Pages

Thursday, 11 August 2011

bila mama gantung kuali - asam pedas melaka


Bismillahirahmanirahim... 

Alhamdulillahirabil alamin wasollatu wasala muala ashrafil ambiya iwal mursalin wa ala alihi wa sohbihi ajmain..


hasil tangkapan dari handphoneku.. tak sharp sangat gmbr ni.. 


Setiap kali cuti semester, mama akan gantung kuali @ cuti daripada memasak kerana anak-anaknya akan berada di rumah.. Jadinya saya dan kakak yang akan ambil alih tugas memasak makanan hari-hari.. dari sini kami dapat belajar ilmu rumah supaya senang kata mama bila dah kahwin nanti.. Selalunya kalau di rumah saya yang akan masak dan kakak mengemas dan kadang-kadang kami akan tukar saya kemas akak masak.. 

Mencuba masakan baru adalah perkara yang paling saya suka :) Mula-mula memang agak tidak seperti yang dijangkakan rasanya tapi yang penting kita teruskan mencuba "practise make perfect" ...Apapun wahai sahabat-sahabat wanita ku sekalian cubalah sehabis baik untuk masuk ke dapur dan belajar ilmu basic sebagai seorang wanita.. tak salah untuk belajar tinggi tapi kalau yang asas tak mahir tak berguna bukan?  

Kembali ke tajuk kita.. Asam Pedas Melaka.. Mungkin dari nama lauk bunyi macam sukar untuk masak tetapi sebenarnya mudah lagi-lagi kalau jenis asam pedas yang biasa @ asam pedas ada banyak jenis
ada asam pedas berempah, asam pedas biasa dan beberapa lagi yang saya dah lupa namanya..cara memasak dan bahan adalah seperti dibawah:

~bahan tumis~
1 ulas bawang besar 
3 ulas bawang kecil 
2ulas bawang putih 
cili giling 5 ke 6 sudu (kalau nak pedas tambah cili lagi)
belacan melaka (wajib!)
halia 2cm
serai (dititik)

ikan tenggiri 
air asam jawa 
lada hitam 
bendi 
tomato
garam  

cara memasak:
bahan tumis di blend kesemuanya untuk dijadikan paste kecuali serai.
panaskan periuk dengan meletakkan 3sudu minyak 
apabila dah panas masukkan bahan tumis yang telah dikisar bersama dengan serai yang telah dititik
goreng bahan tumisan hingga wangi..
selepas itu masukkan air asam jawa secukupnya *jangan pekat sangat* dan tambahkan sedikit air 
masukkan garam dan lada hitam secukup rasa  
bila agak-agak dah mendidih sedikit masukkan ikan tenggiri 
3minit selepas ikan dimasukkan, masukkan pula tomato dan bendi 
tunggu untuk beberapa minit 
Siaplah masakan anda :)

Boleh gunakan variasi ikan.. Selamat mencuba 

nota kaki: mencuba dan belajar itu tidak salah bukan.. 

No comments:

Post a Comment