati yang ikhlas bisa berbuah hasil... dan jangan sesekali meminta balasan kerana akan hilang rasa ikhlas kita itu.. Iringi doa bersama mereka dan jangan putuskan doa itu.. Seperti yang kita tahu doa itu senjata mu'min.. dan doa memperlihatkan kebergantungan kita pada Allah ..

  Apapun saya berharap adik-adik berusahalah mencari arti Islam sebenar dan sentiasa jadikan Allah kekasih yang agung... Mungkin kini adik-adik masih keliru dan sedang mencari identiti tapi kita perlu bantu mereka dalam usaha mencari identiti kerana kita juga pernah berada di waktu itu dulu...

   Moga-moga adik-adik dapat jumpa cahaya dan kemanisan kasih Allah dan Islam :)

nota kaki: SEKAR 2 perlu diteruskan kepada yang ke 3 supaya ada kesinambungan dalam sesuatu ... dibawah disajikan beberapa gambar sepanjang program :)

 























wallahuallam