Pages

Monday, 26 April 2021

#notaramadhan Hari yang ke 15

 

Bismillahirahmanirahim





Hari ini hari yang ke 14 ummat Islam menunaikan kewajiban rukun Islam yang ke 4 iaitu puasa dan malam yang ke 15. Kenapa kita panggil malam ke 15? Kerana dalam kalendar Islam, pengiraan hari baru adalah selepas maghrib. Saya sebenarnya mahu menulis sedari malam ke 12 tetapi berkira masa kerana ada paper midterm yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah hari ini (petang tadi) selesai menyiapkan karangan lima muka dan dihantar terus pada lecturer. Juga tika ini baru sahaja saya selesai solat terawih dan sambil menghirup secawan teh hijau bersama halia saya terasa seperti ingin menulis. 


Fikir dan terus berfikir apa tajuk yang sesuai untuk saya tuliskan. Itulah yang kita panggil "writer's block" dimana kita tidak tahu apa yang mahu menulis, dimana mahu dimulakan dan bagaimana 'flow' penulisannya. Sungguh menjadi penulis bukan mudah, kita perlu tahu apa yang mahu ditulis, apa isi yang mahu disampaikan, bagaimana susunan kata dan glossari bahasa yang kaya sekali. Cara yang terbaik untuk memantapkan glossari kata adalah dengan membaca. Itu sebabnya kita sebaiknya membaca dan buat research dulu mengenai perkara yang kita nak tulis. Oh ye itu kalau tulisan berbentuk rencana dan mungkin yang perlu dimasukkan fakta. Dunia menulis ni pelbagai. Ada yang menulis tentang pengalaman diri, kembara, minat, ada juga yang menulis untuk menyimpan kenangan, selain dari simpanan gambar. Jadinya, bergantung pada anda nak buat yang mana tapi yang penting menulis dapat menajamkan lagi fikiran kita terutama untuk mendidik fikiran kita berfikir secara kritis dan kritikal. 


Bagi saya penulisan didalam blog saya ini konsepnya santai dan consist of everything. Berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya ada, perkara yang saya suka, pengalaman hidup, kembara, puisi, lagu dan sebagainya. Ini lebih kepada platform untuk meluahkan apa yang membingitkan di kepala juga. To tell you the truth not everything are meant to be shared. Saya juga jenis yang suka keep a diary. A yearly diary. Siapa yang kenal saya pasti tahu yang saya ada satu buku @ diary yang sentiasa bersama saya ke mana sahaja saya pergi. I treat it as a walking salname @ year book di zaman uthmaniyyah. Saya gemar lakukan begitu kerana takut saya akan terlupa dengan perkara penting. Almaklumlah kita ni manusia, sering sekali mudah terlupa. Seperti maksud insan. 


Sedikit perkongsian dari hujung minggu lepas. Alhamdulillah thumma alhamdulillah saya diberi kesempatan selepas dhuha untuk pergi ke Famosa Premium Outlet @ Melaka Premium Outlet yang terletak tidak jauh dari rumah. Kurang lebih 10 km tak silap untuk membeli belah persiapan raya. Tahun ini saya dan mama decided to not do so at the very last minute kerana kami mahu inshaALLAH fokus menghabiskan malam-malam terakhir ramadhan bersama. Kali ini juga alhamdulillah kami dapat membawa bersama mak busu dan anak-anak untuk membeli belah. Ternyata mereka sangat gembira kerana itu adalah kali pertama mereka ke sana. Kami pulang selepas solat zuhur untuk melaksanakan solat fardhu dirumah masing-masing. 


bergambar kenangan bersama mama, mak busu dan anak-anak di FMO




Hari ahad pula saya dan mama berpeluang membawa pak long dan mak long untuk berjalan di tepi pantai (dalam kereta je tapi). Menghirup angin laut yang mendamaikan serta pergi ke kedai untuk melihat jika ada salai atau ayam yang boleh dibeli untuk persiapan raya. Pada ketika ini harga ayam naik mendadak sekali kerana bekalan makanan ayam @ dedak naik dengan tinggi disebabkan pandemik. Ayam yang menjadi kesukaan manusia semua lapisan umur harganya mencecah hampir rm8.60 sekilo gram. Tinggi bukan? Bayangkan mereka yang hanya dapat makan ayam sekali sebulan atau hanya boleh bilang dengan jari berapa kali setahun. Kesian mereka mungkin akan menjadi sukar untuk mereka jadikan menu hari raya nanti berasaskan ayam. Dalam pada masa yang sama kes COVID19 melonjak tinggi lagi hingga hampir 3k kes sehari . Berita tiada rentas negeri untuk hari raya telah diwar-warkan awal dan sekali lagi tiada hari raya aidilfitri dan ini tahun kedua. Pasti mereka yang jauh dari keluarga bersedih duka. Moga Allah berikan kesabaran dan memberi hikmah serta ganjaran selepas semua ini berakhir. 

Saya bersyukur kerana saya tinggal dengan mama dan saya masih diberi peluang dan ruang untuk bertemu insan-insan yang telah membantu mama membesarkan saya pada ketika saya kecil. Waktu itu baba pergi ke German untuk menyambung pengajian. Hikmah setahun di MALAYSIA memberi saya peluang dan ruang untuk membalas jasa mereka dan menggembirakan mereka. Mak long, Pak Long dan Mak Busu adalah tonggak kekuatan mama dikala berseorang menguruskan saya dan kakak. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa, budi dan kudrat mereka. 

Akhir kalam, selamat menghabiskan 15 hari lagi di bulan ramadhan. Gunakanlah kesempatan ini untuk beribadah sebanyak mungkin. Jadikanlah ramadhan ini sebagai medan untuk kita mentarbiahkan diri kita. Jangan dibiarkan ia berlalu pergi kerana apa sekarang ini waktu pun terasa sangat singkat. 15 hari dibulan ini seakan rasa seperti semalam baru bermula. Saya doakan agar kita semua beroleh keberkatan untuk merubah menjadi lebih baik dan istiqomah dalam mencari redha Allah. Juga saya doakan agar kita dapat dipertemukan dengan malam laylatul qadr. Ameen thumma Ameen! 






nota kaki: berdoalah kerana Allah pasti mendengar apa yang kita hajatkan :) 










No comments:

Post a Comment