Bismillahirahmanirahim
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Itu adalah doa dan sebutan yang sering membasahi bibir seawal membaca kalimah suci al Quran mahupun memulakan apa sahaja dalam setiap yang dilakukan. Ia adalah kalimah yang mengingatkan kita betapa hidup ini perlu bersandarkan dan memohon kepada Allah pencipta sekalian alam. Terkadang menjadi manusia itu pasti kita akan terlupa dengan keperluan dalam melakukan sedemikian. Nasihat saya apabila teringat terus lafazkan tanpa perlu difikir perlu di awal mahupun diakhiri kerana yang paling utama itu nawaitu dan kemahuan ingin dinyatakan.
Berbalik kepada tajuk post ini harapan dan mengharap. Harapan adalah satu tindakan dimana kita memberi, merasa dan menunggu kepada sesuatu yang kita inginkan dan kata ganti untuk tindakan itu adalah mengharap. Dalam kehidupan ini kita sering kali berbuat seperti ini bukan? Juga tidak kurang dengan kata-kata mengharap pada yang tak pasti. Bagaimana pula situasi untuk pengharapan pada perkara/benda yang sudah pasti? Sukar sungguh permaknaan kata yang saya soalkan ini kerana sudah pasti jawapan dari satu individu ke yang lain adalah berbeza.
Persoalan dalam persoalan, apa makna harapan? apakah kita boleh mengharap atau harapan itu adalah sesuatu yang tiada kepastian dipenghujungnya? Apakah masih ada harap? Lontaran soalan ini boleh bercambah tanpa henti dan jawapannya mungkin ada atau barangkali tiada terus. Jadi kita bagaimana? Bagaimana kita akan cambahkan atau jawab apabila disoal tentang ini?
No comments:
Post a Comment