Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillah wa
syukurillah, selawat dan salam junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Hari ini 16
Oktober 2014, genap sebulan saya di bumi orang. Sepanjang bulan pertama inilah
banyak pengalaman ilmu yang diperoleh. Sesungguhnya dalam mencari ilmu jalannya
tidak pernah lurus tapi berliku. Sedari hari pertama, tiada istilah rehat dan
terus sahaja mengorak langkah mengerti Negara ini isi dalamnya. Mungkin ada
yang menganggap hidup diperantaun pastinya indah tetapi makna sebenar bukanlah
mudah. Justeru, saya akan berkongsi pengalaman sebulan mengikut minggu yang
saya susuri.
MINGGU PERTAMA
(ISTANBUL AKU SAMPAI)
|
pelajar Malaysia yang membantu saya |
|
di bandar eminonu |
Pada tanggal 16
September 2014 jam 11.15 malam, pesawat TR06 telah memulakan redahan awannya
menuju bandar tua di titik pertemuan Eropah dan Asia. Saya bersama 15 pelajar
Malaysia yang lain dengan azam dan cita bergerak menuju kehidupan baru. 10 jam
kemudian kami selamat tiba di Atartuk International Airport. Seusai mengambil
bagasi menuju ke anjung ketibaan terlihat meja ketibaan untuk pelajar atas
biayaan kerajaan Turki sedang menanti. Terus sejurus itu kami di bawa ke
penempatan sementara di wilayah Uskudar. Kami menyegarkan badan seketika dan
terus bersiap membelah laut Bosphorus untuk menyelesaikan urusan pendaftaran
pelajar baru. Pendaftaran di Postgraduate centre di teruskan pada hari
berikutnya dan seterusnya urusan kad pengangkutan dan pelbagai lagi.
|
Istanbul minggu pertama |
MINGGU KEDUA (IYI
BAYRAMLAR)
|
sesi orentasi pusat bahasa Marmara Universiti |
Selepas seminggu yang
pertama berakhir bermulah episode orientasi pendek di Pusat Bahasa Universiti
Marmara. Kami di beritahu bahawa kelas akan bermula sejurus selepas hari raya
haji yang jatuh pada hujung minggu tersebut. Kami juga di bawa melawat sekitar
kampus dan kelas belajar. Selama setahun kami akan belajar bahasa di “Fen
Edebiyat(Sains dan Sastera)” fakulti. Sungguh pengalaman kali pertama di sana
mengingatkan diriku lansung kepada IIUM yang pelajarnya terdiri dari pelbagai Negara
cuma kini aku bertindak sebagai pelajar asing.
|
mantai raya di Sultan Ahmet |
Sejurus selepas itu kami menyambut eidul adha dan pengalaman
menyambut hari raya yang penting ini telah saya coretkan dalam penulisan yang
lepas. Apapun ini adalah pengalaman pertama berjauhan malahan diri berterima
kasih pada teknologi kerana yang jauh didekatkan.
MINGGU KETIGA
(BISMILLAH KELAS BERMULA)
|
bersama guru dan rakan rakan |
Alhamdulillah selepas cuti raya haji selama 4 hari kami
memulakan kelas. SubhanaALLAH sekali lagi diri terasa seperti melangkah masuk ke
UIAM semula kerana kami semua seakan sedang berada di CELPAD atau language
centre. Di dalam kelas saya terdapat seramai 20 orang pelajar yang datang dari
pelbagai Negara dan mereka adalah dari Negara jiran Thailand, Tunisia, Morocco,
Macedonia, Mauritania, Syria, Sierra Leone, Uganda, Botswana, Somalia dan
saya dari Malaysia. Pada mulanya kami
agak kekok antara satu sama lain selepas beberapa hari kami boleh masuk antara
satu sama lain.
|
classmate TOMER |
Guru bahasa dalam masa yang sama adalah Guru bahasa Perancis
yang membuatkan saya pada mulanya agak confuse untuk memahami pengajian yang
pada mulanya diajar dalam bahasa Turki fully diterangkan beberapa maksud dalam
bahasa Perancis dan sangat minima penggunaan bahasa Inggeris. Lama kelamaan perkara
tersebut adalah sesuatu yang baik kerana saya dapat mempelajari 2 bahasa dalam
satu masa yang sama. Kedua duanya
menarik dan keperluan untuk dipelajari. Oh ye saya mempunyai 3 orang guru,
mereka adalah Emel Hoca, Aylin Hoca dan Melek Hoca. Seorang guru Almanca(German
language) dan guru Fransiz (Perancis language).
MINGGU KEEMPAT (
ASSALAMUALAIKUM AMMAR)
|
AL FATIHAH buat AMMAR |
Minggu berganti minggu, hari bersilih ganti terkenang dihati
ini melawat kubur sahabat yang disemadikan di tanah rantau. Sungguh diri ini
terinspirasi dengan kisah beliau yang nawaitunya ditetapkan dengan Ummah bukan
annaniyah. Sedari pemergian beliau, sungguh hati-hati mereka yang mengikuti
cerita cinta beliau pada tanah asing ini dan dunia kemanusiaan. Al kisahnya
saya bertemankan sahabat baik dari Brunei berniat untuk berjumpa senior-senior
saya yang baru pulang dari Syria. Selepas sesat hamper sejam setengah(berjalan
kaki) kami berjanji temu di Perkhuburan Ammar. Saat kaki menapak di kawasan
perkuburan tersebut hati mula bergetar. Mengenangkan perancangan Allah yang
indah menentukan masa yang terbaik buat kami berkunjung ke kubur beliau.
Setibanya di kawasan tersebut dan terlihat bendera Malaysia, airmata jatuh
bercucuran. Sebak terasa dan sayu terasa didalam hati. Sungguh dipanggil ilahi
disaat ummat perlukan pemimpin yang bisa membawa pembaharuan dan penambah
baikan. Sejurus itu, saya tunggu seketika berdoa dan menyedekahkan al fatihah
di pusara beliau. Walaupun dia sudah pergi meninggalkan kita tetapi saya berasa
dekat jiwanya bersama saya. (ALFATIHAH buat Ahmad Ammar Ahmad Azzam).
|
perjumpaan bersama coordinator UNIW |
BAIK BAIK SAYANG
|
wefie bersama keluarga |
Dalam menelusuri kehidupan baru di Istanbul, doaku adalah
seperti berikut
Allah,
Moga nawaitu ke sini satu,
Bukan dunia untuk dikejar,
Tetapi mardhotillah menujuMu.
Andai aku terjatuh angkatlah aku,
Andai aku alpa ingatkan aku,
Andai aku sesat tunjukkan jalan buatku.
Sungguh aku hamba hina,
Damba kasih TuhanNya,
Doaku,
Agar ilmu di berkati,
Amalan di terima,
Jalan ditunjuki,
Agar aku bisa melihat jalan menujuMu.
|
senja di Istanbul |
p/s: Mahu lebih bersemangat menulis. Doakan aku teman!