Pages

Showing posts with label thinkpositive.. Show all posts
Showing posts with label thinkpositive.. Show all posts

Tuesday, 31 March 2020

31.3.2020


Bismillahirahmanirahim




Hari ini sudah masuk hari yang tidak terhitung bagi saya sejak kali terakhir menaiki pengangkutan awam, tramvay mahupun bas, setelah arahan penutupan Universiti untuk tiga minggu. Ingat lagi mula arahan itu pada 16.3.2020 dan hari ini di hari terakhir bulan Mac kalau dihitung dalam 15 hari lamanya. Ada juga sekali itu saya pergi ke seberang jalan utama dari rumah untuk membayar sewa rumah dan alang-alang membeli bekalan makanan sepanjang self lockdown ini. Cuaca Istanbul di minggu ini masih lagi sama. Mendung dan berangin. Dimana perginya sang mentari yang menyinar tika waktu ini di tahun lalu? Sungguh saya rindu. Selalunya diwaktu sebegini pesta bunga tulip pasti sudah bermula dan saya barangkali sudah ke Emirgan Park atau Gulhane bersama teman-teman. 


Tahun ini setakat hari ini, cuaca Istanbul masih kelam dan berawan. Angin juga masih bertiup kencang dan dinginnya seakan musim sejuk yang tidak berkesudahan. Dengan wabak pandemik yang melanda dunia lagi memberi satu kegusaran kerana pada cuaca sebegini penyakit tersebut lebih aktif. Saban hari jumlah mereka yang positif penyakit ini meningkat ribuan dan kematian telah mencecak 200 keatas. Tipu kalau saya tidak rasa takut atau gusar. Akan tetapi dengan kelas yang terus menerus berlangsung tiap hari melimitkan akal untuk berfikir yang tak tentu kerana ada perkara lagi mustahak perlu dilakukan. 


Diwaktu yang sama Malaysia sedang dalam MRO (Perintah Kawalan Pergerakan) untuk menghindarkan penularan wabak pandemik disana. Malaysia juga punya pertambahan kes tetapi alhamdulillah terkawal walaupun jumlahnya meningkat. Kalau sebelum ini Turki dan Malaysia seakan berlawan selang tambahan yang positif tetapi hingga kehari ini Turki telah jauh meninggalkan Malaysia dengan jumlah banyaknya berkali ganda dari Malaysia. Moga Allah lindungi kita dan keluarga dari wabak ini. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab dengan terus kekal di rumah. Kalau di Turki kempennya #evdekal. Tidak seperti di Malaysia yang mempunyai MRO Turki hanya menghadkan larangan keluar kepada rakyatnya  yang berusia 65 tahun dan ke atas. Akan tetapi dengan angka yang meningkat berganda saban hari dan negara-negara jiran mencatatkan kes tinggi, rakyat Turki dan kami pelajar antarabangsa terutamanya memilih untuk terus kekal di rumah. Kami hanya keluar bila benar-benar terpaksa seperti membeli barang harian. 


Esok kita akan melangkah masuk ke bulan April 2020. Sungguh tahun ini saya rasakan waktu itu berlalu sangat perlahan. Ini kerana banyak sekali yang berlaku dalam tempoh yang singkat ini. Terkadang terfikir apakah pula yang menanti di bulan hadapan ini. Kalau terus menerus memikirkan perkara tersebut boleh depresi. Estaghfirullah. Jadi saya fikir lebih baik kita hidup melihat hari ini. Buat sehabis baik perkara yang kita mahu lakukan. Jadi lebih baik dan sebarkan cinta serta kebaikan pada semua. Dan juga Bulan baru ini, bakal bermulanya ramadhan di akhir bulan. Moga kita semua dapat menjalani bulan penuh rahmat ini dengan baik. Rindu hendaknya berterawikh di masjid. Rindu juga rasanya ingin pulang ke Malaysia dan berpuasa bersama keluarga. Moga kau kabulkan doaku ini ya Allah. Aku mahu beraya bersama keluarga ditahun ini. 

