Pages

Wednesday, 28 April 2021

#notaramadhan Hari ke 17

 

Bismillahirahmanirahim 


Pejam celik dah masuk malam ke 17 bulan ramadhan. Allahu Allah pantas sungguh masa berlalu. Betullah  dalam sebuah hadis, Rasulullah ﷺ mengingatkan kepada kita bahawa apabila semakin dekat hari kiamat nanti, manusia akan merasakan masa semakin singkat. Sabda Rasulullah:


لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ فَتَكُونَ السَّنَةُ كَالشَّهْرِ

“Tidak akan terjadi hari kiamat sehinggalah masa semakin singkat, (Manusia akan merasakan) Masa setahun jadi seperti sebulan sahaja.” (HR al-Bukhari)

Apa persiapan kita menuju ke arah hari kiamat ini. Moga kita sentiasa berada dibawah lindungan rahmat Allah dan terhindar dari fitnah dajjal. Moga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa mempersiapkan diri kita untuk bertemu denganNya nanti. Sesampai di hari yang ke 17 ini saya ingin ajak pembaca fikirkan apa yang telah kita capai atau lakukan? Perubahan kearah baik atau sebaliknya(nauzubillah min zalik). Ramadhan wishlist anda dah banyak tick ke? Apapun saya ucapkan tahniah dan moga istiqomah. Ada berbaki inshaAllah 13 hari lagi untuk dilengkapkan. Perubahan, peredaran dan memulakan sesuatu yang baru atau saya suka gunakan istilah pengislahan diri ini adalah antara kita dan diri. Ia bukanlah perlumbaan siapa yang cepat, siapa paling baik, siapa paling banyak buat dan sebagainya. Kerana jika ada rasa begitu saya sendiri kalau begitu saya rasa saya tidak akan ke mana. Jadi, accept YOU for YOU. change YOU for YOU. Tambahan lagi, setelah memulakan dengan niat kita perlu consistent @ istiqomah dalam perkara yang kita mahu ubah atau lakukan. Iyalah melihat pada hadis diatas, kalau dari zaman Rasulullah sudah dikatakan begitu, apakah di zaman kita ini makin jauh dengan kiamat? Allahuakbar. 


Choc almond cookies ala famous amos

Hari ini saya rasa hari yang saya sangat sibuk di dapur. Setelah habis kelas bahasa Parsi bersama Narges hoca, saya beransur solat zohor dan terus ke dapur. Sebelum itu, to do list untuk hari ini disemak. Ada beberapa perkara perlu disiapkan dan tempahan untuk dibuat. Alhamdulillah diberi izin Allah dan mama untuk berniaga kecil-kecilan buat kumpul duit beli barangan untuk raya. Jadinya hari ini saya berjaya siapkan satu jenis kuih raya iaitu chocolate almond cookies ala famous amos permintaan kakak. Resepinya saya google dan kerana saya memilih untuk tidak derhaka dengan resepi (maksudnya ikut semua sukatan dengan betul) cantik kejadian kuih saya Alhamdulillah. Oh ye bancuhan kuih saya dah siapkan sebelum kelas kerana perlu didinginkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 30 minit (tapi saya dapat biarkan lebih sebab kelas :) ) 




Dalam masa yang sama, saya juga lincah menyiapkan tempahan kuih badam coklat. Alhamdulillah hari ini 11 lagi balang dapat dibuat. In total saya dah buat dan jual hampir 200 balang. Asalnya kuih ini mama minta saya buat untuk mama makan dan dalam masa yang sama teringat kat Turki sebab kat Turki @ Istanbul ada kedai nama kahve dunyasi yang jual coklat hasil tangan ini timbang kilo agak mahal kerana kualiti coklat dan badam adalah dari kualiti yang premium. Tup tup abang echam @ sepupu datang dan rasa terus dia suruh buat business dan dia ambil 40 balang at once. InshaAllah selagi ada di Malaysia saya akan terus jual coklat buatan tangan saya ini. Cuma saya belum boleh nak post sebab takut cair dan tunggang terbalik. Saya boleh describe coklat saya sebagai rasa coklat sebenar (kerana coklat premium saya pilih untuk guna) dan badam yang crunchy. Lebih kacang dari coklat sebab saya kecewa kadang-kadang tu beli coklat cakap dengan badam tapi boleh bilang atau kena treasure hunt nak jumpa kacang. Kalau ada yang nak rasa boleh PM or email saya ye :)

