Bismillahirahmanirrahim
Apa khabar hendaknya semua yang singgah di blog saya yang sudah bersawang ini? Harapnya baik - baik sahaja dan terus di berkati sang Pencipta, Allah SWT. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin bagi tahun 2014. Walaupun hanya tinggal beberapa hari untuk mengakhiri bulan yang mulia ini. Berbalik kepada tajuk blog kali ini, mungkin ada yang teragak - agak mimpi apakah itu? Saya kembali membelek blog post saya yang lepas dan pada tahun ( mimpi ke Turki ), saya ada menyatakan hasrat untuk ke Turki dan alhamdulillah mimpi itu bakal jadi realiti.
Pada tanggal 25 Julai 2014 jam 2:59 pagi saya telah menerima email dari pihak Turkiye Burslari. Pada mulanya saya yang ketika itu belum tidur terkejut menerima email di tengah malam. Saya tidak memahami bahasa yang dinukil apabila di 'scroll down' terjemahan dalam bahasa Inggeris kelihatan. Saat itu juga saya pergi mengejutkan mama dan baba yang sedang nyenyak tidur untuk mengkhabarkan berita tersebut. Sedari saat membaca email tersebut air mata bercucuran jatuh, sujud syukur dilakukan tanda bersyukur dan terima kasih atas pemberian yang tak terhingga. Saya telah ditawarkan biasiswa penuh daripada kerajaan Turki untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat Master Degree di Universiti Marmara dalam bidang Sejarah Islam.
PAGI YANG INDAH
surat tawaran
Beberapa nama yang naik dalam minda sejurus menerima berita terus saya beritahu terutamanya lecturerku dari Turkey, Dr Mehmet Mehdi Ilhan. Beliau pernah berpesan sekiranya dapat keputusan biasiswa tersebut beliau ingin jadi antara yang terawal untuk ketahui dan saya jadikan kenyataan dengan menelefon beliau sepantas mungkin. Beliau meluahkan rasa syukur dan tahniah kepada saya. Sejurus itu, saya menghubungi beberapa orang rakan karib untuk mengkhabarkan berita tersebut dan mereka juga turut gembira.
bersama teman sekampus yang bakal terbang bersama ke Turki |
PERJUMPAAN BERSAMA EN AZAM DAN MAK CIK INA
Setelah menerima berita gembira, perkara pertama di pesan mama adalah untuk dimaklumkan pada En Azam dan Mak Cik Ina. Bagi mereka yang tidak tahu, Kedua - dua insan ini adalah Ibu dan Ayah kepada Sehedimiz Ammar yang meninggal dunia di bumi Turki. Sungguh segala perancangan Allah itu yang terbaik. Kebetulan saya mendapat peluang pengajian di Universiti dan pengkhususan yang sama dengan Ammar cuma yang membezakan antara kami adalah tahap pengajian. Saat diri ini menghulurkan surat tawaran kepada Mak Cik Ina terpancar kegembiraan di wajahnya. Ucapan tahniah dan syukur tidak henti diucapkan pada saya. Perjumpaan dengan En Azam pula lebih serius dan amanat yang disampaikan cuba dihadam sebaik mungkin. Yang paling utama nawaitu untuk belajar perlu ditajdid selalu.
HARAPAN
Tak salah bermimpi dan memasang impian, cuma bila telah berhajat harus dilaksanakan. Untuk mendapatkan sesusatu itu memerlukan azam yang tinggi dan kebergantungan pada Allah sentiasa. Barulah makna usaha itu berbaloi. Terkadang kita terlupa tak semua yang diimpikan akan kita peroleh dan tidak semestinya tak boleh peroleh apa yang diimpi. Sentiasa tajdid niat dan azam agar segala yang diimpi pasti menjadi realiti.
HARAPAN
Tak salah bermimpi dan memasang impian, cuma bila telah berhajat harus dilaksanakan. Untuk mendapatkan sesusatu itu memerlukan azam yang tinggi dan kebergantungan pada Allah sentiasa. Barulah makna usaha itu berbaloi. Terkadang kita terlupa tak semua yang diimpikan akan kita peroleh dan tidak semestinya tak boleh peroleh apa yang diimpi. Sentiasa tajdid niat dan azam agar segala yang diimpi pasti menjadi realiti.
inshaAllah Istanbul aq datang |