Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu
Bismillahirahmanirrahim
Sungguh sebaik melihat adik-adik teringat zaman persekolahan dulu... Kalau lihat mereka ternyata mereka adalah cerminan diriku yang dulu.. Sungguh saya rindu saat dulu tapi saya tidak mahu kembali ke zaman itu. Biarkan yang lalu menjadi kenangan hidup yang bisa dibawa ke akhirnya.. Saat pertama menerima pelawaan fa untuk ke kem saya sedikit teragak-agak kerana mendapat pelawaan ke program Perhimpunan Agung Mahasiswa di Hilton Hotel,KL.. antara kepentingan peribadi yang akan hanya membawa diri dan benefit kepada diri dengan ke program yang menjadi kepentingan masyarakat dan ummat ku pilih yang program sekolah.. Saya percaya walaupun ilmu yang saya berikan itu tak semua dapat adik-adik ambil atau faham sekurang-kurangnya kalau ada sedikit sekalipun perubahan di diri mereka alhamdulillah ....
Satu hari nanti mereka juga akan membesar dan jadi macam kita semua... tapi kita kena fikir apakah mereka akan kekal dengan diri mereka sendiri atau menjadi sang pencari tuhan atau mereka akan terus terlena dalam hedonisme atau mereka akan menjadi daei penyelamat agama? Mungkin usaha yang kita laksanakan dengan hati yang ikhlas bisa berbuah hasil... dan jangan sesekali meminta balasan kerana akan hilang rasa ikhlas kita itu.. Iringi doa bersama mereka dan jangan putuskan doa itu.. Seperti yang kita tahu doa itu senjata mu'min.. dan doa memperlihatkan kebergantungan kita pada Allah ..
Apapun saya berharap adik-adik berusahalah mencari arti Islam sebenar dan sentiasa jadikan Allah kekasih yang agung... Mungkin kini adik-adik masih keliru dan sedang mencari identiti tapi kita perlu bantu mereka dalam usaha mencari identiti kerana kita juga pernah berada di waktu itu dulu...
Moga-moga adik-adik dapat jumpa cahaya dan kemanisan kasih Allah dan Islam :)
nota kaki: SEKAR 2 perlu diteruskan kepada yang ke 3 supaya ada kesinambungan dalam sesuatu ... dibawah disajikan beberapa gambar sepanjang program :)
wallahuallam
No comments:
Post a Comment