Assalamualaikum.
Hari ini telahpun masuk hari ke 7 dalam tahun 2020. Cepat bukan hari bertukar ganti. Pagi ke malam juga pantas berlalu terutama di musim sejuk. Kalau dicongak dari hari masa, bulan dan tahun pasti kita ini rasa singkat dan terkadang rasa panjang. Semua itu tergantung pada cara kita menggunakan masa dan bagaimana kita menghadapi masa. Kenapa saya berkata begitu? Semua ini kerana kita yang punya kuasa untuk menentukan apa yang akan bersama kita, apa yang kita mahu lakukan dan apa yang perlu ditinggalkan. Selalu kita diperingatkan apa yang lepas itu biarlah dibelakang dan kita perlu terus melangkah ke hadapan. Kalau falsafah hidup saya, sekali-sekala toleh kebelakang itu tidak salah kerana yang indah dan jerih itu yang membawa kita hidup dimasa ini.
Tahun 2019 subhanaAllah bagi diri saya sendiri sangat pantas berlalu pergi dan diakhiri alhamdulillah dengan puji pada ilahi. Kerana mulanya agak mendatar dan penuh dengan liku dan sendu tapi syukur kerana disulam dengan bahagia. Sering saya berpegang pada ayat Allah dalam kesusahan ada kesenangan. Itu gambaran ringkas 2019 saya.
Senarai di bawah ini adalah yang terbaik di tahun 2019 saya :
1. Mula ke gym pada 1.3.2019 (stop seketika selepas raya)
2. Mama datang ke Istanbul di minggu kedua raya aidilfitri (Jun 2019)
4. Graduan Master Sejarah Islam dari Marmara Universiti (9.7.2019)
6. Mula PhD dalam Sejarah (23.9.2019)
Banyak lagi yang ingin dimasukkan dalam list tetapi ini paling disyukuri. Sungguh Allah itu maha kuasa dan pemberi segala yang diperlukan pada masanya. Saya bersyukur kerana ditahun itu juga dihadirkan pelbagai kawan dan insan untuk belajar dari dan memberi. Ada episod duka dan juga suka. Terima kasih bagi yang hadir dan pergi. Setiap satu dari kalian sangat beerti dalam hidup saya.
Azam tahun 2020 saya tidak ada bezanya dari sebelumnya. Paling utama adalah saya sedang mencari diri dan hala tuju hidup. Gapai impian dan memenuhi azam-azam lepas yang masih belum mampu dipenuhi. Semoga kalian yang membaca blog saya juga diberikan kekuatan dan diberkati hidup untuk memenuhi azam yang telah ditetapkan. Bak kata seorang senior saya " dalam hidup ini Amirah ada masa perlu cepat dan ada ketika perlu perlahan-lahan. Seperti kita didalam sampan. Pelan pelan kayuh tapi konsisten supaya sampai destinasi yang ingin dituju.".
Selamat tahun baru 2020.
No comments:
Post a Comment