Terima kasih Tuhan
untuk 31 tahun rasa hidup di dunia
Terima kasih Tuhan
kerana masih diberi rasa
Terima kasih Tuhan
syukur untuk segala ujian dan rahmat dariMu
Terima kasih Tuhan
asbab hidup masih belum sempurna
Terima kasih Tuhan
menjadi yang tiada menjadi ada dan sebaliknya
Terima kasih Tuhan
menunjuk arah ke syurga
Mungkin bukan lurus dan penuh liku
Yang utama satu
Jalan pulang kepadaMu
Kerana dunia ini hanya persinggahan semata-mata
Tahun ini sambutan tidak seperti sebelumnya. Tahun ini banyak habis dengan diri dan berdiri di kaki. Tahun ini syukur masih dapat kek. Mama dan kakak hantar ke pejabat, di kongsi bersama teman sekerja. Terasa seperti waktu di sekolah. Mama kiriman Tuhan yang terindah. Moga diberi rahmat dan jannah tertinggi. Di tengahari pula Adam dan Sorfina muncul di office untuk surprise kek dan lunch. Kiriman mesej dari sahabat sejati memberi warna kepada hari yang sepanjang hari hujan. Emine hanim bagi sutlu cay dan beberapa pegawai datang untuk mengucap selamat. Diri ini menanti ucapan dari yang satu itu akan tetapi tiada berkunjung tiba. Mungkin benar tiada jodoh buat kami. Saya doakan kita semua mendapat pengakhiran yang baik walauapapun berlaku ditengah mahupun ditepi waimah awal. Moga jalan menuju tuhan itu memberi seribu satu pengajaran dan pedoman. Moga tahun ini saya lebih tabah, sakti dan gembira. Moga akan muncul sinar bahagia mengejar meskipun tidak didunia pasti diakhirat nanti.
Selamat Hari Mira
You're strong and independent women
may Allah always with you
Di langit Tuhan aku memohon, ditunjukkan kebenaran , diteruskan sabar dan kuat menghadapi dugaan.
Moga 31 menjadi permulaan kepada sesuatu yang baru.
No comments:
Post a Comment