Pages

Saturday, 11 December 2021

Ujian dan Harapan di hujung 2021

 

Bismillahirahmanirahim 



Dengan nama Allah saya mulakan rasa hati ini. Rasa yang barangkali tidak boleh diungkap sepenuhnya serta diluah dalam blog ini. Bukan untuk mengeluh tetapi berat rasanya apa yang saya rasakan kali ini. Sampai satu ketika itu hanya Alhamdulillah ala kulli hal yang mampu saya ungkap dibibir saya. Sesekali ada juga rasa ingin menggetuskan soal "kenapa aku ya rabb yang kau pilih untuk hadap ujian yang besar ini?" cepat - cepat tika waktu itu tiba saya beristighfar panjang. Kerana Allah bersabda dalam surah al baqarah ayat 286 : ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Sungguh setiap kali teringat ayat ini saya kembali cuba melihat dan menyingkap hikmah serta rahmat dalam ujian yang Allah berikan pada saya. Walaupun terkadang lelah dan terseksa rasanya emosi tetapi rahmat hidup serta bangkit pagi esoknya memberi harap adanya peluang di hari baru. 


Kisahnya begini, rancang saya dari segi pulangnya ke kota 1000 menara di awal bulan september lalu adalah untuk daftar dan duduk " phd comprehensive exam" yang wajib untuk diambil oleh pelajar PhD di Turki. Kiranya seperti national exam untuk. menentukan sama ada kita layak atau tidak menulis PhD thesis kita. Peperiksaan ini adalah sama seperti yang dilaksanakan di USA. Akan tetapi mengikut nasihat dan pemantauan ketua jabatan sejarah universiti saya Prof Halil Berktay, saya perlu habiskan dulu subjek wajib jabatan sebelum masuk exam tersebut yang kurang lebih 3 belum dihabiskan. Sedari itu saya sudah mula rasa resah dan luntur semangat. Kelas semester ini pun diduduki seperti acuh tak acuh dan dalam kira waktu yang sama perihal kerja dan majlis perkahwinan juga menyinggah. Semua sekali dihadap ya Rabb. Lama kelamaan saya mula redha dan teruskan semester seperti biasa. 


Menjegah masuk ke bulan disember, to be exact 6.12.21 saya dikejutkan dengan perkhabaran oleh supervisor saya yang saya wajib menduduki peperiksaan tersebut semester. Sekiranya saya tidak menduduki peperiksaan tersebut saya akan dibuang nama sebagai pelajar PhD dan itulah pengakhiran jalan saya disini. Dunia terasa gelap apabila saya menerima perkhabaran tersebut. Hari selasa saya pergi berjumpa coordinator exam tersebut yang kemudiannya memarahi saya kerana saya sudah cukup dewasa untuk ingat dan mengingatkan prof yang saya wajib ambil exam tersebut. Dengan komentar beliau terhadap CGPA saya yang tidak memuaskan beliau tambahan pula dengan sikap saya yang diam membatu di dalam kelas telah menambahkan lagi rasa tidak puas hati beliau terhadap saya. Saya sedar saya ini bukanlah pelajar pilihan beliau barangkali ataupun sering dilihat sebagai pelajar lemah di jabatan kami akan tetapi satu sahaja saya teruskan. Teruskan belajar, menimba ilmu dan tidak putus asa. Itu sahaja yang saya ada. Beliau akhiri kata dengan satu cara kami boleh buat adalah untuk ambil markah dari keputusan kelas elektif dan diconvertkan kepada kelas wajib dan teruskan dengan exam tersebut yang sekali lagi beliau tegaskan saya akan fail. Akan tetapi sekiranya fail akan ada peluang kedua disemester depan untuk saya buat lagi dan perlu berusaha sehabisnya untuk pass.