Terpaksa kecilkan gambar sebab yang versi asal ditangkap potrait


Sambil-sambil menunggu biskut dibakar dan coklat keras, saya buat base untuk passion fruit oreo cheese tub. Satu lagi manisan yang saya buat untuk jualan. Kali ini saya dapat tempahan 20 bekas. Tempahan ini akan diberikan kepada wanita-wanita yang bakal khatam tadarrus yang ditempah khas oleh mama (mama bayar ok tak free). Ini juga satu lagi manisan yang saya ingat saya pernah rasa di starbuck Turki yang saya recreate atau oleh kepada resepi saya dan sesuai untuk tekak orang Malaysia. Cumanya saya tidak suka manisan terlalu manis (maklum mengetahui ramai orang Malaysia menghidap kencing manis dan obesiti) so saya cuba minimize penggunaan gula dalam pembikinan manisan saya dan tambah senyuman di wajah dan doa dalam penghasilan. Passion fruit atau buah markisa sendiri sudah ada sweetening taste bersama rasa masam yang menyegarkan. Saya beruntung sebab buah ini selalu ada stok sebab pakcik dan mak cik saya tanam di halaman rumah mereka dan alhamdulillah sentiasa berbuah ranum dan banyak tanpa henti.

 

sebelum dibakar


Saya berhenti seketika untuk solat asar dan kembali ke dapur selepas solat untuk habiskan kerja yang belum habis. Kurang lebih jam 6 petang saya siap tugasan saya semuanya. Alhamdulillah ala kulli hal. Terus saya siapkan juadah berbuka saya. Sekarang ini saya sedang berada bawah training bersama coach adasandha. Alhamdulillah saya rasa lebih happy dan energetik walaupun dalam bulan ramadhan. Disebabkan saya dapat menyelesaikan banyak tugasan saya masak makanan special, senang dan paling penting berkhasiat iaitu Salmon baked with ginger, garlic, shitake mushroom, green capsicum,  carrot, a drizzle of saseme oil and half tea spoon of garlic butter.  Masa berbuka saya sediakan air lemon yang saya masukkan 11 biji blueberry untuk melegakan tekak yang kehausan. Kenyang yang teramat sangat plus lega untuk hari yang panjang dimanfaatkan dengan baik. ALHAMDULILLAH. Selalunya saya takkan dapat habiskan sepotong salmon tu sebab setengah je dah kenyang tapi saya habiskan juga kerana saya akan buat one meal a day diet esok. Saya amalkan seminggu dua kali untuk train perut saya dan minda saya. Cara dia macam intermittent fasting cuma tempoh berpuasa atau tidak makan adalah 23 jam. Doakan saya istiqomah ye. Saya nak sihat dan cergas. 



Malam ini adalah malam nuzul Quran dimana Alquran telah diturunkan kepada nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini sangat penting kerana kitab al Quran adalah kalam ALLAH sebagai syafaat pada kita untuk kehidupan di akhirat dan di dunia. Dengan berbaki 13 hari lagi ramadhan saya doakan semua yang membaca blog ini dapat menghabiskan atau khatam al Quran di bulan yang mulia ini inshaAllah. Saya harap juga dapat membaca tafsir alQuran untuk memahami secara mendalam makna bait-bait kalam ALLAH.  Proses nuzul al Quran adalah seperti dalam rajah dibawah. 





Apapun Alhamdulillah ala kulli hal, Alhamdulillah wa syukurillah kerana Allah berikan saya kesempatan untuk siapkan semua tugasan dan memanfaatkan waktu yang ada. Moga saya terus aktif dan progressif untuk hari-hari yang mendatang. Dalam pada masa yang sama, saya harap dapat terus istiqomah dalam setiap sesuatu perkara yang saya lakukan. Bukan hanya mula dan tinggal selepas dimulakan atau rasa dah complete for the first round. Its a journey that never end. Saya doakan anda semua istiqomah juga. Juga jangan lupa LOVE YOURSELF! YOU HAVE YOU AND YOU MUST LOVE YOU! 


nota kaki : Moga kamu baik-baik sahaja. Salam rindu ku sampaikan didalam setiap doaku. 

No comments:

Post a Comment