Pages

Tuesday, 3 January 2012

tahun baru masihi 2012


Bissmillahirahmanirrahim... 

Alhamdulillah ya Allah aq masih diberikan peluang bernafas dibumi-Mu dan masih diberi peluang menjadi hamba-Mu. Sesungguhnya kau-Lah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Syukur pada Sang Pencipta kerana aq telah selesai menyelesaikan 3 paper final exam ku sem ini. Aq hanya tinggal 2 lagi InsyaAllah . Mohon doa dari yang membaca blog ini :) . Bercakap tentang tahun baru aq fikir bunga api, azam baru, ucapan tahun baru dan etc. 

azam tahun baru 

Saya fikir bagi azam tahun baru kali ini tak banyak yang perlu diubah ataupun tak perlu bagiku membuat yang baru ini kerana aq telah meletakkan azam tika tahun baru hijrah yang baru saja berlalu. Moga aq terus istiqamah dalam menyempurnakan azam-Ku itu. Aq fikir kita sebagai insan perlulah bukan hanya berazam untuk duniawi tapi juga untuk kehidupan di akhirat. Letakkan azam untuk menjadi hamba yang lebih baik , Anak yang soleh/solehah. Menjadi pelajar yang berbakti pada masyarakat dan juga tidak lupa peranan sebagai khalifah di bumi. 

bunga api di hati


tahun sebelum ini selalunya aq , mama dan baba akan ke pusat membeli belah yang terdekat(One Utama, The Curve, Ikano Power Center) untuk melihat bunga api. tetapi kali ini kami hanya memilih untuk stay dirumah dan lihat dari rumah dan dikaca tv. Sungguh bagi diriku bunga api yang meletup saat detik 12 malam tidak dapat ditandingi dengan bunga api yang meletup di hatiku. Hanya aq sahaja yang tahu sebabnya :)

Jejak Belia Metropolitan 2 

Pada mulanya aq teringin sekali ingin turun ke lapangan setelah sekian lama berselesa dilapangan. tetapi disebabkan mama dan baba mintaku pulang, aq utamakan family yang ku cintai. Apa-apa sahaja yang berlaku keluarga menjadi keutamaanku .. InsyaAllah harapnya tahun hadapan aq diberi peluang menyertai program tersebut. Apapun aq sangat bangga melihat para daei turun ke lapangan berjumpa dengan mad'u menyebarkan message indah tentang agama yang dicintai Islam. 

Ucapan Tahun baru 
Selamat Tahun Baru Masihi pada semua. Moga setiap satu perbuatan kita diredhai. Moga kita menjadi anak soleh/solehah. Moga kita menjadi khalifah yang sentiasa melaksanakan yang terbaik dalam hidup dan mengejar keredhaan Allah. Moga kita terus menyebarkan dakwah Islamiyyah pada semua dan menyeimbangkan hidup kita dunia dan akhirat InsyaALLAH. 

jangan putus doa :) 

nota kaki: moga tahun ini diberkati. terima kasih Allah :)

No comments:

Post a Comment