Hari seterusnya saya berjumpa dengan ketua jabatan Prof Halil Berktay dan beliau sangat optimis membantu saya dengan plan dan kata-kata semangat. Beliau turut menyatakan beliau pernah berada ditahap saya dimana di tahun 70 an markah beliau untuk exam sedemikian hanyalah cukup makan dan bukan yang terbaik. Selang waktu saya bertemu dengan Dr Fatih, salah satu lecturer yang saya paling suka dan hormati kerana apa sahaja yang beliau ajar pasti saya ingat dan beliau adalah definisi guru yang bersungguh dalam setiap sesuatu yang diajar. Beliau menyatakan pada saya cadangan dan pandangan apa yang perlu saya lakukan. Dengan kehidupan serta kerjaya beliau nyatakan satu perkara penting yang perlu dibuat adalah SUSUN MASA AWAK DENGAN BETUL. Kehidupan selepas berkahwin dari sudut pandang beliau terutama bagi wanita Islam itu tidak mudah kerana tanggungjawab wanita selepas berkahwin itu berat. Akan tetapi dengan bantuan dari pasangan yang memahami pasti boleh dilalui dengan baik. Seterusnya adalah salah satu lecturer yang bertanya tentang saya dan bertanya mahukah awak kongsi apa yang mengusarkan awak? As simple as ARE YOU OK? DO YOU WANT TO SHARE WITH ME? sudah cukup membuatkan air mata saya bergenang kerana seorang guru yang sungguh-sungguh bertanya tentang anak muridnya. Dr Fatih juga berkata NURAMIRAH, I AM SINCERELY TELLING YOU AT THE MOMENT THAT DURING THE LAST DEPARTMENT MEETING I MENTIONED TO ALL THE MEMBER OF THE DEPARTMENT THAT YOU IMPROVE ALOT GRADUALLY FROM FIRST SEMESTER AND AT THE BEST THIS SEMESTER. Saya terharu dikala saya rasa tahap motivasi sudah ditahap paling bawah ada kata-kata yang membuat saya tidak mahu berhenti dari berharap dan jalan terus dalam jalan PhD ini. 





Hari khamis menjelma dan ia adalah hari saya bertemu dengan supervisor saya iaitu Dr Vehbi, beliau ajak saya berjumpa di pejabat beliau di Sulaymaniye kampusu. Di kampus yang paling saya sukai. Disini beliau nasihatkan saya untuk lakukan yang terbaik. Memberi saranan dan cadangan untuk meminda thesis saya dan field yang akan saya fokuskan ke hadapan untuk pengajian serta menuju ke peperiksaan yang tersusah dalam pengajian PhD. Disaat itu juga beliau memberikan cadangan untuk digunakan pejabat beliau bila sahaja saya perlukan untuk dijadikan tempat belajar atau mana-mana tempat dikawasan kampus tersebut. Selain itu, beliau juga memberi saranan untuk pergi ke davutpasa medrese untuk belajar dan sekiranya mereka tanya khabarkan sahaja awak adalah anak murid saya. Benar dalam setiap ujian pasti ada kemudahan. Amalina juga seorang teman seangkatan yang juga sedang calon PhD di Marmara Universiti telah memaksaku ke perpustakaan topkapi berhampiran rumah untuk dimanfaatkan ruang itu untuk dijadikan ruang belajar dan fokus. Bagi saya, tempat terbaik untuk belajar untuk saya adalah rumah dan saya manfaatkan masa disini dari keluar. Esok barangkali saya akan keluar untuk belajar diluar. Tambahan jika dirumah tidak perlu keluarkan duit untuk berbelanja.

 


Hari jumaat tiba dan ini adalah klimaks dalam minggu ini apabila saya di khabarkan sekiranya saya tidak selesaikan isu transfer subjek elektif ke major saya akan dibuang dari universiti dan dalam masa tidak juga akan dapat duduk untuk peperiksaan yang paling susah itu. Dalam erti kata yang lain pengakhiran dalam kehidupan dan jalan juang saya sebagai pelajar PhD di Istanbul dan Ibn Haldun Universiti. Pada tika itu, saat itu dan detik itu walaupun muka saya masih tersenyum tetapi Allah sahaja yang tahu apa yang saya rasakan didalam. Ingin sahaja saya menjerit akan tetapi supervisor saya sendiri tidak memberi reaksi yang menyuruh saya give up sahaja dalam perjuangan ini. Beliau menasihatkan saya terus tegak dan jalan terus. Fight for my right against this chaotic situation until the end. Masih lagi dengan harapan saya menghabiskan satu bahagian peperiksaan sebelum akhir bulan ini. Rabu saya rasa ada sinar tapi jumaat jadi kelam. Saya kemudian keluar dari pejabat supervisor. Duduk di meja postgraduate dan menulis email memohon rayuan dan bantuan dari ketua jabatan dan koordinator. Maruah saya buang ketepi dan seperti mengemis untuk bantuan dari mereka kerana mereka sahaja yang mampu membantu. Yang paling utama apabila teringat mama menangis maklumkan mahu saya habiskan pengajian dan mahu lihat saya graduasi kerana ini hasratnya. Saat itu juga mama katakan mama doa sehabis mampu, derma sehabis mampu untuk Allah berikan kekuatan dalam ujian yang besar diberikan kerana pasti ada benda ya Allah nak berikan di akhir nanti. 


