Pages

Monday, 11 July 2022

2 jam akhir sebelum melangkah ke umur 31

 

Bismillahirahmannirahim 



SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar. 

Disaat saya menulis blogpost ini jam menunjukkan 2158 hours. tinggal kurang lebih 2 jam sebelum saya melangkah ke umur 31 tahun. Saban tahun apabila masuk atau melangkah ke hari lahir, ia adalah waktu yang paling saya nantikan. Tiada pernah lagi dalam seumur hidup saya tidak menyambut tanpa kek sekecil- kecil kek adalah sepotong kek. Tahun ini barangkali tidak disambut dan lebih kepada syukur yang saya panjatkan. Banyak sekali yang berlaku didalam hidup saya setelah melangkah ke umur 30 tahun. Banyak Allah hadirkan rahmat ujian kerana sayangNya Allah kepada hambanya yang hina ini. 


Umur 30 tahun titik permulaan dekad ke tiga hidup yang pasti saya tidak akan lupakan sepanjang hidup saya. Semakin tambah umur, semakin banyak dipelajari, dihadapi, ditempuhi, ditangisi, dirai dan diteladani. Sungguh kalau boleh saya mahu luahkan akan tetapi tidak terluah dengan kata-kata kerana rasa itu susah diungkap. Secara ringkas Allah banyak mengajar saya didalam umur 30 tahun. Diwaktu ini dihadirkan cinta dan ditarik semula. Disaat ini diberikan semua mahu tetapi ditinggalkan yang perlu. Ditika itu dihadirkan satu persatu ujian yang barangkali pada mulanya tidak pasti boleh menghadapinya akan tetapi tersungkur meratapi tapi satu yang pasti Allah tetap disisi. Waktu itu jugalah Allah terbitkan rasa dan faham bila mana yang hadir bersama adalah yang betul-betul mencintai dan yang sangat mencintai diri ini bukan yang diri ini terlampau cintai. 


Sungguh Allah itu menguji hambanya kerana kasih dan sayang. 

Sungguh Allah uji hambanya untuk hanya patuh dan sujud padanya. 

Sungguh Allah hadirkan payah untuk hambanya untuk hanya bergantung padanya. 

Sungguh Allah terbitkan syukur agar hambanya sentiasa denganNya. 

Sungguh Allah izinkan hancur untuk dibangkitkan hanya untukNya. 

Sungguh Allah ambil yang disayang kerana ingin memberi yang lebih baik untuknya. 

Maka siapa kita untuk bersoal kerja Allah kerana kita hanya hambanya. 


Dikala umur 30 tahun Allah hadirkan ujian demi ujian untuk membentuk diri ini. Memahami tugas di dunia ini dan mengerti betapa dunia ini melelahkan dan hanya tempat persinggahan. Mungkin ada ketika saya juga rebel pada Allah akan tetapi di ketuk semula hati ini untuk mengerti yang Allah itu yang esa dan kuasa. 


Ya Allah terima kasih atas segala ujian dan rahmah yang diberikan kepada hambamu ini. Maaf kerana rebel. Terima kasih kerana masih mendakapku dengan erat dan masih disitu disaat saya dihujung hitungan detik. Moga di umur 31 tahun saya lebih matang, sihat dan syukur. Yang paling utama sentiasa dekat denganmu Ya Rabb. Moga dijauhkan dari lagha dan dihadirkan syukur dan cinta sesama ciptaanMu yang juga mencintaimu. Saya disini memaafkan mereka yang pernah membuat hati ini terluka dan meminta maaf sekiranya ada yang terluka dengan kata, sikap dan apa sahaja yang saya pernah lakukan. 


Ya Rabb, moga esok harinya cerah. Bahagia. Tiada air mata tapi syukur yang utama. Moga Ya Allah saya lebih kuat dan tersenyum sentiasa. Juga beroleh kesempatan untuk berkata-kata dan bersyukur dengan setiap yang dihadirkan. Moga ditutup aib diri dan keluarga. Moga hanya kasih sayang yang dicurah. Dijauhkan dari perkara yang kau benci dan tidak kau redhai. Dimaafkan kesilapan diri. Diberi ruang dan peluang berbakti. Dimurahkan rezeki. Dijauhkan dari sifat mazmumah, hasad, syak wasangka dan sebagainya. Dapat memberi dan menjadi yang terbaik dari yang terbaik. Yang paling utama dapat bersyukur padamu. Terima kasih ya Allah. Terima kasih Mama kerana syurga dunia mama sediakan membawa jalan ke syurga. Hanya syurga tertinggi yang layak mama masuk bersama baba. Moga kita semua dikumpulkan disitu.


Allahumma ameen. Moga ada bahagia menanti esok ya rabb. 

Moga kau kuatkan diri dan hatiku. 

Moga kau lembutkan hati dia.

Moga aku berbahagia hendaknya dibalik ujian yang kau berikan. 

Terima kasih Allah untuk umur 30 dan moga kau izinkan aku melangkah ke umur 31 dan seterusnya. 



nota kaki : alhamdulillah ala kulli hal kerana Allah beri nikmat rasa dalam ujian yang besar dariNya. Semua keranaNya dan izinNya. 






No comments:

Post a Comment