Satu perkara yang pasti, dunia mengurangkan rentaknya untuk kamu dan aku berlaku adil pada diri. Ini kerana kita sering berkata yang kita tidak punya waktu untuk melakukan perkara yang kita mahukan atau barangkali BERUBAH. Nah banyak masa diberikan dan ini waktunya. Kalau rasa ibadah tak sempurna, sempurnakanlah. Kalau rasa berat dah bertambah usaha turunkanlah. Kalau kata nak merancang dan memulakan pembelajaran baru, mulakanlah. Kalau selama ini memendam rasa, luahkanlah. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok, akan tetapi kita tahu apa yang kita dapat hari ini. Masa itu tidak akan menunggu kita dan akan berlalu pantas seperti "a blink of an eye". Tambahan pula, dalam al quran surah Al Ahzab kalau tak silap, Dunia ini hanyalah sementara sahaja. Jangan leka mahupun alpa. Siapkanlah diri, mental dan fizikal serta yang paling utama bekalan di sana nanti. 

Moga bulan April 2020 akan menjadi permulaan yang terbaik untuk kita semua dan dunia. 


nota kaki : hatiku tertinggal di Malaya. Hati ini hanya rindu. jangan lupa basuh tangan. 


Wednesday, 19 June 2019

Syukur



Bismillahirahmanirahim. 

Saat ini, di waktu jemari menari di papan kekunci, saya melihat keluar awan senja sedang menyapa dilangit Istanbul. Deruan angin petang menghembuskan dingin menghilangkan hangat siang musim panas kali ini. Dalam masa yang sama saya sedang menghitung syukur pada yang Esa. Hari ini sedari pagi saya rasakan sedih dan pilu, seakan awan hitam menyinggah dilubuk hati. Terkenang yang jauh dan kenangan yang lepas dengan yang pernah singgah menjadi yang tersayang. Bukan satu dua tetapi ramai. Bukan hanya kekasih nan satu tapi jua rakan-rakan dan adik-adik yang pernah bersama dulu. Ditambah pula dengan dugaan dalam impi dan cita. Sungguh duka dan sakit rasanya. 

Dalam pada sedih itu dihadirkan rasa syukur dari Sang Pencipta. Penyembuh kedukaan yang dirasa tiba-tiba. Diilhamkan pada saya satu perkara, menghitungkan apa yang sedia ada yang diberi kurnia. Bukan satu dan dua tetapi lebih banyak dari yang ditangisi hiba. Misalannya yang boleh dikira, diberikan rezeki pada mama untuk hadir disini menemani diri ini. Diberi berkat dan semangat serta nasihat. Disalurkan cinta dan cita supaya tidak kurang rahmat. Malah bukan hanya itu, isi emosi, isi hati, isi akal dan perut juga dipenuhkannya bersama cinta. Itulah berkat seorang Ibu yang Allah kurniakan. Sama juga dengan mereka yang betul-betul menyanyangi diri ini dan tidak membiarkan diri tersisih sepi. Yang meletakkan prioriti pada satu ini supaya kuat menghadapi apa sahaja didepan ini. Suka dan duka. Tangis dan tawa. 


Lalu saya bertanya kembali kepada diri. 
Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan. 
Semua diberi hanya tinggal dirimu untuk mengerti dan memahami. 
Tadahkan tangan dan ucapkan syukur padaNya yang memberi bila kita memerlukan bukan diberi begitu sahaja. Kerana kalau pemberian begitu sahaja tanpa makna membuatkan manusia menjadi alpa. 
Terima Kasih Allah. 
Dengan nikmat. 
Dengan kurnia. 
Dengan segalaNya. 



Dari birai tingkap 
Teratak Sanggar Rasa 
Capa sehremini, Istanbul, Turki. 
2006 pm 
19.6.2019.

Saturday, 5 January 2019

Cold and Gloomy Winter Day


Bismillahirahmanirahim 


I wish I wish we are like before 
like when we started off
the journey with a never known ending 
We had the same dream 
but I guess destiny have it say 
or perhaps just another loop coming through 

It's never we but more to an I 
One giving too much and the other think otherwise
The other felt hurt but the other neither had 
Juggling and mumbling till the end 
For never find the point 
For sorrow is a horror 
And pity came to arise 

Cold in the winter weather 
Waiting for the snow to show 
but what appears
as the gloomy sky before 

Be brave 
Be kind 
For never to wait for that kind 
Be happy 
Be perky 
As Allah is always there

Bow and procrastinate
Raise your hand up and high 
He always listens to His disciples
He is the Listener 
and Dear Almighty that generous with all

Istanbul,2019 


p/s: some prayer won't burden right? Thank You.