Habis menghantar email kepada Prof dan Dr tersebut saya kemas barang dengan kadar segara dan terus menuju ke surau fakulti. Sambil menunggu waktu solat asar saya menangis kerana berasa sangat sedih diwaktu itu dan hanya Allah sahaja yang saya ada pada detik tersebut. Selepas solat asar saya terus menuju keluar kampus dan kelihatan matahari bersinar di hujung pintu utama. Sesaat kemudian setelah saya langkah keluar hujan turun seakan menyambut dan mendakap saya yang sedang bersedih. Namun, saya percaya dengan rahmat hujan itu turun seperti doa yang sering dibaca sewaktu doa turun Allahumma Soyyiban Nafi'a - Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat . Saya melangkah ke bus stop dan terus menuju ke destinasi seterusnya. Pada mulanya ingin terus pulang ke rumah tetapi hati berbisik mengajak pergi ke Aya Sofya untuk mengutip semangat kembali. Kerana saya perlukan dakapan dari salah seorang sahabat yang paling saya sayangi dan percaya, hadir sahabat tersebut menanti di station sultanahmet. Nisa, salah satu adik saya dan sahabat kiriman Allah pada saya menanti saya disitu. Keluar station terus saya dakap dia dan menangis dibawah rintikan hujan di waktu maghrib. Kami solat bersama di aya sofya dan kemudian saya tinggal sahaja menanti solat isya' dan berlalu pulang selepas itu. 




Menulis disini bukan untuk mengadu akan tetapi untuk dikepilkan dan direkodkan ujian ini yang berat mungkin pada saat ini. Pasti dan ada asbabnya ia berlaku sedemikian kerana Allah telah merancang dan seperti dalam surah al-insyirah FA INNA MAAL USRI YUSRA, INNA MAAL USRI YUSRA . Beringatlah dalam ujian pasti ada rahmat dan dalam rahmat ada harapan. Hidup ini kalau tiada ujian tiadalah pelangi. Seperti jalan menuju syurga Allah itu payah tetapi di penghujungnya yang pasti. Moga - moga saya dapat lewati hari yang sukar ini. Moga ujian yang dihadirkan adalah untuk mengangkat diri melakukan yang lebih baik dan semoga mereka yang Allah hadirkan untuk membantu disaat sukar ini dan mereka yang memberikan kesukaran itu Allah berikan ganjaran rahmat yang terbesar buat mereka. 




Akhir kalam, doakan saya dapat jadi anak mama yang kuat. Dapat graduate on time. Dapat memberi peluang mama menyarungkan jubah konvokesyen doktora saya. Dapat bawa semua ahli keluarga hadir ke majlis konvokesyen saya dan dapat menjadi sejarawan Ummah. Jalan yang saya pilih ini tidak mudah. Liku dan payahnya banyak akan tetapi ini bukanlah akhirnya. Jalan mereka yang membaca blogpost ini juga sama. Yang pasti tawakal dan tabah serta hadapi dengan senyuman setiap yang berlaku. Mohon sekali lagi doakan saya. Saya simpan doa untuk kalian juga. 





1346PM 

Dimeja belajar rumah capa 

Istanbul, Turki 

2 comments:

  1. Selamat Maju Jaya Dr. Amirah.. Moga Allah memberkati.. :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete