Bismillahirahmanirahim
Hari ini masuk bulan kedua dalam tahun 2020. Cepat rasanya waktu berlalu. Januari yang bilangan harinya 31 itu banyak yang dialami dan dipelajari. Berbagai insiden berlaku diseluruh dunia dan juga pada diri ini. Sedikit recap bulan Januari 2020 :
1. Sambutan tahun baru bersama kawan dan keluarga di Mozaik Restaurant, Sultanahmet.
Selalunya saya hanya duduk dibilik merenung keluar jendela dan menanti detik masuknya tahun baru. Kalau tidakpun ke rumah sahabat untuk makan-makan. Pilihan yang terakhir bila dah bertambah umur ni, tidur awal dan esok hari berlalu seperti biasa. Tahun ini saya dijemput kawan saya (Linda Jasmine dan Que Haydar) untuk menyambut kehadiran 2020. Malam yang girang dan riang dengan makanan dan muzik. More of like a family gathering from years before. Di restoran tersebut, selang beberapa minit ke jam 12 tengah malam kami telah diberikan topi dan wisel. Sambil itu mereka memainkan lagu classic turki dan menari girang. Itu satu sisi baru pengalaman diri walaupun sudah 5 tahun disini. Satu yang saya kurang gemar adalah pabila menaiki pengangkutan awam (tramvay) untuk pulang, tramvay itu penuh dengan manusia yang baru pulang dari sambutan tetapi kuat bau arak. Nasiblah station rumah hanya beberapa kalau lagi lama boleh pening kepala. Anyway it was great night well celebrated with friends.
2. Final submission semester I, 2019/2020
Dalam posting saya sebelum ini saya ada maklumkan yang saya baru sahaja memulakan pengajian PhD dalam bidang Sejarah di Ibn Haldun University, Istanbul. Semester pertama secara konklusinya, seperti menaiki rollercoaster. Sedari hari pertama menjejakkan kaki di kampus dan kelas, banyak yang saya kena hadap. Banyaknya menguji emosi dan minda. Sistem pengajian di Universiti Swasta lain sekali berbanding Universiti awam. Pembelajaran dan pengajarnya tidak dinafikan terbaik dalam bidang serta pengkhususan masing-masing. Terus terang saya katakan saya agak stress menghadapi semester pertama dan akhirnya alhamdulillah berakhir dengan baik. Guru-guru saya sangat membantu dan membimbing. Sekarang saya disemester kedua dan saya harap dapat lakukan yang terbaik. Mohon doa semua!
3. Pertemuan dengan Prof Halil Berktay, sapaan Prof Suraiya
Guru merangkap supervisor saya adalah Prof Halil Berktay. Seorang sejarawan yang dihormati oleh sekalian komuniti bidang Sejarah di Turki secara general dan Universiti secara khusus. Saya dipanggil beliau untuk berbincang perihal semester lalu dan semester ini. Saya akan tulis satu post khas mengenai beliau tetapi untuk kali ini saya summarizekan beliau adalah pendidik yang sejati. Ketulusan hati dalam mendidik itu terpancar pada mata dan tutur katanya. Mengenai guru yang seorang lagi iaitu Prof Suraiya, beliau adalah seorang lagi pendidik yang bagi saya sangat komited untuk mengajar dan belajar. Beliau menyapa saya saat kami usai kelas Ottoman Women. Ditanya khabar dan diberi nasihat pada diri ini untuk melakukan sehabis baik di semester baru. Cara sapaan beliau yang menyentuh hati ini. Caranya seperti seorang ibu berbicara dengan anak. Kalau dalam kelas tegas diluar kelas lembut selembutnya. Terima kasih hoca!
4. Cuti Semester satu minggu
Sedari pengajian degree ke master selalunya cuti semester ini paling kurang 2 atau tiga minggu. Akan tetapi kali ini di Universiti yang satu ini hanya seminggu. Ya seminggu. Aneh bagi saya, sepatutnya dipanggil break/short break. Cuti yang seminggu itu saya gunakan sehabis baik untuk reclaiming my heart. Tidaklah pergi keluar dari Istanbul kerana mama ke umrah (tak nak risaukan). Dihabiskan dengan ke bahagian Asia, membaca buku dan menonton Korea ( Ya saya fan korean show, drama, movie dan lain-lain). Selain itu, ini juga waktu untuk refleksi diri dan hati. Sungguh semester I banyak menguji dan mengajar. Lelah terutama bila terlalu banyak overthinking. Kini inshaAllah recharge sudah . Moga istiqomah hendaknyarasa ini ( Mohon doa semua yang membaca). Seperkara lagi, saya diberi peluang untuk mendengar pengalaman mereka yang menjalankan aktiviti kemanusiaan ke Syria. Syukur juga kerana diberi ruang dan peluang untuk memasak untuk mereka. Memberi tidak bermakna kita dapat kurang.
Kalau disambung list tersebut nescaya takkan habis. Barangkali tidak di post yang ini. secara konklusi yang saya boleh katakan adalah alhamdulillah ala kulli hal buat setiap perkara yang berlaku. Untuk dunia, doa dipanjatkan buat bencana dan ujian. Dari kebakaran besar di Australia ke wabak coronavirus ke pembunuhan general Iran dan lain-lain lagi. Moga kekuatan emosi diberikan kepada mereka-mereka yang terkesan dari semuanya dan moga kemanan diberikan pada dunia. Till then, thank you January and welcome February :)
Mama ketika menunaikan Umrah pertengahan Januari 2020
bersama junior department Sejarah Inayah Ahmad |
bersama Que Haydar, Linda Jasmine, Nizang. tiada dalam gambar adalah anak2 mereka |
bergambar bersama Abah (Tuan Haji Azam) di Universiti |
post program bersama Ardell, Haze, Adhwa dan rakan2 |
sending off team cinta Syria plus Acacia, Aizat, Faisal Tahir, Cikgu K dan team |
bersama adik Nisa selepas pusing taksim dan makan Leman Kultur |
gambar kenangan bersama Mufti Wilayah di Topkapi |
gambar bersama Nasihah semasa otw ke rumah faruk abi! |
bersama farouk abi dan keluarga |
SEA SUMMIT 2020 |
tempat bertapa baru. Setiap minggu seperti rutin ke sini |
No comments:
Post a Comment